P R O L O N G

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Jangan lupa aku,
Janji tau!"

🌸🌸🌸

10 tahun lalu,

Mereka adalah satu keluarga yang cukup bahagia. Ya, sangatlah bahagia dan paling terkaya di asia tenggara. Mafia paling digeruni. Sebut sahaja nama keluarga itu pasti musuh akan menyerah diri sahaja.

Dikurnia dua orang anak lelaki. Namun, dek angkara musuh ketat mereka berdua terpisah. Seorang ke utara dan seorang lagi ke selatan.

"Janji tau jangan lupa abang!" kata seorang kanak-kanak yang berambut ungu sambil memegang patung power rangers dan diberikan kepada adiknya, Fang.

"Janji!" kata Fang semengat.

Semestinya mereka tahu risiko menjadi anak kepada seorang Mafia. Lihat sahaja, kejadian itu baru terjadi.

"Abang tolong adik!" jerit Fang ketakutan.

"Adik!"

🌸🌸🌸

10 tahun kemudian..

"Jadi?" soal lelaki beriris merah delima itu memandang tajam ke arah anak buahnya.

Dia, Kaizo Hao. Pewaris generasi pertama Empire Mafia Hao. Dikenali sebagai the devil silent boss. Kerana, membunuh tanpa jejak dan bukti.

Hacker, paling dikehendaki. Namun, itu kepintaran yang baru sedikit dia tunjukkan.

"Maaf, kami gagal" kata anak buahnya yang bertopi hitam merah atau dikenali sebagai Halilintar.

Dia mendengus kasar.

"Kerja senang pun gagal? lemah!" jerit Kaizo separa marah.

Tugasnya mudah, hanya bunuh ketua Mafia yang sibuk membuat onar di kawasannya kini.

Ya, dia adalah Blackdragon.

"Kami dah cuba tapi, mereka terlalu pandai memain suasana" kini giliran Ice berbicara.

Kepala ditundukkan. Takut, mahu memandang bos mereka. Siapa tidak kenal Kaizo?

Satu Empire Mafia mengenali Kaizo Hao membunuh tanpa belas dan kesan. Maka, hingga kini utuhnya Empire Mafia Hao.

"Alasan" kata Kaizo lagi. Dia tidak menerima sebarang alasan bodoh!

Dan, sekarang anak-anak buahnya sedang memberi alasan yang sama sekali tidak berasas.

"Aku uruskan" ujarnya.

Mereka terdiam.

Meanwhile,

"Bunuh dia"

Dia mengangguk faham.

Hanya cara itu mereka mampu untuk menguasai dunia Mafia tanpa gangguan Empire Mafia Hao.

Tbc..

Hai hai hai

Welcome backkk to my bookkkk!

Abaikan typo, jangan lupa vote&comment.

Silent readers? don't mind anymore. Atleast kau baca dude!

So, here we are KAIFANG!

Best?





Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro