3 Bahaya

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Siapa ni abang?" Wanita itu terpinga-pinga melihat kehadiran orang asing di muka hadapan kamar mereka. Kaki melangkah penuh berhati-hati. Suasana sepi yang tercipta benar-benar meninggalkan tanda tanya pada Aisyah Qomar. Akhirnya dia mematikan langkah benar-benar bersebelahan sang suami.

Terkejut. Kekura tangan kanannya di bawah tiba-tiba digenggam Salman Firash. Atmosfera dingin hubungan suami isteri telah pun dibawa pergi dengan sendiri.

"Kami suami isteri," bilang Salman sebelum beralih kepada Aisyah. "Sayang ada bawa kad nikah?"

Aisyah menjatuhkan kepala sekali. "Ada dalam beg tangan."

Diperhati wajah ketat lelaki serba hitam di hadapan mereka ini. Sepertinya jawapan itu tidak memuaskan hati para tetamu tanpa izin. Jarang sekali penginapan semahal ini boleh membenarkan orang mengganggu ketenteraman sesuka hati.

Melainkan satu. Mereka yang di hadapan ini adalah sebuah ancaman.

Hati Salman bertukar tidak enak.

Siapakah gerangan sekumpulan itu?

"Kami nak masuk bilik dan buat pemeriksaan." Lelaki asing itu bersuara. Matanya hendak bertikam dengan Salman Firash di ketika Aisyah terpinga-pinga tanpa jawapan.

"Untuk? Ini dah ceroboh ruang peribadi kami. Jangan sampai saya panggil pengawal, " balas Salman dengan nada tegas.

Namun, mereka bersikap tidak endah pada amaran pasangan suami isteri itu. Seperti ada sesuatu yang harus dicari, yang pasti ini sudah di luar skop pekerjaan jabatan agama Islam.

"Kau boleh tunggu sekejap sebelum masuk?" Salman segera menahan. Tapak tangannya menolak dada lelaki berkenaan.

"Abang... kita bagi je la dorang buat kerja. Lagipun kita tak buat salah, bukan?" Aisyah Qomar tersenyum nipis. Lengan suaminya dilurut lembut.

Salman menoleh ke arah sang isteri yang polos. Dia bagai dapat menghidu bahawa perkara yang tidak baik akan tercetus andai tangannya tidak melakukan sesuatu. "Aisyah duduk diam belakang abang, dorang orang jahat," bisik Salman. Tangan Aisyah ditarik agar badan menapak ke dalam bilik. Sedikit menjauhi muka pintu.

"Apa abang cakap ni?" Aisyah mengangkat wajah.

"Duduk diam-diam dalam bilik sampai abang buka pintu. Kalau abang tak buka pintu dalam setengah jam, sayang telefon polis tau?"

"Kenapa ni abang? Aisyah tak faham..." Sungguh doktor muda itu tidak mengerti.

Salman Firash meninggalkan isterinya tanpa jawapan dari bibir. Dia kembali ke arah muka pintu sambil mata mencerlung satu per satu wajah asing di situ.

Papp

Setelah melangkah keluar, pintu bilik dikatupnya. Aisyah terpaksa ditempatkan jauh daripada suasana tegang ini. Dia sayangkan Aisyah.

Berdepan dengan konco-konco samseng adalah bukan hal Aisyah Qomar. Ini adalah hidupnya yang tersisa daripada zaman jahiliah lama.

"Salman Firash." Lelaki bidang bertshirt hitam lengan pendek memandang.

Salman tidak memberikan riak. "Siapa ketua kau?"

***

Jantung berdetak. Tudung tidak ditanggalkannya. Jari utuh memegang telefon pintar. Dia duduk bersandar di anjung katil. Mata hanya memandang daun pintu yang terkatup. Menanti sang suami memasuki kembali.

10 minit berbaki.

Hampir setengah jam Salman menguruskan hal di luar sana

"Najla."

Terbit nama rakan baik sendiri dalam layar ingatan. Apakah Najla sedang berada dalam situasi yang sama dengan dirinya?

Lebih baik dia pastikan keberadaan pasangan itu. Najla pun sedang sarat hamil puteri sulung.

Sesaat kemudian, nombornya berjaya disambungkan.

"Assalamualaikum, Najla. Kau okay? Zack okay?" Melulu soalan dek khuatir.

"Waalaikumsalam... Ya, kami baik-baik sahaja. Kenapa ni?" Suara Najla membalas bersahaja.

"Salman tengah uruskan sesuatu. Aku takut... Ada ramai orang datang tadi... Salman kata tu orang jahat. Dia suruh aku duduk diam-diam dalam bilik."

"Apa? Kenapa dengan Salman?" Kali ini, suara Zack pula yang berganti. Tentulah pasangan suami isteri itu duduk bersebelahan tika ini. Inikan waktu tidur

"Tak tahu. Dia tak balik lagi." Aisyah menongkat dagu. Keluhan terbit di bibir.

"Korang ada dekat mana? Rumah?"

"Tak. Resort. Kitorang nak sambut anniversary tapi tiba-tiba ada ramai orang ketuk pintu. Orang tu kata dari jabatan agama islam nak buat serbuan. Tapi... Salman tak bagi dorang masuk. Salman keluar uruskan dan tinggalkan aku dalam bilik," terangnya.

Krekk

Perhatian Aisyah teralih ke muka pintu. Kuakan Salman menghadirkan lega di hati. Dia melangkah tuk mendapatkan Salman Firash.

"Aisyah call siapa?" Pintu dikatup rapat. Ditanggal kasut yang tersarung sebelum berdiri di hadapan sang isteri

"Call Najla... Nak tanya dia okay ke. Abang tak apa-apa?" Aisyah menyentuh rahang Salman sambil mata menilik ke segenap inchi tubuh lelaki tinggi lampai itu. Takut ada pergaduhan fizikal berlaku tadi. Mencari kesan lebam atau calar.

"Tak ada apa. Cuma ada salah faham sikit tadi... Abang dah uruskan." Salman menarik tangan Aisyah menjauhi wajahnya. Ditepuk kekura tangan itu lembut.

"Betul ke?"

"Ya."

"Salman!" pekik Zack dari corong telefon.

Panggilan tadi tidak dimatikan lagi. Salman mengambil telefon Aisyah yang terlangkup di hujung katil. Dia berlabuh dan menarik Aisyah jatuh terduduk ke tibanya. Sambil menyandarkan wajah di belakang wanita itu, telefon dilekapkan pada cuping telinga.

"Zack, kau jaga diri. Jangan kerap sangat keluar rumah."

"Kenapa weh?"

"Aku tak tahu. Cuma aku tak sedap hati sekarang ni."

"Apa jadi tadi?"

"Tak ada apa pun..."

"Nanti esok aku datang jumpa kau."

"Tak payah. Jaga Najla dan Naufal elok-elok. Jangan tinggal dorang sendirian. Sekarang tak selamat."

"Salman... Kau buat aku tak sedap hati. Apa yang sebenarnya berlaku?"

"Nantilah aku cerita. Cuma buat masa sekarang ni, jaga-jaga."

"Okay, bro. Kau pun."

Titt

Panggilan itu diakhiri Salman. Telefon pintar pun dicampak sedikit jauh. Meninggalkan dia dan Aisyah Qomar berpelukan.

"Abang..." bisik Aisyah. Lelaki itu statik memeluknya dari belakang. Dia yang bertudung sarung meleraikan dakapan lelaki itu bagi berpaling menghadap.

"Iya," sahut Salman.

"Siapa tadi tu?" Mata hazel Aisyah memandang lensa gelap Salman Firash.

"Nanti abang cerita." Salman menjatuhkan kelopak mata sekali. Nafas halusnya terhembus.

"Em... Baik..." akur Aisyah. Barangkali Salman perlukan masa.

Jarang sekali Salman dapat berdua dengan isterinya. Ahmad dan si kembar adalah tanggungan pasangan itu. Sejak mempunyai anak, masa bersama kian berkurang. Jika diberi peluang, Salman benar-benar mahu menghangatkan cinta ini. "Ni kan honeymoon kita? Tak payah la fikir sangat hal tadi. Abang cuma nak luangkan masa dengan sayang.

Jeda. "Abang sayang Aisyah."

"Aisyah risaukan abang..." berkaca-kaca mata isterinya. Dada dihuni sebak. Ada perkara yang tidak kena yang cuba dirahsiakan Salman Firash.

"Kan abang kata tak ada apa. Shh..." Sebuah kucupan berlabuh di antara kening kiri dan kanan. Salman mengusap  pipi isterinya seraya menyimpulkan senyuman manis. Tubuh wanita itu ditarik rebah terbaring ke katil. Cuba meredakan kegusaran jantung hatinya. Dia memeluk Aisyah Qomar erat ke dada.

"Aisyah minta maaf abang," ujar Aisyah. Hidungnya berona merah tiba-tiba. Sebutir mutiara meleleh di tubir.

"Kenapa?" bisik suara garau Salman.

"Sebab tadi bertikam lidah pasal kerja."

"Oh, soal tu..."

"Abang betul-betul nak Aisyah berhenti kerja?"

Lelaki itu pun membuka dakapan. Mereka saling bertaut mata untuk seketika.

"Kalau boleh... Abang memang nak ada isteri tunggu abang balik kerja dekat rumah," jujur Salman Firash.

"Aisyah minta maaf sebab tak fikirkan abang," kesal Aisyah.

"Kalaulah ni tahun terakhir Aisyah dan abang bersama... Permintaan abang adalah supaya Aisyah Qomar jadi suri rumah sepenuh masa untuk abang." Tudung isterinya ditanggalkan. Jari pun naik menyisir rambut hitam bersinar Aisyah. Dari ubun-ubun turun ke atas telinga. Sempurna di pandangan mata seorang suami.

"Tapi Aisyah nak hidup dengan abang bertahun-tahun. Bukan tahun ni saja," bilang wanita itu tidak setuju.

"Kita tak tahu apa akan jadi nanti... Abang rasa tak sedap hati sangat. Sebab tu lah.. Masa yang ada dengan Aisyah ni abang nak manfaatkan betul-betul." Bila bercakap tentang masa hadapan, tiada siapa dapat menjamin apakah masih tubuh ini bernyawa keesokan hari. Itu rahsia Ilahi.

"Baik, abang. Aisyah cuba jadi isteri yang terbaik untuk abang. Balik nanti... Aisyah buat surat berhenti kerja." Ego yang menjulang jatuh merebah. Setinggi mana jawatan seorang perempuan, masih suami di tempat yang pertama.

"Abang tak salah dengar?" Senyuman kegembiraan cuba disorokkan Salman. Dia berlagak tenang bagai air di kali.

Aisyah tersenyum kecil. Diangguk sekali. "Aisyah cintakan abang."

Punyalah hati melonjak gembira. Pucuk hidungnya menyentuh wajah Aisyah Qomar. "Melebihi kerja?"

"Ya. Abang syurga saya. Anak-anak amanah utama saya." Jarak sedekat itu meninggalkan rasa malu di sanubari.

"Jadi... Boleh tambah anak lagi?"

"Tiga orang dekat rumah tu pun tak larat nak jaga." Mata memencil. Ada-ada sahaja permintaan suaminya

"Bolehlah... Lagi ramaikan lagi meriah gambar raya kita tahun ni?" rayu Salman. Wajah berubah suram. Benar-benar memaksudkan permintaannya bukan suatu gurauan. Sekali pun perlu pujuk rayu.

"Tak nak. Nanti saya tak cantik. Nanti gemuk, susah nak turunkan berat badan," tolak wanita itu.

"Walaupun sayang gemuk sekalipun, cinta abang tetap sama. Tapi kalau dapat tambah anak, lagilah abang sayang," sakat Salman Firash.

"Abang ni gatal ea..."

"Dah tu? Aisyah ingat abang tempah tidur resort ni untuk apa? Of course la untuk bercinta tanpa gangguan budak-budak pendek tu."

"Abang panggil anak-anak kita budak pendek?" Meledak tawa halus Aisyah Qomar.

Ahmad, Firdaus dan Jannah. Kesayangan ibu dan ayah.

Tak salah hendak tambah yang keempat.

***

Pintu peti sejuk dibuka perlahan-lahan. Matanya sekejap ke atas dan ke bawah seakan-akan tercari suatu benda yang seharusnya ada di rak kedua. Hampa sekali, plastik merah semalam telah hilang. Tulang belakang ditegakkan lalu pintu peti sejuk itu ditolak tertutup.

Perut boyotnya dibawa ke meja makan penuh berhati-hati.

"Najla cari apa?" sapa Zack.

"Buah kedondong. Awak ada nampak? Hm, semalam ada..." Wanita hamil itu berlabuh ke kerusi berdekatan suaminya.

"Buah tu dah buruk. Saya pun buanglah sebab dah berminggu dalam peti sejuk. Ingat ke awak tak nak makan," terang Zack. Waktu dini pagi bertemankan sarapan ringkas, Naufal masih berselimut di bilik. Sedang pasangan muda itu sudah selesai menyiapkan lempeng kelapa bersama-sama.

"Ouh..." Anak tekaknya berpasir. Najla menggigit bibir perlahan, teringinkan kemasaman buah kedondong membasahi seleranya.

"Kenapa ni... Awak mengidam ke?" tebak Zack.

"Sikit," sengihnya.

"Saya carikan petang sekejap lagi." Selaku suami yang prihatin, apa sahaja permintaan Najla semuanya cuba ditunaikan setakat ini. Dia terlalu cintakan gadis lemah lembut itu, yang sedang membawa benihnya di purnama yang ke sembilan.

"Tak payahlah... kan Salman pesan supaya kita tak keluar ke mana-mana." Najla tersenyum nipis.

"Saya nak cari buah kedondong je awak. Bukannya merayap ke mana-mana. Selalunya tepi-tepi jalan ada jual dekat gerai pasar tani." Membiarkan hati Najla gembira, hanya itu yang dimahukan. Biarlah apa yang diidamkan dipenuhi, kelak sudah bersalin susah pula harus berpantang makan minum.

"Tapi... Semalam kan Salman pesan..." Berbelah bahagi Atiqah Najla pada saat itu.

"Saya pandai jaga diri. Saya janji tak akan tinggalkan awak lama-lama. Cuma sekejap je... Untuk cari buah yang isteri saya mengidam."

"Hm."

"Baby nak makan buah kedondong?" Pandangannya jatuh ke perut membukit di sebalik baju isterinya. Dia memanjangkan tangan untuk mengusap abdomen itu.

"Bukan baby, saya yang nak makan. Janganlah fitnah baby."

Zack ketawa mendengar balasan pengarang jiwa laranya. "Mengada."

Tangan lelaki itu berganjak memicit pucuk hidung Najla, lembut ingin bermanja. Makin lama bercinta, makin kasih itu luah tercurah.

"Awak, jangan lama-lama tau keluar nanti. Saya tak boleh berjauhan dengan awak," pinta Najla perlahan. Mata segan bertentangan. Jarang sekali seorang Atiqah Najla berani menyatakan hasrat hati. Dia begitu segan walaupun dengan suami sendiri.

"Saya janji, dapat sahaja buah kedondong... terus saya pecut balik rumah dan peluk awak. Boleh?" kata Zack.

"Okay..."

"Jangan beritahu Salman atau Aisyah yang saya keluar rumah petang ni. Ini rahsia kita berdua. Janji?" Jari kelingkingnya naik ke udara.

"Tak nak jari. Nak peluk," tolak Najla.

"Yela... Meh sini. Kuat mengada budak ni." Lelaki itu menggeleng sahaja.

Najla menahan ketawa. Diketap bibirnya lalu terus mendakap tubuh Zack atau nama sebenarnya Yahaya. Rakan baik Salman Firash sejak zaman jahiliah hingga kini.

"Saya sayang awak," kata Najla. Betapa gembira berada dalam pelukan lelaki yang bergelar suami ini.

***
vote x komen
***

Sedutan episod akan datang....

"Abang, itu bukan Zack ke?"

Plis vote Dan support author


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro