C1〡Under The Wings ⌞₁

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

_______________________________________

"Theo, datanglah sini!" jerit Luca lantang. Tangannya membuat gaya memanggil putera tunggal itu untuk datang ke arahnya. Theo Alanark berlari-lari anak mendapatkan Luca.

"Apa ni?"

Jari telunjuk dihalakan ke arah seekor siput yang dipegang Luca. Dahi si putera berkeriut memandang haiwan yang jarang dilihatnya itu.

"Ni siput. Theo tak pernah nampak?" Luca menyoal lantas dibalas dengan gelengan Theo. Terfikirkan sesuatu, Luca menyuruh putera itu untuk memberikan tapak tangannya.

"Apa... ah! Luca!"

"Ah Theo! Siput tu tak gigit pun!"

Terkejut dek tindakan Luca, Theo automatik menarik tapak tangannya sebaik sahaja Luca beri padanya, menyebabkan siput itu terjatuh ke rumput. Luca mengambil semula siput itu. Bibirnya dimuncungkan.

"Siput ni comellah," rajuk Luca tidak berpuas hati. Theo garu kepala yang tidak gatal. Datang mana comelnya pada siput yang bersembunyi di sebalik cangkerang itu?

"Tak geli ke? Kan badan dia berlendir. Ei." Theo memeluk tubuh sambil menjarakkan diri. Luca meletakkan semula siput itu di sebalik pokok-pokok bunga. Dia berdiri daripada bertinggung lalu menepuk-nepuk tangannya antara satu sama lain.

"Tak geli pun. Abang selalu jumpa siput lepas tu bagi pada Luca," jawab Luca selamba. Bertambah geli Theo jadinya.

"Ei tak naklah cakap fasal siput. Geli."

"Yalah. Theo nak main apa?"

Si putera berfikir sejenak. Bab bermain ini, dia kekurangan idea memandangkan sepanjang dia hidup sebelum kedatangan Luca, dia jarang bermain kecuali apabila Louis ada masa terluang.

"Teka lakonan?"

"Tak naklah. Theo je pandai berlakon jadi orang lain. Luca tak pandai," Luca menolak.

"Sembunyi-sembunyi?" cadang Theo lagi. Luca serta-merta memandang putera itu atas bawah. Pelik.

"Bukan Theo tak suka ke main sorok-sorok ni?"

"Sekarang masih pagi. Bukan ada apa-apa pun," dalih Theo memberikan alasan. Luca mengangguk setuju.

"Sebabkan istana ni besar sangat, kita main dalam kawasan taman ni je. Okay?"

"Okay!"

"Theo pergi sembunyi dulu. Lepas 30 saat, Luca cari," terang Luca. Theo menunjukkan simbol okay lantas itu permainan dimulakan. Luca menutup mata rapat sambil mengira selama tiga puluh saat manakala Theo berlari mencari tempat persembunyian.

"Lima belas, enam belas..."

Tepat sahaja saat ke tiga puluh, Luca memulakan pencariannya. Di kawasan taman bunga yang luas itu, dia mencari kelibat Theo yang lebih kecil daripadanya.

Di sebalik pokok, semak dan bunga-bunga yang ditanam, semuanya tiada. Luca mengambil masa untuk berfikir kemungkinan lokasi untuk putera itu bersembunyi.

"Theo tak pandai panjat pokok, tak suka semut dan siput serta tanah. Jadi... dalam rumah hijau ajelah tempat Theo boleh bersembunyi," Luca menggumam perlahan. Setelah itu, barulah dia membuka langkah ke arah rumah hijau yang ada berdekatan.

Sebelum dia masuk melalui pintu, Louis datang memanggilnya dari arah lain. Si abang mendekati Luca yang menunggu di hadapan pintu.

"Luca tengah main dengan Tuanku Theo ke?"

"Yup. Kami main sorok-sorok," beritahu Luca.

"Berapa saat masa yang Luca beri untuk tuanku bersembunyi?" Soalan diajukan lagi.

"30 saat je."

Dahi Louis berkeriut seribu. Rasanya titik permulaan Luca mencari Theo tadi berada agak jauh dari situ ketika dia sedang lalu di kaki lima berdekatan taman tersebut.

"Maknanya Tuanku Theo berlarilah ni?"

"Louis!" Jeritan seorang pembantu yang datang dari dalam rumah hijau mengejutkan dua beradik itu. Louis bergegas masuk ke dalam dengan diikuti oleh Luca.

Tiba di dalam, Theo dilihat sedang dipangku oleh seorang pembantu yang bertugas di rumah itu. Wajah Theo yang pucat mencemaskan Luca.

"Abang...."

Louis mendukung Theo di belakang tubuhnya. Ucapan terima kasih diberikan kepada pembantu itu lalu dia laju berjalan pergi. Manakala Luca pula terkaku di situ.

"Apa jadi pada Theo...." Suaranya menggigil kecil bertanyakan soalan itu pada pembantu tadi. Kedua-dua tangannya digenggam akibat rasa takut dan terkejut.

"Tuanku Theo memang tak berapa sihat. Jadi tuanku dilarang untuk berlari buat masa ni. Tuanku pitam tu dah jadi perkara normal," balas pembantu itu tenang. Kepala si kecil Luca diusap perlahan.

Luca tertunduk menghadap tanah. Dia takut jika Louis dan papanya akan marah. Bertambah teruk, jika Raja Alanark sendiri yang ingin berjumpa dengannya.

"Tuanku Alanark... akan marah Luca ke?"

Pembantu itu tersenyum kecil.

"Taklah. Luca tak tahu pun fasal keadaan Tuanku Theo. Jadi, mustahil untuk Tuanku Alanark marahkan Luca," pujuk pembantu itu bagi melegakan rasa takut si kecil.

Luca mengangguk kecil. Baru sahaja dia hendak berjalan pergi untuk melawat Theo, pembantu itu kembali memanggilnya.

"Luca, Tuanku Alanark nak jumpa."

***

"Duduklah Luca. Beta tak makan kamu pun," ujar Raja Alanark dengan niat bersenda. Namun si kecil masih teguh berdiri di hadapan raja itu.

Raja Alanark tersenyum tipis. Langsung tidak disangkanya yang anak kecil itu akan takut terhadapnya apabila Theo jatuh sakit. Walhal, dia tak kisah pun.

"Duduklah. Kesian kamu penat berdiri. Beta bukan nak marah fasal Theo. Beta cuma nak berbual biasa dengan kamu," ujar Raja Alanark lagi. Luca mengangkat kepalanya sedikit. Senyuman di wajah Raja Alanark sedikit sebanyak mengurangkan rasa gementar. Kerusi bertentangan raja itu akhirnya diduduki.

"Beta tahu yang Luca tak pernah tahu fasal sakit Theo. Yalah, baru tiga bulan berkawan. Maka Luca janganlah takut sangat. Beta bukannya makan orang pun," tenang Raja Alanark berbual.

Luca mengangguk. Wajahnya masih lagi tidak diangkat untuk menghadap pemerintah tersebut.

"Luca rasa, Theo ni macam mana?" Soalan Raja Alanark berjaya menarik perhatian si kecil berambut hitam gelap. Luca terpinga-pinga dengan soalan yang diajukan itu.

"Maksud tuanku?"

"Apa pandangan Luca terhadap Theo? Dia nampak sunyi ke, baik ke atau apa-apalah," Raja Alanark memudahkan ayatnya.

Luca memaut dagu. Otaknya memproses untuk mengingati segala memori bersama Theo.

"Theo selalu nampak sunyi setiap kali Luca baru je datang. Tapi waktu dengan Luca, tak pernah pula dia sedih," jawab si kecil ringkas. Raja Alanark menghela nafas lega. Syukur rasanya apabila anak tunggalnya ada kawan yang boleh dipercayai.

"Beta ni selalu sibuk dengan urusan kerajaan. Permaisuri pula tiada. Jadi beta harap Luca dapat lindungi layan Theo macam adik-beradik sendiri," luah raja itu. Luca terdiam. Bukan kerana dia tak faham, tetapi hanya rasa kosong apabila Raja Alanark meluahkan rasanya.

"Baiklah, itu sahaja yang beta nak bualkan. Kejap lagi beta perlu kembali ke pejabat. Luca temanlah Theo di bilik ya? Malam nanti sambung belajar sama-sama," tutur Raja Alanark penuh kasih sayang.

Luca menurut permintaan dan arahan itu. Dia bangkit daripada kerusi lalu berjalan keluar dari bilik itu dengan diiringi oleh seorang pembantu istana.

Sebelum pintu gah itu ditutup rapat, dia sempat memandang sekilas wajah Raja Alanark yang terasa sayu jika dipandang. Hati kecilnya terasa lain melihatkan ekspresi itu.

"Tuanku Alanark... kenapa agaknya tuanku berikan reaksi begitu," gumamnya perlahan cukup untuk pendengarannya sahaja. Tidak mahu terlebih berfikir, Luca menukar fokusnya.

Sekarang ini, Theo menjadi fokus utamanya.


TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro