C1〡Under The Wings ⌞₄

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

_______________________________________

"Selamat hari lahir, Tuanku Theo."

Berulang kali, ucapan yang sama disampaikan kepada Sang Putera. Di dalam dewan majlis yang megah itu, puluhan bangsawan berkumpul untuk menyambut hari lahir putera tunggal kerajaan tersebut. Semuanya teruja apabila dapat melihat Theo Alanark buat kali pertama.

     "Comelnya!" Teruja salah seorang tetamu di kala dia bertemu dengan putera kecil. Theo sekadar simpul senyuman. Dia sedaya-upaya menyembunyikan rasa gugupnya.

"Terima kasih."

"Theo!"

Si kecil berpaling ke belakang. Kelibat Luca bersama Encik Theodore kelihatan dari koridor belakang dewan. Tanpa menunggu keizinan Raja Alanark, Theo berlari-lari anak mendapatkan Luca.

     "Selamat hari lahir, Theo!" ucap Luca teruja. Theo senyum menampakkan gigi. Ucapan ringkas daripada Encik Theodore turut dibalas dengan terima kasih.

     "Tuanku dah makan kek?" Encik Theodore menyoal.

      "Belum. Theo tunggu Luca. Jom." Lengan Luca ditarik pergi ke lokasi kek ditempatkan. Encik Theodore hanya memerhati dari jauh sebaik sahaja tiba di sisi Raja Alanark.

Tibanya tarikh ini, genaplah lima tahun dua kanak-kanak itu berkawan. Lima tahun yang dipenuhi keriangan.

     "Bila tuanku mahu pisahkan mereka berdua?" Dalam nada berbisik, Encik Theodore menyoal. Raja Alanark senyum tipis. Hatinya dipagut rasa sayu membayangkan Theo.

     "Habis sahaja majlis ini, bawa Luca jauh dari negeri ni. Fasal Theo, Louis dan beta akan uruskan," maklum Raja Alanark. Encik Theodore menurut arahan. Dia mengerling sekilas ke arah Louis yang berada di suatu sudut lain, kemudian beralih pula pada jarum jam di tangan.

Dua jam lagi sebelum majlis tamat; dua jam lagi sebelum berpisahnya dua anak kecil itu.

***

Theo duduk kekenyangan di kerusi yang ada di beranda dewan. Riak wajah yang tadinya suram berubah ceria sebaik sahaja dia meluangkan masa bersama Luca.

      "Banyak kau makan," sindir Luca berbaur gurauan. Theo putar bola mata. Pandangannya dibuang ke arah langit. Kelipan bintang di langit menarik perhatiannya.

     "Seronok ke hari lahir kau tahun ni?" Luca bertanya santai. Theo laju mengangguk.

"Walaupun berjumpa dengan orang luar, kau masih tetap dengan aku. Jadi, itupun dah cukup untuk buat aku seronok macam tahun sebelum ni."

"Hurm. Tapi tahun ni aku tak ada hadiah untuk kau."

Theo tertawa halus. Dia mendekati Luca yang bersandar pada penghadang beranda.

      "Kau ada dekat sini pun dah dikira hadiah untuk aku. Kalau tak, aku duduk seorang diri je dekat bilik tu," balas Theo tenang dan ikhlas. Luca ukir senyuman. Sebelah tangan memaut bahu Theo erat.

"Selamat hari lahir, Theo."

"Ya, ya. Kau dah ucap banyak kali dari pagi tadi."

     "Haha. Anggap ajelah ini ucapan untuk tahun-tahun yang seterusnya," bidas Luca selamba.

Theo hela nafas lega. Kepala didongakkan ke atas, kembali melihat butiran bintang yang menghiasi langit malam.

"Terima kasih, Luca."

     "Tuanku Theo, Luca." Suara Louis kedengaran. Jejaka itu menunjuk ke arah jam tangan, menandakan masa untuk tidur memandangkan majlis sudah tamat. Jejaka itu kemudiannya beransur pergi dan menunggu di pintu utama dewan.

Luca masih memeluk erat bahu sahabatnya. Beberapa tapak sebelum tiba di muka pintu utama, Luca memalingkan tubuh Sang Putera untuk menghadapnya.

"Apa?"

     "Theo. Kita jumpa nanti," ucap Luca kelat. Theo angguk seperti biasa tanpa memahami perkara di sebalik ucapan ringkas itu.

"Bye, Theo."

"Bye."

------------***------------

"Luca!"

Theo terbangun daripada tidur lenanya. Dia tercungap-cungap mengambil nafas bagaikan sudah berlari jauh. Matanya meliar melihat setiap sudut bilik. Wajah diraup kasar sebaik sahaja terlihat tarikh yang tertera pada kalendar di meja kecil.

     "Luca...." Perlahan, nama itu disebut berkali-kali. Mimpi yang sama dialaminya sejak lima tahun yang lalu. Mimpi ngeri yang mengulang tayang situasi lalu. Situasi yang meragut separuh jiwa raganya.

Ketukan di pintu menyedarkan remaja muda itu. Bukaan kecil pintu gah menampakkan kelibat Louis. Isyarat masuk diberikan.

     "Tuanku dah sihat?" Theo mengangkat sedikit wajah yang ditundukkan. Dia tidak membalas soalan Louis, sebaliknya hanya berdiam diri.

"Tuanku."

      "Tak perlu sediakan sarapan untuk hari ni. Theo tak nak makan," arah Sang Putera. Louis diam.

"Dah, keluar."

      "Tuanku perlu sarapan untuk cepat sihat," pesan Louis. Theo pantas menyambar jam loceng di sisi lalu dicampak kuat ke arah butler itu. Bunyi kaca pecah bergema di dalam bilik.

"Keluar!"

"Luca takkan suka kalau tuanku tak sihat."

"Aku kata keluar!"

Louis hela nafas berat. Selangkah dia mendekati katil putera itu, satu bantal tepat mengena tubuhnya.

     "Tuanku..." lemah panggilan Louis. Beginilah situasi yang perlu dihadapnya setiap kali putera itu bermimpikan perkara yang sama.

"Louis tak pernah beritahu Theo pun apa yang Luca tulis dalam surat! Sekarang, keluar!"

Amarah Theo semakin memuncak. Darah menyerbu naik ke wajah pucatnya. Demam yang masih belum kebah semakin memburukkan keadaan.

Louis pasrah. Dia mengangguk sekali lantas berjalan keluar.

Hilang sahaja butler itu daripada pandangan, Theo turun daripada katil. Dia menuju ke arah rak buku. Di antara puluhan buku yang tersusun kemas di situ, hanya satu yang tetap menarik perhatiannya.

Wings.

Buku kegemaran Luca itu ditarik. Di atas karpet lembut, Sang Putera terduduk bersama buku di dalam pelukan. Suhu badannya naik semula.

     "Luca... kenapa kau tak beritahu aku..." rintihnya. Tak pernah terbayang di dalam fikiran bahawa dia akan berpisah dengan sahabat baiknya atas arahan ayahanda sendiri.

"Urgh... Theo benci ayahanda."

Putera itu bangkit semula. Langkahnya diatur ke arah katil untuk berbaring. Buku kegemaran Luca masih dipegang erat. Kepala direhatkan di atas bantal empuk.

Nafasnya masih tersekat-sekat dek demam yang masih belum kebah. Peluh menitis turun daripada dahi. Buku Wings diletakkan di tepi kepala.

"Luca...."

Baru sahaja mata hendak dilelapkan, pintu bilik diketuk lagi. Suara Louis kedengaran dari luar. Theo merengus kasar.

"Nak apa!"

     "Tuanku, masa untuk makan ubat. Sekurang-kurangnya, makan biskut dan ubat ni sebelum rehat semula," ujar Louis dari luar. Theo tidak menjawab. Dirinya terlalu letih untuk membalas.

Louis masuk ke dalam setelah beberapa saat menunggu. Dulang yang berisi biskut dan ubat beserta air kosong diletakkan di atas meja di tepi katil.

     "Saya akan keluar selepas tuanku makan," sambung Louis lagi. Theo terpaksa akur. Saat ini, dia lebih rela untuk makan dan duduk bersendirian berbanding ditemani orang lain.

Sementara putera itu menjamah makanan ringkasnya, Louis memerhati buku yang ada di atas katil. Buku yang dibelikan untuk Luca.

     "Kalau tuanku nak tahu apa yang Luca tulis dalam suratnya, tuanku bacalah buku tu," kata Louis ringkas. Theo berhenti mengunyah. Dia memandang sekilas buku tersebut.

"Maksud Louis?"

"Jawapan untuk apa yang tuanku cari tentang Luca ada dalam buku tu."

Dahi Theo berkeriut. Namun Louis tidak menyambung apa-apa. Sebaliknya, dia keluar seusai sahaja Theo menghabiskan ubatnya.

"Tuanku."

"Apa?"

"Luca sentiasa cakap fasal tuanku. Jadi, tuanku janganlah risau sangat. Luca takkan lupa fasal tuanku."

Theo membisu. Pintu bilik ditutup rapat. Gambarnya bersama Luca lima tahun yang lalu ditenung.

"Luca. Kalau ayahanda tak izinkan, aku sendiri akan cari kau dengan cara sendiri."


TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro