C1〡Under The Wings ⌞₆

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

_______________________________________

Deruan nafasnya dihela perlahan. Dirinya berpeluk tubuh bagi menghangatkan badan yang kesejukan dek angin malam menyapa kulit. Sepasang matanya terus memerhati butiran bintang di langit manakala tetamunya sekadar menanti di belakang.

"Ada hal apa tuanku minta patik untuk datang ke sini? Bukankah lebih baik kalau kita berbincang di bilik lain?" Olivia bersuara setelah lama berdiam diri. Tangan diseluk masuk ke dalam poket jaket untuk dihangatkan.

Lima belas minit sudah berlalu sejak dia berada di situ. Namun, sepatah perkataan pun tidak terbit daripada bibir putera itu. Tambahan pula, ini kali pertama dia berjumpa sendirian dengan Theo.

"Olivia melatih orang untuk bertarung. Betul ke?"

"Ya. Kenapa? Ada sesiapa yang tuanku hendak saya latih ke?" gadis berambut perang menyoal lagi.

Theo berpaling ke belakang. Bibirnya melorekkan senyuman tatkala bunyi pintu ke bumbung istana itu kedengaran. Seperti yang dipinta, Louis tiba di situ bersama wajah yang dingin.

"Hai Louis."

"Apa yang tuanku rancang?" Tegas suara itu bertanya. Tanpa menoleh ke kanan dan kiri, butler itu menapak terus ke arah Theo.

"Oops sabarlah Louis. Tengoklah ke kanan tu dulu," ujar Theo selamba.

Louis berhenti melangkah. Sebaik sahaja dia ternampak gadis berambut perang, matanya membulat. Dahinya berkeriut seribu memandang ke arah Theo semula.

"Apa tujuan tuanku panggil Olivia ke sini?"

"Theo nak beritahu rancangan Theo sekarang ni. Jadi, Louis dan Olivia perlu pasang telinga terlebih dahulu," kata putera itu bersama senyuman lebar. Dia mengundur sedikit ke belakang, merapatkan diri dengan penghadang.

"Sebelum tuanku bercerita, patik sarankan tuanku untuk dekati kami. Kami tak nak ada sesuatu buruk yang berlaku pada tuanku," giliran Olivia bersuara. Rasa tidak selesa dengan tindakan Theo ketika itu.

Theo tertawa halus. Dia mendekati dua orang itu. Namun, masih ada jarak satu meter antara mereka. Dia berdehem sekali sebelum membuka mulut.

"Rancangan Theo tak adalah gila macam apa yang Louis sangkakan dan rancangan ni mudah je. Berdasarkan isi surat Luca dan impiannya sebelum ni, Theo dah buat keputusan."

"Keputusan?"

"Yup. Macam yang Louis nampak sekarang ni, ada Cik Olivia di sini. Theo nak minta Cik Olivia latih Theo untuk mahir dalam pertarungan," sambil tersenyum, ayat itu diungkap.

Bukan sahaja Louis, malah Olivia yang dikenali sebagai pahlawan terulung wanita di kerajaan itu turut sama terkejut. Permintaan Theo langsung tidak dijangka.

"Tuanku mahu patik latih tuanku bertarung? Untuk apa? Kalau sekadar seni pertahanan bela diri..." belum sempat gadis itu menghabiskan ayatnya, Theo sudah memotong.

"Theo nak berlatih untuk persediaan peperangan."

"Tuanku. Raja Alanark takkan berikan keizinan untuk tuanku melibatkan diri dalam isu peperangan," dingin Louis menegaskan ayatnya. Putera yang berbadan lemah ingin menyertai peperangan? Mustahil Raja Alanark akan benarkan.

Theo jongket bahu. Dia menyilangkan tangan di belakang tubuh. Riak wajahnya masih tenang sejak tadi. Langsung tiada tanda-tanda rasa bersalah.

"Theo tak kata pun yang Louis boleh masuk campur. Ini sekadar pemberitahuan rancangan Theo aje. Dan Cik Olivia mesti terima permintaan Theo. Ini satu perintah," perhatian dialihkan kepada si gadis. Renungan tajamnya membuatkan Olivia berdiri statik.

Tatkala satu arahan diterima, dia tak boleh ingkar, kecuali jika ada arahan lain daripada pihak yang lebih tinggi tarafnya. Namun mereka yang bertaraf lebih tinggi daripada Theo hanyalah Raja Alanark. Malah Louis juga tidak berhak menghalang sebaik sahaja umur putera itu menjejaki genap 15 tahun.

"Kalau sampai begini pengorbanan yang tuanku sanggup lakukan untuk jumpa Luca, lebih baik kalau saya bawa tuanku untuk berjumpa Luca," pantas Louis membalas.

Namun Theo tidak mengendahkan. Sebaliknya, dia mengeluarkan buku Wings di sebalik jaket tebalnya.

"Theo tak nak kacau Luca berlatih di kem tentera. Jadi, Theo sendiri yang akan berlatih dan jumpa Luca di sana."

Louis terdiam. Jika tempoh hari dia tidak memberi klu kepada putera itu berkenaan Luca berdasarkan buku tersebut, Theo akan bertindak begini ke?

"Cik Olivia ada bantahan ke?"

"Patik... tak boleh bertindak sesuka hati. Tuanku putera masih perlukan keizinan Raja Alanark," balas Olivia. Theo menggeleng.

"Tak perlu beritahu ayahanda kalau Theo belajar senyap-senyap."

"Tetapi semua kawasan istana ada di bawah penguasaan Raja Alanark. Mustahil untuk tuanku belajar secara sembunyi," bidas gadis itu lagi. Jika boleh dielak, dia akan memilih untuk mengelak permintaan putera itu.

"Tuanku Theo tak ada masalah untuk hal tu," pintas Louis perlahan.

Theo laju mengiyakan. Dia mengambil kunci yang disimpan di dalam buku itu.

"Theo dan Luca ada bilik rahsia yang luas dan ayahanda sendiri tak tahu fasal ni. Cik Olivia boleh ajar Theo di bilik ini," ujar Sang Putera.

Olivia hilang kata. Dia hanya boleh berharap pada keputusan Louis sahaja setakat ini memandangkan butler itu rapat dengan Theo.

"Kalau kami tolak permintaan tuanku, apa yang tuanku akan buat?" soal Louis. Putera berambut blonde mengeluarkan seuncang beg kecil dan kotak mancis sambil menapak selangkah ke belakang.

"Louis tahukan yang Theo minat apa? Dan kalau Louis tahu, rasanya Louis dah dapat agak apa yang Theo akan buat," Theo membalas dalam nada mengugut.

Louis mendecit di kala Olivia masih terpinga-pinga. Butler itu menunduk 45°, tanda akur dengan permintaan putera itu.

"Olivia, tolong terima permintaan tuanku. Kita tiada pilihan lain," putus Louis pasrah. Olivia akur tanpa memahami situasi itu. Uncang yang dipegang Theo, langsung tidak diketahui isinya.

Theo tersengih. Dia menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan gadis muda itu. Wajah kelat Louis diabaikan. Keputusan sudah dibuat dan dia tak akan ubah rancangannya.

"Mulai esok, Cik Olivia dah boleh latih Theo berdasarkan jadual dalam surat ni. Jadual ni Theo dah suaikan dengan jadual Cik Olivia di pusat latihan. Jadi, jangan risau," ujar Theo senang hati.

"Baiklah, tuanku. Tetapi, jika ada pihak atasan tahu, apa yang patik perlu buat?"

"Pindahkan kesalahan tu kepada aku. Keselamatan tuanku putera terletak di bawah jagaan butler peribadinya," pintas Louis. Olivia terangguk-angguk. Perkenalannya bersama Louis yang sudah lebih sepuluh tahun membuatkan dia faham dengan keputusan itu.

"Maaf kerana susahkan Cik Olivia. Cik dah boleh pulang sekarang."

Theo melangkah pergi sebaik sahaja urusan mereka selesai. Hilang sahaja Theo daripada pandangan, Olivia lantas mendekati Louis.

"Kenapa kau akur? Melatih tuanku untuk persediaan peperangan bertentangan dengan arahan Tuanku Alanark untuk melindungi tuanku putera dua puluh empat jam. Kau dan aku boleh dijatuhkan hukuman berat," bidas Olivia curiga. Wajah keluhan Louis semakin menambah rasa ingin tahunya.

Louis melepaskan keluhan sekali lagi. Dia termenung seketika ke arah pintu. Selangkah sebelum dia menapak pergi, persoalan Olivia dibalas ringkas.

"Kalau kau tahu kelebihan Tuanku Theo, kau takkan berani ingkar arahan tu." Butler itu terus bergerak pergi, meninggalkan Olivia tanpa memberitahu makna yang jelas.

Gadis itu terpaku sendirian. Fikirannya bercelaru kerana perbincangan itu. Pertama kali, dia nampak sisi lain Theo yang terpesong jauh daripada bualan orang ramai.

Putera itu bukan lemah seperti yang disebutkan orang. Bahkan, Theo ialah seorang yang licik, dan sifat itu hanya digunakan demi sahabat sejati.

TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro