2 | Si Kecil

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Salman bergegas melangkah ke bilik air apabila menyedari jam tangannya tepat menunjukkan pukul 10 pagi.

Habislah, hari ni dia sepatutnya berjumpa dengan dengan Mat Shah untuk projek minggu ni. Stok heroin pure akan diserahkan kepada kumpulannya untuk memenuhi permintaan pelanggan yang melambung tinggi sejak akhir-akhir ini.

Kepala paip segera diputarkan lalu penuhlah timba dengan air sejuk yang jernih. Ketika Salman sibuk menanggalkan baju, sempat matanya menangkap putung rokok yang berteraburan di atas lantai bilik air. Padanlah kena kongsi dengan orang lain, bukan dia sahaja yang menginap di rumah flat setinggan itu.

Sepantas kilat Salman ke almari pakaiannya seusai sahaja membersihkan diri ala kadar. Asalkan bersih daripada peluh, cukuplah tu.

Tshirt kelabu dan jeans biru muda dicapainya lalu dia melabuhkan punggung di atas katil. Sebaik sahaja dia ingin menyarungkan baju, matanya tertancap pada sekujur tubuh yang sedang berselimut itu.

Kanak-kanak semalam nampaknya sedang asyik tidur walaupun cahaya matahari dah memancar ke segenap ruang bilik. Salman merajinkan tubuhnya yang bertuala untuk menghampiri kanak-kanak itu perlahan-lahan. Dia termenung seketika sambil menjuihkan bibir.

Ke mana patut dibawa budak itu? Takkan la nak simpan dekat rumah buat dua tiga hari lagi. Tak kuasa pula nak jadi babysitter.

"Hmm..." Salman menyarungkan baju sambil matanya masih tertumpu pada kanak-kanak itu.

Tok Tok

Pintu bilik mula terkuak dari luar sebelum seorang pemuda terpacak di depan biliknya.

"Man, cepat la sikit. Nanti Mat Shah marah kalau lambat-lambat." Ujar Zack. Nama sebenarnya ialah Yahya tapi dia lebih suka dipanggil dengan nama Zack. Padahal nama Yahya itu lebih tinggi maknanya.

Salman terpinga-pinga sebentar. Dia menggeleng lalu memakai seluar jeansnya segera.

"Kenapa kau bawa balik budak ni?" Soal Zack. Keningnya bertaut seketika. Ketika pulang pukul tiga pagi semalam, dia sempat menjenguk Salman di bilik. Betapa terkejutnya dia apabila ada sekujur kanak-kanak sedang tidur dalam pelukan Salman. Buang tabiat agaknya kawan baiknya itu.

"Aku jumpa semalam. Aku ingat nak jual kat Kaisar lepas settle jumpa Mat Shah. Kau ada nombor Kaisar?" Salman mengelap rambut hitamnya dengan tuala.

"Aku ada nombor dia. Tempat dia pun takdelah jauh mana. Tapi serius la kau nak jual budak ni? Nanti mak ayah dia cari macam mana?" Zack ingin kepastian. Entah siapa-siapa kanak-kanak di hadapan mereka ini.

"Ah, siapa suruh tak pandai jaga anak. Biar merata sampai pengsan dekat kaki lima. So aku yang jumpa, suka hati aku lah nak buat apa." Setelah rambut tersikat rapi, minyak wangi pula disembur pada tubuh.

Kotak rokok dan dompet di atas meja segera disambar. Ekor mata Salman masih memandang kanak-kanak itu dalam diam tanpa disedari Zack. Hatinya berasa berat untuk meninggalkan kanak-kanak itu seorang diri di dalam rumah.

Zack berura-ura untuk melangkah ke luar bilik apabila Salman sudah pun bersiap.

"Zack, aku nak bawa budak ni sekali." Ayat Salman memeranjatkan Zack. Zack segera menoleh ke arahnya dengan wajah yang terkejut.

"Bro, kau nak bawa dia pergi tempat kita? Dah lah tempat pertemuan kita rahsia. Kau ada hati nak bawa budak ni pulak?" Zack menggaru keningnya yang tidak gatal.

"Rumah kita ni bukan ada orang siang-siang. Aku risau budak ni buat bukan-bukan dekat rumah kita." Salman terduduk di birai katil. Dia mengalihkan gebar yang menutupi tubuh kecil kanak-kanak itu.

Comotnya. Dengan debu-debu tanah di baju dan seluarnya. Salman tersenyum sendiri tanpa sedar.

"Salman, kau jangan macam-macam." Keluh zack. Dia masih terpacak di pintu bilik.

"Lagi pun kan kita nak jual budak ni kejap lagi. Alang-alang tu bawa je la dia sekali." Bahu kanak-kanak itu digoncang perlahan. Salman membelek-belek luka di kakinya yang tertutup dengan kain kasa. Doktor semalam kata hari ni kena cuci luka ni dekat mana-mana klinik untuk elak jangkitan kuman berlaku lagi.

Kelopak mata kanak-kanak itu terbuka saat Salman memegang kakinya. Dia terpisat-pisat memandang sekeliling sebelum dibantu Salman untuk duduk tegak di atas katil.

"Cepatlah," ujar Zack sebelum berlalu pergi ke luar rumah.

Salman masih memandang kanak-kanak itu. Dibetulkan bahu bajunya yang terlondeh.

"Ayah-" Kanak-kanak itu bersuara. Matanya bersinar-sinar apabila terlihat Salman setelah bangkit dari lena.

"Jom ikut aku." Tubuh kecil itu pun dibawa ke dalam dakapan Salman. Salman terus menuju ke bilik air sambil kanak-kanak itu utuh di dalam dukungannya.

Kepala paip di singki dibuka lalu wajah kanak-kanak itu dibilas dengan air. Kemudian, Salman meraup pula rambutnya ke tepi agar kemas sedikit.

"Ayah-"

"Aku bukan ayah kau."

Kanak-kanak itu hanya diam dengan suara dingin Salman. Dia mengecilkan diri di dalam dakapan lelaki itu. Kepalanya perlahan-lahan tersandar pada dada bidang lelaki yang digelarnya sebagai 'ayah'.

Salman bergegas ke kawasan parkir kereta sebelum mengambil tempat di sebelah tempat duduk pemandu.

"Serius la, Man?" Zack memandang sekilas tubuh kanak-kanak yang berada dalam pelukan Salman. Ngauman enjin kereta mula berbunyi. Pacuan empat roda itu pun memasuki jalan raya.

Salman masih termenung sendiri kerana memikirkan sesuatu. Zack pula malas mahu membantah apa-apa. Lagi pun Salman dah kata yang selepas habis perjumpaan pagi ini, dia mahu menjual kanak-kanak itu. Rasanya itu tidak menjadi masalah buat mereka.

* * *

Telefon ditekupkan pada telinga sementara menunggu panggilannya dijawab. Salman menekan butang dail sekali lagi. Wajahnya terus berubah ceria apabila panggilan diangkat.

"Hello, Ain. Sibuk ke? Abang nak minta tolong satu benda ni." Ujar Salman.

Hatinya berbunga apabila Ain menjawab panggilan itu. Entah siapa lagi yang boleh menolonginya pada saat itu. Siapa je kenalan yang dia ada?

"Jaga budak?" Suara Ain sedikit terkejut di hujung talian.

"Jaga sekejap je. Dalam tiga jam. Nanti abang datang ambil balik." Rayu Salman. Wajah kanak-kanak yang tersandar pada dadanya diintai beberapa kali.

"Tak boleh lah. Pagi ni Ain ada kelas dekat kolej."

"Skip la kelas tu untuk abang. Tak boleh ke? Nanti abang belanja Ain burger bakar ke..." Umpan Salman.

"Tak nak. Ain ada kelas. Ain pergi dulu. Tata."

Sekelip mata pangilan terputus. Salman hanya mampu mengeluh kecil dengan jawapan kawannya itu. Nak harapkan kawan, kawan tak free pula.

Ketukan cermin kereta dari luar mengalihkan perhatian Salman. Ternyata Zack sudah lama berada di luar kereta. Dia je yang masih tercegat.

"Ain kata apa?" Soal Zack. Selama ini, dia tak pernah bersua dengan Ain, entah siapa gadis yang sering disebutkan Salman. Yang pasti, Salman baru berkenalan dengan gadis itu berbekalkan tempoh perkenalan sebulan.

"Dia kata dia ada kelas pagi ni. Biasa la budak kolej kan." Salman menapak keluar kereta. Dia masih teragak-agak untuk melangkah ke dalam restoran masakan Cina di hadapan mereka ini. Bayangan Mat Shah sedang menunggu di meja makan.

"Kau tinggal je la budak ni dalam kereta. Bukan lama pun." Cadang Zack.

"Bahaya la kalau tinggal dalam kereta. Baru-baru ni pun ada kes budak lemas dalam kereta. Jom la cepat."

Zack dan Salman mula melangkah ke dalam restoran itu. Sebaik saja melepasi pintu hadapan, semua anak mata tertumpu pada mereka lebih-lebih lagi ke arah kanak-kanak yang sedang berada dalam dukungan Salman. Zack hanya tersengih apabila seorang lelaki yang berjaga di pintu turut memberikan mereka pandangan helang.

"Kalau jadi apa-apa hari ni, siap kau Salman." Bisik Zack setelah berjalan seiring dengan Salman.

Ada yang sedang bermain daun terup dengan taruhan duit di atas meja. Botol-botol arak mewah pula tersusun elok di rak kayu jati dengan suhu yang sesuai. Nampak sahaja restoran ini bersahaja dari luar, tapi bila masuk dalam memang akan terpesona dengan kemewahan seperti restoran lima bintang.

Seorang sommelier yang berkemeja putih mula menghampiri mereka berdua. Wajahnya sedikit berkerut.

"Man, siapa budak ni?" Naufal terkejut apabila rakannya bersama seorang kanak-kanak lelaki. Siap dukung pula tu.

"Fal, kau ada kerja tak sekarang ni? Boleh tak tolong jaga-" Salman bersyukur apabila terserempak dengan Naufal; seorang pelayan yang menghidangkan wine.

"Jaga budak ni? Hm... Aku suka je budak-budak tapi aku ada kerja sekarang ni. Nampak?" Naufal memaksudkan botol arak merah di tangannya. Dia perlu melayan tetamu di meja sana. "Lain kali aku jaga boleh tak?" Dia mengutumkan senyuman sebelum berlalu pergi.

Suasana di dalam restoran itu yang dihujani cahaya lampu perang kekuningan membuatkan kanak-kanak lelaki di dalam pelukan Salman hanya menyepikan diri. Dia hanya memejamkan mata di dalam jagaan Salman.

Zack dan Salman meneruskan langkah mereka ke bilik bawah tanah. Satu tangga yang teroencil dilalui mereka berdua hinggalah terdapat satu pintu jati yang utuh bercorak ular tedung. Pintu bilik itu dibukakan oleh penjaga yang menunggu di situ.

Saat menapak ke dalam bilik itu, senyuman Mat Shah menyambut mereka. Kelihatan lelaki lewat 40-an itu telah lama menunggu mereka berdua pagi ini. Beberapa orang gadis yang berpakaian mencolok mata mengelilingi meja snooker sambil bersorak riang setiap kali Mat Shah berjaya memperolehi mata. Ada juga dua orang pengawal peribadinya di sisi dengan pistol yang terselit di pinggang.

Bola putih di atas pool perlahan-lahan mengenai bola merah lalu bergolek masuk ke dalam poket di penjuru meja. Mat Shah menghampiri mereka berdua dengan batang kayu kiu di tangan.

Batang kayu itu dilalukan pada leher Salman sambil matanya tepat menikam kanak-kanak yang berada dalam pelukan Salman.

"Sejak bila kau ada anak?" Soal Mat Shah.

"Aku jumpa budak ni dekat koridor-"

"Jadi, kenapa bawa masuk sini? Kau tahu kan dia underage." Tawaan Mat Shah disambut oleh mereka yang lain.

Salman hanya menyepikan diri dengan lawak ketuanya.

"Lepas ni kau jangan bawa budak ni datang sini dah. Kalau tak, aku bunuh dia. Faham?" Mat Shah sempat menunjal kepala kanak-kanak itu lalu berlalu ke meja snooker kembali.

Bola-bola yang bergolek mula dikutip oleh pembantu Mat Shah sebelum satu beg hitam diletakkan di atas meja.

"Setengah kilo. Habiskan minggu ni kalau tak nak polis dapat hidu kita. Aku dengar cerita dorang dah pasang mata-mata dekat tempat biasa kita. " Ujar Mat Shah.

Kemudian, dua pucuk pistol model Glock 20 yang mampu memuatkan 15 peluru berdiameter 10mm diletakkan di sebelah beg hitam. Stok peluru turut disertakan bersama-sama sebagai pelengkap set.

"Dan ni korang punya. Pandai-pandai jaga diri. Aku nak RM20 000 ada dalam tangan aku seminggu dari sekarang." Sambung Mat Shah.

Zack kelihatan teruja menerima pemberian itu. Dia membelek-belek model pistol dengan penuh teliti dari setiap sudut. Dengan kelajuan tembakan 375m/s, seronoklah permainan tembak-menembak mereka selepas ini.

"Man, kau tahu tak ni apa? Glock-20! Dah lama aku nak pistol semi automatik macam ni. Selalunya FBI je pakai." Bisik Zack kepada Salman.

Dush!

Sekelip mata kepala Zack dihentam grip pistol Mat Shah. Membulat mata Salman dengan tindakan drastik ketua mereka. Dia segera mendapatkan Zack yang sedang mengerang kesakitan.

"Lain kali jangan lambat." Senyum Mat Shah.

Darah merah pekat mengalir menuruni pelipis Zack. Salman mengetap gigi kegeraman. Kalaulah dia boleh balas, sekarang juga kepala Mat Shah pecah.

"Kalau korang lambat lagi lepas ni, tengoklah apa jadi. Masa aku bukan untuk tunggu korang je. Aku ada ramai lagi anak buah yang boleh ganti tempat kau. Faham?" Mat Shah leka dengan kayu kiunya. Dia mengarahkan pengawalnya untuk membawa Salman dan Zack keluar.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro