11

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

        "Aku bantu kau sampai level 30."

Daeyeol turuti langkah Jackson.

Kali ni mereka akan bertempur dalam hutan.

Daeyeol dan Jackson menyatukan kedua belakang mereka. Sejujurnya,  Daeyeol masih terfikirkan apa sebenarnya yang terjadi pada Mingyu.

"Fokus!"

Terkejut Daeyeol , Jackson mengetahui dirinya sedang memikirkan sesuatu.

"Hembusan nafas kau tak teratur."

Bertambah tak keruan Daeyeol bernafas. Hebat betul Jackson.

"Bersedia!" Jackson keluarkan pedang. Kaki sebelah maju ke depan.

Daeyeol turut bersedia. Pedang hitam dikeluarkan.

Kali ni  kelawar muncul. Dari beberapa ekor kemudian datang ratusan.

"Bertahan!" Arah Jackson.

Mereka terus menepis serangan bertalu-talu dengan pedang, kelawar yang bermata merah.

Terus bertahan namun kaki mereka mulai terseret ke tanah.

Jackson mengerling Daeyeol di belakang. Dia menyoal,

"Apa sword skill kau?"

"Aku ada Sword Skill Light Flash dan Double Kill Sword."

"Cun. Kau alihkan kelawar ni. Guna pedang kau lepas aku bertindak nanti!"

"Okay!"

Kali ini, Daeyeol terpaksa menepis dari kanan dan kiri. Menahan serangan bertalu-talu kelawar. Serta melibas seekor demi seekor yang terus mengerumuni.

Jackson  berlari lalu melompat di udara menghayunkan pedang membelah dua tiga pokok. Matahari yang menyuluh dari tepi Gunung mula memancar ke arah kelawar tadi.

"Daeyeol sekarang!"

Dia bertindak mengikut jeritan Jackson.

"Hiyah!"

Double Skill Sword dan Sword Kill Light Flash bergabung. Cahaya kilat dan hentaman dua kali pedang maut menyebakan kelawar-kelawar tadi menjerit lalu berkecai. Setelah itu muncul cahaya bulatan.

Banyak coin mengalir. Dan ianya auto dipindahkan ke dalam Portal Skrin mereka berdua.

Suara diprogramkan bergema, "Congrats!  Mission complete. Level upgrade!  Beta test. Stage special."

Daeyeol memandang Jackson.

"Selamat berjaya. Selepas ni kuasa kau akan naik berkali ganda. Kau akan dapat banyak kelebihan. Jumpa lagi!"

"Nanti_" belum sempat dia habiskan katanya.  Jackson sudah hilang setelah menekan butang merah. Log out!

Entah mengapa dia turut terasa terkesan dengan apa yang menimpa mereka berdua. Rasa terhutang budi.

Papan skrin muncul di hadapan daeyeol. Duitnya makin bertambah. Status level menjadi 30. Ada sesuatu berbunyi. Daeyeol memeriksa ruang itu. Terkejut dia melihat Peti Mesej yang turut terletak di Personal Matter. Dia tak perasan ada ruang chat dan Voice Call di situ. Eh, sebelum ni tak ada kan?

Dia baca pesanan.

"Beta tester. Special stage. Enter blue light portal infront of you."

Eh?  Blue portal?

Daeyeol tutup Papan Screen.

Dia masuk ke cahaya biru di hadapannya.

Tempat itu biru. Daeyeol sedang berjalan melalui sebuah lorong.  Kiri dan kanan dikerling tetapi semuanya hanya kelihatan dinding kosong berkaca biru.

Sebaik memijak hujung lorong Kiub itu,  Daeyeol aturkan langkah mengharungi asap kelabu yang hampir menjejaskan penglihatannya.

Setelah itu muncul Naga di hadapannya. Daeyeol keluarkan pedang dari sarungnya.

Bersedia untuk serang.

Daeyeol berlari melompat ke arah Naga tadi. Dadanya dilibas pedang bertalu.

Bateri jangka hayat Naga itu menjadi menurun ke tepi setengah.

Daeyeol terusan menyerang lagi. Tikaman bersama cahaya.

Bateri hijau itu bertukar menurun ke merah dan menghilang.

Difikirkan dia berjaya, namun bateri jangka hayat Naga itu bertukar menjadi hijau penuh memenuhi garisan panjang. Malah kali ini ada dua bateri jangka hayatnya.

"Eh, tapi macam mana?"

"Dia serap kuasa kau."

Ha?

Daeyeol menoleh ke sebelah.

Tbc..

Vote Dan komen amat dialu-alukan.

Terima kasih sudi singgah. 💖💖💖

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro