Bab 2

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

KTAK!

Pukulan Qaayed terhadap bulu tangkis yang mara ke arahnya berbunyi lebih kuat daripada tadi lalu kembali bergerak ke arah Qayra yang sedang menunggu dari arah yang berlawanan.

KTAK!

Qayra yang sudah bersedia mengangkat tinggi raket miliknya tetapi pukulannya cuma mengena ke arah tepi dan akhirnya sangkut pada jaring sebelum sempat Qaayed membalasnya.

"Stamina dah tak kuat dah ke, cik adik?" Tegur Qaayed tatkala dia lihat wajah masam adiknya. Qayra memberikan jelingan tajam ke arah Qaayed lalu raket di tangan diletakkan di atas lantai.

"Take five lah kejap."

Kemudian, kakinya mula melangkah ke arah kerusi batu yang tersedia bersebelahan jaring dan tumblr berisi air sejuk itu diteguknya laju. Qaayed pula sekadar tersenyum apabila Qayra sudah melabuhkan duduk di atas kerusi sebelum dia turut sama duduk.

"Penat?" Tanya Qaayed setelah dia meneguk air mineral yang dibawa bersama.

"Agaklah," jawab Qayra dengan nada mengah.

"Feeling better?" Pertanyaan Qaayed itu membawa maksud yang cuma mereka berdua sahaja yang tahu.

Lama Qayra diam. Namun setelah hampir 5 minit, dia akhirnya menganggukkan kepalanya. "A bit."

Qaayed tarik senyum. Betul tubuh, pandangan dihala ke arah depan. Mereka kini sedang berada di kawasan taman permainan yang berada tidak jauh dari kawasan rumah. Sekali-sekala panaskan badan.

"Abang taknak tanya Shana apa-apa ke?" Soal Qayra tiba-tiba.

"Maksud Shana?" Qaayed angkat keningnya ke atas tanda dia mahukan penjelasan yang lebih jelas terhadap pertanyaan tersebut.

"Yelah. Kan pagi tadi tiba-tiba aje Shana ketuk pintu abang ajak datang sini. Abang pun baru je balik semalam tak habis penat lagi tapi dah kena layan mood tantrum Shana. Abang taknak tanya ke kenapa Shana jadi macamni?" Lebih jelas pertanyaan Qayra kali ini.

Qaayed sekadar senyum tatkala Qayra bertanyakan kepada sebegitu. Pusing tubuh, pandangan mata mereka beradu sebelum Qayra bijak melarikan anak matanya.

"I got it. You're not ready enough to tell me." Petik jari, Qaayed bersuara laju.

"Kenapa pula?" Tanya Qayra tidak puas hati. Macam mana abang boleh tahu hati dia pula ni?

"Your action told me other way than your mouth did. Abang takkan paksa kalau Shana sendiri yang taknak bercerita. Itu hak Shana dan abang hormatkannya. And remember, I'm not going to judge you too for keeping a secret. You're now an adult and I know you need some space so I give it." Jelas Qaayed panjang lebar. Tangan disilangkan ke dada sebelum pandangannya kembali ke wajah Qayra.

Qayra hela nafas lemah. Mendengarkan bicara Qaayed, hatinya jadi lapang serta-merta. Paksa diri kekal senyum, pandangan mata Qaayed dibalasnya.

"Shana bukan taknak bercerita tapi.. Shana tak tahu nak mula dari mana. There's a lot in my mind and none of it is a good sign. Mungkin betul apa yang abang cakapkan tadi. I need some space and I'll get back to you later if I'm ready enough." Di akhir kata, Qayra ukirkan senyuman yang lebih lebar.

"It's okay, sissy. It's okay to not be okay sometimes." Qaayed balas senyuman adiknya lalu kepala Qayra disandarkan ke bahunya tujuan menenangkan.

Dia tidak tahu apa yang sedang Qayra lalui sekarang tetapi apa yang dia tahu bahawa dia akan sentiasa berada di sisi Qayra walau apa pun yang berlaku.

"Thank you, abang. You are the best listener ever after abah." Gumam Qayra perlahan.

Mendengarkan kata-kata Qayra itu membuatkan Qaayed menarik senyumannya lebih lebar.

Abah. Arwah abah.

"Khidmat abah bukannya free tahu? Kenalah belanja teh tarik satu."

Jika dulu, abahlah yang menjadi pendengar setia untuk mereka berdua. Tetapi sekarang nampaknya dialah yang menjadi pengganti tempat lelaki hebat seperti arwah Tuan Ehsan.

"Welkie, sissy." Balas Qaayed penuh makna. "Tapi itulah.. khidmat abang ni bukannya free tahu? Kenalah belanja kopi satu," ujar Qaayed sambil tertawa.

Tubuh Qayra automatik menegak. Matanya dipincingkan ke arah Qaayed lalu gelak tawanya terhambur apabila sebaris ayat itu amat dikenalinya. "Abang ni memang betul-betul macam abahlah!" Tutur Qayra manja.

"Mestilah! I learnt from the best and you know that." Balas Qaayed yang turut sama tertawa.









TARIKH penting yang dibincangkan oleh mereka sekelas akhirnya dipersetujui oleh semua pihak setelah memastikan semua orang benar-benar free pada tika itu.

"So, semua orang betul-betul setuju kan dengan cadangan yang Irfan bentangkan tadi tu?" Tanya Fatihah selaku class rep.

"Setuju!" Rata-rata mereka semua mengatakan persetujuan memandangkan lagi 2 minggu program ini akan dimulakan.

"Baiklah. Aku rasa sampai sini je dulu perbincangan kita untuk program charity ni. Tapi minggu hadapan jangan lupa yang kita akan berjumpa lagi untuk sesi agihan lanyard dan juga baju yang akan dipakai pada minggu ke 12 tu nanti. Segala preparation pula akan dibuat pada hujung minggu nanti jadi diminta semua hadir ke bilik multimedia untuk hasil kerjasama yang lebih efektif." Tutur Hawa sebagai ketua pengarah untuk projek mereka kali ini.

"Semua orang ada apa-apa soalan?" Tanya Hawa lagi.

"Tak ada." Majoriti menggelengkan kepala tanda tidak.

"Okey semua. Discussion dismissed." Laungan Irfan akhirnya membuatkan mereka semua menghela nafas kelegaan. Lepas akhirnya satu bebanan yang telah mereka pikul sejak pukul 1 tengahari tadi. Mereka semua mula mengemas beg lalu keluar daripada dewan pelajar untuk pulang ke kediaman masing-masing.

Mirabella yang sedari tadi duduk di hadapan laptop turut sama bangun apabila tugasnya selaku penolong setiausaha juga telah tamat. Memandangkan Tasneem iaitu setiausaha kepada projek ini masih tidak hadir maka dialah yang harus menggantikan tempat tersebut. Wayar yang dipasang bersama projector dicabut lalu dimasukkan ke dalam beg laptop tersebut.

"Laptop ni nak tinggal sini jeke?" Tanya Mirabella kepada Azmi yang sedang memegang kamera.

"Haah. Biar je situ. Nanti aku ambil bawa masuk milik multimedia." Jawab Azmi bersama senyuman.

Mirabella angguk kepalanya tanpa membalas senyuman Azmi. Beg tangannya yang terdampar di atas lantai dicapai lalu disangkutkan ke bahu. Telefon bimbit yang memaparkan notifikasi dari rakan-rakannya dibaca satu persatu.

Kay : Belle, mana kau? Nak ikut pergi makan cendol sekali tak?

Mel : Kelas kau habis pukul berapa harini?

Tangan mula menaip pada papan kekunci bagi membalas pertanyaan rakan-rakannya.

Bella : Aku dah nak turun. Tunggu dekat tempat biasa.

Send.

Telefon bimbit kembali dimasukkan ke dalam poket baju. Angkat kepala, kelihatan bayangan Azmi kini berada di hadapan wajahnya.

"Ish kau ni! Terkejut aku!" Marah Mirabella.

Azmi tertawa. "Sorry Mira. Aku cuma nak ambil beg laptop je." Azmi tunjukkan jari telunjuk pada beg laptop yang berada di belakang.

"Lain kali bagitahulah." Ujar Mirabella yang masih marah dengan tindakan Azmi.

"By the way berapa kali aku pesan dekat kau jangan panggil aku Mira? Aku dah cakap kan aku tak suka." Tegurnya bersama nada yang tidak puas hati.

"Ala, tapi kenapa? Nama Mira tu sedaplah. Kenapa kau tak suka pula?" Tanya Azmi bersama dahi yang berkerut seribu.

"Itu nama aku ke nama kau? Susah ke nak ikut apa aku cakap?" Mirabella silangkan tangannya ke dada apabila Azmi memandang ke arahnya.

"Okey okey. Aku panggil Bella. Walaupun aku lagi suka Mira tu berbanding Bella tapi demi kau, aku tukar okey? Puas hati?" Suara Azmi mengendur tanda dia tidak mahu bergaduh.

"Good. That's what I want to hear." Wajahnya tidak lagi ketat seperti tadi tetapi masih tidak menayangkan sebarang senyuman. Sebaliknya, wajah itu kekal tidak berperasaan seperti kebiasaan.

"Aku peliklah dengan kau ni, Bella. Dalam satu hari tu, susah betul nak tengok kau senyum. Urat muka kau ada masalah ke sampai nak bergerak untuk pamerkan senyuman dekat orang pun tak boleh?" Tegur Azmi lurus.

Mirabella kerutkan dahi bersama mata yang memincing tajam ke arah Azmi. Keningnya terangkat sebelah ke atas lalu pandangan matanya menilik lelaki itu dari atas ke bawah beberapa kali.

Azmi yang tadinya elok berdiri di hadapan Mirabella mula berasa gerun dengan pandangan gadis di hadapannya ini.

"Kenapa kau tengok aku macamtu?" Tanya Azmi pelik.

"Sengaja." Jawab Mirabella laju.

"O-okey.." Azmi takut tiba-tiba. "Aku pergi dululah kalau macamtu, B-Bella. Perut rasa lapar tiba-tiba." Dia mula meminta diri tatkala pandangan Mirabella ke arahnya masih tajam seperti tadi.

Melihatkan tiada balasan daripada gadis itu, cepat-cepat Azmi bergerak pergi keluar dari dewan pelajar tersebut. Langkahnya kian laju sehinggalah dia bebas dari pandangan tajam Mirabella.

"Man and their stupid questions." Mirabella ulingkan biji matanya ke atas lalu dia turut sama keluar dari bilik tersebut.

Tidak dilupakan lampu serta aircond yang terpasang ditutup terlebih dahulu dan barulah dia bergerak pergi menuju ke tempat biasa seperti yang dijanjikan bersama Emelie dan juga Kay.









"SAMPAI macamtu sekali kau takutkan dia, Belle?" Tanya Kay sambil dia terkekek-kekek ketawa mendengar cerita Mirabella.

"Haah. Biar dia serik nak tegur aku lagi." Jawab Mirabella puas hati. Sudu cendol dimasukkan ke dalam mulut lalu pandangan disiarkan ke kawasan sekeliling.

"Azmi yang kau cakap ni budak multimedia yang selalu in-charge dalam program kolej kita tu ke?" Tanya Emelie yang sedari tadi senyap tanpa sebarang bicara.

"Haah. Dialah tu. Kenapa?" Tanya Mirabella pelik.

"Oh. Tak ada apa. Cuma pelik kenapa dia ada dalam class discussion kau." Jawab Emelie masih dilamun tanda tanya.

"Entah. Aku pun tak tahu. Tapi tadi Fatihah ada cakap yang mamat tu in-charge bahagian photo. Memang dia ada bawa kamera pun tadi." Mirabella angkat bahu. Dia bukannya kenal sangat dengan Azmi itu. Tegur pun sekali-sekala. Itu pun kalau ada hal yang melibatkan kolej.

"Padanlah Meen cakap dia tu jarang masuk kelas. Tapi kalau tengok dekat kolej tu ada je bayang dia merata-rata." Kata Emelie sambil menyuapkan cendol ke dalam mulut.

"Dia tu tengok tu macam tu, Mel tapi dekan tau setiap sem. Junior kita pun apa lagi? Menggeletis lah nakkan dia." Balas Kay bersama riak wajah yang tidak dapat ditafsirkan.

Mirabella kekal diam apabila Emelie dan Kay mendominasi topik mengenai Azmi yang baginya tidak penting untuk dibicarakan. Sementelah cendol di hadapan mata juga lebih tertarik untuk dimakan.

Piwit!

Bunyi siulan dari arah tepi yang tiba-tiba sahaja didengari membuatkan Mirabella memusingkan kepalanya. Tercari-cari dia dimana datangnya arah siulan yang didengarinya tadi.

Angkat bahu, fokusnya kembali diberikan kepada cendol di hadapan mata serta Kay dan Emelie yang sedang berbicara mengenai presentation mereka bersama Miss Bianca tidak lama lagi.

Piwit!

Sekali lagi bunyi siulan itu membuatkan Mirabella pusingkan wajahnya. Menganggu betullah siapa yang buat bunyi macamni waktu makan!

Pusing ke kiri, tiada. Pusing ke kanan, mata Mirabella automatik terhenti tatkala melihatkan beberapa orang remaja lelaki kini sedang tersenyum-senyum ke arahnya.

Jelingan maut diberikan kepada lelaki-lelaki tersebut apabila salah seorang daripada mereka mengangkat tangan gaya 'telefon' lalu diletakkan ke telinga.

"Euw," komen Mirabella bersama mata yang diulingkan ke atas tanda menyampah. Kenapalah kaum lelaki yang muncul di hadapannya suka menempah kebencian daripadanya?

"Kau kenapa, Belle? Kau okey ke?" Tanya Kay tatkala dia lihat perubahan di wajah Mirabella.

"Tengok meja sebelah kiri belakang kau tu. Dari tadi asyik bersiul macam orang tak betul. Menyampah aku tengok." Air kosong yang berada di hadapan mata disedutnya bagi melegakan amarah yang bakal meletus bila-bila masa sahaja.

"Hmm, tidak syak lagi! Budak-budak tu minat kau ni aku rasa," komen Emelie bersama senyuman senget. Kay pula sudah terangguk-angguk kepalanya tanda bersetuju dengan kata-kata Emelie tadi.

"Gila," ujar Mirabella bosan.

Emelie dan Kay sekadar tertawa mendengarkan ujaran itu. Typical Bella!










"SIBUK ke tu?" Teguran yang kedengaran dari arah belakang itu menghentikan tindakan Qayra yang kini sedang duduk di hadapan komputer riba miliknya.

Pusingkan kepala, terlihat wajah Qaayed yang kini sedang menarik kerusi bersebelahannya.

"Tak adalah. Tengah siapkan assignment sikit." Qayra senyum pada abangnya yang sudah selamat melabuhkan duduk.

"Abang kacau ke?" Tanya Qaayed risau.

"Tak pun." Qayra geleng. "Mama mana?" Soal Qayra sambil kepalanya meliar mencari keberadaan Aisyah.

"Mama cakap dia pening kepala tadi. Lepas makan ubat tadi terus dia naik atas. Abang cakap kalau ada apa-apa boleh panggil abang dekat bawah." Jelas Qaayed tentang keadaan Aisyah.

"Mama tak sihat eh?" Risau pula dia apabila Qaayed beritahu tentang sakit kepala Aisyah. Sudahlah sejak dia pulang dari rumah sewa ke sini semalam dia masih belum sempat berjumpa Aisyah oleh kerana sibuk melayan perasaan yang tidak berkesudahan.

"Haah. Tapi abang rasa tak ada apa pun. Biasalah mama kan? Selagi tak sakit selagi itulah dia akan sibuk dengan persatuan dia tu," bebel Qaayed sambil kepala yang tergeleng ke kiri dan ke kanan.

Qayra pula hanya mampu senyum. Betullah apa yang abang dia cakapkan tu. Dulu dah puas dia nasihatkan mama. Tetapi nampaknya mama masih tak makan saman.

"Nanti sebelum Shana naik tidur, pergilah tengok keadaan mama dulu. Tadi masa makan mama ada tanya kenapa Shana tak join sekali." Ujar Qaayed memperlahankan nadanya.

"Habistu abang cakap apa?" Rasa bersalah pula dia apabila Qaayed beritahu Aisyah mencarinya. Memang dia sengaja tidak turun makan kerana dia belum bersedia dengan sebarang persoalan daripada mama.

"Abang cakap Shana sibuk sikit dengan assignment. Lepas tu mama tak ada cakap apa-apa dah." Walaupun dia tahu Qayra punya masalah lebih besar daripada itu tetapi dia juga tidak mahu membebankan mama.

Sebaliknya dia juga sedang mencuba menjaga rahsia Qayra seperti yang dipinta.

"Kesian mama. Mesti dia banyak fikir pasal Shana juga," luah Qayra perlahan.

"InsyaAllah mama tak apa-apa. Esok Shana cuba turun bawah cakap dengan mama macam biasa tau?" Pujuk Qaayed lembut sambil menatap wajah adiknya yang satu itu.

"Okey abang. Esok Shana cuba." Qayra angguk kepalanya akur.

Qaayed tersenyum lagi lalu satu kotak air anggur diletakkan di atas meja bersebelahan laptop Qayra.

"Nah, untuk Shana. Happy working on the assignment." Qaayed kenyit sebelah matanya.

Terhambur tawa Qayra akhirnya. Abang dia ini pandai betul tukarkan mood sedihnya ke gembira dengan sekelip mata.

"Thank you, abang."

"No biggie, sissy."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro