Prolog

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"MULAI harini, Papa Azham akan duduk dengan kita." Maryam memeluk lengan suaminya yang berada di sebelah bersama senyuman manis sambil memandang ke arah anak gadisnya.

Mirabella yang tadinya sekadar memerhati lelaki yang baru dinikahi oleh mama itu mengerutkan dahinya sebaik sahaja Maryam berkata sedemikian. Panahan matanya kian tajam tatkala lelaki bernama Azham itu mengukirkan senyuman manis padanya.

"Bella tak setuju. He can't live here." Tegas Mirabella.

"Tapi kenapa? Dia kan dah jadi suami mama. And he's also your stepfather." Wajah Maryam berubah kelat. Pegangan tangannya pada lengan Azham turut sama terlepas.

"But I never see him that way, mama. I already have my papa and he's my one and only father in this world. Nobody else," kata Mirabella lagi masih dengan nada penuh amarah.

"Yes, I know papa is your one and only father but Uncle Azham is also your father right now. He married me and that means he's automatically your father either you agree or not." Suara Maryam turut sama naik meninggi tatkala dia merasakan anak gadisnya kini sedang menunjukkan tanda-tanda ingin memberontak.

"I don't like him. I told you that before!" Mirabella bangun dari duduknya tatkala amarahnya sudah naik memuncak.

"So what, Bella? What can I do is that so? I love him and that's why I married him!" Maryam turut sama bangun dan memanah kembali panahan mata anak gadisnya.

Dada Mirabella turun naik beberapa kali apabila Maryam menengkingnya sebegitu rupa. Pandangan matanya dikerlingkan ke arah Azham yang turut sama memandang ke arahnya sepintas lalu.

Oleh kerana lelaki itu mama menengkingnya sebegini rupa? Dan kerana lelaki itu jugalah punca mengapa mama memilih untuk meninggalkan papa.

Dia benci Azham!

"You're right. Maybe I'm just nobody in your life and that's the reason why you never prioritize my feeling over everything you want to do." Mirabella senyum sinis manakala Maryam pula sudah mengerutkan dahinya.

"But Bella—"

"It's okay. You don't need to explain. I already understand." Mirabella tahan tangannya apabila Maryam cuba bersuara.

"Kalau betul you nak sangat hidup dengan suami kesayangan you ni," Mirabella kerling Azham yang masih duduk di atas sofa. "Just go on. I don't care and I will never care. Not anymore." Nada suara Mirabella berubah beku tanpa perasaan.

"But there's one thing for you to remember," bicara Mirabella kian keras.

"If anything bad happens in the future that's related to that man, I. Will. Never. Forgive. You. Never." Terketap-ketap giginya tika mengutarakan ayat tersebut di hadapan wajah mama. Air mata yang tadinya ditahan sebaik mungkin kini menitis laju ke pipi.

Hapus air mata, Mirabella pusingkan tubuhnya lalu dia bergerak naik ke atas tanpa berpaling lagi. Sungguh dia bencikan mama!

Maryam yang masih terkedu sendiri akibat bicara anak gadisnya tadi kembali terduduk di atas sofa lalu nafasnya dihela lemah. Kedua belah tangan meraup muka sebelum ada tangan yang menggosok bahunya.

"It's okay, sayang. Baby step." Bisik Azham perlahan di cuping telinga isterinya.

Maryam angguk kepalanya perlahan lalu terasa tubuhnya ditarik berbaring ke dada si suami. Sejenak pemikirannya jauh berfikir ke hadapan terhadap apa yang Mirabella perkatakan namun akhirnya dia lenyapkan segalanya dengan harapan bahawa semuanya akan baik-baik sahaja.

Yes. Everything will be just fine.

It will be.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro