BAB 1 | New life

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Kereta yang dipandu oleh Iskandar dihentikan dihadapan sekolah Wing Golden Highschool.Sekolah yang hanya menerima budak kaum2 berada dan yang pintar sahaja.Alhamdullilah diucapkan kepada Illahi kerana adik perempuannya dapat belajar disini walaupun yurannya ditanggung biasiswa.

"Ara jangan buat hal tau dekat sekolah baru,kalau along tahu kau buat hal nahas kau abang kerjakan." Iskandar memberi amaran kepada adik perempuannya seorang itu.

"Hmm yalah along,ok Ara tak buat hal.Salam."Kata Miya lalu menghulurkan tangannya untuk menyalami tangan abangnya.

Iskandar menghulurkan tangan lalu adik nya mengucup tangannya manakala dia sudah mengusap ubun ubun adiknya lalu merosakkan rambut ikal mayang adiknya itu.

"Ish along ni jangan la rosak la rambut yang Ara dah ikat penat2 ni.Dahla bye Ara pergi dulu Aasalamualaikum.Miya segera menutup kepalanya dengan hoodie lalu segera bertapak keluar dari kereta abangnya itu.

'Hmm Ara,bila la Ara nak move on abang tahu yg Ara ni kuat'monolog Iskandar.

...........................

"Jadi harini cikgu nak semua buka buku teks muka surat 17 dan buat latihan no.1 hingga 5 okay."Arah cikgu Hani.

"Okay cikgu"Kata murid2 yg lain.

Tok Tok Tok

Ketukan pintu di kelas memberhentikan seketika pengajaran cikgu Hani."Ya,ouh ni budak baru tu kan boleh masuk".Cikgu Hani memberi izin.

Miya melangkah masuk ke kelas dengan hoodie yang masih dia atas kepalanya.Seperti biasa hoodie akan sentiasa berada dia atas kepalanya apabila selangkah keluar tapak kaki dari rumah.

"Ok awak boleh perkenalkan diri sekarang."minta cikgu Hani.
Miya masih senyap berdiri di sebelahnya.

"Emm...ok kalau tak nak perkenalkan diri tak apa saya faham.Kamu boleh duduk di sebelah Marina.Marina tanpa segan silu melambaikan tangannya ke arah Miya.

Salah seorang daripada pelajar lelaki mengangkat tangan menunjukkan ingin bertanya sesuatu.

"Ya,Mirza kenapa?"Tanya cikgu."Cikgu asal dia ni sombong sangat,nak perkenalkan nama pun susah ceh".Kata murid itu.Miya yang sudah berada di mejanya hanya membuka buku teks dan menghiraukan apa yang dikata oleh lelaki itu sebentar tadi.Baginya melayan orang macam itu hanyalah sia sia lagipun mama selalu pesan orang bertindak sebegitu kerana mereka dengki dengan apa yang kita ada.Pesanan ibunya mengingatkan kepada arwah mamanya.Tanpa sedar beberapa titik air mata sudah jatuh ke pipi.Dia segara mengelapnya.

"Aah cikgu,belagak lebih je macam la ada emas dalam mulut dia tu."tambah lagi seorang murid perempun.Sedar yang anak anak muridnya sedang memperlekehkan murid barunya itu cikgu Hani segera memberhentikan pergaduhan."Mirza dan Aina jangan sampai saya denda kamu,dah buat kerja semua."

"Ok sorry cikgu."kata mereka berdua.Cikgu Hani hanya sekadar mengeluh.

"Ergh baru masuk sekolah dah ada musuh,dengki sungguh dengan aku agaknya tch" Gumamku seorang diri lalu berdecit.Marina yang berada disebelah Miya hanya memerhatikan gadis baru ini.

"Hai nama kau apa eh,nama aku Marina Alisha.Marina cuba menegur dengan sopan.Miya mengalihkan mukanya disebelah kiri kerana dia duduk di sebelah tingkap bahagian kanan.Miya membuat muka 'kau cakap dengan aku ke?'.Marina sekadar mengganguk.

"Ingat pesan along jangan la asyik duk sorang je cuba cari kawan okay".Pesanan abangnya diingatkan semula.Hmm bolehla kawan dgn dia ni lagipun aku manatau selok belok sekolah alang alang boleh tanya,muka dia pun aku tgk mcm baik ja bole la.Monolog Miya.

"Miya Izara".Nama disebut perlahan tetapi agak dingin cukup untuk Marina seorang sahaja yang mendegar lalu lantas matanya kembali fokus melakukan kerja yang diberi.Miya cukup tidak suka menangguhkan sesuatu kerja kerana baginya masa yang berlalu akan sia sia sahaja.

"Ooo..ok".Hanya'O'yang meniti di mulut gadis yang bernama Marina ini.Walaupun dia agak terkesan dengan layanan Miya tetapi dia tidak cepat membuat penilaian.Bagi Marina penjelasan itu penting sebelum melakukan sebarang penilaian.Suci sungguh hati Marina ini.

............................


Kelas cikgu Hani sudah tamat dan merupakan kelas terakhir sebelum rehat.Selesai sahaja kelas ,murid 5 Sa1 mengucapkan terima kasih kepada cikgu Hani dan berlalu keluar untuk rehat.

"Miya jom kita pergi cafe"ajak Rina.Miya hanya mengganguk lalu membuntuti Rina yang sudah berada jauh di hadapannya.

"Wei aku nak beli nasi goreng,kau nak tak? Ha lupa nak bagitau nasi goreng kampung makcik Fizah is the best tau.Jomla rasa"Rina memberi cadangan.

"Ok".Mereka berdua berjalan bersama-sama ke bahagian nasi goreng."Makcik Fizah...nak 2 mcm biasa tau." Makcik Fizah tersenyum lalu menyuakan 2 pinggan nasi goreng kpd Rina.Baru sahaja aku ingin membayar,Rina mencelah lalu mengatakan" aku belanja anggapla sebagai pertemuan pertama kali kita sebagai kawan ok." Mulanya aku menolak kerana tidak mahu berhutang budi tetapi setelah dipaksa beberapa kali oleh Rina aku mengalah.Degil!

Rina membawa nasi gorengnya ke meja yang jauh daripada bahagian pembelian.Ramai mata yang memandang aku tetapi aku tidak peduli,macamla aku ni tak pakai baju langsung nasibla kerana peraturan pemakaian disini bebas memudahkan aku untuk memakai hoodie ini.Di sekolah lama dulu aku hampir kena buang sekolah kerana hoodie ataupun sebarang jacket tidak boleh dibawa tapi atas dasar belas kasihan Guru Besar kerana dia tahu akan masalahku lalu dia memberi kebenaran.

"Miya aku nak tanya something boleh?"soal Rina apabila suasana sangat janggal.Aku hanya mengganguk."Kenapa kau ni asyik senyap aje kalau kau tak suka aku,kau boleh bagitau"tanyanya sopan dan senyuman yang masih tidak lekang dari bibir.

"Emm eh bukan aku..aku ok..cuma aku just ada masalah."aku menyedapkan hatinya tak mau dia salah faham.

"Kalau kau sudi nak share masalah just share okay"kata Rina dengan penuh prihatin.

"Hmm ok tapi aku belum sedia nak bagitau sorry."Miya membalas dengan senyuman nipis yang disertakan.Rina hanya mengganguk faham lalu menyuapkan nasi goreng ke dalam mulutnya semula.

"Terima kasih ya Allah kerana kau hadirkan dalam hidup aku seorang kawan yang ikhlas nak berkawan dengan aku walaupun aku mempunyai banyak kekurangan."Monolog Miya sendiri.

.............................

Miya yang sedang berdiri keseorangan menunggu abangnya di pondok.Rina baru sahaja pulang diambil oleh pemandunya.Untungla anak orang kaya hmm.

'Astaghfirullahalazim Miya tak baik mengeluh,sekurangnya kau ada tempat tinggal cuba tengok orang yang miskin tak boleh makan duduk kat tepi jalan kau kena bersyukur.'Pesannya kepada diri sendiri.

Saat Miya yang sedang leka memikirkan sesuatu datang seorang lelaki duduk di sebelahnya."Hai,kenapa duk sorang diri ni mana kawan yg lain?"Tanyannya.Miya hanya senyap memandang ke bawah.Lelaki itu mula memberanikan diri untuk mendekati Miya yang masih memandang bawah saat tangannya ingin menarik hoodie Miya tanpa Miya sedar laungan daripada salah seorang rakannya memanggilnya memberhentikan tindakkannnya.

"Woi Adham jom la lepak kedai,cepatlah wei yang lain dah jalan dah!!"jeritnya yang berada di tempat meletakkan motosikal yang berada agak jauh dari pondok."Ok aku datang.Bye nanti kita jumpa lagi tau".

Miya yang memandang bawah terus sahaja memandang ke arah lelaki tersebut yang telah pergi jauh ke motorbikenya.'Tch dasar sampah'.Maki Miya.

Pon Pon Pon

Miya memandang ke arah hadapan,rupanya bunyi itu datang dari kereta alongnya yang baru sahaja sampai.Dia segera menggalas beg sekolahnya lalu masuk ke dalam kereta.

"Sorry Ara along terlajak tidur tadi hihihi"kata abangnya apabila Miya sudah selamat berada di dalam kereta.Abangnya terus sahaja menekan pedal minyak lalu meninggalkan kawasan pekarangan sekolah.

"Sekolah mcm mna ok tak Ara,Ara ada gaduh dengan sesiapa ka?"soal along prihatin."Sekolah ok ja cuma kat kelas tadi ada orang dah dengki dgn Ara,lpastu waktu along sampai lambat tadi ada la mamat gatal nak dekat dengan Ara sibuk je tanya macam macam soalan huh!!"Jawab Miya tidak puas hati.

"Biarkan jela Ara asal mereka tak ganggu hidup kita biarkan ok..."along memberi nasihat."ok...along ...along nak tau tak Ara ada kawan baru nama dia Rina dia baik sangat dia belanja Ara makan walaupun Ara tolak banyak kali lepastu dia siap sanggup nak dengar masalah Ara kalau Ara sudi.Ara rasakan dia ni baik tak macam apa yang Ara selalu fikirkan pasal semua orang kaya yang selalu nak merendahkan orang macam kita ni."Jelas Miya dengan wajah yang gembira.

"Hah bagusla Ara dah jumpa kawan baru,along nak Ara sentiasa macam ni tau cuba bergaul dengan orang sekeliling,yang baik jadikan teladan yang buruk jangan diikut tapi jangan pula tinggalkan dia kita bimbing dia sampai dia jadi baik faham tak?"along memberi nasihat lagi.Dia tau yang adiknya mudah untuk menerima nasihat tetapi harus dengan cara yang sesuai

kalau tak membantah la si budak Ara ni.

Ara hanya mengangguk perlahan lalu menukar siaran radio."Apa lagu hindustan ni along lagu ni baru syok." Lagu let's kill this love yang diputarkan di radio dinyanyikan Ara dengan gembiranya.

............................


"Assalamualaikum"salam diberi oleh Miya ketika ingin masuk ke dalam rumah.

"Along asal rumah sunyi sangat mana Izwan?"soalnya kerana apabila dia pulang adiknya itu pasti akan berada di sofa bermain game.

"Oh dia pergi rumah kawan di nak study pukul 5.30 nanti dia balik la". Iskandar menjawab pertanyaan adik perempuannya itu.

"Oklah Ara nak mandi dulu dgn solat."Kata Miya lalu masuk ke dalam biliknya

"Hah pergilah,oh Ara lauk bawah tudung saji lpas solat terus makan."pesan abangnya sebelum Miya melangkah ke dalam biliknya.Miya hanya sekadar mengganguk lalu menghilangkan diri ke dalam bilik.

Miya menutup biliknya lalu membuka hoodie yang seharian dipakai.Hanya tinggal baju tshirt berlengan pendek yang tersarung di badan.

"Haih baru sekolah sehari je dah ada musuh,susah la sekolah dekat sekolah orang kaya ni".Miya mengeluh lalu duduk di kerusi yang disetkan dengan meja studynya.Bingkai gambar dia,adiknya,abangnya dan arwah ibunya diambil lalu ditilik.
"Ibu Ara rindu mama kenapa ibu tinggalkan kami?"Lantas air mata turun ke pipi.Miya membiarkan sahaja sesungguhnya sekarang ini dia hanya mahu ibunya

"Bu...ibu Ara tak tahu Ara boleh hidup ke tanpa ibu!!.Selalu
along dengan Izwan yang buat Ara untuk terus hidup tanpa ibu,tapi kalau nanti mereka dah tinggalkan Ara...apa yang akan jadi dekat Ara bu.." Rintihnya perlahan tidak mahu abangnya tahu yang dia sekarang sedang menangis.

Iskandar yang baru sahaja keluar dari biliknya mendengar sayup2 tangisan adik perempuannya ketika ingin ke tandas.Dia lantas membuka pintu bilik adiknya lalu menerpa ke arah Miya dan memeluknya."Ara kenapa Ara nangis ni?"tanya abangnya risau."A...Ara rindu ibu along".Tangisan Miya masih lagi berbunyi menandakan adiknya tidak akan berhenti menangis.

Iskandar segera menenangkan adiknya dengan menepuk perlahan belakang badan adiknya."Ara...Ara tak boleh macam ni kan arwah ibu dah pesan yang Ara kena kuat.Tak baik nangis  teruk macam ni,kesian arwah ibu kat sana tak tenang kalau Ara asyik nangis macam ni."Iskandar menenangkan adiknya.Dia mengangkat kepala adiknya untuk melihatnya."hey Ara look at me now...Along dengan Izwan kan ada...Ara bukan seorang diri so along tak nak Ara nangis macam ni dah.Ingat yang kalau apapun terjadi along dengan Izwan sentiasa ada untuk Ara dan sokong Ara ok."Kata Iskandar.Miya yang menangis dari tadi perlahan perlahan berhenti dan mula mengganguk kepala.

"Ok sekarang Ara pergi mandi cepat tak solat lagikan dah pukul 2.30 dah pergi cepat mandi busuk macam kambing."Iskandar cuba untuk menggembirakan adiknya."Ish Ara wangi je aah..."Dia menampar lengan abangnya kuat lalu mengambil tuala dan pakaian dengan cepat ke tandas."Ara...!!"Alongnya menjerit memanggil namanya.Abangnya keluar dari bilik lalu mengejar Miya.'Ara...along dengan Izwan sayang Ara so please stay strong ye...Ya Allah kau kuatkanlah hati adikku untuk menempuhi cabaran yang akan datang...amiin'monolog iskandar dalam hati.

Macam mana ok x hihihi author ni teruk kan 2 buku tu pun x habis lagi tapi gatal nak buat buku baru...author just dapat idea nak buat buku ni so buatla hihihi....best vote ye..

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro