Q&N With Cik Mimpi

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

So kita start dengan soalan yang CM sendiri cipta.

1. Sejak bila join Wattpad?

Sebenarnya, CM tak ingat. Sumpah tak ingat. Tapi tengok kat account, dia tulis tahun 2018.

2. Macam mana boleh jumpa wattpad?

Jawapan yang sama, CM tak ingat. Huhu. Tapi rasanya kalau tidak silap, CM scroll Google play store nak cari app untuk membaca buku secara online.

3. Perkenalkan diri

Biodata hampir penuh ai ada kat bio account.

4. Mana dapat nama Cik Mimpi?

Soalan yang bagus tapi CM tak ingat. Tapi apa yang CM ingat, before nama Cik Mimpi tercipta, CM ada terfikir pasal Encik Mimpi penyanyi tu. Sebab time tu tengah CM fikir, CM patut cari satu nama pena khas sebagai seorang penulis, supaya bila orang sebut CM, oh dialah penulis terkenal ha gitu. Kiranya cam something yang menyebabkan seseorang kenal kita. Like bila orang yang kurang tahu pasal kpop bila dengar orang sebut Bts, dia auto tahu. Ohh kpop rupanya. Sebab Bts kan femes giler dan menunjukkan imej baik dan utama terhadap kpop. Ha gitu. Sebab tu la decide nama CM. Nak nama ringkas dan mudah diingati.

5. Buku pertama ditulis

The Killer. Fanfiction Bts + Action. Siri Koreaku. Actually bukan FanFiction sangat pun sebab CM nak buat kelainan. I mean, yes memang cast pasal Bts but nama2 ahli dalam Bts, nama grup Bts pun diubah. Saja ubah. Like CM nak orang bayangkan the whole Bts as orang yang lain dalam buku The Killer. Bayangkan seakan-akan bukan Bts yang wujud sebagai kumpulan kpop ternama di dunia tetapi kumpulan TheBp (The Bulletproof). AHAHA! Noob kan nama grup? The Killer di unpub sebab Storyline dia tak cantik. Banyak merapu gak la. Tapi CM sentiasa update perubahan dan sentiasa buat penelitian terhadap plot dan jalan cerita. Hasilnya, CM berjaya buat the full series of Siri Koreaku/My Korea (versi bi Insyaallah nak sgt citer meletop sampai ke luar negara sebab tu la siap fikir english version lagi tu). Full series of Siri Koreaku ada 6 sub siri di bawahnya. Tak faham? Cuba bayangkan buku teks sains. Pastu tengok sesebuah bab/chapter. Dalam setiap bab ada subtopik. Dalam setiap subtopik ada pula beberapa pecahan pelajaran lain dan ada juga yang takde pecahan. Bayangkan, 1 buku sains tu merupakan complications of the full series of Siri Koreaku. Bab/chapter kat dalam buku sains tu pula merupakan sub siri. Bawah bab/chapter tu pula merupakan subtopik dan anda bayangkan as buku-buku di bawah siri2 tersebut. Ada faham? Macam Ain Maisarah punya buku. Bersambung-sambung dan berkait sesama sendiri.

6. Suka menulis sejak bila?

Kalau tak silap sejak sekolah rendah. Dulu CM pernah buat citer pasal Ejen Ali. Ada la dalam 3 cerita berbeza. But satu je complete (itu pun pendek je cerita) lagi dua lak terkena Writer block. Tulis kat mana? Tulis je kat buku tulis warna coklat tu ha AHAHA! CM suka borong buku tu n buat conteng sebab tu la.

7. Hobi atau minat Cik Mimpi apa?

Uish jangan di tanya. Banyak weyh CM minat. Kpop dan anime/kartun CM layan. Dance, rap, sing pun CM suka. Edit vid pun CM suka tapi noob. CM suka sains, BM, Pai. Kpop pun CM ni multifan. Anime pun setakat ni CM layan BNHA, Haikyuu dan Detective Conan. Kartun CM layan BoBoiBoy, Bola Kampung, Ejen Ali, Upin Ipin. CM pun suka membaca. Suka genre apa? Uih parah weyh. CM layan hampir kesemua genre. Teen fiction, romance, spiritual, action, mystery/thriller, horror, fan fiction, science fiction short Story. Yang CM tak baca lagi rasanya historical fiction. Non fiction pun CM tak pernah baca atau terjumpa lagi kat Wattpad.

8. Fav novel dan penulisnya

CM jadikan Ain Maisarah dan buku-buku sebagai idola dan rujukan. Rujukan apa? Ala yang pasal siri2 tu la. Tengoklah cam mana Ain Maisarah punya buku tu, bermacam-macam siri tapi masih berkait.

9. Ada berapa story yang masih dalam perancangan (sama ada draft mahupun nota pada buku)?

Errr.... Rasanya lebih daripada 40 buku berada dalam perancangan. Two full series dah siap di plot dan disusun. Dua siri tu merupakan Siri Koreaku dan Siri Subconscious. Siri Subconscious ni bertemakan dunia pelik, inspirasi daripada Dunia Ghais Lavanark by Saptember. Saptember pernah perasan satu kewujudan buku CM pasal siri ni (dah delete sebab pelik dan mengarut) CM masih ada gambarnya!

Tu dia! Tahun 2018 yaaa. Haah nama lama bagi Siri Subconscious ialah Siri Alam Bawah Sedar. Tapi Alam Bawah Sedar tu macam panjang so tukar. Ha doa-doa la CM tak kena writer block dan penyakit malas. CM ada lebih daripada 40 buku ingin dipersembahkan kepada semua followers CM tau! Dan lebih daripada 4 siri yang CM nak persembahkan. Siri Koreaku, Siri Subconscious, Siri Copyright (Fanfiction kartun Malaysia) dan Siri Hazwanie. Itu antara siri yang telah Complete dan masih dirangka dengan sangat teliti.

10. TheRG Official tu apa?

CM Official membawa maksud Cik Mimpi Official. TheRG Official membawa maksud The Rapper Girl Official. Kenapa pilih Rapper Girl? Kenapa tak Dancer Girl ke, Composer Girl ke? Sebab CM memang suka rap berbanding menyanyi walaupun CM lagi pandai menyanyi berbanding rap. Satu lagi, biasanya seorang rapper juga merupakan seorang producer/composer. Sebab tu la pilih Rapper instead of singer or others

11. Cabaran menulis.

Ada banyak tapi CM akan sebut cabaran paling susah bagi CM. Cabaran yang perlu dihadapi ketika nak plotting dan rangka sesebuah cerita. Tu susah. Ada banyak benda kena ambil kira. Biodata watak, termasuklah rupa fizikal watak dan sifat-sifatnya. Bukan sekadar watak utama, watak-watak lain jugak. Timeline cerita pun susah. Kadangkala pening kepala otak sebab dah confuse dengan timeline. Paling susah bila nak plot timeline for Siri Copyright (Ejen Ali). Timeline kat siri ni paling susah. Sebab kena ambil kira season 1 dan 2 serta movie. Malah, CM juga buat beberapa jalan cerita tambahan yang memerlukan CM kena perah otak lagi untuk pilih timeline yang sesuai dan tepat. Selain itu, fakta yang ingin digunakan dalam sesebuah cerita. Susah gak tu. Semua ni melibatkan rangka cerita. Ada lagi, kes apabila tiba-tiba otak dapat idea baru yang lebih bagus tapi CM sayang nak buang idea lama. Apa CM buat? CM kena upgrade balik rangka. Ubah tacap2 sikit timeline dan latar tempat. Bila benda tu terjadi, baru CM faham kenapa Nizam Razak kata diorang selalu update dan buat pengubahsuaian kepada movie Bbbtm2 setiap 2 bulan. Sebab maybe sesuatu yang popular 2 bulan lepas tidak lagi popular pada hari ini. Tak pelik. Memang yang paling susah dalam menulis, bagi CM ialah ketika buat rangka cerita tu. Kalau nak tulis, senang je. Kalau kena writer block boleh rehat kejap. Rangka yang bebetul susah sebab rangka tu akan bantu kita menulis cerita dengan lebih teliti dan fokus pada tema utama dan tidak akan melencong kepada hal-hal lain yang langsung tidak berkaitan dengan jalan cerita asal.

Nak bertanya apa lagi kat CM? CM akan cuba jawab! Nanti CM update kat sini. Sila tanya soalan di sini👉

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro

#random