03 | Who Am I, Actually?

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Zafira duduk termenung di jendela sebuah rumah usang. Hanya dia dan anak bongsunya... iaitu Akira, yang tinggal di situ. Di kawasan barat Kerajaan Tanah.

Sudah dua tahun berlalu sejak pertemuan terakhir Zafira dan Raff.

Saban tahun... Zafira kehilangan anaknya. Dian, Clara dan Claire telah 'diculik' dari Zafira... oleh tentera Kerajaan Angin. Zafira sendiri tak pasti, kenapa hal sebegitu boleh berlaku.

Bencikah Raff padaku? Hinggakan sanggup berbuat sebegitu pada Zafira?

Zafira masih tak mengerti, kenapa Kerajaan Angin masih belum berhenti merekrut tentera. Padahal, sudah tiada apa yang hendak 'dilawan', ditentang mahupun dimusuhi di Kerajaan Tanah ini.

Ayahku Raja Lance, sudahpun mati dibunuh tentera Kerajaan Angin sendiri. Apa lagi... yang Raff mahukan sebenarnya? Menyiksa Zafirakah... atas kesilapan ayah?

Masa yang berlalu pahit terasa. Tahun demi tahun, Kerajaan Tanah bagaikan padang jarak padang tekukur. Rakyat bercucuk tanam, tak menjadi. Bela haiwan ternakan, hampir semuanya mati.

Sebahagian rakyat Kerajaan Tanah yang tersisa, ada yang menganggap, sekiranya tentera Kerajaan Angin datang, itu adalah suatu rahmat buat mereka.

Ada yang secara sukarela mengikut tentera mereka ke sana, dengan harapan dapat bertemu kembali dengan ahli keluarga yang sudah ke sana.

"Ibu..." Akira menerpa ke riba Zafira.

Tersentak Zafira dari lamunannya.

Wajah dan senyuman Akiralah... satu-satunya hal yang bisa mengubati luka kecewa di hati kecil Zafira. "Iya, sayang?" soal Zafira.

"Ibu... Bila kakak nak balik? Dah lama Akira tunggu diorang." Monyok, Akira menyoal.

Zafira paksakan diri untuk ukir senyum tawar, "Nanti... diorang baliklah..." Hanya itu satu-satunya jawapan Zafira.

"Akira tak ada kawan. Tak ada orang lain pun tinggal dengan kita dekat sini. Jom kita pergi kampung sebelah."

Wajah Zafira berkerut mendengar permintaan Akira.

Enam bulan lalu.. kali terakhir tentera Kerajaan Angin turun ke sini... Claire telah diculik oleh mereka.

Sejak kejadian itu, Zafira membawa Akira... tinggal di hutan bersamanya. Di sebuah kawasan 'bekas perkampungan' yang terbiar.

Zafira merasa tidak selamat baginya untuk membawa Akira tinggal bersama penduduk kampung. Sekiranya kampung diserang, Zafira berkemungkinan tinggi untuk hilang Akira pula... satu-satunya anak yang dia kini miliki.

"Kita tinggal je di sini ye, sayang. Di sini, lebih selamat..."

"Tak nak! Akira nak kawan!" Akira, anak perempuan berusia 5 tahun itu, menghentak kakinya... tanda protes.

"Baiklah. Petang ini, kita ke sana. Akira boleh pergi berkawan. Tapi, kita perlu pulang, dan tinggal di sini. Iya?" Zafira cuba memujuk. Dia tahu, Akira ialah seorang anak yang tinggi tekadnya. Apa yang dia hendak, dia akan pastikan hal itu tercapai.

Akira terlompat riang berjalan berpimpin tangan bersama Zafira.

Dari jauh, dapat dilihat penduduk kampung yang berada di luar rumah mereka. Yang dewasa, sedang buat kerja. Yang kecil pula, sedang bermain. Perkampungan itu berada di tanah rata, namun dikelilingi hutan tebal.

Akira tersenyum lagi pada Zafira. Seronoknya... ada ramai kawan!

Entah mengapa, hati Zafira berasa sangat gusar ketika mahu datang ke mari. Dia sebenarnya sudah berazam... untuk tidak sesekali membawa Akira ke tempat orang ramai. Kawasan perkampungan terutamanya!

Setelah kaki mereka menjejak kawasan perkampungan, Akira melepas tangan Zafira. Dia berlari mendapatkan kawanan kanak-kanak yang sedang bermain.

Zafira tersenyum melihat Akira yang keriangan. Sedang dia berjalan, angin tiba-tiba menjadi kuat. Kedengaran bunyi gamat. Ternyata... rasa gusar Zafira ialah suatu petanda.

Zafira menoleh ke belakang. Dia lantas terlihat kapal terbang tentera Kerajaan Angin tiba.

Akira! Zafira menoleh semula ke hadapan, dan Akira... tiada! Panik, Zafira bergegas lari mencari Akira. "Akira! Akira! Sayang!" Tanpa henti dia melaung.

Dalam keriuhan, "Tuanku..." Ada yang menarik tangan Zafira.

"Aiden? Kamu buat apa di sini? Bukankah kamu di Kerajaan Air?" soal Zafira, terkejut.

"Benar. Panjang ceritanya. Ikut saya..." Aiden menarik tangan Zafira.

"Tak boleh... saya tengah..."

Kata-kata Zafira terhenti apabila beberapa orang tentera datang menyerang mereka. Nampaknya, target Tentera Angin kali ini ialah untuk merekrut para lelaki. Zafira lihat sekeliling, cuba mencari kelibat Akira.

Adalah terlalu pantas dan mudah bagi Aiden untuk mengalahkan para tentera... berkat kemahiran berlawannya yang hebat. "Tuanku... mari..." Aiden menarik semula tangan Zafira.

"Tak boleh... Akira..."

"Maafkan saya, Tuanku..."

Tiga saat kemudian, Zafira mulai pengsan.

Aiden telah mencucuk ubat pelali pada Zafira. Aku harus keluar dari sini secepat mungkin sebelum aku juga diculik oleh tentera Kerajaan Angin!

Aiden memasuki kawasan hutan yang menempatkan sebuah portal. Portal itu merupakan jalan pintas untuk ke Kerajaan Air. Hanya orang yang berkelayakan sahaja boleh mengakses portal tersebut.

Sambil menggendong Zafira yang pengsan, Aiden memasuki portal, lantas mereka tiba di Kerajaan Air.

Matanya terbuka. Dia terbaring, sekadar di atas tanah rata. Luas langit yang berselang cahaya kilat, tempempang di mata. Wajahnya mula dibasahi titis hujan di muka.

Langit sudah mulai gelap dek mendung si awan. Titisan bak mutiara jatuh dari langit yang mencurah membasahi bumi, membasahi sekujur tubuhnya kini.

'Kenapa aku di sini?'

Badan, dia cuba bangkitkan sedaya upaya dari baring. Sedang cuba dia bangun, lengan kirinya terasa sengal. Tangan kanan mencapai lengan kiri, dan lantas mata memeriksa. Lengannya terluka.

'Adakah aku menjadi mangsa?'

Duduk, terkebil dia kini memerhati sekeliling. Pandangannya disapa dengan rumah-rumah yang hampir musnah. Kesan terbakar, kesan gegaran terlihat di segenap pandangan mata.

'Apa sebenarnya yang terjadi?'

Dia lihat manusia-manusia yang ada, cuba mencari bumbung yang masih gah terpasak, untuk dijadikan payung sementara. Ada antara mereka yang bertebaran lari.

'Siapa mereka ini semua?'

Dan untuk kesekian kalinya, kenapa aku berada di sini? Apa sebenarnya yang telah terjadi? Dan...

'Siapakah aku, sebenarnya?'
(Who Am I, Actually?)

Anak kecil berusia 5 tahun itu, sekadar duduk memerhati sekeliling. Tanpa mengetahui; siapa namanya, dan siapakah dirinya... yang sebenarnya.

Hanya kalung plat besi merantai di leher menjadi penanda. Terukir hanya satu nama.

'Akira'

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro