06 | Latihan Fizikal

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Akira menjejak kaki masuk ke dalam dewan umum. Sudah ramai pelajar baru yang berkumpul di situ. Akira bersandar di dinding dewan, bersebelahan pintu masuk paling hadapan, jauh dari pelajar lain.

Kelihatan pelajar-pelajar baru bersembang sesama mereka. Mereka semua, nampak macam sangat mesra, dan pandai berkawan. Aku? Akira menghela nafas berat.

"Eherm..." Seorang lelaki berbadan besar berdiri di pintu utama, di belakang dewan.

Para pelajar membuka ruang kosong buatnya untuk berjalan lurus menuju ke hadapan. Lelaki itu diiring oleh dua lagi orang lelaki, di sisi kiri dan kanannya. Semua pelajar terdiam.


Akira telan liur. Badan yang disandar pada dinding tadi... automatik ditegakkan. Menakutkan betul aura lelaki ni.

Lelaki berbadan besar itu mulai melangkah, setapak demi setapak... perlahan-lahan.

"Ujian akan diadakan... bila-bila masa dari sekarang. Sesiapa yang gagal... kamu tak kan layak... untuk menjadi pasukan tentera saya."

"Jika kamu masih... ada harapan... kamu akan dihantar ke unit dapur... untuk penyediaan makanan. Jika gagal juga di dapur... bersedialah... untuk hidup di AlterWorld. Tak ada guna... kami simpan kamu di sini."

Lantang suara kasar itu menutur bait perkataannya, dengan sangat jelas. Dia melangkah dari belakang, menuju ke hadapan.

"Jangan tanya... bila ujian akan diadakan... itu kerja saya. Kerja kamu... berlatih secukupnya."

Dan ayat terakhirnya, terhenti di saat matanya dan anak mata Akira bertentang. Inilah budak yang hampir 'gagal' ujian DNA hari itu... Akira...

Akira telan liur. Tak payah lah tengok aku macam tu! Merinding bulu roma!

Lelaki berbadan besar itu akhirnya melepaskan pandangannya dari Akira. Dia lantas memaling tubuhnya menghadap isi dewan... dari bahagian hadapan dewan pula. "Ada soalan?"

Soalan tak berjawab.

"ADA SOALAN?" Makin lantang dia bertanya, buat kali kedua.

"Tak ada!" Seisi dewan beranikan diri untuk menjawab.

"Saya Khaled. General Light Windz of Z. Selamat datang ke akademi."

Sekali lagi Akira menelan liur. Kalau general pun dah keluar aura gelap macam ni, macam mana pula aura Raja Dash? Lagi mengerikan ke, macam mana? Parah...

"Pantas!" Laung si komander berpakaian latihan hitam merah. Semua pelajar Level 1 diarahkan untuk berpakaian sukan serba putih.

Hari ini, latihan fizikal. Lebih spesifik, latihan otot 'tangan' dan 'kaki'. Kalau nasib untung, boleh buat latihan otot 'perut' sekali.

Latihan dimulakan dengan sesi regangan. Pastinya, larian keliling stadium tidak ketinggalan. Sesi memanaskan badan tamat setelah empat pusingan stadium selesai. Jarak setiap pusingan lebih kurang 500meter.

Selesai larian pusing padang, pelajar diarahkan untuk berbaris panjang ke belakang, dalam lima barisan yang berbeza.

Pelajar paling hadapan, kini berdiri betul-betul menghadap ke deretan anak tangga stadium. Kaki mereka diikat tali-boleh-regang.

Cat hitam membentuk segi empat terlukis di lantai stadium, menandakan pelajar hadapan, seharusnya berdiri dalam lingkungan itu.

Hujung sana tali, dipegang oleh pelajar di belakang masing-masing. Jarak 1meter memisahkan pelajar paling hadapan dengan pelajar di belakang mereka.

Pelajar yang memegang hujung tali, dibenarkan duduk dalam apa jua posisi. Cat hitam membentuk bulatan terlukis, menandakan pelajar seharusnya duduk hanya dalam lingkungan itu sahaja.

Tak boleh terkeluar dari bulatan sepanjang memegang tali-boleh-regang!

Pelajar senior Level 5 bertugas sebagai pembantu komander. Ada tiga orang senior, salah seorang dari mereka ialah Clara.

Setiap kali wisel dibunyikan oleh Clara, pelajar yang di hadapan harus naik dan turun 10 anak tangga dalam keadaan tekanan... dimana kaki mereka ditarik oleh tali-boleh-regang yang dipasang pada kaki mereka.

Mereka akan kembali semula ke kotak permulaan dengan cara berjalan belakang (reverse). Panjang asal tali cuma 1meter.

❄️

Hampir tiga per empat (¾) dari pelajar sudahpun selesai latihan mereka. Tinggal suku (¼) je lagi.

Giliran Akira untuk sesi latihan 'tangan', akhirnya tiba. Dia duduk mencangkung lalu memegang tali yang diikat pada kaki Mir.

Wisel ditiup.

4 saat kemudian, badan Akira terikut sama ke hadapan sewaktu Mir mendaki anak tangga ke-9 dan ke-10. Mir pula hampir sahaja tersungkur.

Akira terkeluar dari lingkungan bulatannya.

"Kau!"

Pandangan mata Akira bersatu dengan pandangan komander antartika. Dingin! Akira telan liur.

"Pergi belakang! Push up 30!" Arahan dikeluarkan oleh Komander Zarf.

"Cepat!" laung Zarf lagi.

Laju Akira berlari ke belakang. Push up 30 kali cuba dilakukan sedaya upaya. Kalau ikut hati, nak je minta komander hantar ke unit dapur.

Tapi, kalau dah ke unit dapur, tak adalah peluang nak merasa pakai baju seragam 'upgrade warna'.

Bila difikirkan lagi, hukuman push up 30 kali ni, tak adalah teruk mana. Nak dibandingkan dengan larian pusing stadium? Fiuu, memang tak la! Terima kasih jelah.

Lagipun, dah memang salah sendiri. Kuatlah sikit 'otot perut' saya hari ni.

28, 29, 30! Done!

Akira bangun dari push up. Bahunya diregangkan. Terasa sengal. Dia kemudian kembali ke dalam barisan.

Lapangan kini sudah hampir kosong. Pelajar yang telah selesai latihan mereka, sudah pun keluar meninggalkan Stadium A. Yang tertinggal sekarang... cuma seorang pelajar perempuan.

Giliran Akira memegang tali, tiba lagi sekali. Kali ini, kaki kanan ditegakkan, manakala lutut kiri dipasak di lantai. Tali cuba dipegang sebaik mungkin. Malang, sebab pelajar tidak dibenarkan melilit tali di tangan.

Maria ambil giliran mendaki anak tangga. Akira cuba pegang tali sekuat mungkin.

Tangan aku! Licinlah!

Maria berusaha menaiki deretan anak tangga. Dia berjaya habiskan 3 set naik-turun tangga.

Setiap 10 kali naik-turun tangga akan dikira sebagai 1 set.

Setelah selesai satu set, pelajar diberi masa 10 saat untuk berehat, dan set kedua akan bermula, dan begitulah seterusnya.

"Pelajar dikehendaki untuk lakukan '5 set sahaja' hari ini," bak kata Komander Zarf awal tadi.

Yaa... 50 kali 'sahaja' naik-turun tangga! 50 kali darab 10 anak tangga, bersamaan 500 anak tangga 'SA-HA-JA'! Iya!

Maria kembali ke petak segi empat, posisi awalnya.

10 saat waktu rehat! Akira cepat melepaskan tali. Tangan yang basah dilap pada baju berulang kali.

Mata Clara memberi arahan agar Akira mencapai semula tali. Pantas Akira berbuat demikian.

Wisel dibunyikan Clara semula.

Maria sepatutnya sudah mula memanjat anak tangga. Tapi... kenapa dia tak bergerak? Akira kerut dahi, risau. Dilihatnya, Maria sedang bernafas tercungap-cungap... sambil memegang dadanya.

"Komander... dia..." Akira melepas tali di tangan, lalu bangun dari duduknya.

Komander Zarf memandang Akira tajam. Tangan kiri komander menunjuk ke Akira, dan mengarahkan dia kembali duduk dan pegang talinya semula.

Akira kerut dahi lagi sekali, marah. Budak tuu sakit kot! Kalau ye pun tegas, tak payah laa abaikan kesihatan pelajar!

Akira kembali duduk dan tangan mencapai tali yang ditinggalnya tadi.

Wisel kembali ditiup. Terlihat Maria menarik nafas dalam, lalu menghela keluar nafasnya semula. Langkah kaki diangkat bagi menyambung latihan.

Selesai set ke-4!

Maria kini memasuki set ke-5. Akira cuba membantu Maria. Sengaja dia menghulur tali sedikit ke hadapan, melepasi lingkaran bulatannya sewaktu Maria mendaki dua anak tangga terakhir.

Maria mendaki anak tangga ke-7 dan badannya mulai melayang. Belum sempat tubuhnya jatuh, Komander Zarf terlebih dahulu menyambut sekujur tubuh Maria yang sudah pun pengsan.

Akira tergamam. What the?

"Mia, Ryan... bawa dia ke Unit Rawatan." Komander Zarf memberi arahan pada senior Level 5.

Mereka berdua mengangguk faham, lantas mendapatkan 'stretcher' kecemasan. Maria diusung keluar dari Stadium A.

"Depan." Komander Zarf memberi arahan pada Akira. Akira bangun dari duduk, menuju ke hadapan. Tangannya lincah memasang tali-boleh-regang pada kaki.

Kini hanya tinggal mereka bertiga... Zarf, Clara dan Akira di dalam Stadium A itu.

...
(bersambung)

🌟🤗

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro