14 | Special Brigade Team

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Sebentar saja lagi... sebentar sahaja lagi... dan kami akan bersedia untuk membalas perbuatan kau terhadap Kerajaan Tanah ini...

Caesar, bekas Menteri Pertahanan Kerajaan Tanah menggenggam penumbuk, menahan amarah.

Sudah 15 tahun sejak Kerajaan Angin menyerang Kerajaan Tanah... membunuh Raja Lance... meninggalkan kerajaan ini dalam keadaan kucar-kacir!

Hilang segala pangkat dan harta kepunyaanku! Sekarang... sudah hampir tiba giliran aku mengambil alih kerajaanmu, Raff Si Tukang Besi!

Caesar... dengan bantuan Xander, iaitu bekas ketua tentera rahsia Raja Lance... telah memanfaatkan kubu rahsia bawah tanah milik tentera Xander. Ianya kini dijadikan sebagai tempat persembunyian rakyat Kerajaan Tanah yang enggan diri mereka diculik oleh tentera Kerajaan Angin dahulu.

Caesar sedang memantau rakyat Kerajaan Tanah yang sedang sedaya upaya membanting tulang menyediakan alatan untuk peperangan.

Xander telah melatih sekumpulan besar tentera untuk dijadikan askar perang. Dalam masa yang sama, mereka juga gigih menyediakan alatan untuk peperangan. Antara alatannya ialah pedang, bom tangan dan bazooka.

Usaha yang mereka bajakkan selama 15 tahun, kini... sudah hampir boleh dituai. Caesar tersenyum. Tunggu aku, Raff... aku akan datang bersama buah tangan untuk dihadiahkan kepadamu.

Akira berdiri di sudut bilik itu, berseorangan. Matanya memerhati sekumpulan pelajar Level 5 yang berseragam hijau-hitam. Mereka berlima sedang rancak bersembang.

Aduh... apasal aku kena panggil datang sini pula? Aku ada buat salah apa?

Sekumpulan Junior Army berseragam biru-hitam memasuki ruangan yang sama. "Eyh... kau budak Level 2, kan?" Salah seorang dari Junior Army yang berenam itu berhenti, lalu menegur Akira.

Akira telan liur. "Ye, saya." Aku pakai seragam kuning cair sekarang! Jelas-jelaslah aku ni budak Level 2!

"Ini... perjumpaan untuk penubuhan Brigade Team, kan?" Lelaki itu menyoal Akira lagi.

Riak muka Akira agak terkejut. Brigade Team? Apakah itu? Akira diam tak menjawab.

"Senior Karl... Brigade Team kita perlukan maidkid maybe..." Salah seorang dari senior Level 5 mencelah.

Dahi Akira berkerut. What the? Maidkid? Diorang nak suruh aku jadi water boy... err... water girl diorang ke ni? Matilah aku! Dahlah diorang ni semua senior habisan! Popular dengan kuasa elemental diorang pula tu!

Tiga saat kemudian, Khaled diiringi Wildan dan Mikael memasuki bilik tersebut. Zarf, Dian, Clara dan Claire mengekori mereka dari belakang.

General Khaled terus sahaja ke ruangan hadapan.

Bilik yang sedang mereka gunakan terlihat agak canggih dari bilik perjumpaan biasa. Tona dinding yang gelap, membuatkan garisan-garisan berwarna biru neon di dindingnya menyerlah.

Ruangan hadapan pula dilengkapi skrin yang bersaiz mega. Tertera tulisan 'SBT' di skrin tersebut.

Tersedia tiga barisan meja separa bulat, melengkung. Meja di barisan belakang terlihat dibina di atas platform yang lebih tinggi dari meja dihadapan. Ianya berfungsi untuk memudahkan pelajar memandang ke hadapan.

Mata Akira pantas membuat kiraan. Senior Level 5 ada 5 orang... Junior Army ada 6 orang... Komander Zarf, Kak Dian, Kak Clara dengan Kak Claire, 4 orang...

5, 6, 4... 15...

Kerusi yang disediakan... barisan satu ada 4 kerusi. Barisan dua ada 5 kerusi. Barisan tiga ada 6 kerusi. Cukup 15! Duhhh... aku betul-betul jadi maidkid dioranglah ni!

"Junior Army barisan last, Level 5 line tengah. Dian, Clara, Claire, Akira... mana Akira?" nyaring General Khaled menyoal.

Akira yang masih berdiri di hujung sudut, terkejut. Semua mata memandang dirinya. Akira melangkah perlahan-lahan ke hadapan, "Ss... saya," jawab Akira.

"Ada pun. Akira, Dian, Clara, Claire... first line," arah Khaled.

"General... Komander Zarf nak duduk mana?" Akira menyoal, bersalah.

"Dia berdiri pun tak apa. Semua ambil tempat masing-masing." Khaled keluarkan arahan.

Dari kiri... Claire, Clara, Dian, Akira. Akira duduk di hujung kanan, bersebelahan Dian.

"Baiklah... mungkin ada dari kamu yang dah tahu tujuan perjumpaan kita hari ini. Mungkin juga belum... jadi... saya akan jelaskan sekarang." Khaled memulakan bicara.

"Saya, Laksamana Wildan dan Laksamana Mikael telah memilih kamu semua secara peribadi... untuk dijadikan ahli Special Brigade Team. Kamu semua telah dipilih berdasarkan prestasi dan potensi yang kamu miliki. Kamu akan dilatih dan melatih dalam kalangan kamu sendiri. Setakat sekarang, semuanya faham?" soal Khaled.

"Gern... saya faham penerangan Gern tadi. Tapi, satu je yang saya tak faham. Macam mana budak Level 2 boleh terpilih juga?" Junior Army lelaki bernama Karl yang menegur Akira awal tadi, layangkan soalannya.

"Soalan tu... kalau kamu nak jawapan, tak boleh tanya Gern atau Laksamana. Bukan diorang bertiga yang pilih dia. Pergilah tanya Raja Dash. Dia yang pilih Akira. Ada apa-apa soalan lagi?" Zarf menjawab lantas menyoal, dingin.

Akira menelan liur. Raja... Dash... pilih aku?

Semua peserta SBT nyata tergamam mendengar jawapan Zarf. Raja Dash... personally pilih Akira? Seriusly?

"Saya kenalkan diri saya, Zarf. Saya akan mengetuai unit korang. Prinsip saya satu je. Respect. Kalau yang satu tu pun korang tak boleh commit, saya mohon... tinggalkan ruangan perjumpaan ni... sekarang."

Darah menyerbu ke otak Akira. Aduh... macam pernah je aku dengar dia mengugut begini. Aku ingatkan, dah naik level baru ni, bolehlah mula buku baru dengan Komander Zarf. Berbaik-baik ke dengan dia, kan? Gelap harapan aku! Bilalah lagi aku boleh tengok dia senyum macam dekat puncak air terjun dulu? Hailaa hailaa...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro