WIA:TRK 03

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Sebuah Audi R8 berhenti di tempat letak kereta yang dikhaskan kepada pemilik kereta itu.

Beg tangan berjenama Voir yang diletakkan di seat penumpang diambil dan dibawa keluar bersamanya.

"Agent S1"

Qirana berpaling sebaik sahaja code name-nya diseru oleh seseorang.

Dia yang sedang mengatur langkahnya menaiki anak tangga untuk masuk ke dalam bangunan itu terhenti.

"Yes?" soalnya.

Qirana melihat beberapa buah kereta mewah kerabat diraja yang diberhenti di hadapan bangunan itu.

"Saya Fendy dari Carassia Royal Castle, kami-"

"-untuk escort saya?" potong Qirana.

Lelaki bertubuh tegap itu hanya mengangguk.

"Ok then let's go" tutur Qirana tenang dan tanpa riak.

Nada suaranya juga stabil tanpa rasa gugup.

Lelaki itu mengiringinya masuk ke dalam kereta.

Carassia Royal Castle, Carassia

Keadaan di istana mula sibuk menguruskan segala kelengkapan yang diperlukan.

"Bonda"

Permaisuri Carassia itu berhenti melangkah lalu melihat ke arah anaknya.

"What are you doing here? Don't you suppose to be in main hall right now. Ayahanda will mad if you're not in there by now" jelas wanita itu dengan kelembutan dan diselitkan amaran yang ditapis terlebih dahulu.

"Yea i should. But i have something to settle it that's why i'm late" tutur anakandanya.

"Afieq masuk dulu" pamitnya dan berlalu masuk ke bahagian sayap kiri istana.

Manakala kereta yang membawa Qirana sudah menghampiri kawasan keselamatan istana.

"If you bring your gun together, you have to leave it here" tutur Fendy yang berada di sebelahnya.

"No i'm not. My weapons and ID still with RD" tutur Qirana.

"Jalan" arah Fendy.

Mereka kini melepasi pintu masuk kawalan keselamatan.

Kereta dipandu masuk ke dalam kawasan di mana terletaknya istana serta kediaman-kediaman lain.

"Saya dekat sini untuk apa sebenarnya?" soal Qirana.

Itu soalan pertama yang diluahkan dari mulutnya setelah sejam berada di dalam kereta itu.

"Maaf saya juga tidak tahu" tuturnya.

Kereta diberhentikan betul-betul di hadapan pintu masuk utama istana.

Pintu dibuka.

Qirana terus keluar dari kereta.

"Silakan Cik Qirana. Saya akan mengiringi Cik ke main hall" tutur seorang perempuan sebaik sahaja dia keluar dari kereta.

Fendy hanya mengekori mereka dari belakang.

Di main hall kesemua anak Tuanku Sultan dan kaum kerabat berada di situ.

"Mengumumkan ketibaan masuk pegawai WIA Cik Athrine Qirana William"

Mereka yang berada di situ semuanya memfokuskan retina mata mereka ke arah pintu masuk.

Pintu itu dibuka dari luar. Seorang gadis berjalan masuk ke dalam lengkap dengan pakaian rasmi WIA dan terserlah lambang Royal Division Carassia pada bahagian kiri kot berwarna hitamnya.

Afieq yang duduk di barisan hadapan terus melihat Qirana yang berjalan masuk.

"Rasanya kenapa Ayahanda panggil dia?" soal Puteri Nurul Addawiyyah Qhaisa Iskandar iaitu anak keempat kerabat diraja itu merangkap kakak kepada Putera Afieq.

Adam memandang si adik lalu menjongket bahunya.

"Silakan duduk" titah baginda.

Qirana yang agak keliru di situ terus duduk di kerusi yang disediakan.

"Anakanda Putera Muhammand Afieq Qhairul Iskandar sila menghadap"

Afieq sedikit terkejut sebaik sahaja namanya disebut.

Afieq berjalan ke hadapan lalu pembantu istana menarik kerusinya untuk duduk di sebelah Qirana.

Semua yang berada di situ tertanya-tanya.

"Saya dengan ingin akan mengumumkan bahawa anakanda Putera Muhammad Afieq Qhairul Iskandar akan bernikah dengan Athrine Qirana William"

"What?"

Semua yang berada di situ terkejut.

Disebabkan ini bukan majlis rasmi jadi masing-masing bersuara.

"Tapi Ayahanda-"

"Disebabkan kemalangan minggu lalu yang hampir saja meragut nyawa anakanda Putera Afieq dan telah diselamatkan oleh Cik Qirana dan semua sedia maklum target utama mereka ialah Putera Afieq. Jadi untuk tidak membahayakan nyawa sesiapa, saya mengambil keputusan untuk anak saya bernikah dengan Qirana. Ini kerana saya tidak mahu kejadian bertahun lalu berulang kembali dan terpaksa melihat darah keturunan sendiri mengalir"

Semua yang berada di situ terdiam. Mereka tahu mengenai hal itu.

Hal di mana anak kepada adik Tuanku Sultan mati ditembak di hadapan khalayak ramai sewaktu hari keputeraan baginda.

Peristiwa itu sudah pun 4 tahun berlalu jadi sebab itu anak-anak lelaki diraja Carassia dihantar untuk berkhidmat di WIA.

Mereka yakin ini juga satu langkah keselamatan buat Qirana kerana secara tidak langsung gadis itu akan menjadi target mereka kerana berjaya menggagalkan rancangan mereka untuk membunuh target utama.

Qirana masih keliru.

Hadirin mula bersurai. Ayahanda Afieq menghampiri anak muda itu.

"Kamu masih terkejut?" soalnya.

Qirana cepat-cepat berdiri. Semua ini bagaikan mimpi.

Sudah hampir 15 tahun dia berkhidmat untuk WIA tetapi kini terpaksa melepaskan impiannya. Dia antara agent elite termuda yang menjejakkan kaki ke academy WIA seawal usianya 10 tahun.

"Saya cuma-"

"Ini semua untuk langkah keselamatan kamu. Maafkan saya jika kamu terpaksa berhenti berkhidmat sebagai agent. Mulai esok notis 24 jam akan dikeluarkan oleh saya sendiri dan dihantar ke WIA"

Afieq memandang Qirana. Agak sukar dia untuk membaca raut wajah gadis itu.

Sebenarnya dia sudah mengetahui mengenai perkara ini kerana pernah disebutkan dalam protokol keluarga diraja. Tetapi dia tidak sangka Ayahandanya benar-benar serius.

Manakala mengenai latar belakang gadis ini masih lagi menjadi satu tanda tanya buat dirinya dan juga seluruh kaum kerabat yang lain.

Pelik untuk seorang gadis biasa mendapat perlindungan diraja oleh negara luar.

'Siapa kau sebenarnya?'

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro