TC 1

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Assalamualaikum guys.. Story ni dalam penilaian tv3 utk pitching bulan 7.kalau berjaya lulus jadi drama, sis tak akan update full dalam ni sebab terus jadi drama. So korang doa2kan ek Story Terwujudnya Cinta seorang peragut yang bertekad mahu menjadi imam kepada si gadis kampung. selamat membaca ❤sinopsis full tak boleh bagi. Nanti sis ringkaskan jadi pendek baru share sini

XAYDEN
IRSA KHADEEJA

https://www.youtube.com/watch?v=gKqGZKo5fVs

https://www.youtube.com/watch?v=qFYLeTJEvWY


TC | 1 

MUZIK remix disco yang kuat membingitkan suasana dalam kelab malam. Namun, ia langsung tidak mengganggu ketenteraman pengunjung kerana kebanyakan mereka yang datang untuk bersuka-ria mendengar muzik-muzik sebegitu dalam kesuraman bar dan hanya ditemani lip-lap lampu bar. Tambahan mereka yang muda masih berdarah dan berjiwa panas. Memang tempat sebegini menjadi pilihan untuk melepaskan tekanan hidup. Ada juga yang datang sekadar suka-suka. 

      “Hari ni kita semua, enjoy!” Beberapa pemuda dan pemudi melaga-lagakan arak dalam gelas tinggi meraikan hari lahir salah seorang dari mereka. 

       Hanya seorang lelaki saja melangut hisap rokok tanpa pedulikan mereka yang lain. Tiada rasa keinginan untuk menyertai mereka malam itu. 

       “Xayden! Jomlah join member sambut birthday party!” 

      “Kau pergilah dulu, Man!” Xayden menolak ajakan Aziman, kawan baiknya. 

       “Ah takde takde. Jom ikut aku.” Aziman memaut bahu Xayden, memaksa lelaki itu mengikutinya. 

         “Kau nak aku pecahkan muka kau ke, Aziman? Aku cakap aku tak nak maknanya tak naklah, bingai. Kau pergilah dulu.” Xayden menayang penumbuk besarnya di hadapan muka Aziman buat lelaki itu akur dengan keputusannya.

       “Hek eleh. Slay ar kau, Den. Kau tak nak takpelah. Tapi, kalau ada cikaro yang goda kau jangan kau nak mintak tolong aku pulak. Pandai-pandailah kau tepis sendiri.” Aziman memberi peringatan kepada Xayden sebelum meninggalkan lelaki itu sendirian lepak di meja makan. 

       Xayden melempar mimik muka jengkelnya di situ. Ada dia kisah ke? 

       “Hmph, entah kenapa hari ni aku rasa berbeza sangat dari apa yang aku bayangkan. Macam ada yang kurang. Hati aku kosong. Takde pun perempuan yang berjaya buat aku terpikat. Tengoklah tu tergedik tergoyang sana sini. Haisy! Sakit mata aku tengok! Man ni pun satu hal. Kerja nak enjoy je. Duit dah nak habis ni. Esok lusa nak makan apa?” Xayden kalihkan pandangan ke arah lain dengan serabutkan rambut sendiri dek runsing memikirkan hari esok dan hari-hari yang mendatang.

         Dia memesan minuman fresh orange segelas sambil perhatikan bar attendant meracik dan menyajikan minuman tanpa alkohol juga yang beralkohol kepada tamu dengan gaya resepi terbaharunya. Siap ada barman yang nyalakan api biru atas air untuk tamu yang memesannya demi kepuasan pelanggan. Menarik dan Xayden suka saksikan cara barman atau bar attendant yang menggunakan kepakaran mereka dalam menyediakan menu baru yang diminta oleh pelanggan tidak mengira sama ada makanan mahupun minuman. Bersesuaianlah dengan permintaan pelanggan. Ini juga salah satu punca mengapa dia sering ke bar. 

       Seorang gadis yang sedang melintasi di hadapan Xayden berhenti singgah ke meja yang diduduki lelaki itu. 

        “Wow hensemnya you,” puji gadis itu. 

       Xayden mengendahkan pujian wanita itu. Malas melayan. Lagipun, dia ke sini bukan hendak mencari kekasih jauh sekali hendak dijadikan isteri. Memang kirim salam sajalah. Gadis bar setakat buat habuan stok-stok pelepas nafsu bolehlah. Nak buat bini? Tak akan pernah ada dalam kamus hidup dia. 

        “So… jom cumi cumi dengan I kat ruang lain yang sunyi sikit, darling? I bagi you diskaun untuk malam ni. Untuk my handsome boy macam you ni… berapa round you nak pun I boleh bagi, darling.” Gadis itu dengan selamba mengusap-usap belakang Xayden dan melorot jemarinya hingga ke pinggul buat lelaki itu meremang. Lantas, menepis tangan itu dari terus merayap ke tubuhnya. Jijik! 

         Xayden segera mahu beredar dari situ. Rimas digoda gadis kelab yang sudah hilang rasa malu hingga sanggup mengumpan para lelaki untuk memuaskan nafsu serakahnya. 

        “Isk, memang taklah aku nak layan kau, perempuan sundal!” Xayden berdecit dan tiba-tiba lengannya ditarik kasar dari belakang sampai berbalik tubuh. Hampir saja dia terpeluk wanita itu. Untung dia cekap mengelak dan menangkap tangan gadis itu yang cuba menyentuhnya lagi. Lantas, mengilas tangan itu dan menguncinya di belakang badan si lonte itu hingga tak mampu bergerak lagi.

        “Sakit sakit sakit! Lepaskan I!” Terjerit-jerit gadis itu kesakitan seraya merayu membebaskannya dari cengkaman Xayden. 

       “Aku bukan datang sini nak cari kupu-kupu malam. Jadi, jangan gatal nak goda aku walau dalam mimpi sekali pun, faham?” Xayden menolak kasar tubuh gadis itu sehingga terdorong jatuh ke lantai. 

       Kemudian, meninggalkan tempat itu tanpa hiraukan keadaan hingar-bingar di sekelilingnya. Ada yang perhatikan adegan mereka, ada juga yang buat tak tahu saja dengan apa yang berlaku kerana sibuk dengan dunia sendiri. 

        Xayden yang sudah keluar dari bar, masuk semula bila teringatkan Aziman masih di dalam melayan perempuan dan berparti. 

        Tanpa sepatah kata, dia mengheret Aziman keluar dari situ bersamanya. Terkulat-kulat lelaki itu dibuat Xayden. 

          “Kau ni tak kasi chance langsung aku nak enjoy malam ni. Aku ajak kau join aku, kau yang tak nak. Dah tu heret aku sekali ajak balik awal pe hal? Kau balik la dulu! Sibuk nak ajak aku balik awal, buat pe?” bebel Aziman sebaik tiba di petak tempat letak motorsikal tidak jauh dari situ. 

         “Kau tak payah banyak bunyi. Enjoy je kerja kau. Dana dah nak habis kau tak fikir pulak? Ni esok lusa nak makan apa?” bidas Xayden mendiamkan Aziman. 

       “Jadi? Kau ada pelan baru ke?” Aziman jungkitkan alis tebalnya sebelah kanan. 

       Xayden hanya membalas dengan menjungkit bibir sebelah kanan. “Robbery!”

        Laju saja Aziman menunggang Lagenda 115Z setelah memahami isyarat yang diberikan Xayden dengan perkataan ‘robbery’.

        Xayden menjadi pemboncengnya. 

🌺🌺🌺


IZZ… kita berhenti makan dulu, okey tak? Saya laparlah. Lepas makan baru kita cari rumah sewa. Boleh, tak?” Irsa mengusap perutnya dek rasa sebu dan terhenti melangkah sambil menyandar tubuh ke dinding bangunan.

      Matanya melirik ke arah Izz yang sudah terlajak berjalan ke hadapan.

     

       Izz berpatah balik sebaik menyedari Irsa tiada di sisi dan menghampiri gadis itu yang bertompok kelesuan pada wajah.

        “Boleh, Irsa Khadeeja sayang. Jomlah kita pergi makan dulu.” Izz memegang lengan Irsa yang berlapik dan dibawa pergi seiringan dengannya. 

       Irsa tersenyum suka dan membuntuti Izz mahu mencari sesuatu untuk dijamah. 

       Ketika mereka melewati lorong-lorong kelam sunyi mahu mencari kedai makan, dengan tidak terduga mereka diserang oleh dua peragut bertopeng yang sedang mengacungkan senjata berapi.

        “Jangan bertindak apa-apa kalau nak selamat!” Si pembonceng turun dari motor lalu merampas tas tangan dari Irsa buat gadis itu kecut perut. 

      Tidak terjangkau dek akal, boleh pula Izz larikan diri melihat pistol dihala ke arah mereka. Peragut itu lekas menaiki motor mahu bergegas dari situ sebelum dilihat orang lain. 

       Irsa terduduk menangis melihat kekasihnya lari tinggalkan dia sendiri. Bukan hendak membantu dia, malah ditinggal pergi. Sungguh luluh hati.

       “Izz! Sampai hati awak tinggalkan saya! Mana saya nak pergi sorang-sorang kat KL ni? Izz! Tolong jangan tinggalkan saya, awak. Encik peragut! Tolong… tolonglah bagi balik beg saya! Awak nak beg tu ambillah. Tapi, pulangkan IC saya. Kenapalah malang nasib aku? Aku tak kaya. Aku tak berduit tapi kenapa aku yang jadi mangsa ragut? Kenapa bukan orang lain yang kaya-raya, Ya Allah!” 

   

       Mendengar suara laungan itu membantutkan niat peragut untuk berhambus dari situ. Si pembonceng turun dari motor perhatikan lelaki yang larikan diri itu dan menganggap lelaki itu pengecut kala menyaksikan sendiri sikap pengecutnya.

       “Pergh, tak guna punya jantan! Takde telur ke? Setan betul tinggal awek sorang-sorang kena rompak. Bodoh, sial! Man, aku ingat aku ni dah teruk. Rupanya ada lagi jahanam dari kita!” Peragut itu menyumpah pasangan wanita yang baru diragutnya.

         Lelaki itu menyerahkan semula beg tangan kepada wanita yang sudah tersedu-sedan di atas jalan getah. 

       “Weh gila! Kau buat apa ni bodoh?” Penunggang motor itu marah dengan tindakan teman seperagutnya boleh pulangkan semula tas tangan kepada tuannya.

      Irsa yang menangis ketakutan tidak tahu hala tuju hendak pergi setelah ditinggalkan kekasih dan diragut, terkejut peragut itu memulangkan beg tangannya membuat dia terduduk memeluk kaki si peragut dengan tidak henti-henti mengungkapkan perkataan ‘terima kasih’. 

       “Terima kasih banyak-banyak awak. Terima kasih sebab sudi pulangkan semula beg saya. Saya takde duit pun nak bagi awak. Saya tak kaya pun. Terima kasih Allah sebab dengar luahan hati hamba-Mu ini.” 

        Tingkahnya mencengangkan si peragut.

    “Xayden! Lekaslah blah! Orang nampak karang habislah kita kena cekup, bingai! Tak payah nak tangkap cintan kat situlah, bangang! Aduh, ni tak rileks ni boh!” Aziman meradang dengan tindakan selamba bodoh si Xayden. 

      Xayden membuka topengnya dan menghisap rokok sebentar sembari perhatikan si gadis polos kerana pelik dengan semena-mena timbul satu perasaan simpati membuat lelaki itu bertindak gila dengan melarikannya serta meninggalkan Aziman termangu-mangu. Sebuah ugutan tembakan mahu dilepaskan jika menghalang laluannya. Aziman pasrah dan membuka topengnya dengan mulut mencicit maki kawan tak guna! 

https://www.youtube.com/watch?v=6huoy3PrZ7c


🌺🌺🌺

       8  Jun 2023   update

          

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro