Witches 🔮 Bab 12

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Ia bermula dengan rindu dan keinginan.

Ia bermula dengan darah dan perasaan takut

Ia bermula dengan penemuan...
Ahli sihir...


Dahulu, dunia kami dipenuhi dengan keajaiban tapi sekarang ia menjadi milik manusia.

Makhluk seperti kami bersembunyi daripada pandangan manusia dan takut dijumpai.
Kami berasa cemas walaupun sesama sendiri.

"Setiap pengakhiran pasti ada permulaan baharu."

Wajah Emily berkerut-kerut. Kepalanya ke kanan dan ke kiri. Dia melihat dua susuk tubuh ibubapa dia berkata sesuatu kemudian beransur pergi. Dia menangis. Dia rindu orang tuanya.

"Ibu! Ayah! Jangan pergi!" jerit Emily dalam mimpi. Tetapi dia tidak sedar bahawa dia menjerit sehingga orang di sekeliling dia turut mendengar.

"Emily..." kejut Hayden perlahan. Dia menepuk pipi Emily dengan lembut. Dia mengucup dahi Emily lama sambil jarinya mengusap lengan gadis itu.

Emily membuka kelopak mata dengan perlahan. Cahaya yang masuk ke mata  membuatkan dia tertutup sebentar, kemudian dibuka semula. Wajah-wajah di hadapan dia terlihat kabur pada awalnya sahaja. Selepas itu, dia sudah dapat melihat dengan jelas. Dia melemparkan senyuman buat semua. Hayden menghulurkan segelas air kosong kepadanya. Disambut dan diminum dengan rakus. Dia benar-benar kehausan. Tekak dia yang kering kini lega setelah mendapat minuman. Hayden seperti tahu-tahu sahaja. Dia tersengih malu apabila Hayden menyapu tubir bibirnya yang terdapat bekas air dia minum tadi.

"Gelojohnya, sayang..." tegur Hayden dengan suara seksual.

"Sorry... Saya dahaga sangat. Tak tahu kenapa," adu Emily manja.

Hayden yang mendengar menahan rasa dihati. Dia tergelak kecil. "Comelnya dia..."

Tanpa dapat ditahan. Pantas Hayden mencium bibir Emily. Lama. Sehingga suara seseorang membuatkan perbuatan mereka terhenti.

"Ops! Maaf! Ganggu kau orang tengah melepaskan rindu yang  terpendam," sakat Bella sambil memusingkan semula badannya dan bergerak turun ke bawah.

Emily menutup muka menahan malu.

"Mandi dulu. Kemudian makan ubat," arah Hayden lembut. Emily hanya melakukan apa yang disuruh oleh Hayden tanpa banyak soal.

                        ****

"Sayang..." panggil Hayden lembut.

Emily yang sedang menjamu makan malam berpaling memandang kekasihnya itu.

"Ya..." jawab Emily sepatah. Anak mata biru itu tidak berkalih dari menatap raut wajah kacak Hayden. Emily senyum nipis.

Hayden mencapai tangan kanan Emily lalu mengucup lembut.

"Esok kita akan makan malam bersama ibu saya."

Hayden mendapat panggilan dari Mariana supaya makan malam di rumahnya pada hari berkenan. Kerana hari itu, adalah hari penting ibunya. Lalu dia mengajak Emily bersama dengannya untuk makan malam bersama ibunya, Mariana.

Emily terkelu lidah mendengar perkhabaran yang disampaikan oleh Hayden. Tiba-tiba, wajah dia menjadi pucat. Hayden tergelak kecil.

"Hei, bertenang. Cuma makan malam, jangan risau. Okey," pujuk Hayden. Bangkit dari duduk dia mendekati ke arah Emily lalu memeluk belakang gadis itu.

"Saya sentiasa bersama awak, dan  lindungi awak. Okey?"

Emily menarik nafas sebelum dia menganggukan kepala. Bahawa dia setuju.

"Good girl."

                     *****

Persidangan ahli jemaah.

Kunci-kunci utama dicantumkan dengan pasangan masing-masing. Lalu diserahkan pada ketua puak mereka. Empat kunci itu digabung menjadi satu. Ketua-ketua puak meletakkan tangan pada yang lebih tinggi jawatan dan sama-sama memasukan kunci tersebut dan dipulas akhirnya pintu gerbang yang besar itu terbuka dari luas. Mereka masuk diikuti dengan anak-anak buah masing-masing seramai dua puluh orang.

Mereka duduk saling berpandangan dengan riak tidak puas hati. Manakala Dean cuba menahan debar yang maha hebat. Atas perbuatan Hayden puak puntianak, dalam bahaya.

"Jawatan yang disandang oleh ketua puntianak harus dilucutkan. Dia tidak layak! Pengkhianat!"

Leon Darker sahaja mengapikan para jemaah yang lain untuk menghapuskan Dean Jade. Kerana bagi dia Dean Jade berpaling tadah dan akan membuatkan kerja dia bertambah sukar. Dia mengukir senyum palsu. Isyarat mata diberikan pada Julia.

"Ya. Dia juga menyembunyikan anak Louis puak ahli sihir yang sangat bahaya itu."

Julia memanipulasikan keadaan. Dominic hanya memerhati sambil tersenyum sinis. Jemaah lain mendiamkan diri.

Anak buah puak syaitan hanya menunggu bicara dari ketuanya.
"Kita harus sokong, Dean dan bantu dia. Sekarang ini, kita hanya buat seperti biasa." Chloe berkata pada anak-anak buahnya. Mereka menganggukkan kepala tanda memahami tindakan wanita itu tanpa sebarang bantahan.

"Semua bersurai dan boleh buat perbincangan di luar. Undian bermula dari sekarang," ucap Leon Darker.

Ahli jemaah semua keluar. Dua puak begitu keresahan dengan apa yang terjadi. Jika lebih ramai setuju puak puntianak tidak dilucutkan jawatan. Sekurang-kurangnya mereka masih boleh bertolak ansur jika sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. Puak ahli sihir terlalu kejam. Kerana dapat ketua seperti Leon Darker tiada belas kasihan!

"Ahli jemaah dipersilakan masuk," ucap Leon Darker.

Masing-masing berdiri dengan riak wajah sukar ditafsirkan.

"Siapa undi saya untuk terus kekal dengan jawatan tertinggi ahli jemaah. Sila angkat tangan anda," Dean berkata dengan nada mendatar dan berani. Walaupun, dia tidak tahu dia berjaya atau tidak.

Perlahan-lahan seorang demi seorang menaikkan tangan ke udara seperti berikrar.

"Siapa undi saya untuk melepaskan jawatan tertinggi ahli jemaah. Sila angkat tangan anda."

Melihat keadaan itu, Chloe melepaskan nafas lega begitu juga Dean. Dia meloretkan senyuman kemenangan.

"Lihat, mereka masih mahukan saya. Jadi kamu tidak boleh menghukum saya!"

Selepas berkata, Dean terus melangkah pergi dari situ dan masuk ke dalam pejabatnya. Dean duduk melepaskan lelah yang menghimpit dada. Muka diraup kasar. Rambut diramas berulang kali tetapi tekanan tetap tidak berkurangan.

Kedengaran pintu diketuk. Berkerut kening Dean. Tanpa fikir apa-apa, dia terus membuka pintu pejabatnya. Dia terkejut Chloe berada di depannya. Chloe memandang seketika pada dia sebelum bersuara.

"Aku sokong engkau bersebab, satu hari aku akan meminta pertolongan dari engkau pula," ujar Chloe. Anak matanya tertala pada wajah Dean dan dia menepuk bahu lelaki itu dan beredar dari kawasan yang bagi dia amat bahaya.

Dean terdiam mencerna kata-kata wanita berusia itu. Walaupun, nampak berusia dia tetap kelihatan cantik dan elegan.

                   *****

Leon Darker mengetap bibir dia kuat.
Dia merenung bandar kota London itu disebalik cermin kaca yang terhias di dalam biliknya. Gelas di tangan digenggam kuat dan menyebabkan gelas kaca itu pecah berderai.

Julia hanya senyap memerhati. Dia di ibarat seperti seekor anjing peliharaan Leon Darker.

"Apa pun berlaku, kita harus cari gadis itu secepat mungkin..." tutur Leon Darker dicelah gigi.

Dia akan buat apa sahaja pada gadis itu, untuk melihat kuasa sebenar anak pada perempuan yang dia pernah cintai suatu ketika dahulu. Dia juga tahu kuasa yang dimiliki oleh suami wanita itu bukan biasa-biasa. Hanya terpilih.

Bersambung...

1004 words

####

Hye guys agak payah untuk genre ni menulis dengan 1k pp hahaha. Sorry kalau cerita saya membosankan. Kerana saya menulis dari hati dan sekadar hobi 💋!

Harap ada yang enjoy!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro