Witches 🔮 Bab 14

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Ia bermula dengan rindu dan keinginan.

Ia bermula dengan darah dan perasaan takut

Ia bermula dengan penemuan...
Ahli sihir...


Dahulu, dunia kami dipenuhi dengan keajaiban tapi sekarang ia menjadi milik manusia.

Makhluk seperti kami bersembunyi daripada pandangan manusia dan takut dijumpai.
Kami berasa cemas walaupun sesama sendiri.

"Setiap pengakhiran pasti ada permulaan baharu."

Julia merenung lama sebelum dia meminta gadis berkepala itu membantu dia dan dia akan membalas kembali. Gadis itu menganggukan kepala. Kuasanya disalurkan kepada Julia. Apa yang menghairankan Julia, makhluk ini bukan orang biasa. Dia mempunyai kuasa yang boleh tahan kuat. Dan baru Julia tahu  dia adalah dari puak ahli sihir, Victoria! Ahli sihir yang telah lama hilang secara senyap. Air mata dia mengalir turun ke pipi. Dia tidak sangka selama ini Victoria disorok oleh ketua ahli sihir sendiri!

Setelah selesai kuasa dipindahkan. Kini, Julia pula mengambil bahagiannya.

"Aku akan bebaskan engkau, wahai kawan. Semoga selepas ini, engkau tenang dan bahagia buat selamanya, Victoria."

Kayu api dinyalakan lalu dia mencampakan kayu api tu dekat kotak kayu yang telah disiram dengan minyak petrol. Api mula menyala dengan marak.

"Terima kasih atas segalanya," ucap Victoria dengan nada lirih.

Tubir mata Victoria terasa hangat. Laju air mata dia turun. Api semakin marak dan menghapuskan sekali Victoria. Sumpahan yang dikenakan pada Victoria turut musnah. Kini dia bebas, bebas buat selamanya.

Julia harus sembunyikan dirinya sehingga kuasanya akan datang kembali. Jika dia tidak melindungi diri dia, nyawa dia dalam bhaya.

                        ♠️♠️♠️

"Kamu  boleh jumpa anak Louis dirumahnya, sebelum terlambat," ujar Chole tenang.

Bryan dan Luna saling berpandangan dan senyum kegembiraan.

"Terima kasih, ibu..." ucap Luna lalu memeluk ibu mertuanya.

"Sama-sama, sayang." Chole senyum melihat anak dan menantu dia gembira.

    
                       ♠️♠️♠️


Dean meluru ke arah Hayden.

"Apa engkau dah buat ni? Engkau letakan nyawa kami dalam bahaya! Apa aku nak jawab dengan ahli jemaaah?" tutur Dean bengang.

Hayden diam membisu.

"Sorry," ujar Hayden menunduk kepala.

"Tapi... Hay tetap dengan keputusan Hay. Hay shadow dia. Hay kena protect dia walau apa pun yang terjadi," sambung Hayden lagi dengan nada perlahan tetapi tegas.

"Serang Emily... Bermakna serang Hay juga. Dia mati, begitu juga Hay. Kami ditakdirkan bersama," ucap Hayden lagi membuatkan Dean tergamam. Tidak boleh berkata apa lagi.

Puan Mariana dan Sarah hanya diamkan diri.

"Mereka akan hantar orang ke sini untuk ambil Emily semula," maklum Dean membuatkan hati Hayden panas.

"Dia orang sentuh Emily tak kiralah sikit ke banyak. Mereka mati!" tutur Hayden dengan suara celah gigi. Jari jemari dikepal membentuk penumbuk.

                     

                      *****

Rose dan  Rebbeca duduk berbual bersama Emily. Banyak perkara yang mereka bercerita. Sehinggalah, Emily membuka cerita tentang kematian kedua orang tuanya. Rose dan Rebbeca terdiam.

"Saya hanya nak tahu. Siapa pembunuh ibu dan ayah saya? Susah sangat ke pertanyaan saya makcik?" ujar Emily dengan nada sebak.

Rose dan Rebbeca berpandangan. Air liur ditelan kesat. Mereka berdua sangat kasihan pada gadis itu. Tetapi apakan daya, mereka semua bukan tandingan lelaki itu dan orang-orangnya.

"Makcik, tolonglah bagitahu. Please," rayu Emily dengan tubir mata berkaca-kaca. Bila-bila masa sahaja akan gugur membasahi lekuk pipi.

Rebbeca bangun dan memeluk Emily. Dia menggosok perlahan belakang gadis itu. Memujuk dan menenangkan. Tangisan Emily pecah apabila mendengar jawapan daripada Rose.

"Puak ahli sihir yang bunuh ibu dan ayah Emily," ujar Rose dengan linangan air mata.

"Kerana mereka percaya, jika salah seorang dari mereka mengambil kuasa yang ada pada orang tua kamu,
Pasti 'orang' itu akan lebih berkuasa. Setelah itu mendapat jawatan tertinggi di kalangan ahli jemaah. Ibu Emily  mendapat jawatan itu, tetapi dia tidak mahu. Sebab dia mahu hidup gembira bersama dengan anak dia yang comel..."

Rose berhenti sekejap menarik nafas. Hatinya masih sebak dengan pemergian adiknya. Dia kemudian mengukir senyuman buat Emily.

Emily merenung dalam wajah ibu saudaranya. Dia bertekad akan membuat hidup mereka huru hara.

"Makcik Rose dan makcik Rebbeca. Please ajar Emily cara dan mengawal kuasa agar Emily bersiap sedia apabila musuh menyerang."

Emily menggengam tangan Rose dan Rebbeca erat. Manakala, Rose dan Rebbeca berpandangan sesama sendiri. Air liur ditelan perlahan.

"Hayden..." ujar Rose.

"Tak apa. Makcik jangan risau. Ini untuk kebaikan Emily juga untuk melindungi keluarga Emily," pintas Emily laju.

"Saya tak benarkan."

Suara garau dari belakang itu membuatkan mereka terkejut. Rose memejam mata menahan sabar dengan tingkah Hayden yang muncul secara tiba-tiba.

"Rumah aku tak ada pintu agaknya. Sia-sia aku buat pintu," sindir Rebbeca selamba.

"Sorry." Hayden membuat muka tidak bersalah. Emily menepuk dahi.

"Maaf makcik, Hay sudah terbiasa dengan keadaan begitu."

Emily menjelaskan perkara sebenar bagi pihak Hayden. Rose dan Rebbeca menganggukan kepala perlahan dan tertawa kecil.

"Makcik lupa..." tutur Rebbeca. Emily mengerut kening.

"Lupa apa?" balas Emily menanti jawapan makciknya itu.

"Makcik lupa, yang Hay ni puntianak. Bukan manusia biasa," seloroh Rebbeca sambil ketawa. Rose, Emily dan Hayden turut ketawa.

Hayden menggeleng kepala melihat sikap makcik-makcik gadis kesayangan dia itu.


                        ❦❦❦

Julia melangkah masuk ke dalam bilik Leon Darker dengan raut wajah yang dingin.

Leon Darker yang melihat orang yang memasuki ke dalam pejabatnya itu, tersenyum sinis.

"Nampaknya... Kuasa engkau sudah kembali. Interesting," ucap Leon Darker dengan nada menyindir.

Julia hanya memekakan telinga dia. Tujuan dia hanya satu dan kerana itu dia sanggup menjadi orang bahawan lelaki kejam itu sebab mereka ada tujuan yang sama.

                  
Leon Darker pada awalnya merasakan Julia adalah pengkhianat di dalam kalangan mereka. Kerana mengikut kata-kata ahli sihir yang kepala sahaja dia ambil lalu diletakan ke dalam kotak kayu yang unik dan dia mengunci menggunakan sihirnya. Dia mendapatkan julia  menyeksa gadis itu dan menghumbankan ke dalam telaga yang paling dalam sehingga kedengaran tulang kakinya patah. Beberapa hari kemudian, dia mengeluarkan Julia dari telaga itu. Apabila hanya Julia sahaja boleh masuk ke dalam kawasan kediaman puntianak.

Julia hanya menayangkan muka tidak berperasaan membuat Leon Darker tertawa dan berdiri di sebelahnya mengelus lembut rambutnya itu. Julia sedikit pun tidak bergerak tetapi tangannya kuat digenggam menahan rasa amarah terbuku di hati. Kerana dia tidak mampu melawan lelaki ini. Walaupun, kuasa dia pulih dia tetap kalah dengan lelaki tua itu.

Leon Darker menghidu bauan Julia dan dia tersengih jahat melihat reaksi Julia. Dia suka melihat semua orang takut dan tunduk pada dia. Dia merasakan dia sangat berkuasa.

           

                       ❦❦❦



Hayden membawa lagi sekali Emily ke Casa Mariana untuk makan malam bersama. Sejak akhir ini, mereka cuba melakukan perkara yang mereka inginkan kerana mereka merasa bahawa mereka berdua akan terpisah jauh ataupun mati.

Makan malam berjalan dengan lancar dan gembira. Puan Mariana telah menerima baik Emily. Kerana gadis itu juga tidak lama lagi akan berkahwin dengan anak lelakinya. Kebahagian Hayden, kebahagian dia juga. Selepas makan malam, masing-masing mengundur diri untuk berehat. Kesempatan itu, Hayden membawa Emily berjalan-jalan di sekitar Casa Jade Mariana itu.

Sedang mereka berbual dan ketawa. Tiba-tiba Hayden berhenti melangkah. Dia bau kehadiran puntianak lain di kediamannya. Dia menarik Emily ke belakang tubuh dia. Serentak itu, Puan Mariana dan Sarah datang melindungi Emily.

"Untuk apa engkau dan yang lain datang ke sini?" ujar Mariana mendatar.

"Untuk menghapuskan gadis itu. Kamu pengkhianat puak puntianak!"

Puntianak itu ingin menyerang keluarga Jade. Puan Mariana dan Hayden menyinga mengeluarkan taring. Tetapi Hayden lebih pantas mematahkan serangan puntianak lelaki itu.

"Mama... bawa Emily ke dalam tempat lebih selamat. Jaga dia untuk Hayden," arah Hayden tanpa memandang mamanya dan Emily. Dua orang puntianak di depannya ini membuatkan amarahnya membuak-buak.

Emily tidak setuju apa Hayden lakukan. Selamatkan dia tapi nyawa lelaki itu dalam bahaya.

"Hay tahu apa yang dia buat. Tenang. Mari masuk," ajak Puan Mariana dan Sarah.

Hayden menyerang dan membunuh salah seorang dari puntianak itu. Seorang lagi puntianak sudah melarikan diri. Hayden berlawan dengan Dominic dan membuatkan Dominic cedera dan terus pergi dari situ sepantas kilat. Hayden termengah-mengah mencari nafas. Dia perlu lakukan sesuatu secepat mungkin.








Bersambung

1272 words



♥╣[-_-]╠

Hye guys! Apa kbar semua? Hanya lagi satu chapter maka berakhirlah Witches 🤗🤗🤗

Chapter akhir akan jadi banyak sikit words dan gambar perkahwinan Hayden dan Emily. 🤭

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro