Witches 🔮Bab7

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Ia bermula dengan rindu dan keinginan.

Ia bermula dengan darah dan perasaan takut

Ia bermula dengan penemuan...
Ahli sihir...


Dahulu, dunia kami dipenuhi dengan keajaiban tapi sekarang ia menjadi milik manusia.

Makhluk seperti kami bersembunyi daripada pandangan manusia dan takut dijumpai.
Kami berasa cemas walaupun sesama sendiri.

"Setiap pengakhiran pasti ada permulaan baharu."




"Sampel darah tu sebenar ada?" tanya Hektor pada Bella.

"Ada. Nasib baik aku memang letak tempat lebih selamat," ujar Bella sambil melihat wajah tegang Hektor.

Hektor mencebik bibir dan menganggukkan kepala.

"Mana Hayden?"

"Entah... jumpa Emily mungkin."

Tangan Bella lincah membuat kerja dia yang tertangguh.

Hektor keluar dari makmal dan pulang ke rumahnya untuk berehat.

Hayden pulang semula ke rumah. Dia mencari Emily. Nampak bayang gadis itu terus dia peluk.

"Saya minta maaf, marah awak semalam."

Emily hanya mendiamkan diri dalam dakapan Hayden. Dia mengambil bau maskulin Hayden yang menenangkan hatinya. Hayden adalah bayang-bayang dia. Dia mengeratkan lagi pelukan.

***

Pintu diketuk berulang kali. Beberapa minit kemudian. Seseorang wanita membuka pintu dan Daisy melorot jatuh di depannya. Dia terkejut. Tangan dia pantas menyambut Daisy yang berlumuran darah itu. Wanita itu, memandang ke kanan dan ke kiri mencari sesuatu yang dia tak pasti. Dia mengheret sedikit tubuh Daisy yang kelihatan pucat dan nazak.

❦❦❦

Hektor yang sedang duduk di dalam biliknya bersendirian, tiba-tiba...

Dia tercampak ke belakang. Hektor segera bangun dari jatuh dan masih terpinga-pinga. Berdiri tegak tiba-tiba rasa nafas dia tersekat apabila Vivian mencekiknya kuat. Dia meronta-ronta. Hektor masih terkejut dan sebab itu dia tidak dapat nak melawan kembali.

Bella muncul dengan pantas lalu dia mencengkam kuat lengan gadis itu dan mematahkan serangan perempuan itu. Vivian menjerit marah.

"Jika kau tidak mahu Hayden bunuh kau. Lebih baik kau pergi dari sini!"

Bella memberi amaran tegas pada Vivian. Dia menjeling Vivian dengan pandangan yang tajam.

"Kalau semua tak nak bagitahu aku, Hayden dekat mana... Aku akan cari perempuan tu dan bunuh dia! Kalau aku tak dapat Hayden, dia pun tak akan dapat!"

Vivian terus melangkah keluar dari rumah Hayden dengan perasan marah. Bella mengerling ke arah Hektor. Hektor turut memandang wajah Bella. Masing-masing berdiam diri.


❦❦❦

Diego Phoenix merupakan seorang ahli jemaah dari puak puntianak. Turut ingin mendapatkan kuasa pemerintah antara tiga puak itu. Di sisi dia orang kanannya Vivian dan Darlan.

"Aku nak kau berdua tangkap Hayden. Dia telah melanggar perjanjian turun temurun! Dia harus dihukum!" ujar Diego phoenix dengan tegas. Vivian hanya mendiamkan diri di atas riba lelaki tua itu yang perasan seperti orang muda.

"Kami akan cuba tangkap dia bawa ke dewan ahli jemaah semua."

Selepas berkata Darlan terus berlalu pergi. Diego Phoenix mencium pipi wanita di depannya. Setelah itu, dia mula berbincang strategi dia untuk menjatuhkan Keluarga Hayden Jade.

❦❦❦

Emily merenung bangunan di depannya itu. Dia menarik nafas dan hembus perlahan. Kemudian dia melangkah masuk ke dalam perpustakaan. Dia masuk ke tempat yang sama dia pergi sebelum ini. Satu persatu rak buku yang tinggi dia tuju dan cari tetapi tetap saja dia tidak jumpa buku kehidupan itu. Dia nampak seorang lelaki yang turut merupakan penjaga perpustakaan itu.

"Hey... Matthew. Ada sesiapa pinjam buku tebal di situ?" tanya Emily sambil jari telunjuknya menunjuk ke arah sebuah rak buku.

"Saya rasa tak ada." Matthew berkata sambil otaknya memproses kembali ingatannya sebelum ini.

"Awak, ada nampak tak. Buku tebal dekat situ? Berukiran halus sedikit pelik tetapi unik?" soal Emily masih tidak berputus asa.

Matthew menggeleng kepala.

Emily akur dan pasrah. Saat dia mahu pergi dari situ. Tiba-tiba ada beberapa orang kumpulan ahli sihir berdiri di hadapannya dan menghalang laluan dia.

Leon Darker.

Riak wajah Emily cemas. Dia berseorangan ketika ini. Hayden tiada di sisinya. Bagaimana dia mahu melawan mereka? Dia buntu.

Matthew yang ingin melindungi Emily tercampak ke tepi dan terhantuk pada bucu kerusi. Emily yang melihat merasa berang dan marah.

Dia mendengus marah dan merenung tajam ke arah jemaah ahli sihir yang ingin mencederakan dirinya dan orang lain. Datang angin yang entah dari mana begitu kuat. Sehingga membuatkan ahli jemaah sihir tidak dapat bertahan dari kuasa sebenar Emily. Salah satu kuasanya telah muncul apabila dia marah. Ahli-ahli jemaah sebaik mungkin cuba bertahan. Ada yang kalah dan terpelanting dan jatuh terhempap lalu pengsan. Masih bertahan Leon Darker.

"Angin sihir!" ucap ahli sihir yang lain. Wajah mereka pucat!

"Emily mari ikut aku. Aku akan jaga kau. Aku janji," ucap Leon Darker.

Tetapi malangnya membuatkan Emily bertambah marah.

"Kau bunuh mak ayah aku!"

Serentak itu, Emily menjerit dan angin menolak kuat tubuh-tubuh mereka yang berada di depannya sehingga dia juga tidak dapat mengawal dan ingin tercampak tetapi dia sempat berpaut pada kaki meja. Hayden datang tepat pada waktu, apabila pautan jari Emily terasa longgar dan tidak dapat bertahan lama. Hayden yang ingin mendekat turut kena tempias. Dengan bersusah payah dia cuba menghampiri Emily.

"Emily! Kawal perasaan tu! Cuba untuk bertenang. Awak boleh," pujuk Hayden dengan nada lembut tetapi sedikit kuat.

Emily memandang Hayden dengan riak wajah sedih.

"Sa... Saya... Tak boleh!"

Dia penat.

Hayden mengumpul seluruh tenaga dia dan melompat ke arah Emily. Tubuh Emily di peluk kemas dan kuat.

Mereka berdua bertahan. Hayden menenangkan Emily. Lama kelamaan akhirnya angin kuat itu reda. Hayden membawa Emily pulang ke rumah.

Leon Darker terkelu lidah. Bermakna selama ini dia telah ditipu hidup-hidup oleh Edson dan Camila Louis! Dia akan mendapatkan Emily tak kira apa jua halangan.

Selicik-licik dia, licik lagi orang tua Emily.

****

Patung dewa yang berwarna putih itu ditenung. Mengapa dia menjadi perantaraan pada gadis itu dia pun tidak pasti. Adakah kerana mereka yang terpilih yang berhati tulus? Daripada yang lain? Sering kali Luna bermimpi yang mengatakan gadis itu dalam bahaya. Tetapi dia masih tidak tahu di mana gadis itu berada.

Bryan. Dia anak ketua puak syaitan. Isterinya juga dari golongan yang sama. Tapi paling mengejutkan anak dia dari golongan lain! Macam mana boleh terjadi? Dia sangat terkejut dan risau akan keselamatan isteri dan anaknya yang bakal lahir. Dia benar-benar kusut.

❦❦❦

Vivian bersandar ditepi jendela. Dia memandang langit yang hitam dan gelap. Hanya sedikit bintang menghiasi dada langit bersama bulan yang cerah. Tubir mata dia hangat. Bila-bila masa sahaja air matanya dia akan tumpah kerana dia tidak boleh melupakan kisah lama. Dia dulu seorang manusia yang kini telah bertukar menjadi puntianak kerana Leon Darker telah merogol dia dan menghisap darahnya. Akhirnya dia dijadikan kekasih dan hamba lelaki itu. Dia benci! Marah! Tetapi dia tidak mampu berbuat apa-apa kerana lelaki itu berkuasa dan berpengaruh. Walaubagaimanapun, dia tetap akan bebas dari sangkar maut buatan lelaki durjana itu.

####

1040 words

Hye guys try hard taip setiap bab 1k pp huhu. Bukan senang fuuh.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro