Witches 🔮 Bab9

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Ia bermula dengan rindu dan keinginan.

Ia bermula dengan darah dan perasaan takut

Ia bermula dengan penemuan...
Ahli sihir...


Dahulu, dunia kami dipenuhi dengan keajaiban tapi sekarang ia menjadi milik manusia.

Makhluk seperti kami bersembunyi daripada pandangan manusia dan takut dijumpai.
Kami berasa cemas walaupun sesama sendiri.

"Setiap pengakhiran pasti ada permulaan baharu."

Kereta mewah berwarna hitam itu bergerak laju membelah jalan raya. Hayden meloret sebuah senyuman apabila melihat pujaan hatinya begitu gembira ingin berjumpa dengan mak saudara yang sudah lama terpisah.

Emily melemparkan pandangan ke luar tingkap. Jalan-jalan yang dia lalui diperhati tidak berkelip. Dia teruja dan rindu tak terkata. Dia masih ingin serba sedikit jalan yang ingin menunju ke rumahnya.

"Semua masih sama, sayang. Tak berubah pun," ujar Hayden yang sedang tenang memandu. Sekali sekala dia menjeling ke arah wajah bersih kekasihnya itu. Dia tidak sabar hendak kahwin bersama Emily.

Emily menganggukan kepala sedikit.

Akhirnya perjalanan mereka selamat sampai ke destinasi  yang memakan masa satu jam lebih itu. Perlahan-lahan Emily menapak keluar dari kenderaan lelaki itu. Dia memandang rumah dua tingkat yang sederhana mewah itu.

Dua orang wanita yang berada di beranda tersenyum melihat  Emily. Rose dan Rebbeca segera mendapatkan Emily. Tubuh genit itu dipeluk melepaskan rindu yang lama terpendam.

"Apa khabar makcik Rose dan makcik Rebbeca?" sapa Emily dengan nada sopan. Dia menghadiahkan senyuman buat kedua makciknya itu.

"Kami baik-baik sahaja, Emily. Rindunya kami pada Emily..." ujar makcik Rose sambil mengelap air mata dengan hujung baju kainnya itu.

Emily ketawa kecil melihat telatah makcik Rose itu. Manakala kakak Rebbeca menggeleng kepala. Alahai hati tisu!

"Jemputlah masuk. Inilah rumah ibu dan ayah Emily," terang Rose tanpa dipinta.

Emily senyum hambar. Dia terlalu rindu orang tuanya.

"Rumah ini seperti ber'nyawa' sedikit. Bukan berhantu," sempat Rose membetulkan tanggapan pada tetamunya itu. Risau sekiranya mereka salah faham.

"Wow!"

Hayden dan Emily ketawa kecil dan diikuti oleh Rebbeca dan Rose.

"Duduk dulu, makcik buatkan air," pamit Rose dan berlalu ke dapur.

Emily berjalan serata rumah ibu bapanya itu. Dia mengusap perlahan barang-barang yang berada di dalam rumah tersebut. Dia dapat rasakan bau dan kehadiran orang tuanya masih ada. Tubir mata dia terasa panas. Tunggu masa sahaja mutiara jernih itu turun ke pipi. Dia melabuhkan punggung dia disebelah Hayden. Hayden merangkul bahu Emily dan mendaratkan ciuman ditepi kepala gadis itu. Emily mengukir senyuman. Indahnya perasaan dikala dia mempunyai teman lelaki seperti Hayden yang romantik dan terlalu melindungi. Dia suka segalanya tentang lelaki itu. Lelaki itu umpama kekuatan dan semangatnya.

Rose dan Rebbeca tersenyum melihat anak buahnya bahagia.

                       ****

Anak mata Dominic melirik nakal pada Vivian. Vivian yang berpakaian seksi berjalan dengan lenggok ke arah Dominic.

"Hayden dekat mana?"

Tanpa sapaan. Terus ke pertanyaan penting, Vivian bertanya dengan riak wajah kosong dipamerkan.

Dominic ketawa sinis.

"Hayden juga engkau tetap tergilakan. Dia sedang bersama dengan teman wanitanya."

Vivian merengus kasar. Baru sahaja dia ingin pergi. Langkahnya dihalang oleh suara Dominic.

"Sampai bila engkau mahu jadi hamba Diego Phoenix?" sindir Dominic dengan senyum mengejek.

Vivian tahu lelaki ini sahaja mencabar dan membuat dia berasa takut dengan Diego Phoenix. Dia mengukir senyuman sinis.

"Tengok sahaja nanti apa yang aku boleh lakukan," ujar Vivian dengan nada tersirat dan terus meninggalkan Dominic sendirian.

Dominic memerhati tubuh Vivian dengan sengihan. Masing-masing tidak mahu menjadi hamba dan yang di atas berebut takhta. Dominic menggeleng kepala.

                         ❦❦❦

Leon Darker melangkah masuk ke dalam bilik khas dia. Dia menapak ke arah kotak uniknya itu dengan perasan ingin tahu yang sangat mendalam. Siapakah musuh dia paling kuat? Kunci-kunci yang terdapat pada tu kotak kayu berukiran khas dan cantik itu dibuka satu persatu dengan perlahan.

Zazsss... Zazsss

Leon Darker menghiris sedikit hujung jarinya dengan anak mata pisau yang tajam. Seketika cecair berwarna merah pekat mula mengalir membasahi jari yang sedang terluka itu. Jari disua ke dalam mulut si kepala yang berada di dalam kotak kayu tersebut. Si kepala itu menghisap darah dengan rakus dan menjilat bibirnya yang terdapat kesan lelehan darah yang mengalir sambil menjeling ke arah Leon Darker dengan sengihan.

"Berhati-hatilah dengan keturunan yang berdarah serigala dan singa," tutur si kepala yang boleh bercakap tanpa badan.

Air muka Leon Darker berubah.

"Siapa dia! Walaupun sudah ramai aku bunuh. Dia masih hidup?" soal Leon Darker dengan muka tidak puas hati.

"Hanya orang yang keturunan berdarah serigala dan singa sahaja dapat menghapuskan kejahatan."

Perlahan Leon Darker menutup kembali kotak kayu tersebut. Dia berundur ke belakang dan keluar dari bilik itu dan menutup pintu itu dengan perlahan.

                       ****

Mata Hayden tidak lepas memandang Emily yang sedang terbang rendah di udara. Dia risau jika gadis itu jatuh dan mengalami kecederaan yang teruk. Manakala Emily yang berada di awangan terasa seronok dengan apa dia lalui ketika ini. Dia tersenyum riang.

"Woohh... Woohh..."

Emily yang tidak dapat mengawal kuasanya ingin jatuh terhempas. Pantas Hayden mengejar dan mengapai tubuh genit itu. Tubuh Emily dipeluk kemas dan akhirnya dua-dua jatuh tersembam di atas tanah dalam keadaan berpelukan. Termengah-mengah Hayden dan Emily sambil tertawa kecil.

Deruan nafas yang hangat Hayden terasa dekat di wajah Emily. Hayden mendekatkan mukanya ke arah bibir Emily lalu mengucup lembut. Tangan Emliy melingkar di bahu Hayden membalas ciuman hangat kekasih hatinya.

Keesokan pagi...

"Kamu sudah bersedia?" soal Makcik Rose dengan nada penuh keraguan terhadap Emily. Dia memandang Emily yang kelihatan resah dan ketakutan itu.

"Sedia." Kata dia sepatah. Tetapi mulut dan minda tidak seiring. Dia tidak yakin dapat buat seperti yang disuruh oleh mereka.

Rose dan Rebbeca menggeleng kepala.

"Emily beri tumpuan! Kamu jangan takut dan risau. Percaya dengan kekuatan diri sendiri," ujar makcik Rebbeca panjang lebar.

Emily menarik nafas dalam-dalam. Adakala dia menghembuskan nafasnya untuk menenangkan diri. Dia menutup mata seketika dan apabila dia membuka dia masih di tempat yang sama. Mereka hampir berputus asa. Emily tidak menoleh ke arah makcik-makciknya. Dia ulang semula. Kali ini dia merasa udara turut meresap dalam dirinya dan mulutnya berbisik perlahan kemudian dia hilang dari pandangan Rose dan Rebbeca. Apa lagi, berlompat kedua adik-beradik itu apabila Emily berjaya menggunakan kuasa teleporasi. Rose dan Rebbeca bangga pada anak buahnya itu. Kuasa yang dimiliki anak buahnya itu memang sungguh luar biasa. Mereka sangat teruja dan kagum.


Bersambung...

###

Hye guys! Agak susahkan kalau kena write block ni. Bila nak menaip time tulah sakit Allah ujian sungguh. Bila nak sambung busy pula. Bila balik kerja cuba nak taip mood menaip ke laut 😭😭 sis cuba buat dan dalami cerita semula 😂😂 tq support sy 😍😘😘

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro