Bab 1

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Putri Risha mengatur langkah ke hadapan dengan langkah yang teratur.Rambut ikal mayangnya dibetulkan seketika.

"Weh, weh.. Awek tu dah sampai!"Risha mengatur langkahnya tanpa mengedahkan kata-kata mereka yang lain.

Ada yang mengenyit mata. Tak jauh juga ada memberi siulan yang nakal. Ya, dia cukup lali dengan keadaan tersebut.

Yelah, siapa yang tak lali kalau asyik kena usik? Dia mengeluh perlahan lalu masuk ke kelasnya.

"Pehal kau buat muka camtu? Kalah jeruk mangga tau!"usik Tasya.

"Nak kata putus cinta tak juga, "tambah Sarah.

"Korang kalau tak usik aku sehari memang tak boleh erk," rajuk Risha.

"Awat korang ganggu dia? Kan dia dah majuk,"sampuk Zalikha dari arah belakang.

"Mana ada kitorang usik.Kitorang errhhh... "Sarah tersengih seperti kerang busuk yang sedang dijual di pasar malam . Eh, pasar malam?

"Weh, asal muka kau mendung semacam?"soal Zalikha pula.

"Tu ha! Lelaki- lelaki kat luar sana tu, asyik nak ganggu aku! Aku rimaslah weh!"luah Risha.

Mereka mengangguk faham. Bagi mereka, benda tersebut sudah menjadi kebiasaan.

"Tulah kau. Aku dah kata, jangan jadi cantik! Simbah aje asid kat muka kau, baru orang tak usik!"cadang satu suara dari arah belakang lalu tergelak sakan. Eish, kejam.

"Bodohlah, hang!"marah Tasya lalu mereka berempat tergelak besar tanpa menyedari perubahan pada wajah Putri Risha.

"Aku seriuslah weh! "marah Risha.

"Ok ok camni.Senang je weh!Petang ni kau ikut kitorang pergi ke suatu tempat. Gerenti benda ni selesai, "ujar Sarah lalu tersenyum bangga.

"Apa dia?"soal Zalikha.

"Aku tahu siapa yang boleh selesaikan masalah kau ni, "beritahunya lagi.

"Weh, kau dah jumpa?! Siapa weh, siapa?"

"Awat hang pulak yang happy semacam? "Tasya tersengih.

"Ok ok. Siapa doh? Kitorang pun nak tahu gak, "desak Qistina. Naik geram juga bila Sarah terlalu lambat memberitahu padahal darah mudanya sedang berasak-asak menguasai dirinya.

"Orang ni,orang yang hebat! Nama dia.. Nee.. "Bisik Sarah.

"Nee.. "Sebut mereka berempat.

"Nee.. "

"Nee apa? "Soal Risha.

"Nee.. "

"Yelah.. Nee apa? "

"Nee.. "

"Ya, Allah! Aku naik geram betul dengan perangai kau ni,"marah Zalikha.

"Weh, sabar wahai sahabat.Bawa mengucap, " nasihat Sarah berbaur sedikit usikan diberikan terhadap Zalikha.

"Eh, kau lembab sangat arh! Malas kitorang nak layan!"marah Tasya pula.

"Ok ok.. Aku tak memain lagi.Nama dia Nee.. "

"Nee apa?!"soal mereka berempat geram.

"NEELOFA!! "ucap Sarah lalu dia melarikan diri diiringi dengan gelak ketawa jahatnya.

"Tak guna kau, Sar!!! "Marah Qistina.

Putri Risha hanya mampu menggeleng-geleng kepala menahan sabar. Tasya, Sarah, Zalikha serta Qistina, mereka berempat merupakan sahabat setia dia sejak dari sekolah menengah.

Segala rahsia yang disimpan oleh gadis itu semuanya diketahui oleh mereka empat sekawan.

                      
                               *****

"Tak boleh senyum ataupun lirik mata kat mana -mana lelaki di luar sana! Kamu faham tak apa yang tok wan cuba sampaikan?"soal Tok Mariam apabila melihat cucunya hanya berdiam diri.

"Hmmm tapi Sha tak fahamlah tok wan. Asal tak boleh pula? Sha ni manusia. Mana boleh elak semua benda tu daripada berlaku,"balas Risha sedih.

"Tok wan faham. Bukannya maksud tok wan Sha tak boleh senyum langsung. Ok ,macam ni. Mulai sekarang tok wan nak Sha simpan senyuman manis and lirikan manja Sha untuk seseorang je."Pinta Tok Mariam.

Risha mengerutkan dahinya kurang faham.
"Siapa tok wan?"

"Bakal suami Sha, "balas Tok wan Mariam.

"Tok wan ni merepek je. Sha ni lambat lagi nak kahwin, "ujar Putri Risha sambil mengusap-usap tangan tua tok wannya.

Sudah kebiasaan dia untuk mengusap tangan orang tua itu ketika berbual.

"Eh, sape tahu jodoh Sha dah makin dekat. Kot kot tahun ni juga Sha kahwin. Dapat lagi tok tengok cicit daripada Sha,"usik Tok Mariam.

"Tokkkkk!! Eeeee jahat!!" rengek Putri Risha manja.

"Tok gurau je," ujar Tok Mariam lalu memeluk tubuh cucu manjanya itu.

Mereka berdua terdiam buat seketika.Masing-masing dengan fikiran entah ke mana. Dalam diam-diam, Tok Mariam memikirkan sesuatu.

Sesuatu yang difikirkan itu hanya dia sahaja yang tahu. Keluarga besar ini terlalu banyak simpan seribu satu rahsia yang cukup rumit sekali.

Tok Mariam tak ingin fikir banyak. Kepala cucu bongsunya yang kini sedang baring di atas paha ia, dipandang dengan pandangan nakal.

"Tapi kalau boleh, tok wan nak juga tengok cicit daripada kamu, "kata Tok Mariam sekaligus memecahkan keheningan.

"Tokkkkkk!!!!" rajuk Putri Risha.

"Ala, kamu ni. Cakap sikit mula nak tok tok bagai. Kamu tu dah besar, Sha. Mustahil takde boyfriend sekarang," teka Tok Mariam, mendatar.

"Takde lah tok! Sha masih single sampai sekarang tau," tegas Putri Risha, monyok.

"Semenjak putus dengan budak Fazril tu, Sha dah tak nak couple-couple ke? Kecewa sangat hati tu sampai tak nak buka peluang untuk lelaki lain masuk?" Tok Mariam semakin galak mengusik.

"Eish, tak payahlah ungkit nama orang tu. Malaslah nak dengar," jelek Putri Risha.

Kalau ingatkan balik kisah percintaannya dengan Tengku Fazril, serius rasa macam nak tumbuk je muka jantan tu.

Janji nak tunggu orang habis belajar. Tak habis lagi, Tengku Fazril dah hilangkan diri entah ke mana. Lepas setahun, baru lelaki tu datang balik ke Malaysia. Alih-alih dah jadi CEO syarikat daddynya.

Yang paling menyakitkan hati lagi, Tengku Fazril dah ada awek baru. Bertudung litup tak macam Putri Risha. Tayang rambut macam iklan syampoo.

"Kalau Sha rasa sakit hati, tu tandanya Sha masih ingatkan dia," ucap Tok Mariam.

"Ewww. No," nafi Putri Risha.

Walhal, tiada siapa yang tahu perasaannya. Fazril, setahun kau hilang lepastu datang balik dengan pompuan lain.

Huh, kalau Putri Risha tahu lelaki tu akan datang balik bersama seribu satu kedukaan, baik tak payah datang langsung! Huh!

Janji konon nak setia. Setia taik kucing adalah! Pegidahhhh...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro