Bab 6

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Putri Risha mengatur langkah ke kafe yang pernah digemarinya suatu ketika dahulu. Sekarang dah rasa biasa-biasa je semenjak putus dengan mamat Fazril tu.

Kelihatan, dia mendekati rakan-rakannya yang terlalu khusyuk berbual sesama sendiri.

"Cerita bukan kemain erk," sergah Putri Risha,  ceria.

"Opocot mak meletopp!! Hoii, budak ni! Bukan kemain kurang aja erk.Kalau aku mati terkejut camne?" marah Zalikha.

Putri Risha tersengih. Kejut sikit pun budak Zalaikha ni nak over bagai. Bukannya ada penyakit sakit jantung pun.

"Heheheh soweeyy guys." mohon Putri Risha, lembut.

"Oh, ya. Camne dengan first day photoshoot kau kat U ni? Aku dengar bukan main mengamuk lagi Farah bila dapat tahu ada orang lain yang dah ganti tempat dia. Hahaha! Padan muka dia!" gelak Sarah.

"Frust menonggeng dohh!!" Mereka tergelak sakan.

Pandangan orang ramai terhadap mereka hanya diabaikan. Biasalah kafe ni kan diorang punya. Baca boleh, percaya jangan.

"Tak baik korang cakap camtu," tegur Putri Risha walaupun dia ikut tergelak sekali.

Bayangkanlah en. Dah 2 tahun Nur Farah jadi supermodel bagi universiti ni, tetiba Putri Risha datang mengambil alih sekali gus menjadi tunjang kebanggaan buat universi tersebut. Siapa tak panas bhai?

"So, camne?" soal Tasya pula.

"Kitorang dah beli majalah ni. Hah,cuba kau tengok! Muka kau dah jelas terpampang kat muka depan majalah ni. Bukan main lawa lagi kau ye," puji Qistina,  ikhlas.

Risha hanya tersenyum lebar. Dah lali dengar pujian macam tu.

"Kayalah weh sekolah kita! Confirm ramai yang beli majalah ni,"ujar Zalikha pula.

"Aku..."

"Aku tak caya betul! Sanggup pengetua gantikan aku dengan perempuan tak guna tu! Aku lagi hebat daripada dia!"

Putri Risha serta mereka berempat menyepikan diri sebaik sahaja kelibat Nur Farah masuk ke dalam kafe kegemaran Putri Risha. Banyak-banyak kafe,  asal kafe ni juga diorang berdua ni pergi?

Eh, dah takde kafe lain ke yang ada kat Malaysia ni? Sibuk nak ikut orang!

Serentak itu, mereka berlima menoleh ke arah belakang Putri Risha yang menempatkan Nur Farah dan Suraya  yang duduk beberapa meter dari jarak mereka.

"Sabar weh sabar. Kita sabotaj dia.Amacam?" hasut Suraya.

"Weh, tak guna punya minah senget! Kerja asyik menyetankan orang!" marah Zalikha geram.

Penumbuknya dikepalkan menahan rasa amarah. Boleh pula minah tak cukup kalsium ni tak nampak diorang berlima. Apa ke jenis contact lens yang diorang pakai?

"Jom, kita sound diorang! Berani pulak nak sabotaj Sha. Dasar pompuan perangai beruk hutan!  Beruk hutan pun tak macam ni tau!" tambah Tasya pula.

Dia kemudiannya berura-ura berdiri untuk menyerang Nur Farah dan Suraya. Memang confirm Tasya pijak-pijak muka diorang sampai jadi macam lantai.  Huh!

Belajar tinggi-tinggi tapi akal tak tinggi! IQ rendah tahap kehalusan mikroorganisma betul! Siapalah yang nak kahwin dengan diorang berdua ni?

"Weh, korang. Bawa bersabar. Kita dengar je apa benda yang mereka bualkan," nasihat Putri Risha. Mereka berempat mengeluh berat.

"Kau jangan nak baik sangatlah, Sha.Orang camni tak layak diberi layanan yang baik. Kita bantai aje! Setakat diorang berdua tu,  apalah sangat.  Sekali kena tendang,  menangis nak mak!" ejek Sarah lalu bahu Qistina ditampar geram.

"Woi, bodoh! Asal kau tampar bahu aku! Sakit tau tak!" geram Qistina.

"Alah, sikit je pun. Manja sangatlah kau ni, " kutuk Sarah lagi.

"Dah dah. Korang ni macam budak kecik," tegur Zalikha sekaligus menghentikan pergaduhan kecil antara mereka berdua.

"Sayang , are you okay?"

Putri Risha terkedu. Suara tu...

"Abang Faz.." rengek Nur Farah. Suraya tersenyum lebar.

Mulalah harimau betina duk tergedik-gedik nak bermanja. Sepak kang!

Lain pula yang terjadi pada Putri Risha. Dia melihat wajah di hadapan matanya kelihatan kacak ditambahkan lagi matanya yang cukup mencairkan hati para wanita.

Tapi sayang, diorang dah putus.  Pasal apa diorang putus? Entahlah. Putri Risha sendiri tak tahu jawapannya. Tengku Fazril a.k.a Xender yang tinggalkan dia.

"Abang, kenapa lambat sampai? Dah lama sayang tunggu tau," rajuk Nur Farah, acah nak minta penampar.

"Bapak aiii..bukan main gedik lagi suara minah ni. Lama konon tunggu padahal baru je sampai. Hairan gak aku dengan si budak Fazril ni.Perempuan camni pun dia boleh suka. Aku rasa Fazril tu ada penyakit mata lah, " bebel Sarah, jahat.

"Sarah, tak baik kau cakap camtu," tegur Putri Risha, kurang senang dengan ejekan dari sahabat karibnya.

"Sorry sayang. Abang banyak sangat kerja nak buat kat office tu," bohong Tengku Fazril.

Putri Risha menundukkan kepalanya.Suara tu. Arghh!! Dia rindu.

Zalikha yang menyedari akan perubahan Putri Risha segera mengusap belakangnya.

"Dahlah Sha. Past is past. Bukan kau  kata kau dah boleh move on ke?" uji Zalikha, simpati.

"Sha, tak guna weh kau nangis untuk lelaki camtu. Harap kacak je lebih.  End up, dia yang tinggalkan kau.  Aku harap dia pun tinggalkan Farah jap lagi, " jelek Tasya.

"Aku tak nangislah!" bentak Putri Risha. Mereka berlima kemudian menyepikan diri.

Para pengunjung mulai berasa pelik akan suasana di meja tersebut. Tadi bukan kemain lagi berbual kini senyap seolah-olah ada berada di majlis pengebumian.

"Setakat Fazril, aku boleh cari yang lebih bagus dari dia!" tipu Putri Risha sekali gus dia bangkit dari situ lantas mengatur langkah seribu menuju ke luar kafe.

"Risha! Woi, Sha! At least, bayarlah dulu bil minuman ni!" sempat lagi Tasya buat lawak bodoh erk.

Tanpa sengaja, tingkah laku aneh mereka berempat berjaya menangkap perhatian Tengku Fazril yang sejak tadi berbual bersama bakal tunangnya.

Dilihat seorang gadis baru sahaja keluar sambil menyeka air mata di pipi. Tengku Fazril berfikir sebentar. Walaupun Putri Risha sudah lama ditinggalkannya namun, gadis tersebut masih belum berubah.

Pantang sakit hati, akan nangis. Biasanya, dialah yang akan sapu air mata Putri Risha. Tapi tu kisah dulu.  Sekarang dia dah ada Nur Farah. 

"Woi, apa pandang-pandang? Dia kawan kitorang tau! Cucuk mata tu karang! Ele, harap muka je handsome kalah Lee Min Ho. Alih-alih tinggalkan girlfriend sendiri macam sampah. Lepastu, dapat pula girlfriend baru spesies beruk Afrika. Pegidahhh!! " kutuk Tasya kepada Tengku Fazril lalu beredar bersama yang lain.

"Woi, betina! Kalau berani, datang sini arh!" marah Nur Farah. 

Tak dipedulikan orang ramai yang mulai berbisik-bisik mengenai perangainya yang tak padan dengan bertudung.

"Amboi, sesuka hati dia panggil kau beruk erk, Farah. Bukan aku yang cakap tau.  Pompuan tu yang cakap," hasut Suraya.

"Diorang tu betina!" dengus Nur Farah.

Dia mengemas segala buku-buku di atas meja lalu meninggalkan Tengku Fazril yang masih terpinga-pinga tak faham. Tak masalahnya sekarang,  asal semua orang nak marah-marah hari ni? 

Kawan Risha tadi tu cakap dengan dia ke? So, maksudnya beruk yang dimaksudkan oleh kawan Risha tu ialah Nur Farah. Ohh!! Padanlah Nur Farah terasa semacam. Kena panggil beruk en.

Siapa tak panas? Kau? Ele, orang panggil kau buruk pun, kau panas.  Ini kan beruk Afrika.  Cubalah bagi nama yang sweet sikit ke, contohnya beruk Malaysia. Kan sweet tu..

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro