Part 13

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Semua beg dah dimasukkan ke dalam kereta. Tapi si driver masih tidak berganjak dari bonet kereta even aku dah tutup pun. Aku pandang dia dengan renungan pelik.

" Kenapa?"

Dia melepaskan keluhan kecil.

" Betul ke apa yang awak tengah buat ni Qis?"

Aku tersenyum sipi. Aku dah agak dia akan tanya macam tu.

" Ye Hairul. Betul. Jangan risau. Saya tahu apa saya nak buat nanti. Awak Cuma jaga diri awak and yes. Jangan lupa kejar kembali perempuan tu. Awak akan menyesal nanti."

Dia terdiam. Aku masih tersenyum dan melangkah masuk ke dalam kereta. Biar driver ambil masa untuk berfikir dan tenangkan fikiran dulu. Agak dah reda barulah dia masuk semula ke dalam kereta. Ready nak bawa aku ke airport.

" Nasrul dan Naim tahu ke awak nak balik Malaysia ni Qis?"

" Tak. Dan mereka tak perlu tahu. Atau masalah akan jadi lebih rumit. By the way, singgah ke satu tempat dulu. Saya nak jumpa someone."

" Ke mana?"

Aku Cuma senyum. Nanti dia akan tahu juga.

**

" Betul ke apa yang Qis buat ni?"

Aku Cuma angguk dan kerling jam. Tak banyak masa dah.

" Qis nak berterima kasih dekat abang Izwan sebab dah banyak tolong Qis sepanjang Qis berada di sini. InsyaAllah Qis akan datang sini lagi."

Abang Izwan nampak reda dengan keputusan aku untuk pulang ke Malaysia. Yela. Tak beritahu dia dari awal. Tup-tup aku datang jumpa dia dan kata nak balik hari ni. terkejutlah orang tu.

" Yela. Apa pun yang Qis buat ingat yang Allah sentiasa ada dengan Qis. Abang akan sokong Qis. Kirim salam dekat Dahlia sekali ye? abang tak dapat balik lagi sebab banyak benda kena diuruskan."

Aku angguk lagi dengan senyuman kecil. Kemudian aku berikan kunci rumah dekat abang Izwan. Dia sambut dengan senyuman nipis.

" Okay abang Izwan. Saya gerak dulu. Assalamualaikum."

" Waalaikumussalam. Hati-hati."

Sebaik sahaja selesai urusan dengan abang Izwan. Aku gerak masuk ke dalam kereta semula. Hairul setia tunggu aku dari tadi. Merenung aku dengan rasa simpati maybe?

" Dah selesai. Jom. Nanti aku terlepas flight."

Tanpa kata apa-apa dia hanya menurut. Hampir 10 minit dia drive, kami sunyi sepi. Tiada satu suara pun terkeluar. Aku sempat kerling dia sekilas sebelum memandang ke hadapan semula. Wajahnya yang nampak risau dan hampa itu buatkan aku rasa serba salah.

" Hairul. Awak kena yakin dengan saya. Awak kata saya kena tolong Naim. jadi ini yang saya sedang buat. Tolong dia."

Suaraku setelah lama berdiam diri. Dia masih macam tadi. Cuma nampak dia macam pasrah dengan keputusan aku.

" Perlu ke awak buat semua ni?"

" Perlu Hairul. Demi Naim. demi Nasrul dan demi kebaikan semua orang. Trust me."

Dia menggenggam stereng keretanya kuat. Aku hanya mampu senyum kelat.

" Saya rasa saya kawan yang tak berguna sebab tak mampu tolong dia."

Aku toleh ke arah tingkap kereta. Merenung jauh ke luar dengan rasa sedih.

" Awak bukan tak berguna Hairul. Awak silap. Malah awak dah banyak bantu dia dengan cerita dekat saya apa dah jadi. Awak juga dah banyak bantu saya."

Kedengaran sayu ketika aku bersuara. Tapi hatiku tetap tersenyum. Demi menyedapkan hati sendiri.

" Do you love him Qis?"

Aku pejam mata seketika. Bibirku menarik senyuman manis kemudian barulah aku buka mata. Dan ketika inilah aku terpandang satu kata-kata yang tertulis pada satu papan tanda.

If this love runs out already
No longer left to the world
Because I have spent the rest of my love
Only for you
For you.

" Yes. I really love him Hairul."

Naim. Tunggu saya. Saya akan pastikan awak akan kembali. Just wait for me.

**

Welcome to Malaysia. Finally. Setelah berpuluh jam aku dalam flight. Akhirnya sampai juga di bumi tanah airku. 3 tahun aku tak balik. Kini aku dah berdiri atas bumi Malaysia. Ya Allah. Rindunya.

" Balqis!"

Aku yang baru keluar daripada balai pelepasan sambil menolak troli menoleh ke satu arah. Di mana suara itu datang. Bila aku dapat mengecam empunya suara itu, aku terus tolak laju troli ke arah itu. Bila dah dekat, aku terus peluk empunya diri.

" Qis. Ya Allah! Rindunya!"

Tak dapat ditahan air mataku mengalir juga ke pipi. Cengeng betul aku ni.

" Lia. Aku pun rindu."

Aku leraikan pelukan dan memandang dia atas bawah. Aku rasa aku baru tak jumpa dia dalam sebulan. Dah berubah. Naik habis pipi dia. lemak dia. Haha.

" Beb. Kau ke ni?" Usikku dengan muka terkejut.

Dia mula memuncung.

" Kau ni! Nak mengata aku la tu. Tahulah aku dah gemuk."

Terus aku ketawa besar. Aku raih bahu dia erat.

" Tak la. Aku gurau je la. Kau tetap comel. Ala. Chill."

" Cis. Nak sedapkan hati aku la tu. Okay lah. Jom. Kita balik rumah mak kau."

Aku terkaku. Aku tarik lengan Dahlia. Menahan dia supaya berjalan. Dia tengok aku pelik.

" Kenapa?"

Aku tengok dia dengan wajah serba salah.

" Hanya kau je kan tahu aku balik Malaysia?"

Bila dia mengangguk barulah aku boleh menarik nafas lega.

" Why?"

" Aku tak nak balik lagi. Aku kena uruskan satu benda dulu. Hantar aku dekat satu tempat boleh?"

Dia nampak teragak-agak. Kemudian dia menggelengkan kepalanya.

" Tak. Kau kena balik jumpa keluarga kau dulu. Please Qis. Dah 3 tahun kau tak balik kot."

Aku ketap bibir. Macam mana nak yakinkan Dahlia bahawa aku okay.

" Tak apa la. Kau balik dulu. Aku menyusul kemudian."

Aku tolak Dahlia perlahan-lahan jauh dari aku. Itu saja cara agar aku boleh terlepas dari dia.

" Qis!"

Dia dah marah. Maybe bengang dengan keputusan aku. Aku toleh sekeliling. Mencari Uzair. Harap Uzair datang. Takkan lah dia nak datang seorang. Memang kena bebel la dengan suami dia tu.

" Qis! Kau dengar tak aku panggil kau ni?"

Bibirku mula menarik senyum tipis bila nampak Uzair mendekati kami. Aku pegang kedua-dua bahu Lia dengan wajah mengharap dan bersalah.

" Aku betul-betul minta maaf Lia. Tapi aku perlu buat semua ni. aku harap kau takkan marahkan aku dan janji jangan beritahu family aku soal ini. I'm sorry Lia. Please."

Bila Uzair kian mendekati, aku lepaskan bahu Lia yang terpinga-pinga itu.

" Qis. Qis. Kau nak pergi mana?"

Dia dah nampak tak senang hati bila aku tolak troli aku semula. Aku senyum dan memandang Uzair bila dia dah berdiri sebelah Dahlia. Dengan kerutan di dahi.

" Uzair. Tolong. Jangan bagi Lia kejar saya. Saya minta maaf sebab terpaksa buat semua ni."

Bila Uzair tak menjawab aku Cuma tersenyum. Dahlia pula dah menggeleng laju. Tapi aku tidak hiraukan mereka. Pantas saja aku tolak troli beg jauh dari pandangan mereka. Bila dah yakin mereka tiada lagi di belakang. Aku berhenti melangkah. Aku melepaskan keluhan kecil. Maafkan aku Dahlia.

Aku toleh sekali lagi ke belakang. Alhamdulillah. Mereka dah tak ada. Tak kejar aku. Lega. Aku capai phone aku dan mula mendail nombor Hairul. Bila agak lama baru panggilan itu terjawab.

" Helo."

" Hairul. Qis ni. saya dah sampai Malaysia."

Aku renung jam tangan. Dah pukul 2 petang dekat sini. Dekat sana maybe awal pagi lagi. Dengar suara si Hairul ni serak-serak je. baru bangun ke?

" Qis! Ya Allah! Akhirnya awak call juga. Ingatkan sengaja nak lost contact juga!"

Bengang betul mamat ni. Aku tergelak juga akhirnya.

" Qis! I'm not kidding!"

Marah lagi. Haha. Aduhai.

" Yela. Sorry. Tak lupa la. Kawan saya dekat France kan?"

" Yela kawan. By the way, awak dah sampai rumah family awak ke?"

Aku terdiam. Kalau aku beritahu ni confirm kena marah lagi. Biar aku diam je la.

" Hairul. Saya nak minta tolong boleh?"

" Apa? jangan buat kerja gila Qis."

" Masalahnya ini memang kerja gila. Dekat mana rumah lama Naim?"

Diam seketika. Tiada sahutan dari sana. Aku gigit bibir. Dia tak nak beritahu aku ke?

" Qis. Awak nak buat apa? Awak tahu kan dekat sana dah tak ada sesiapa? Jangan buat kerja gila Qis! Kalau Nasrul dan Naim tahu ni habis awak!"

Aku keluh kecil. Aku terduduk di kerusi yang disediakan. Aku merenung ke depan dengan semangat yang baru.

" Awak yang cakap dengan saya sebelum ni saya perlu bantu dia. Ini yang saya tengah buat Hairul."

" No! Ada lagi cara yang lebih baik dari ini! awak nak buat apa pergi rumah dia?"

" Ada la kerja saya. Tak pe la kalau awak tak nak bagi. Saya boleh cari sendiri."

Terus aku tamatkan panggilan. Dah lah mahal. Huh! Tapi terlepas juga keluhan kecil aku. Macam mana aku nak buat ni? Nak cari dekat mana alamat rumah dia. Lia? Confirm dia tak nak tolong. Tadi pun marah aku. Hurm.

Ting!

Tiba-tiba ada whatsupp masuk. Aku tengok chat dari Hairul. Hairul?

Ini alamat rumah dia. Saya tak tahu apa awak nak buat. But please be careful. And don't make crazy things!

Aku mula tersenyum lebar. Oh Hairul. Sayang juga kau dekat aku kan? Haha. Yes! Thanks Hairul. Dengan ini bermulalah penyiasatan aku.

**

Gulrp!

Rumah ni nampak seram la. Nampak berhantu pun ya. Laman yang tak dibersihkan. Penuh dengan sampah dan rumput sudah panjang. Aku kerling ke sekeliling. Memang sunyi kawasan taman ni. Tapi sunyi pun masih ada jiran yang prihatin. Kalau tidak tubuh Naim selamanya ada dalam rumah ni.

Aku gerak ke hadapan sedikit. Menjenguk ke kawasan rumah. Pintu pagar pun berkunci. Terjengket-jengket aku cuba mencari apa yang pelik. Semuanya nampak biasa. Biasa la kalau rumah tiada penghuni. Hurm.

" Cik?"

" Opocot!"

Terkejut aku bila ada orang tegur. Bila aku tengok belakang. Rupanya seorang makcik yang tegur. Aku tersengih malu.

" Cik cari siapa?"

Aku terdiam. Kemudian aku toleh ke rumah yang tiada orang ni semula.

" Cik cari tuan rumah ni ke?"

Aku tengok ke arah makcik yang sedang tersenyum ini semula.

" Mana mereka pergi makcik? Kosong je."

Aku berpura-pura tidak tahu. Kalau nak korek rahsia ini saja caranya.

" Oh. Cik tak tahu lagi ke?"

" Tahu apa makcik? Maaflah makcik sebab saya baru balik dari Paris. So saya tak tahu apa-apa."

Makcik di depan aku nampak terkejut. Kenapa?

" Paris? Cik nak cari siapa?"

" Saya nak cari Nasrul. Dia ada tak makcik? Saya kawan lama dia."

" Nak ni?"

" Oh terlupa. Saya Balqis."

Makcik itu nampak berat je nak cerita apa yang jadi. Tak lama lepas tu dia tarik lengan aku agar ikuti langkah dia. Aku Cuma menurut. Tiada tanda nak bantah. Orang tua kita kena hormat. Dia tarik aku sehingga ke kawasan rumah dia. tak jauh dari rumah Naim. ambil dalam 5 langkah jugalah.

" Jom masuk nak. Makcik akan ceritakan semuanya dekat dalam."

Makcik itu buka pintu pagar rumahnya kemudian jemput aku masuk. Aku hanya menurut perintah tanpa banyak kata. Sempat juga aku meliarkan pandanganku ke sekeliling. Hurm. Cantik rumah makcik ni. Kemas.

" Duduk dulu ye Balqis. Makcik ke dapur kejap."

Aku duduk di sofa ruang tamu. Lagi sekali aku tengok ke sekeliling. Pandai makcik ni deko rumah. Cantik. Kemudian aku ternampak satu frame gambar besar. Gambar keluarga aku rasa. Ada makcik dan seorang pakcik. Maybe suami dia. Dan ada dua orang lelaki sebaya lebih kurang aku kot berdiri belakang mereka berdua. Smart. Boleh tahan.

" Itu anak makcik. Dua orang tu je permata makcik. Tapi sekarang masing-masing dah besar panjang. Lebih matang. Alhamdulillah. Sorang tu ada dekat Paris. Sorang lagi kerja dekat-dekat sini je."

Aku terkejut bila makcik ni sebut Paris.

" Paris makcik? Dia kerja ke dekat sana?"

" Haah. Tapi tak selalu dia pergi sana. Bila ada projek besar je. Biasalah nak. Orang muda. Kalau tak kerja keras apa lagi nak dibuat? Dah ayahnya tanggungjawabkan pada mereka. Pakcik kamu pula ada dekat luar KL. Outstation. Tinggal makcik dan anak bongsu makcik je la. Dia petang nanti baru balik."

Aku angguk tanda faham. Seronok pula aku berbual dengan makcik ni. Tapi kenapa muka si sulung tu aku macam pernah nampak?

" Makcik ada anak angkat ke? Or anak menakan?" Spontan aku soal. Gara-gara nak tahu.

" Kenapa Balqis? Kamu kenal ke?"

Aku tersengih kecil. Kemudian aku tengok sekali lagi wajah si sulung.

" Waktu tu mereka umur berapa makcik?"

" Dalam 20 lebih. Yang bongsu 18 tahun."

" Oh. Sebab saya rasa yang si sulung tu muka dia macam someone saya kenal. Tapi maybe salah orang."

Aku kembali toleh ke arah makcik itu dengan senyuman. Never mind. Bukan masalah aku pun.

" Kamu datang dari Paris terus ke sini ke Balqis?"

Aku angguk kemudian tunduk sedikit. Rasa segan pula. Dah lah banyak tanya. Aduhai.

" Kamu datang cari Nasrul? Tapi tak silap makcik dia kerja dekat Paris tu juga. Kamu tak jumpa dia ke?"

Aku terdiam. Apa patut aku jawab? Kelentong lah.

" Tak pula. Saya tak tahu langsung dia masih ada dekat Paris. Sebab setahu saya dia dah lama balik Malaysia. Lagipun kami dah lama lost contact makcik. Cari dia ni pun sebab ada kawan nak kahwin jadi nak jemput dia la."

Makcik itu nampak faham dengan penerangan aku. Mujurlah. Berpeluh juga tangan aku nak menjawab ni.

" Makcik tak tahu sangat. Nak cerita dekat kamu pun makcik tak tahu nak mula dari mana."

Aku mula berwajah serius. Nampak berat je masalah?

" Cerita je makcik. Saya tak kisah. Mana mereka pergi makcik? Rumah tu pun nampak macam dah lama orang tak duduk. Mereka dah pindah ke makcik?"

Kalau Dahlia tengok muka aku sekarang sah dia cop aku pelakon. Haha.

" Sebenarnya dulu rumah tu meriah. Satu family tinggal dekat situ. Bahagia. Tapi selepas family tu disahkan muflis. Semuanya jadi musnah. Macam-macam masalah yang timbul. Dulu makcik rapat dengan mak Nasrul tu. Mak Nasrul tu je kawan baik makcik. Dia cerita macam-macam dekat makcik apa yang suami baru dia buat."

Aku terkedu. tapi aku tak menyampuk. Biarkan makcik terus bercerita.

" Dia kata suami baru dia asyik pukul dia bila marah. Selalu pukul anak dia Naim. salahkan dia. kadang-kadang tu sampai pengsan si Naim tu. Agak setahun jugalah sampai mak Nasrul meninggal dunia. Orang kata dia meninggal sebab terkena serangan jantung. Tapi entahlah. Makcik rasa bukan itu puncanya."

Aku ketap bibir. Meninggal sebab kena pukul makcik.

" Kemudian sebulan lepas tu pula makcik selalu dengar kecoh-kecoh dekat rumah sebelah. Jerit-jerit. Marah-marah. Tapi makcik tak dapat tangkap apa. Selalu bising. Tengah malam pula tu. Sampai satu hari, makcik dengar berita Naim accident. Teruk. Tapi makcik tak tahu keadaan dia sebab ayah tiri dia sembunyikan Naim. Sampai dia tipu kami semua kata Naim okay, Cuma trauma dan tak boleh keluar dari rumah."

Aku genggam tanganku erat. Tak guna punya manusia. Sanggup kau buat Naim macam tu.

" Makcik tak sedap hati. Lepas kes tu, makcik perasan anak bongsu mereka balik. Dengar lagi bunyi bising tapi tak lama. Agak dalam 2 minggu lepas tu akak nampak ayah mereka keluar. Dengan beg besar. Tak tahu pergi mana. Selepas tu makcik agak anak bongsu mereka yang jaga Naim. Makcik sama sekali tak tahu Nasrul balik ke tidak. Yang pasti ayah tiri mereka dah tak balik lepas tu. Kemudian tak lama lepas tu anak bongsu mereka pula keluar. Ada pesan dekat makcik tolong tengok-tengokkan rumah. Yela dia kena balik kolej. Study tak habis lagi."

Makcik depan aku saat ini nampak kesal. Maybe menyesal sebab lambat bertindak.

" Hari-hari makcik selalu jenguk rumah tu. Sampai makcik rasa tak sedap hati. Sebab setahu makcik Naim ada dalam rumah. Makcik pun apa lagi. Call anak makcik suruh telefon polis. Mana tahu Naim masih ada dekat dalam."

Aku tersenyum kelat. Kesian awak Naim.

" Rupanya betul sangkaan makcik. Naim masih ada dalam rumah tu. Seorang diri. Tak sedarkan diri. Makcik tengok bila dia dibawa keluar dari rumah makcik rasa sedih sangat. Ayah jenis apa tinggalkan anak seorang diri macam tu. Makcik tak salahkan adik dia sebab adik dia ada tanggungjawab. Cuma kesal sebab lambat baru makcik sedar."

Aku sentuh lembut bahu makcik itu. Bagi kekuatan.

" Sekarang Naim ada dekat hospital. Tapi minggu lepas makcik dengar sepupu dia tuntut. Alhamdulillah la ada saudara dia tolong jagakan."

Mesti Dahlia. Terima kasih Dahlia.

" Itu je la yang makcik tahu Balqis. Fasal Nasrul tu makcik tak tahu. Sebab jarang makcik nampak dorang."

" Naim tu kembar dia kan makcik?"

" Haah. Kembar. Tapi seorang jenis yang bersifat terbuka. Peramah. Berani. Tapi seorang lagi tu jenis pendiam. Suka bersendiri. Tak suka berdepan dengan orang ramai. Tapi dua-dua baik. Makcik sayang mereka macam anak makcik sendiri."

Yang peramah tu confirm Nasrul. Yang tak berapa tu Naim. Haha.

" Terima kasih makcik. Kalau makcik tak beritahu saya , saya tak tahu lah nak buat apa. Sebab saya tak tahu nak cari Nasrul tu dekat mana lagi."

Aku berterima kasih dengan seikhlas hati. Kemudian aku tarik senyuman manis. Makcik itu hanya mengangguk dan sentuh lembut tanganku.

" Apa yang makcik boleh tolong makcik tolong. Lagipun kita sama-sama makhluk Allah. Kena saling bantu-membantu."

" Ya. Betul tu makcik."

Aku senyum penuh makna. Sekarang aku kena cari ayah tiri dorang.

" By the way makcik. Makcik ada gambar ayah tiri Nasrul tak?"

Makcik itu terdiam. Macam tengah berfikir pun ada.

" Kejap. Makcik tengok."

Tiba-tiba makcik itu capai phone dan scroll gallery. Aku agak la. Tekun cari. Aku sabar dengan penuh debaran. Tak lama lepas tu makcik mula tersenyum.

" Mujur makcik simpan lagi gambar mereka sekeluarga ni. nah. Ini dia."

Aku ambil huluran makcik itu dengan hati berdebar. Bila aku tengok gambar family tersebut hatiku terasa sebak. Naim. rindunya saya dekat awak. Senyuman awak manis sangat. I miss you.

" Kamu nak buat apa Balqis?"

Aku tersedar dari lamunan kemudian aku senyum kecil.

" Nanti bila saya dah dapat jawapan saya cerita dekat makcik pula. Saya send gambar ni dekat nombor saya ye?"

" Ha yelah. Ikut kamu la."

Selepas hantar dekat whastupp aku. Aku serahkan semula phone tu pada empunya diri. Air yang terhidang aku ambil dan hirup perlahan. Alhamdulillah. Lega tekak aku.

" Kamu nak ke mana selepas ini?"

" Tak tahu lagi makcik."

" Tidur rumah makcik nak? Makan sini. Boleh teman makcik. Anak makcik entah pukul berapa baru balik."

Erk. Ajakan makcik ni buatkan aku rasa serba salah. Rasa segan pun ada. Aku sengih kerang busuk.

" Ala makcik. Segan saya. Tak payah susah-susah makcik."

" Eh. Tak de susah mana pun. Makcik lagi suka. Boleh ye nak?"

Aku sengih lagi. Kalau Dahlia tahu aku tak balik rumah mak aku lagi. Confirm kena marah. Tapi kesian pula dekat makcik ni. seorang diri pula tu.

" Okay lah. Sehari je tau makcik. Esok saya kena balik dah."

" Okay. kamu tunggu sini. Makcik pergi kemas bilik kejap."

Tak sempat aku nak halang makcik ni gerak dulu. Haih. Teruja betul makcik ni. dah serupa sambut menantu. Erk! Menantu? Aku tengok gambar family tadi semula. Haha. Kalau aku tak ada Naim maybe ye kot jadi menantu. Anak dia pun boleh tahan. Hahaha. Gatal kau Qis! Keh!

**

" Mommy! Where are you?"

Terkejut aku bila dengar suara yang tengah menjerit tu. Yela. Aku tengah syok-syok makan dekat meja makan seorang diri. Tup-tup dengar suara lelaki menjerit. Kau rasa? Nasib tak tersedak.

" Dapur sayang!"

Aku sambung makan bila Mak Za menyahut. Ya. Dia suruh aku panggil Mak Za je. tak payah makcik. Senang cerita. Haha. Aku pun terima je la.

" Eh? Kau siapa?"

Tersedak juga aku kena sergah macam tu. Nasib aku cepat minum air. Terbatuk-batuk jadinya. Hampeh punya orang. Agaklah nak sergah time aku tengah makan. Tak sempat aku nak cakap apa-apa Mak Za muncul dari dapur. Bila tengok aku terbatuk-batuk dia terus datang dan tepuk perlahan belakang aku.

" Zul! Apa sergah anak orang macam ni. tak elok lah. Dia tengah makan kan?"

Oh. Zul. Zul apa? Zul Ariffin ke Zul Hakim ke. Eh kau ni Qis. Menyibuk je. Haha.

" Zul tanya je dia siapa. Siapa ni?"

Wajah dia tu macam aku ni penceroboh je dekat rumah dia. Eii! Sakit pula hati aku tengok dia. kecik besar kecik besar je ni.

" Anak angkat mommy. Dah jangan kacau dia. Kamu pergi naik, mandi, solat lepas tu turun makan. Belum makan lagi kan?"

Mak Za tolak Zul sampai ke arah tangga. Tapi mata tu tak lari dari tengok aku. Aku Cuma buat selamba. Memang tak la aku nak takut. Ingat aku ni penakut? Cis! Memang tak lah! Kehidupan dah banyak mengajar aku supaya jadi lebih berani dan berdikari. Nak takut dengan renungan macam tu? Boleh jalan!

" Qis. Maafkan anak Mak Za tu ye. Dia memang macam tu sikit. Ada je benda tak puas hati. Dia jenis mudah marah sikit berbanding abang dia. abang dia pula jenis penyabar."

Aku Cuma senyum sipi. Yelah Mak Za. Tengok pun dah tahu. Panas baran. Eh?

" Mak Za. Kalau macam tu Qis balik dulu la ye? Segan la. Lagipun anak Mak Za dah balik."

Aku cepat-cepat bangun dari kerusi. Ingin berlalu ke dapur untuk basuh pinggan dan tangan. Mak Za pula setia ikut aku sampai ke dapur. Bila dah selesai basuh aku keluar dari dapur. Ingin menuju ke ruang tamu. Mak Za masih setia ikut aku dari belakang.

" Janganlah macam ni Qis. Teman Mak Za malam ni je."

Aku ketap bibir. Serba salah pula. Dia dah banyak tolong aku. Takkan aku nak tolak permintaan dia?

" Yela. Qis tak jadi balik."

Aku tersenyum bila tengok wajah ceria Mak Za tu. Seronok tak terkata. Lepas tu dia berlalu ke dapur. Tinggallah aku seorang diri dekat ruang tamu ni. Haih. Bosan. Aku capai phone dari dalam poket dan buka Facebook. Scroll sampai naik jemu.

" Kau belum jawab soalan aku. Kau siapa?"

Hampir nak terjatuh phone aku ke lantai gara-gara sergahan tu. Ya Allah. Mama t ni kalau sehari tak sergah aku tak boleh ke?! Eii!

" Saya? Saya Alisha Balqis. Berasal dari Kuala Lumpur. Anak kepada Kamarulzaman."

Ceh. Dah macam nak interview dah. kenal nama bagai.

" Alisha Balqis. Hurrm. Apa hubungan kau dengan mommy aku? Mommy siap mengaku anak angkat dia lagi. Baik kau mengaku cepat. Kau nak ambil kesempatan dekat mommy aku kan?"

Serkap jarang je kerja mamat ni kan. Aku sampai naik bosan. Haih. Aku bangun dan berhadapan dengan dia. Aku buat wajah serius sebab dia pun sama. Ingat aku ni nak kalah? Never!

" Untuk pengetahuan awak. Saya ni hanya seorang gadis yang lemah. Tiada sikit pun niat nak ambil kesempatan dekat mommy awak mahupun family awak. Sebab apa? sebab saya dah ada lebih dari cukup. Dan saya ni dijemput mommy awak. Saya bukan datang sebab suka-suka. Anda faham?"

Ambik! Cukup tegas dan padat aku jelaskan dekat dia. terdiam terus. Huh! Geram!

" Habis apa niat kau?"

Aku tarik nafas dalam. Susah cakap dengan orang banyak soal ni.

" Saya dari rumah sebelah. Just nak cari someone. Tapi mommy awak jemput datang sini dan cerita segala-galanya dekat saya. Saya Cuma cari Nasrul. Itu je. tiada niat pun. Tiba-tiba mommy awak jemput saya duduk sini sehari. Takkan saya nak tolak? Saya tak sampai hati."

Wajah dia serta-merta jadi lebih tegang. Aku yang tengok pun dah naik hairan. Asal? Aku ada cakap yang buatkan dia sakit hati ke? Rasanya tak ada pula.

" Buat apa kau cari laki tak guna tu?!"

Amboi. Garang benar ni. Aku tengok dia dengan riak tak percaya.

" Nama dia Nasrul. Kenapa lelaki tak guna pula?"

Dia merengus geram dan terus duduk di sofa berhadapan dengan aku. Aku pun turut duduk. Lama-lama berdiri ni buat sakit kaki je.

" Kalau kau masih nak cari Nasrul better kau keluar dari rumah ni. Aku tak nak ada kaitan pun dengan keluarga rumah sebelah."

Aku terteguk air liur. Marah benar ni. apa masalah dia dengan Nasrul tu agaknya?

" Umur awak berapa erk?" Spontan aku bertanya tanpa rasa bersalah. Dia pula dah tengok aku pelik.

" Kau rasa?"

" Ermm. 28? Or 26?"

" 28. Kenapa?"

Cis. Sama umur rupanya.

" Tak. Saja tanya."

Aku bangun. Malas nak duduk berhadapan dengan mamat yang asyik nak marah ni. entah apa masalah dia pun aku tak tahu.

" Jangan cuba-cuba kaitkan family aku dengan Nasrul. Aku benci. Aku rasa kau boleh keluar dah kot dari rumah ni if kau nak hasut mommy aku dengan story merepek kau fasal Nasrul tu."

Terkejut aku bila dia tajam merenung aku dengan mata helangnya tu. Terus dia pergi selepas cakap demikian. Aku urut dadaku perlahan. Apa masalah dia? Nasrul? Apa awak dah buat dekat Zul ni? apa hubungan korang?

Ish! Tak faham aku!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro