Part 15

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Makanan yang ada di depan mata sudah aku makan separuh. Aku kerling orang depan aku. Tengah makan dengan berselera. Tak bunyi sikit pun suara. Tiba-tiba aku rasa nak tanya dia something. Jadi aku letakkan sudu dan garpu ke pinggan. Aku tongkat dagu sambil melihat dia.

" Can I ask you something?"

Dia kerling ke arah aku sekilas sebelum kembali fokus pada makanannya. Hanya anggukan saja jawapan dia. boleh la dari tak ada.

" Apa masalah awak dengan Nasrul? Korang bergaduh ke? Sebab perempuan?"

Pergerakan dia yang menguis nasi kaku. Terus jelingan tajam dia aku dapat. Tapi aku still buat selamba. Tak takut. Even dalam hati dah berdebar gila. Cuak gila!

" None of your business!"

Pergh! Sekali dapat ayat memang deep gila. Then dia sambung makan. Sakit hati juga aku dengan mamat ni. Patutlah awek dia lari. Dah muka beku dan annoying gila. Ye tak? Ish!

" Kalau betul fasal perempuan, saya rasa korang patut jumpa dan talk slowly. Tak patut simpan sengketa. Tak baik. Mana tahu salah faham ke. Or perempuan tu yang nak pergi. Why not right? Kita tak tahu."

Tak fasal-fasal kau dapat ceramah pagi aku hari ni. Selalu Dahlia je jadi mangsa aku. Haha.

" I guess you finish your food?"

Aku tunduk tengok makanan aku yang masih berbaki. Dia pula sudah tinggal sikit lagi. Aku mencebik. Mahu tak mahu kata-kata dia buat aku bisu terus. Aku sambung makan. Stress! Nasib baik aku tak kerja bawah dia or jadi adik dia ke. Cukuplah along aku tu sorang. Tu pun dah sakit kepala.

" Misunderstand or not. I will never care of it anymore. It's done."

Kunyahan aku jadi perlahan. Nada dia tu macam kecewa tapi dia sembunyikan dengan baik punya. Tayang wajah selamba. Tapi aku tahu dalam hati dia hanya dia yang tahu. Akhirnya aku Cuma senyum kelat.

" Mulut boleh cakap macam tu. Tapi hati awak tetap masih kisah." Ujarku selamba sambil sambung makan. Tak sikit pun tengok ke arah dia.

" Oh yeah? Then what should I do?"

Aku habiskan suapan aku yang terakhir. Kemudian hirup air sampai setengah gelas. Barulah aku pandang dia.

" Find her. Go to her. Persuade her. Tell he that you really love her. Don't angry with her if she really makes mistake. Because she deserve a second chance."

Dia nampak terkedu dengan bicara aku. Aku Cuma serius dan habiskan minuman secepat yang mungkin. Lega. Baru rasa kenyang. Lepas ni naik bas boleh lena. Haha.

" If I can.."

Aku senyum kecil. Dia tunduk tengok pinggan. Nampak hampa je muka tu.

" Of course you can. Belum cuba belum tahu Zul. Jika betul korang ditakdirkan bersama, sejauh mana pun dia pergi korang akan bertemu balik. Trust me."

Dia Cuma diam. Agak 5 minit juga dia berkeadaan begitu. Sampai naik bosan aku.

" Zul. I need to go now." Suaraku menyedarkan dia dari lamunan.

Dia kerling jam dan tengok aku sekilas. Tanpa kata dia bangun dan menuju ke kaunter. Aku pula gerak ke kereta dia. sambil tunggu dia aku sempat lagi tengok phone. Banyak gila chat dari Dahlia. Hairul pun. Tapi satu pun aku tak reply. Malas arh. Tunggu aku balik Perak la baru aku reply.

" Let's go."

Aku toleh ke arah Zul yang sudah buka kunci kereta. Aku masuk tanpa banyak songeh. Arh! Baru rasa sejuk. Kalau tak rasa panas je. Fuh!

" Kau nak balik mana?"

Aku kerling dia sekilas kemudian tersenyum nipis.

" Perak. My hometown."

Tangan aku gatal nak buka sound radio tu. Sebab slow sangat kot dia buka. Tapi aku tak berani. Kang dilabel suka sentuh barang orang pula. Tapi sunyi la tak ada music. Please Zul. Buka volume kuat sikit. Rasa awkward doh sunyi macam ni.

" Buka je la volume tu. Tak perlu jeling-jeling."

Oh! Aku terus tarik sengih lantas buka volume sampai ke 10. Punya kuat. Tapi tak la sampai sakit gegendang telinga aku ni.

" Thanks."

Aku mula sandar badan pada sofa kereta. Sambil tengok ke luar tingkap. Arh! Leganya. Nikmatnya. Dah lah kereta mahal aku naik. Selesa. Haha.

" By the way, thanks for the advice."

Aku toleh tengok dia yang sedang tenang memandu.

" Advice? Oh. Fasal tadi tu ke. No hal. Kawan kan? Kena saling membantu."

Aku pandang ke hadapan semula sambil melayan perasaan. Lagu pula memang kena dengan keadaan.

" Siapa boyfriend kau?"

" No need to know. I think you will know soon."

Aku mula pejam mata. Rasanya lambat lagi nak sampai stesen bas. Tidur dulu la. Mengantuk pula. Semalam tidur tak cukup.

" Kau tidur ke tu?"

Aku Cuma diam sebab memang mata aku dah berat. Tak boleh nak buka. Bagi aku lena kejap.

" Thank you Sha. You make me realize something."

Sangat perlahan suara itu tapi hati aku tersenyum. Sama-sama Zul. Moga awak dapat jumpa cinta hati awak semula.

**

Tap!

Aku meliarkan pandanganku ke sekeliling dengan rasa sebak. Ya Allah. Akhirnya setelah tiga tahun sampai juga dekat Perak. My hometown. My love. Aku mula angkat dan heret bagasi aku berjalan ke arah rumah. Yang tak jauh dari seberang jalan.

Dari jauh aku nampak si Bunga dekat pangkin rumah. Aku tarik senyuman kecil. Ya Allah. Akak rindu kau Bunga. Perlahan-lahan aku mendekati pangkin rumah. Bunga duduk membelakangi aku. Jadi dia tak perasan ada orang berdiri belakang dia saat ini.

Aku jalan sangat slow. Letak beg dekat tepi dan terus peluk dia dari belakang. Sangat erat. Dia kaku. Sekaku-kakunya.

" Abang! Not funny okay buat aku macam ni."

Aku tersengih. Mesti dia sangka si Bad ni. Aku terus peluk dia.

" Tapi kenapa bau abang lain. Ni perfume orang perempuan. Abang! Kau dari mana?"

Tiba-tiba dia menoleh ke belakang. Riaknya yang nak marah tadi terus hilang sebaik sahaja melihat aku. Aku senyum sambil buat muka comel.

" Hai. Remember me?"

Wajahnya dah berubah riak. Kalau tadi dari garang ke terkejut. Sekarang jadi sedih pula. Tak sempat aku nak bercakap terus tubuhku dipeluknya erat. Tak lama lepas tu terdengar esakan kecil dari dia. Aku tertawa kecil. Aku usap belakangnya lembut.

" Akak. Akak pergi mana lama sangat? Orang rindu akak tau tak?"

Aku tersenyum penuh hiba.

" Ye. Akak minta maaf. Ni akak dah balik kan? Rindunya dengan adik akak sorang ni."

Tanganku masih setia usap belakangnya. Sangat lembut.

" Habis adik akak yang sorang ni? tak rindu ke?"

Suara garau itu membuatkan pelukan kami terlerai. Aku toleh ke belakang. Berdirinya seorang lelaki yang kelihatan agak tinggi dan macho di depan mataku saat ini. Aku bangun berdiri. Ya Allah. Tiga tahun tak jumpa begitu banyak perubahan adik-adik aku rupanya.

" Of courselah Bad pun akak rindu. Meh nak peluk sikit adik akak yang macho dan tinggi ni."

Tak tunggu lama dia terus meluru ke arah aku sebaik sahaja aku mendepakan kedua-dua tanganku. Aku ketap bibir. Menahan diri dari turut menangis. Yala. Dua-dua orang adik aku ni dah basah dengan air mata. Si Bad ni pun. Tak padan dengan laki. Dah besar panjang.

" Bad. Akak dah sesak nafas ni."

Dia terus lepaskan pelukan sambil kesat air matanya pantas. Tak nak aku nampak la tu. Aku tersenyum panjang tengok kembar aku ni.

" Mak mana? Ada?"

" Ada. Dekat dapur. Ayah pun."

Aku Cuma angguk. Aku heret bagasi aku masuk ke dalam rumah. Aku meliarkan pandanganku ke sekeliling rumah. Masih sama. Tak berubah. Cuma cat warna dah berubah. Aku tersenyum. Selepas letakkan beg depan bilik. Aku melangkah perlahan ke arah dapur. Dari jauh aku dapat dengar suara ayah dan mak yang tengah berbual tu.

" Abang. Saya rindulah dekat anak abang yang duduk Paris tu."

Aku tutup mulut. Menahan diri dari menangis.

" Telefon la dia dah rindu. Jangan risaulah. Anak awak sihat je dekat sana. Nanti dia balik la tu."

" Entahlah bang. Saya tahu dia kecewa dengan Naim. saya pun satu. Rahsiakan dekat dia tentang kisah lalu dia. kalau tak mesti dia tahu siapa Naim."

Aku mula terkebil-kebil. Menahan dari menitiskan air mata. Malas nak tunggu lama, aku gerak juga ke pintu dapur. Dan terpampang wajah mak dan ayah aku yang tengah duduk depan sinki. Tengah basuh pinggan sama-sama. Alahai. Mereka tetap sweet.

Aku tak tunggu lama dah. terus meluru ke belakang mereka dan peluk dari belakang. Serentak itu air mataku mengalir tanpa dapat ditahan lagi. Mereka berdua yang terkejut terus toleh ke belakang. Aku dongak tengok mereka dengan senyuman manis.

" Mak. Ayah. Ingat lagi tak siapa ni?"

Aku kesat air mataku. Mak dah tutup air dan lap tangannya. Kemudian terus peluk aku erat. Aku dah sambung menangis. Ayah pula hanya setia duduk tengok dekat tepi. Dia Cuma tersenyum. Senyuman bahagia.

" Ya Allah Qis! Balik juga kamu. Mak rindu tahu tak?"

Aku tertawa dalam tangisan. Aku leraikan pelukan dan cium pipi mak.

" Ye. Qis pun rindu. Qis minta maaf sebab baru balik."

Mak usap lembut pipiku. Aku Cuma tersenyum. Kemudian aku tarik pula tangan ayah dan salam.

" Qis minta maaf ayah sebab baru balik."

" Qis dah balik pun dah cukup. Kenapa balik tak cakap? Kalau tak boleh ayah suruh Bad jemput."

Aku tersenyum lagi. Aku menggelengkan kepalaku perlahan.

" Saja bikin surprised. Terkejut tak? Haha."

" Qis!"

Akhirnya kami bertiga terus ketawa. Aku bahagia. Dah lama aku tak rasa perasaan macam ni. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah.

**

" Bunga."

Aku ambil tempat sebelah dia. Duduk di pangkin rumah pada waktu malam sambil ambil angin memang terbaik. Aku tengok Bunga. Dah besar panjang pun dia. Dah makin cantik. Mesti dah ada boyfriend ni.

" Buat apa dekat luar malam-malam ni sayang?" Soalku lantas mendongak memandang langit.

Banyak bintang malam ni. itu menandakan cuaca sangat baik.

" Saja. Ambil angin."

" Along dan angah dah tahu ke akak balik sini?" Soalku ingin tahu. Aku masih tak khabarkan kepada mereka.

" Belum. Bunga tak cakap pun. Dah akak suruh rahsiakan dulu."

Aku paut bahu Bunga.

" Bagus. Sayang adik akak ni."

Sedang elok kami hayati suasana pada waktu malam. Si Bad pulak datang menyampuk. Ambil tempat sebelah kanan aku. Bunga di kiri. Aku pula tengah-tengah of course. Haha. Aku rasa macam aku ni adik dorang tahu? Sebab aku nampak kecik berbanding budak berdua ni. tinggi pun lagi tinggi dari aku okay!

" Buat apa malam-malam dekat sini." Si Bad bersuara.

" Kamu tu buat apa pula? Tak ada kerja join orang perempuan. Kamu tu lelaki." Usikku dengan senyuman nakal.

" Ceh. Kedekut."

Aku tergelak kecil. Kemudian aku paut bahu mereka berdua. Rindunya suasana ni.

" Akak. Best tak Paris tu?" Soal Bad dengan wajah teruja nak tahu.

" Bolehlah. Apa pun Malaysia lagi best. Kenapa? Nak pergi ke?"

" Bukan Bad tapi orang sebelah akak tu. Nak pergi sangat. Nak cari seseorang katanya."

Terus kami berdua tengok Bunga yang nampak terkejut tu.

" Abang! Apa ni?!" Dia dah berang.

Aku kerling Bunga dengan perasaan nak tahu.

" Bunga. Kamu nak cari siapa?"

Bunga nampak serba salah. Macam tak kena je. muka tu pun dah cuak. Gelisah. Ada buat salah ke?

" Erk. Tak. Tak ada. Abang tu memain je kak."

Aku tak percaya. Bunga memang tak pandai menipu. Aku kerling Bad pula. Dia hanya menjongket bahu. Tanda tak tahu. Eh budak berdua ni.

" Cuba cerita dekat akak apa yang jadi. Akak janji akak akan simpan rahsia. Don't worry."

Aku genggam kedua-dua tangan Bunga. Memberikan kekuatan dan hilangkan kegusaran dia tu. Aku tahu dia teragak-agak nak story atau tidak.

" Nanti la. Bunga belum ready."

Dia tunduk tengok jari. Aku tersenyum. Aku paut bahunya lebih erat. Sekali dengan si Bad ni. Dah nama pun kembar. Sorang sakit sorang lagi mesti terasa. Kalau sorang happy sorang lagi pun akan happy.

" Bad. Kalau apa-apa jadi dekat Bunga janji dengan akak jaga dia? Lindungi dia. Kamu sebagai abang boleh kan buat macam tu?" Pesanku pada Bad.

" Mesti. Akak boleh percayakan Bad. Akak sayang Bunga. Dia kan adik Bad. Kalau dia tak ada sunyi hidup Bad."

Aku tersenyum puas. Dah besar adik-adik aku ni. alhamdulillah.

" Akak duduk sini sampai bila-bila kan? Tak balik Paris dah kan kak?"

Soalan itu buat aku terdiam seketika. Aku akan balik ke Paris semula ke? I don't think so. Biarlah. Allah je yang tahu apa yang terbaik untuk aku. Aku serahkan semuanya pada Allah.

" InsyaAllah tak. Akak nak stay sini sampai bila-bila." Jawabku lantas melihat mereka silih berganti.

" Thank you akak. Kami sayang akak."

Tak memasal dua-dua mencium kedua-dua pipi aku. Haha. Nakal!

**

Aku pandang wajah di depanku ini dengan rasa cuak. Wajah itu dah tegang. Garang. Tiada tanda-tanda nak senyum langsung. Dah tu siap berpeluk tubuh lagi. Aduhai. Aku tergaru kepalaku sikit. kemudian aku cuba tarik sengihan tapi nampak sangat awkward.

" Any explanation?"

Aku terteguk air liur. Aku dah agak. Aduhai.

" Aku minta maaf. Aku tahu aku salah. Tapi sekarang aku dah balik kan?"

Aku cuba memujuk dengan suara yang paling lembut. Berharap dia dapat terima maaf aku. Jangan main-main dengan dia. Kang ada juga yang makan penampar sulung dia tu.

" Kau pergi mana? Baik kau cakap sebelum aku naik angin."

" Sorry. Lia. Kau tahu kan aku nak cari kebenaran?"

" Tapi kenapa kau tak tunggu aku? Boleh je kita cari sama-sama. Kau kena sabar Qis."

" Aku tak nak libatkan kau dalam hal aku Lia. Cukup lah selama ni kau banyak membantu aku. Lagipun kau tengah sarat Lia. Please."

Dia terdiam. Aku pula dah rasa serba salah plus kasihan. Tolonglah. Aku tak nak susahkan sesiapa lagi. Biar kali ni aku buat semuanya sendiri. Apa saja risiko aku sanggup ambil.

" Qis. Kau tahu kan aku sahabat kau? Jadi mestilah susah senang kita bersama."

Giliran dia pula berlembut dengan aku. Aku mula menarik senyuman kecil. Aku tarik tangannya lantas digenggam erat.

" Tapi kau dah kahwin Lia. Dan aku tak nak susahkan kau. InsyaAllah aku boleh handle hal ni sendiri."

" Kau tipu."

Aku yakinkan dia dengan gelengan.

" Aku boleh. Jangan risau. Ramai lagi boleh tolong aku. Aku Cuma nak kau fokus dekat suami dan bakal anak kau tu je. Janji dengan aku? Jangan susahkan diri kau semata-mata aku."

Dia ketap bibir. Mukanya nampak serba salah dan rasa simpati tapi aku Cuma tersenyum.

" Qis..."

" Jangan risau Lia. Aku okay. InsyaAllah. Kau kena doakan aku. By the way, Naim dekat mana?"

Dia terdiam. Tanganku digenggamnya pula. Dia menarik senyuman hambar.

" Hospital."

Aku tak faham.

" Bukan kau kata kau dah ambil dia ke?"

" Hospital di mana tempat Uzair bekerja. Dia suruh letak Naim dekat situ. Dalam bilik privacy. Kau nak pergi lawat dia?"

Aku terdiam. Melawat dia? kuat ke aku untuk melihat tubuh dia yang tidak sedarkan diri tu? Sedangkan sebelum ni aku bertembung mata dia dalam tubuh yang sempurna even guna tubuh kembarnya.

" Aku tak kuat lagi la Lia." Ujarku dengan lemah.

" Kau kena juga kuat. Tak apa. Aku ada. Lagipun dia nampak tenang je beb."

Aku tarik nafas dalam. Bersedia ke aku?

" Kau rasa dia akan dengar ke apa kita cakap?"

" InsyaAllah. Selalu orang koma kita kena sentiasa bercakap dengan dia. itu salah satu cara bagi dia semangat. Mana tahu nanti dia akan sedar balik. Kau rindu dia kan?"

Aku senyum separa ikhlas. Tipulah kalau tak rindu. Hurmm.

" So? Ready? Aku bawa kau ke sana."

Aku toleh ke arah tingkap kafe. Naim. tunggu saya.

**

" Abang."

Kelihatan Uzair  sedang sibuk dengan patient nya itu. Bila dengar suara Dahlia barulah dia hentikan perbuatannya. Terus lebar senyumannya saat nampak isteri tercinta. Alahai. Bila lah giliran aku pula.

" Eh sayang. Buat apa dekat sini? Qis pun ada."

Kami berdua menunggu di sisi bila Uzair bertindak habiskan kerjanya dulu. Bila dah selesai periksa pesakitnya terus ditarik lengan Lia jauh dari kawasan tu. Aku Cuma mengikut dari belakang.

" Abang. Qis nak jumpa Naim."

Uzair memandang aku. Aku Cuma senyum dan memberi anggukan kecil.

" Awak dah sedia Qis?"

" InsyaAllah saya sedia."

Bila mereka nampak keyakinan aku, barulah Uzair senyum. Dia mula melangkah dan diikuti kami berdua. Aku pula dah semakin berdebar. Macam-macam perasaan aku rasa saat ini. Ya Allah. Kuatkan hati aku. Jangan biar aku lemah depan Naim even dia tak sedarkan diri.

" Here."

Akhirnya kami berdiri depan pintu bilik rawatan Naim. Aku genggam tangan sekuat hati. Ingin memberi semangat pada diri sendiri dan sembunyikan rasa gugup berserta gelisah. Uzair dan Dahlia di sebelah sudah tersenyum dan mengangguk tanda suruh aku masuk. Aku tarik nafas dalam lalu membuka tombol pintu perlahan.

" Kami tunggu dekat luar."

Pesanan itu aku terima dengan senyuman lantas masuk ke dalam. Sebaik aku tutup kembali pintu bilik, aku mula memusingkan tubuh ke belakang. Jauh mataku merenung ke hadapan. Aku Cuma nampak katil tapi tubuh Naim still tak nampak sebab ditutup kain langsir.

Aku gagahkan kakiku melangkah lebih dekat dan berjalan melepasi kain langsir. Saat ini hanya Allah saja tahu apa perasaanku. Mataku dapat menangkap sekujur tubuh yang sedang tidur tanpa gangguan dan kelihatan sangat tenang. Bunyi mesin juga nampak stabil.

Aku ketap bibir dan duduk dikerusi di sebelahnya. Aku tengok dia dari atas hingga ke bawah. Semuanya nampak sempurna. Sudah tiada cacat cela. Lukanya yang lama pun dah sembuh. Tapi kenapa awak masih tak nak sedar Naim? Dah 4 tahun Naim.

" Maafkan saya sebab saya baru lawat awak. Saya baru ada kekuatan berdepan dengan awak. Saya juga minta maaf sebab lari dari awak sebelum ni. hakikatnya saya tak boleh kalau tiada awak."

Aku tahan diri dari menitiskan air mata. Segala mimpi sebelum ni kembali terlayar di fikiran. Naim berkeras tak nak aku dekat dengan dia di dunia realiti. Tapi hakitkanya sebaliknya yang terjadi. Kini, kami berdua tak boleh berjauhan.

" Naim. Awak nak tahu tak? Dah lama awak tak muncul dalam mimpi saya. Awak tak rindu saya ke?"

Sungguh hatiku sakit tengok keadaan dia macam ni. Bila dia nak sedar?

" Saya rindu awak."

Tiba-tiba phone aku bergetar. Sekali gus membuatkan aku sedar daripada lamunan yang panjang. Tapi bila tengok nama dekat skrin, aku jadi teragak-agak sama ada nak angkat atau tidak. Sampai dah terhenti panggilan tersebut. Tapi bila dah kali kedua nombor itu call, akhirnya aku angkat juga.

" Hello."

" Alisha! Kau pergi mana?!"

Aku gigit bibir. Naim. Aku tengok Naim yang sedang terbaring. Di depan aku tubuhnya. Dekat telinga aku ni roh dia.

" Awak tak perlu tahu."

" Kau balik Malaysia kan?"

Aku tersentak. Mesti Hairul yang cakap ni. huh!

" Ye. Kenapa? Ada masalah?"

" Kenapa kau buat macam ni?! Kenapa kau tak cakap dekat aku yang kau nak balik Malaysia?"

" Kenapa? Kalau saya cakap mesti awak akan halang kan?"

" At least aku boleh ikut kau balik sekali."

Aku terdiam. Ikut aku balik sekali? Jangan harap. Mesti Nasrul takkan balik.

" Jangan risau. Saya okay. Satu hari nanti mesti kita akan berjumpa juga dalam realiti."

Aku tahan sebak bila mengingatkan hakikat sebenar.

" Alisha. Aku minta maaf."

Aku cuba tarik senyuman ikhlas buat diriku.

" Awak sangat tenang Naim. Muka awak suci. Nafas awak teratur. Nyenyaknya awak tidur."

Sepi. Tiada sahutan dari pihak sana. Aku tahan diri dari menangis. Tapi dah dua saat dia diam aku terus menangis. Naim. Awak hilang lagi.

" Kenapa kau pergi tengok dia? kenapa Alisha?"

Aku tekup mulut. Naim masih ada. Aku menggeleng. Macam dia dapat tengok aku saat ini.

" Saya Cuma rindu awak. Saya nak tengok awak. Saya nak awak sedar dari koma. Itu je Naim. kenapa awak masih tak sedar? Dah 4 tahun Naim."

" Kau ingat aku tak cuba ke Alisha? Puas aku lawan. Puas aku memberontak dan cuba masuk ke dalam tubuh aku semula. Tapi aku gagal. Gagal!"

Aku dapat dengar tangisan kecil dia dari corong telefon. Aku memejamkan mata perlahan. Air mata mengalir laju ke pipi.

" Naim..."

" Balik Alisha. Balik. Aku tak sanggup kau tengok aku dalam keadaan macam tu. Please balik."

Aku tersenyum dalam tangisan.

" No. Saya takkan balik. Saya akan jaga awak sehingga awak sedar balik. Itu janji saya. Saya akan tunggu awak sampai bila-bila."

Janjiku dengan nekad. Aku buka mataku kembali lantas merenung jauh ke luar tingkap.

" Sha. Alisha. Jangan buat benda bodoh."

" No!"

" Macam mana kalau aku tak sedar Sha? Sampai bila-bila?"

Aku terdiam. Tangisanku yang sudah reda tadi kembali teresak-esak. Tak. Dia akan sedar.

" Balik la Alisha. Please. Aku tak kuat dengar kau menangis macam ni sebab aku."

" Naim! Awak boleh suruh saya buat apa saja tapi tidak untuk ini. Fullstop!"

Terus aku matikan talian dengan tangisan kecil. Aku tutup muka lantas menangis semahu-mahunya. Mujur bilik ini dia seorang saja. Kalau tak buat malu.

" Aku dah kata kan aku takkan pergi mana-mana Naim. Itu janji aku. So please don't go anywhere."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro