Part 17

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

" Dahlia!"

Aku meluru ke arah Dahlia yang tengah tunggu aku dekat ruang menunggu berdekatan wad Naim berada. Dahlia menggenggam kedua-dua tanganku dengan senyuman tawar. Aku dah mula rasa tak sedap hati. Macam-macam aku tengah fikirkan saat ini. selepas dapat call dari Dahlia tadi terus aku bergegas dekat sini. Tak fikir langsung apa akan jadi. Yang penting aku ada dekat sini.

" Lia. Dia macam mana? Dia okay kan? Cakap Lia!"

Dahlia mengerling ke belakang sekilas sebelum merenung ke wajahku semula. Dia masih tersenyum dan selepas itu suami dia pula tiba. Aku tengok pula wajah Uzair dengan tanda tanya.

" Qis."

" Tell me. What happen? Please katakan dia selamat."

" Kau nak masuk tengok dia?" Soal Dahlia pula.

" Boleh ke?"

" Sure. Jom ikut aku dan Uzair."

Aku hanya menurut even hatiku dah berdebar-debar menanti apa yang aku akan lihat sebentar nanti. Makin lama makin dekat sehingga aku tak berani mendongak langsung ke arah katil Naim even aku dah ada di depan katil dia saat ini.

" Alisha..."

Tapi saat terdengar suara itu, terus membuatkan aku mendongak ke arah Naim. Buat seketika aku jadi blur dan terpinga-pinga. Tak dapat hadam apa yang berlaku sekarang ni. Sehinggalah aku terdengar tawa Uzair dan Dahlia. Aku tengok mereka berdua silih berganti sebelum memandang semula ke arah Naim yang masih terbaring lesu tapi wajahnya nampak berseri dengan senyuman kecilnya ke arahku itu. Okay. What happen?

" Qis. Kau mamai ke?"

Aku tersentak saat bahuku ditampar Dahlia. Tak lama selepas itu baru aku sedar apa yang tengah terjadi. Sekelip mata air mata mula jatuh ke pipi. Naim yang melihat dah rasa terkejut. Dahlia dan Uzair Cuma tersenyum lantas keluar meninggalkan kami berdua. Untuk memberi ruang.

Tanpa segan silu aku terus hamburkan tangis depan mata dia. Aku dah tak peduli wajah buruk aku saat menangis ni. Yang pasti macam-macam perasaan aku saat melihat Naim sudah sedar daripada koma! Ya Allah! Terima kasih makbulkan doa aku.

" Hey. Alisha. Don't cry please. I'm here right now. With you. Trust me."

Suara yang memujuk itu membuatkan tangisanku reda. Aku seka air mataku dengan pantas. Kemudian aku duduk di kerusi sebelah katilnya. Aku ketap bibir melihat dia dari atas hingga ke bawah.

" Saya tak bermimpi kan?"

Aku dongak memandang dia yang masih setia merenung aku itu. Wajahnya nampak berseri macam tadi. Cuma senyumannya dah hilang.

" No. Kau tak bermimpi. Aku dah sedar."

Entah apa yang merasuk fikiranku, aku terus tampar lengan dia bertalu-talu. Sehingga terdengar tawa kecil dia. Aku hentikan tingkahku saat tersedar aku pukul orang sakit. Baru lepas dari koma pula tu. Tapi sebab geram sangat!

" Awak selalu buat saya risau! Awak tahu tak lepas Lia beritahu saya awak hampir kehilangan nyawa tu, saya rasa dah nak rebah tau tak?! Rasa macam semuanya gelap! Saya ingat awak dah pergi tinggalkan saya."

Aku tunduk sambil cuba kawal perasaanku ini. Tiba-tiba aku terasa usapan perlahan atas kepalaku. Bila aku mendongak usapan itu terhenti. Aku tengok dia sepintas lalu.

" Sorry Alisha. Aku tak patut libatkan kau dalam hal ni. And thanks because always be here when I really need you."

Suaranya kedengaran sangat telus sehingga membuatkan aku rasa nak menangis lagi. Tapi aku tahan. Tak nak rosakkan suasana. Tiba-tiba aku teringat sesuatu.

" Siapa cuba nak bunuh awak?"

Dia terdiam. Terus dia melihat ke arah lain. Buat-buat tak dengar soalan aku. Jadi geram la aku.

" Naim! Saya tengah cakap dengan awak ni."

Kedengaran keluhan kecil dari bibirnya. Sangat berat. Kemudian dia memejamkan mata. Langsung tak endahkan aku. Membuatkan aku rasa kecil hati. Ke dia ada sembunyikan sesuatu dari aku? Ini yang buat aku nak siasat lebih ni. Aku patut tanya Uzair. Mesti dia tahu.

" Jangan fikirkan sangat. Yang penting aku ada di sisi kau sekarang ni."

Ujarnya tanpa buka mata dan lihat aku. Aku tersenyum sinis. Sorry to say Naim tapi no! saya takkan berdiam diri selagi pelaku itu tidak ditangkap!

" Awak rehatlah. Saya keluar dulu."

Aku bangun dari duduk dan berura-ura nak berlalu. Tapi terasa hujung bajuku ditarik. Aku toleh ke arah dia yang masih memejamkan mata itu.

" Teman aku. Aku perlukan kau."

Suara itu berbunyi rayuan. Akhirnya aku duduk kembali. Barulah dia tarik semula tangannya. Kemudian aku terdengar dengkuran halus dari dia. Aku tersenyum memandang wajahnya yang kelihatan tenang itu.

" Mesti awak dah lalui banyak benda kan? Maafkan saya sebab lambat muncul. Maaf juga sebab tahu punca awak jadi macam ni. Saya rasa mimpi saya yang awak pernah dilanggar itu petanda. Tapi saya bodoh sebab percaya itu hanya mainan tidur. Maafkan saya Naim. saya betul-betul tak nak kehilangan awak lagi. I really need you."

Aku sembamkan mukaku di birai katil Naim. Rasa letih. Rasa nak tidur. Rasa serabut. Berikan aku waktu. Aku perlukan rehat. Di sisi orang yang tercinta. Naim. I love you.

**

" Alisha! Alisha! Tolong!"

Aku tersedar. Aku melihat sekeliling. Suasana terasa seram sejuk dan sunyi. Tapi suara itu membuatkan aku tersedar. Aku cari suara itu. Tapi suara itu dah hilang.

Krikk!

Tiba-tiba aku terdengar bunyi pintu ditolak dari luar. Aku menoleh ke arah pintu wad. Ya. Aku berada depan katil Naim. Naim kelihatan sedang tidur. Langsung tak sedar apa-apa. Cuma aku pelik. Bukan tadi aku tidur sebelah Naim ke? Kenapa aku boleh berdiri depan katil dia?

Aku tersentak saat seorang lelaki masuk memakai topeng di muka. Kemudian dia berdiri sebelah katil Naim. Aku mula rasa tak sedap hati. Apa tujuan lelaki ni? Kenapa nampak mencurigakan!?

" Naim. Naim. Sejauh mana pun kau lari. Kau tetap takkan dapat lari dari aku. Aku akan cari kau sampai ke lubang cacing."

Aku tekup mulut. Ya Allah. Siapa lelaki ni? Aku mula mendekati dan berdiri membelakangi lelaki itu. Saat aku ingin sentuh bahunya, dia menoleh ke belakang dan topeng diwajahnya sudah ditanggalkan dan itu membuatkan aku terundur dua langkah ke belakang gara-gara terkejut dan takut.

" Kau!"

Tapi lelaki itu seaakan-akan tak nampak aku. Malah dia mengintai keadaan yang sunyi itu sebelum dia menarik senyuman sinis. Kemudian dia memandang semula ke arah Naim dengan wajah yang menggerunkan.

" Aku nak seksa kau dulu. Baru aku boleh bunuh kau!"

" Ya Allah! Hey! Lepaskan dia!"

Saat aku ingin menarik bahu lelaki itu, tanganku melepasi tubuh itu. That's mean ini bukan realiti tapi mimpi! Ya Allah!

" Rasakan!"

Aku ketap bibir saat lelaki itu tumbuk-tumbuk tubuh lemah Naim. Tapi Naim masih nampak tenang.

" Naim! Bangunlah! Jangan asyik tidur je!"

" Rasakan!"

Lepas itu dia tarik segala wayar yang melekat pada tubuh Naim dan tarik bantal. Aku mula dah dapat agak apa yang ingin dilakukan lelaki itu. Tapi malangnya bila aku tak mampu berbuat apa-apa! Arghh!!!

" Mati!"

" Arghh!!!"

Aku tak dapat tahan diri daripada menjerit saat lelaki itu cuba melemaskan Naim dengan bantal yang dia pegang tadi. Dia tekupkan bantal itu pada wajah Naim sehingga denyutan jantung Naim di mesin jadi tak stabil. Aku mula menangis.

" Naim! Bertahan! Jangan mati! Please!"

Aku ingin bergerak ke luar untuk cari nurse. Tapi aku sedar apa saja aku nak buat saat ini tak memberi makna apa-apa. sebab aku Cuma roh!

" Naim!"

" Woi!"

Tiba-tiba ada seorang nurse masuk dan menjerit saat nampak lelaki tadi. Aku mula menarik nafas lega. Dan lelaki tadi cepat-cepat melarikan diri dengan topengnya itu. Tak sempat nurse tadi nak tahan sebab nyawa Naim lebih penting saat ini.

" Naim. stay strong."

" Doktor! Kecemasan!"

Aku ketap bibir melihat saat Uzair masuk dan cuba selamatkan nyawa Naim. Uzair. Aku tahu kau boleh. Tolong selamatkan dia. Please. Berkali-kali aku tengok Uzair cuba selamatkan Naim tapi jawapan nampak still sama. Aku dah tak tahan melihat semua ini jadi aku membuat keputusan keluar dari sini dan cari lelaki tadi.

Aku tengok sekeliling. Aku berlari. Tapi lelaki tadi hilang. Mana dia pergi?!

" Woi! Tengok depan la jalan!"

Suara menjerit itu meyakinkan aku lelaki itu tak jauh dari sini. Aku cepat-cepat berlari ke hadapan. Dan aku nampak lelaki berpakaian sweater hitam meluru laju ke luar hospital. Aku pun makin lajukan langkah sehingga berada di luar hospital.

" Pakcik! Stop! Jangan lari!!!"

Aku masih cuba kejar langkah dia. Tapi aku tidak bernasib baik bila lelaki tadi betul-betul dah menghilang. Aku terduduk dengan rasa tercungap-cungap dan terus jatuh rebah ke bumi. Aku betul-betul penat. Penat. Dan penat.

**

" Sha! Alisha! Bangun!"

Huh! Terus aku buka mata dan duduk tegak dengan nafas yang tidak teratur. Saat aku cuba mencerna apa yang terjadi sambil menyusun semula nafasku, terasa belakangku diusap perlahan. Dalam 5 saat juga barulah aku berjaya stabilkan diri semula.

" Hey girl. What's wrong? Are you dreaming?"

Aku pandang wajah Naim yang nampak gusar itu. Aku pandang sekeliling. Ternyata memang benar tadi itu mimpi. Mimpi yang menceritakan semula apa yang dah jadi pada Naim sebelum ini. Aku meraup wajahku perlahan. Aku cuba ingat balik mimpi tadi dan ternyata ia amat menyakitkan.

" Bangunlah. Subuh. Dah masuk waktu ni."

Arahannya itu membuatkan aku terus kerling jam tangan. Haahlah. Dah pukul 6 pagi.

" Saya menjerit-jerit ke tadi?" Soalku ingin tahu.

" Hmm. Itu yang buatkan aku risau. Kau okay kan? Kau mimpi apa? sampai mengingau teruk ni."

Aku pantas menggelengkan kepalaku bersama senyuman pahit. Kenyataan yang sukar ditelan.

" Saya pergi surau dulu. Solat. Nanti saya naik semula."

Tanpa menghiraukan wajah tanda tanya Naim aku keluar dari bilik dia. selepas itu aku terus cari kerusi untuk di duduk. Serentak itu aku mula mengalirkan air mata. Mulutku ditekup kuat bagi tidak didengari sesiapa tangisanku ini.

Ya Allah. Sekali lagi Kau tunjukkan aku kebenaran. Kebenaran yang Naim tidak mahu cerita dekat aku. Aku tumbuk dadaku kuat. Sakit tengok orang yang tersayang diperlakukan sebegitu. Sampai bila penderitaan dia akan berakhir Ya Allah? Aku tak nak dia hilang kewarasan. Aku tak nak dia lemah macam ni. Ya Allah.

Berikanlah aku kekuatan untuk tempuhi segala ini. Sesungguhnya aku lemah tanpaMu Ya Allah. Aku perlukan sokongan dariMu.

**

Tepat pukul 8 pagi aku sudah tercegat depan pintu bilik kerja doktor Uzair. Cuma masih tiada tanda-tanda untuk masuk. Aku cuba kumpul kekuatan dan akhirnya ketuk pintu bilik doktor Uzair tersebut. Tiga kali ketukan aku buka pintu itu. Aku jengulkan wajah ke dalam. Tiada sesiapa. Tak masuk kerja lagi ke?

Aku tutup kembali pintu bilik dan memusingkan badan ke belakang. Ternyata Allah menolongku bila dari jauh aku nampak Uzair dan Dahlia berada di kaunter pertanyaan. Tanpa berlengah aku menuju ke arah mereka.

" Eh Qis! Kau tak balik dari semalam ke?" Soalan Dahlia tidak mengalihkan perhatianku malah terus tajam merenung mereka berdua.

" Tolong cerita dekat aku apa yang jadi dekat Naim semalam. Please!"

Dan mereka berdua nampak terkedu saat mendengar soalan aku. Aku tersenyum sinis tapi tak lama.

" Ada orang cuba bunuh dia kan? Uzair? Cakap betul-betul."

Uzair tarik senyuman hambar. Dahlia pula masih merenung aku dengan keluhan kecil.

" Kami tak nak kejutkan kau je."

" Tak. Aku perlu tahu. Please."

Rayuanku ternyata melemahkan pagar tembok mereka agar terus merahsiakan perkara sebenar.

" Ikut kami."

Aku setia ikut mereka sampai ke bilik kerja Uzair. Kami masuk dan ambil tempat masing-masing. Kemudian Uzair memandangku serius. Dahlia pula hanya diam. Maybe serahkan bulat-bulat pada suaminya.

" Ye betul. Ada orang cuba bunuh dia. Tapi mujur ada nurse tergerak hati nak pergi tengok dia. dan pada masa tu la nurse tu nampak seorang lelaki tekup muka Naim dengan bantal. Kalau nurse tu tak cepat Naim tak ada sekarang ni."

Aku terdiam. Seperti yang dijangka. Tepat sekali mimpi tu. Aku tarik senyuman perit.

" Tapi alhamdulillah. Sebab cubaan membunuh itulah berjaya sedarkan Naim dari koma yang panjang."

Ya. Itu juga aku perlu bersyukur. Kalau bukan sebab pembunuh tu Naim masih dalam koma. Tapi apa pun dia tetap cuba membunuh Naim!

" Ada buat report polis ke?" Soalku ingin tahu.

" Dah. Semalam. Polis syak orang yang sama cuba bunuh Naim sebelum dia koma."

" Ayah tiri dia."

Serentak aku dan Uzair bersuara. Bagai dah tahu jawapan sebenar. Dahlia pula dah tarik senyuman tawar. Nyawa Naim sangat bahaya saat ini. kalau tak aku siapa lagi nak lindungi dia?

" Terima kasih sebab jujur. Lia. Aku balik dulu. Tapi aku pergi jenguk Naim dulu."

Dengan bermacam-macam rasa aku keluar dari bilik Uzair dan menuju ke bilik rawatan Naim pula. Bila dah berdiri depan bilik dia, aku tarik nafas dalam-dalam dulu sebelum masuk ke dalam. Tapi Naim tak ada dekat katilnya. Aku meliarkan pandanganku ke sekeliling. Mana dia pergi? Dia baru sedar so dia tak mampu gerak banyak.

4 tahun tidur. So badan dia bagaikan lumpuh. So sekarang dia dekat mana?

" Naim!"

Aku melangkah laju ke bilik air. Tak ada. Ke pantri pun tak ada. Mana dia pergi? Tiba-tiba pintu bilik ditolak dari luar. Cepat saja aku menoleh ke belakang. Dan saat ini aku sudah mampu menarik nafas lega bila nampak dia sedang duduk di atas kerusi roda dan ditolak seorang nurse.

" Alisha."

Nurse itu tersenyum dekat aku sebelum gerak keluar dari sini. Aku meluru ke arah Naim dan duduk melutut depan dia.

" Awak pergi mana? Awak tahu tak saya risau? Takut awak pergi lagi tinggalkan saya."

Serius dia memandang ke arahku. Aku pula terus tunduk ke bawah. Cuba sembunyikan apa yang telah terjadi. Sebab dia dapat baca fikiranku sebaik sahaja melihat ke mataku. Bukan ke dia ahli tilik nasib.

" Are you hiding something? Alisha...."

Suaranya dah meleret-leret memberikan amaran. Aku dongak tengok dia sengihan kerang busuk kemudian aku terus gelengkan kepala. Berpura-pura seperti tiada apa yang berlaku. Tanpa membuang masa aku bangun berdiri dan bergerak ke belakang dia. Menolak dia sehingga ke tepi tingkap.

" Bertahun-tahun saya tunggu awak muncul dalam mimpi. Tapi tak ada. Sehingga ke tahun ini. awak muncul semula. Saya tak tipu yang saya terlalu rindukan awak. Almost everyday. I'm sorry Naim. I'm sorry if you feel unlucky to have me in your life."

Terasa sebak pula ketika cakap macam tu.

" Alisha. Kau jangan buat aku macam ni boleh tak? Tak pernah-pernah kau macam ni. Kau kenapa sebenarnya? Jangan buat aku risau please."

Aku tersenyum even dia tak nampak.

" Nothing. Saya okay. by the way esok saya kena balik KL. Ada kerja sikit. tak apa kan awak duduk sini? Saya akan pastikan awak selamat di bawah jagaan Uzair dan Dahlia."

Terdengar keluhan kecil darinya. Aku tahu dia mesti kecewa sebab aku tak cerita benda sebenar. Tapi belum tiba masanya lagi. Aku yakin satu hari nanti perkara ini mesti akan selesai juga.

" Banyak benda yang aku dah lupa Alisha. Tapi bila aku cuba kerah balik ingatanku. Baru aku tau kau sangat penting dalam hidup aku. Even aku sakit kepala bagai nak rak tapi aku tak menyesal sebab aku berjaya ingat pertemuan demi pertemuan kita."

Aku ketap bibir. Menahan diri dari mengalirkan air mata. Cukuplah menangis Qis. Jangan buat Naim risau lagi.

" Dan aku tak sangka pertemuan demi pertemuan bibitkan rasa cinta dalam hati aku untuk kau."

Dia mendongak dan aku tunduk tengok wajah dia. Aku cuba ukirkan senyuman manis buatnya.

" I love you."

Terharu. Sebak. Tersentuh. Semua ada. Aku Cuma tersenyum. Aku takut andai saat indah ini hilang begitu saja. Aku tak nak. Sebab aku sayang setiap saat bila berada di samping Naim.

" Naim. If I'm not yours?"

" Then, I belong to nobody. Because I'm your mine girl."

Thank you Naim. Mulai sekarang tolong percayakan saya. Saya Cuma nak awak selamat. Doakan saya berjaya tangkap penjenayah sebenar.

**

Awak. Esok saya nak jumpa awak.

Aku tutup semula skrin telefon dan letakkan atas meja. Kemudian aku meliarkan pandangan ke sekeliling. Cuba mencari ketenangan dengan melihat panorama petang di depan tasik keseorangan. Terasa indah. Dengan bunyi kanak-kanak bermain. Bunyi burung berkicauan. Bunyi kenderaan lalu lalang. Semua ini terasa indah.

Phoneku bergetar. Aku buka semula skrin phone dan menyala.

Okay. Dah sampai inform aku. Aku jemput kau.

No need. Saya pergi terus ke pejabat awak. Thanks.

Then okay. See you tomorrow.

Aku simpan semula phone ke dalam poket seluar. Kemudian aku merenung jauh ke hadapan. Macam-macam yang aku dah alami sepanjang 28 tahun ni. Macam-macam manusia juga aku dah jumpa. Pelbagai kerenah. Tua atau muda. Masing-masing ada cara tersendiri.

Haih. Apa aku membebel ni. Aku sendiri pun tak tahu. Sedang aku seronok mengelamun, phone aku bergetar lagi. Siapa pula penyibuk aku ni? bila tengok nombor skrin. Aku tahulah siapa. Tanpa tunggu lama aku jawab juga call tersebut.

" Helo. Yes? Can I help you mr?"

Aku buat suara operator. Kadang-kadang buli orang pun best juga.

" Jangan acah sopan sangat dengan saya."

Aku tergelak bila dengar suara menyampah dia tu. Haih.

" Ha kenapa?"

" Saya dah ada dekat Malaysia."

Terus aku duduk tegak dengan rasa terkejut.

" Serius? Bila awak balik? Kenapa tak inform saya? Kalau tak boleh saya jemput."

" Tak payah. Lambat. Baik saya balik sendiri."

Aku mencebik even dia tak nampak.

" So sekarang awak dekat mana?"

" Awak dekat mana? Saya nak jumpa awak. Rindu pula."

Aku tergelak besar. Rindu? Penipu besar betul mamat ni.

" Ke rindu buah hati lama tu?" Sempat lagi aku sindir dia.

" Hish. Cakap je la dekat mana."

" Saya dekat Peraklah. Bukan KL. So jangan berangan nak jumpa."

" Kebetulan saya ada dekat Perak ni."

Haih. Biar betul mamat ni.

" Hairul. Awak biar betul?"

" Serius la. Saya sampai pagi tadi."

" Taman Tasik Taiping. I give you one hour. Never or late."

Main cabar pula aku ni. Haha.

" Okay."

Terus dia matikan talian. Hampeh betul. Tapi aku baru sedar. Aku dah kamceng dengan si Hairul ni even dia kawan Naim sebenarnya. Tapi satu lagi aku sedar, dengan mana-mana lelaki aku mesti guna bahasa sopan iaitu saya awak. Tak pernah nak guna aku kau. Haha. Ngek! Tapi aku selesa macam tu. Nak buat macam mana.

" Balqis!!"

" Opocot mak!!!"

Suara yang menyergah aku dari belakang sudah ketawa terkekek-kekek. Aku pula urut dada gara-gara terkejut. Yela. Seronok mengelamun tiba-tiba ada orang datang sergah. Kau rasa? Dah tu boleh pula gelak. Sakit hati pula aku tengok dia ni. dah tu sedap hati je duduk sebelah aku. Tapi jarak lah.

" Ha! Gelaklah lagi! Gelak!"

Dia tutup mulut dengan tangan. Tahan diri dari gelak lagi la tu. Tahu pun takut. Cis!

" Macam mana awak boleh ada dekat sini? Cepat pula tu. Tak sampai sejam pun."

Dia tarik nafas dalam. Bagi redakan rasa geli hati dia la tu. Kemudian barulah dia berwajah tenang sambil merenung ke arah tasik.

" Sebenarnya Naim yang cakap dekat saya. Dia ada dekat sini kan? Saya balik pun selepas dapat call dia semalam."

Aku terkedu. Jadi dia dah tahu fasal Naim?

" Jadi awak dah tahu apa yang jadi dekat dia?"

Bila tengok dia mengangguk, giliran aku pula menghembus nafas berat.

" Sekarang awak tahu kan dia dalam bahaya."

" Giliran kita lindungi dia Qis."

" Yes. I know. Sebab tu esok saya nak ke KL."

" For what?"

" Jumpa lawyer dia."

Hairul pandang aku pelik bersama tanda tanya.

" Lawyer? Saya tak tahu pun."

" Saya pun baru tahu. So awak nak ikut saya tak?"

" Boleh juga. Saya pun nak tahu perkembangan kes tu. Tapi sekarang jom kita pergi makan? Laparlah."

Dia usap perutnya dengan muka sedih. Aku tengok dengan senyuman sinis. Terus aku tampar bahu dia kuat. Sampai mengaduh kesakitan kawan tu.

" Hey!"

" Mengada kan? Jom lah! Saya belanja tapi awak bayar. Haha."

Aku mula gelak besar lantas bangun berdiri. Beg tangan digalas ke bahu. Dia pula dah mencebik. Geram la tu.

" Awak la belanja. Saya baru je sampai ni. Sampai hati buli Hairul."

Aku tepuk dahi. Dia buat dah sikap kebudak-budakan dia tu. Rasa nak sepak je dia sekarang ni.

" Aku rasa dia lebih tua dari aku tapi sikap mengalahkan budak-budak." Gumamku sendirian tapi aku tahu dia dengar bila dia tersengih-sengih. Sengaja la tu.

" Fine!"

Akhirnya aku bersetuju bila dia buat muka simpati. Tak boleh nak kata apa.

" By the way, boleh saya tanya something?"

Soalku sambil berjalan menuju ke arah kereta.

" Tanyalah."

" Dah jumpa gadis tu?"

Langkah dia terhenti. Tak sikit pun tengok ke arah aku. Alamak. Dia marah ke?

" Tunggu kes ni selesai dulu. Saya tak nak serabutkan kepala fikir itu ini. nanti kesian dekat dia balik."

Aku anggup faham. Tapi dia masih tak berganjak.

" No matter what happen I love her."

Dan aku tahu kata-kata lahir tulus ikhlas dari hati seorang lelaki yang mencintai seorang wanita. Aku tersenyum. Begitu juga aku dengan Naim.

#Sorry lambat update guys. Busy sikit. Tinggalkan komen anda. Baru sis semangat nak sambung. Hehe#

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro