Part 19

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Sayang

Terbeliak mataku saat ini saat membaca pesanan ringkas yang aku dapat sekarang ni. Bukan. Dari chat whatsupp. Dari nombor yang tidak dikenali. Siapa ni? Panggil sayang pula tu. Aku tengok profile picture. Gambar hitam je. Scammer ke?

Malas aku nak layan. Tersilap nombor kot. Biarlah. Terus aku delete number dan chat tersebut. Puas hati. Eeiii. Rasa geli pula.

Aku kerling orang sebelah. Masih tenang memandu. Tapi muka tu kalau senyum lagi manis kot. Asyik tengok muka dingin dan beku dia je. Stress pun ada. Tahulah kerja banyak. Tapi hari ni bukan hari kerja okay.

" Awak. Awak nak bawa saya pergi mana?"

Balik je dari jumpa Hairul pagi tadi. Terus dia tarik aku ke dalam kereta. Aku mahu tak mahu kena juga ikut sebab mommy dia pun ada masa tu. Takkan aku nak menolak? Kang kata kurang ajar pula. So aku pun ikutlah dia ni. Tapi aku tak tahu dia nak bawa aku ke mana. Stress.

" Just keep silent. You will know soon."

Amboi. Speaking kau. Menyampah. Malas nak cari gaduh aku kembali toleh ke luar tingkap. Tak lama selepas itu phone aku kembali bergetar. Ada whatsupp masuk lagi. Bila aku buka aku terkejut sebab nombor yang sama. Tapi isi yang lain aku dapat.

Sayang. I mean. Alisha. Aku la. Naim. Sampai hati kau ignore aku kan?

Aku terlopong. Naim? Oh My God! Dia panggil aku sayang ke?

Naim?

Yela. Saya la sayang.

Aku tergeleng kepala dengan senyuman senget. Buang tabiat ke mamat ni tiba-tiba panggil aku sayang bagai.

Kena sawan ke macam mana? Sayang? Eii. Geli lah!

Kenalah belajar dari sekarang sayang. Kan manis. Nanti lepas kahwin boleh panggil awak sayang. Hahaha.

Cara dia taip gelak tu aku tau dia tengah gelak jahat. Mengusik je kerja dia. Menyampah aku.

Eii. Apa-apa je lah. Menyampah saya dengan awak.

Ala. Gurau je la. By the way, kau tengah buat apa sekarang? Dekat mana?

Aku kerling orang sebelah.

Dalam kereta. Lawyer kesayangan awak nak bawa saya ke mana entah. Saya ikut je. dipaksa ikut sebenarnya.

Good. You can trust him Alisha.

Naim. Awak dah okay ke? Dah sembuh?

Alhamdulillah. So far okay. Kau jangan risau. Tak lama lagi kita akan berjumpa. I miss you Alisha.

Aku tersenyum kecil.

I miss you to Naim.

" Kita dah sampai."

Suara Zul mematikan lamunan aku seraya tamatkan perbualan aku dengan Naim. Aku pandang ke depan. Eh? Restoran? Asal tiba-tiba bawa aku ke sini?

" Kita makan dekat sini ke?"

Dia langsung tak layan aku malah terus keluar dari kereta. Aduhai. Sabar je la nak. Cepat-cepat aku keluar dari kereta saat dia sudah bersedia menunggu aku. Aku tutup pintu kereta dan melangkah mendekati Zul.

" Kau masuk dulu. Aku kena call someone. Kau masuk je dalam. Nanti ada waiter akan tunjukkan kau meja."

Tak sempat aku nak bersuara lebih dia dah melangkah terlebih dahulu meninggalkan aku dalam keadaan terpinga-pinga. Dia suka buat aku macam ni! Eiii!

" Masuk je lah."

Perlahan-lahan aku melangkah masuk ke dalam dengan rasa berdebar. Tak tahu kenapa tiba-tiba je berdebar semacam. Benci juga dengan perasaan ni sebenarnya. Bertabahlah.

Seperti yang Zul kata, ada waiter yang tunjukkan arah meja untuk aku duduk. Aku turutkan saja. Tapi meja makan aku sekarang ni serupa orang berpasangan doh. Zul nak buat apa sebenarnya ni? takut pula aku.

" Have a sit miss."

Aku Cuma menurut. Tanpa banyak kata. Sambil tu aku kerling ke luar. Mana Zul ni. Lamanya call orang. Lepas tu kenapa restoran ni sunyi sepi je. Aku je pelanggan dekat sini. Ke kami yang terlalu awal sampai? Eh merepek. Dah pukul 5 petang kot. Apa yang lambat.

Ting!

Tiba-tiba telingaku dapat dengar bunyi loceng dari arah belakang. Tapi tak ada hati pula nak toleh ke belakang. Lebih selesa pandang ke depan dengan rasa keliru. Banyak persoalan. Haih.

Tak lama lepas tu aku dengar bunyi orang main piano. Erk. Aku tak tunggu lama terus toleh ke belakang.

" Remember when we tried so hard
But we felt like giving up
Everybody has their stories
Sometimes we will learn
From the past we realise
Everything we did in the world
Is just for awhile
.."

Aku tekup mulut saat melihat seorang lelaki sedang bermain piano sambil menyanyi. Tak lama lepas tu dia mendongak ke arahku. Lagilah aku terkejut.

" Naim!"

"If you stay with me
Everything's gonna be alright
Stay with me
Then I'll be fine
."

Terkebil-kebil aku tengok dia yang tengah menyanyi tu. Macam mana dia boleh ada dekat sini? Bukan dia masih ada dekat hospital ke? Bukan dia masih belum sembuh ke? But how?

"Because I just need you and my body
Cause only you could save me
Because I just need you and my body
Cause only you could save me..
"

Aku Cuma tersenyum saat dia mengenyit mata ke arahku. Haih Naim Naim. buat kerja gila kan?

"I don't know what i'm doing right now
But I'm never gonna give it up
I know that you're the one for me
I know I won't let you down
And turn my life around
Everything we did in the world
Is just for awhile

If you stay with me
Everything's gonna be alright
Stay with me
Then I'll be fine

Right now right now
What is left to do
Right now right now
I just have to prove
In time I'll see what it's for
In time I'll see what this is all for

Because I just need you and my body
Cause only you could save me
Because I just need you and my body
Cause only you could save me..
"

Dia menghabiskan nyanyiannya dengan merdu. Kemudian dia bangun dan mendekati aku dengan perlahan-lahan. Aku Cuma menanti dengan debaran yang menggila. Saat dia sudah berdiri tepat di hadapan aku, aku pun bangun dan berdiri sama tinggi dengan dia. Aku mendongak melihat wajahnya.

" If you stay with me, everything's gonna be alright. Stay with me, then I'll be fine."

Aku menarik senyuman paling manis buat dia kemudian aku membuat anggukan kecil.

" Yes. I do."

Dia turut tersenyum dan tiba-tiba dia terjatuh duduk di hadapanku. Aku tersentak dan terus duduk melutut depan dia.

" Eh! Awak okay tak ni?"

Dia nampak letih tapi tetap gagah memberikan senyuman buatku.

" Promise me that you never run again."

Aku ketap bibir. Tanpa tunggu lama aku terus anggukkan kepala.

" Never. I promise."

" Thanks dear."

Aku tengok dia atas bawah. Nampak dia macam makin lemah.

" Zul! Awak dekat luar ke?! Tolong saya!"

Tiba-tiba Zul masuk dan meluru ke arah kami berdua.

" Hey! What's wrong?"

Dia mula cemas tengok keadaan Naim yang makin lemah.

" Jangan tanya saya. Tanya kawan awak ni! Macam mana dia boleh keluar dari hospital? Dia belum sembuh kan? Zul! Awak bersubahat dengan dia ke?" Aku mula ajukan soalan dengan wajah tegang.

Mereka berdua saling berbalas pandangan sebelum memberikan sengihan buat aku. Aku tepuk dahi. Bertuah punya budak!

" Ya Allah!"

" Dah. sekarang jom kita bawa dia ke hospital balik."

Cepat-cepat Zul papah Naim untuk ke kereta. Aku setia ikut mereka dari belakang. Bila Zul dah berjaya masukkan Naim ke dalam kereta, barulah aku boleh tarik nafas lega. Zul dah menuju ke arah pemandu. Aku pula ambil tempat sebelah Naim. takut jadi apa-apa aku boleh tolong.

" Sayang juga kau dekat aku kan?"

Sempat lagi dia bersuara walaupun lemah macam ni.

" Awak diam! Jangan nak bersuara. Degil sangat. Dah tahu belum sembuh gatal keluar. Buat surprise segala. Sekarang siapa yang susah? Diri sendiri juga yang susah."

Dia tergelak kecil kemudian menarik nafas dalam.

" Tapi berbaloi. I love you dear."

Aku terdiam. Aku kerling ke arah dia yang sudah memejamkan mata. Aku ketap bibir. I love you to Naim. Please don't go away from me. I need you.

**

" Qis."

Aku tersentak daripada lamunan saat bahuku disentuh seseorang. Bila aku toleh ke belakang ternyata Dahlia. Dia ambil tempat di sebelah aku. Aku kembali pandang ke hadapan. Melihat kerenah-kerenah manusia di hospital ini.

" Kau tengah fikir apa Qis? Fasal Naim ke?"

Aku tersenyum dan sandar ke kerusi.

" Entahlah beb. Aku runsing. Tak tahu apa perlu aku buat sekarang. "

Bahuku diraih Dahlia.

" Apa pun yang terjadi kau kena kuat. Demi family kau. Demi Naim. Aku yakin kau boleh beb. Kau kuat."

" Aku tak kuat yang kau sangka Lia. Kadang-kadang aku rasa useless. Kadang-kadang tu rasa give up."

" Tapi kau still bertahan sampai saat ini. Kalau aku jadi kau aku tak mampu."

Aku tersenyum hambar.

" Naim macam mana? Bila dia boleh keluar Lia?"

" Uzair cakap seminggu dari sekarang. InsyaAllah kalau semuanya okay. kalau dia tak lari hospital macam pagi tadi."

Aku dan Dahlia tergelak kecil. Itu aku tak mampu nak kata apa. Degil.

" Kau tak nak pergi jenguk dia ke before balik?"

" Kejap lagi kot."

" Kalau macam tu aku pergi dulu. Uzair dah tunggu aku dekat kereta."

" Okay. hati-hati jalan tu."

" Baik."

Bila Dahlia hilang dari pandangan barulah aku bangun dan menuju ke bilik rawatan Naim. Memandangkan bilik rawatan Naim berada di tingkat tiga. Aku ambil keputusan naik lif. Aku tekan butang lif. Menanti dan terus menanti. Tapi mataku sempat menangkap kelibat seseorang yang tidak begitu asing dariku. Aku terus rasa berdebar.

Tak tunggu lama aku kejar langkah lelaki itu dari belakang. Dari jauh aku nampak dia bertemu seseorang. Aku tutup mulut menahan rasa terkejut. Lelaki itu pandang kiri dan kanan kemudian terus berlalu saat dapat apa yang dia inginkan. Dan lelaki yang berikan sesuatu tadi pun beransur pergi dengan berkaca mata hitam. Aku hampir rebah melihat mereka.

Tanganku mula menggeletar saat tahu kebenaran. Bibirku bergetar. Aku tak tahu apa patut aku buat sekarang. Patut tak aku beritahu Naim? Tak! Aku tak nak dia tahu. Tapi dia perlu keluar dari sini secepat yang mungkin. Atau.... Tersedar tentang Naim cepat-cepat aku menuju ke tangga kecemasan dan naik sehingga ke tingkat 3.

Bilik rawatan Naim terbuka. Aku tersentak dan berlari laju ke situ. Bila aku masuk, aku menarik nafas lega bila dia sedang makan ditemani dengan Zul. Melihat keadaan itu aku terus jatuh terduduk dengan linangan air mata.

Dan tindakan aku itu mengejutkan mereka berdua. Zul cepat-cepat meluru ke arah aku. Aku pula dah teresak-esak menangis depan mereka berdua. Dah hilang rasa malu. Yang aku rasakan Cuma takut.

" Hey! Qis! Kau kenapa ni? jangan buat aku risau!" Naim dah mula cemas tengok keadaan aku.

Aku kesat air mataku laju. Dengan semangat yang masih berbisa, aku bangun berdiri. Tanpa kata terus aku keluar daripada situ dengan langkah yang laju. Laju sehingga air mataku kembali mengalir. Langkahku terhenti depan pintu lif. Butang lif aku tekan dengan harapan pintu lif cepat terbuka.

Bila dah buka aku cepat-cepat masuk dan cepat-cepat tekan butang tutup, tapi tak sempat bila ada satu tangan sempat tahan. Aku tersentak bila melihat tubuh Naim sudah masuk dan berdiri depan aku. Tak cukup dengan itu dia tekan butang lif ke tingkat paling atas. Matanya juga sudah tajam merenung ke arah aku.

Aku kesat air mataku dan memandang ke hadapan. Langsung tak pandang ke arah dia. Cuba tenteramkan hatiku semula. Kau bodoh Qis! Bodoh! Dah tahu Naim ni risaukan kau tapi bodoh. Masih menangis depan dia. kenapa kau lemah sangat QIs! Lemah! Sekarang apa perlu aku buat?

" Alisha."

Dia dah bersuara. Aku ketap bibir. Aku pilih untuk diam. Bila pintu lif terbuka di tingkat atas, aku tekan semula ke tingkat bawah. Tapi tak sempat pintu lif nak tutup Naim terlebih dahulu tarik tangan aku keluar dari situ dan bawa aku menuju ke rooftop bangunan hospital ini.

" Alisha! Tell me! What's wrong!"

Aku masih diam tidak berkutik. Dia pula setia menanti jawapan. Aku setia tunduk dari tadi. Kemudian terdengar keluhan kasar dari mulut dia.

" Dear. Please! Looked at me."

Dia genggam kedua-dua bahu aku inginkan penjelasan. Aku ketap bibir dan dongak memandang ke arahnya.

" Naim."

" Yes. Tell me everything Alisha. Everything! You can trust me. Don't worry I will always protect you my dear."

Aku tarik nafas dalam. Wajah Naim yang nampak bersungguh ingin tahu itu membuatkan aku lemah. Perlu ke aku beritahu dia? Aku tak nak dia terluka. Aku tak nak dia bencikan lelaki itu. Aku tak nak. Tapi dia juga dalam bahaya. What should I do?!!

" I just miss you. I just worried about you. That's it."

Terus aku tolak kedua-dua tangannya ke bawah dan membelakangi dia. Tapi tak sempat aku nak melangkah dia tarik lenganku dan berhadapan semula dengannya.

" Aku tahu kau tipu. Aku tahu kau ada sembunyikan sesuatu dari aku. Please Alisha. Tell me."

Dia merayu. Aku tak tahu apa perlu aku buat. Aku buntu!

" Awak kena pindah dari sini. Awak kena keluar dari hospital ni Naim. Nyawa awak dalam bahaya. Please!"

Giliran aku pula merayu. Dia nampak terkejut. Aku meraup wajahku perlahan.

" Saya tak nak kehilangan awak lagi Naim. Cukuplah sekali."

Aku kembali menangis di depan dia. Naim mula meraup wajahnya perlahan. Dia menarik senyuman kecil. Dia menggelengkan kepalanya.

" Aku takkan hilang dari kau lagi. Trust me."

" Tapi semua yang terjadi ni membuatkan jarak awak dengan saya makin jauh!"

Aku terduduk dan rasa letih dengan semua ni. Dia duduk melutut depan aku. Kedua-dua bahuku disentuhnya perlahan.

" Kau percaya Allah kan? Kau percaya dia akan bantu kita kan? Jadi jangan pernah give up sayang. Aku tahu sekarang ni aku tak mampu nak buat apa-apa. Tapi percayalah. Aku takkan mudah mengalah. Aku akan hapuskan semua musuh-musuh aku demi kau. demi aku. Dan demi kita semua. Trust me."

Pujukan lembut dia berjaya membuatkan tangisan aku berhenti. Aku kesat air mataku perlahan.

" Aku minta maaf sebab dah libatkan kau dalam hal aku. Tapi aku janji akan kembalikan semuanya seperti sedia kala."

" Promise?"

" Promise."

Barulah bibirku mampu menarik senyuman even pahit.

" Macam tu lah. Jangan nangis dah ye. Aku sakit bila tengok kau sakit Alisha."

Aku tersenyum hambar.

" Sorry."

" It's okay. jom la turun. Mesti Zul cari kita."

Dia bantu aku berdiri. Kami mula berjalan ke arah pintu untuk keluar dari sini. Aku tarik pintu perlahan-lahan dengan senyuman kecil. Tapi kami berdua tersentak saat wajah yang aku nampak tadi terpampang depan mata kami berdua.

Aku terus kaku bila aku nampak dia menghalakan sebilah pisau ke arah perutku. Dia tarik senyuman sinis. Kemudian dia pandang Naim.

" Aku takkan biarkan kau hidup senang Naim."

Saat itu juga dia menghunuskan pisau itu ke dalam perut aku. Aku terkejut dan memandang dia dengan rasa sakit. Lepas itu dia terus lari tanpa sempat Naim kejar. Naim masih tidak tahu keadaan aku sebab dia berdiri belakang aku saat ini.

" Tak guna! Alisha. Kau okay tak?"

Bila aku still tak berganjak, dia mula rasa pelik dan berdiri depan aku. Wajahnya bertukar saat melihat ada sebilah pisau dekat perut aku. Aku tersenyum dalam keadaan samar-samar memandang ke arah Naim.

" Ya Allah! Alisha! Arghh! Tak guna!"

Tanpa berlengah dia terus mengendong aku. Aku mula terjerit kesakitan. Kini darahku mula banyak mengalir keluar.

" Bertahan Alisha! Bertahan. Please!"

Aku tersenyum melihat wajah cemas Naim. Aku pegang perut aku dengan rasa sakit.

" Naim. Terima kasih kerana risaukan saya. Sayangkan saya. Terima kasih dan minta maaf sebab tak dapat protect awak."

Dia makin melajukan langkah sehingga bertembung dengan Zul di tingkat 3.

" Ya Allah! Kenapa ni?"

" Panggil doktor. Cepat!!!"

Bergegas mereka berdua bawa aku ke bilik kecemasan. Aku pula dah memejamkan mata kerana rasa letih sangat.

" Jaga diri Naim."

" Alisha!!!"


*Im sorry guys sebab lambat sambung and tq pada yg masih setia menunggu cerita ni sampai habis.*

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro