Part 2

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Aku belek-belek pakaian yang ada pada tubuhku buat sekalian kalinya. Bila dah puas hati barulah aku keluar dari bilik dan menuju ke ruang tamu. Kelihatan Dahlia sudah siap. Siap boleh tengok tv lagi.

" Dah siap. Jom."

Dahlia mengerling ke arahku sekilas sebelum menutup televisyen dan mendekati aku. Aku melangkah ke arah pintu. Pakai kasut dan keluar dari rumah. Buka lock kereta dan masuk ke arah driver. Aku biarkan Dahlia mengunci pintu rumah.

Aku capai phone aku dan belek jika ada apa-apa message. Dah yakin tiada barulah aku simpan kembali ke dalam beg. Selepas Dahlia masuk ke dalam kereta. Barulah aku drive keluar daripada kawasan rumah.

" Beb."

" Kenapa?"

Dahlia kerling ke arahku sekilas. Aku pula jadi tanda tanya.

" Kau mimpi lagi erk semalam?"

Aku terdiam. Dahlia tahu?

" Aku dengar kau menjerit semalam. Tapi aku tak masuk la sebab kejap je dengar kau menjerit. Dalam 3 pagi macam tu. Kenapa? Kau mimpi benda yang sama lagi ke?"

Aku tersenyum nipis. Teringat mimpi semalam membuatkan aku tekad. Fine. Aku takkan cari kau dekat dunia ni. Kalau betul kau wujud aku takkan dekat seperti yang kau inginkan.

" Biarlah. Tak penting pun. Lagipun maybe aku takkan mimpi lagi kot fasal lelaki tu."

" Kenapa pula?"

" Sebab aku tak nak."

Aku nampak Dahlia menganggukkan kepalanya kemudian jongketkan bahunya. Entah apala yang dia fikir. Aku akhirnya Cuma tersenyum. Tapi jauh di sudut nak tahu sangat siapa lelaki tu Lia. Hurm.

" Aku buka radio erk?"

Aku Cuma angguk. Biarkan Dahlia buka siaran radio kegemaran dia. Apa lagi kalau bukan sinar fm. Lagipun perjalanan untuk ke kampung jauh lagi. Elok juga dapat dengar lagu sambil menyanyi dalam kereta. Kahkah.

Tiba-tiba radio memainkan satu lagu yang begitu asing pada pendengaranku. Yang pasti tak pernah dengar sebelum ni.

" Lagu favourite aku!" Tapi sebaliknya Lia.

Sempurna
Apakah maknanya
Mungkin sekadar
Rasa yang dijanji seketika
Cintaku
Benar untuk dia
Namun apakah sudahnya pun semalam

Hadirnya rindu ini
Akhirnyaku mengerti
Bayang kenangan kita berdua
Di ruang ini cintaku bertemu
Mengertilah kasih kita sempurna
Biar masa terhenti
Rinduku masih ada
Walau malam berganti
Bahagia menanti lenamu
Kerna esok diriku masih ada
Percaya

Terukir takdirnya
Bukannya dusta
Cintaku untukmu selamanya
Hadirnya rindu ini
Akhirnya ku mengerti
Bayang kenangan kita berdua
Di ruang ini cintaku bertemu
Mengertilah kasih kita sempurna

Biar masa terhenti
Rinduku masih ada
Walau malam berganti
Bahagia menanti lenamu
Kerna esok diriku masih ada
Dalam hilangku cari
Setiaku berjanji
Jiwa kita bersama

Kasihku dikau sedarlah
Mengertilah
Kasih kita sempurna
Biar masa terhenti
Rinduku masih ada
Walau malam berganti
Bahagia menanti lenamu

Kerna esok diriku masih ada
Kerna esok diriku masih ada
Kerna esok diriku masih ada
Kerna esok diriku masih ada

Sebaik sahaja lagu itu habis, tiba-tiba aku rasa ada air mata mengalir ke pipiku. Aku usap pipiku perlahan. Aku tersentak kecil. Aku menangis? Cepat-cepat aku seka sebelum Dahlia perasan.

" Qis?"

" Ha kenapa?"

Aku berdehem dan menarik senyuman even tak toleh ke arah dia.

" Kau okay ke?"

" Okay je. kenapa?"

Aku kerling sekilas. Wajah dia dah nampak curiga. Aku buat-buat tak tahu. Jangan cakap dia perasan.

" Tak ada apa lah."

Kerana esok diriku masih ada.

Aku ketap bibir bersama dengan debaran di hati. Segala mimpi ku dengan lelaki itu kembali terlayar dalam fikiran saat lagu itu dimainkan tadi. Dari mula mimpi aku Cuma nampak dia dari jauh sehinggalah semalam aku dapat tengok wajah dia. dapat bercakap dengan dia. aku dapat rasakan dia dekat sangat saat ini. Cuma hatiku terasa jauh.

Kenapa kau muncul dalam mimpi aku? Kenapa? Untuk apa kau berkata demikian. Arh! Semua tu hanya mampu tinggal persoalan.

**

" Finally!"

Jeritan Dahlia bergema dalam kereta saat dah sampai depan halaman rumahku. Aku tukar gear dan tarik handbreak. Terus si Dahlia keluar daripada kereta. Aku Cuma mampu tergeleng kepala melihat tingkahnya. Tak padan dengan tua bangka. Sikap mengalahkan budak-budak.

Aku matikan enjin kereta dan keluar daripada kereta. Aku buat regangan kecil sambil melihat sekeliling. Aku toleh ke belakang. Rumah sepupu ku yang berada di seberang jalan. Orang dah pasang khemah. Ramai berkerumun dekat situ. Yela. Esok dah kenduri. Malam ni akad nikah katanya.

" Kak Balqis!"

Aku toleh semula ke arah rumah. Ya. Itu dia. Adik kembar kesayangan aku. Sepasang. Bunga. Dua-dua berlari ke arah aku. Tak sempat aku nak tarik nafas dipeluknya aku bagai tak nak lepas.

" Hoi! Tercekik kak korang ni! lepaslah!"

Baru reti lepas. Tu pun lepas kena jerit. Dua-dua depan aku ni Cuma sengih je kerjanya. Bukan budak kecil lagi kot. dah besar panjang. Dah nak ambil SPM pun tahun ni. Aduhai.

" Nak hadiah!"

Dua-dua minta serentak. Aku dah bercekak pinggang.

" Amboi. Amboi. Akak balik je minta hadiah. Banyak cantik muka korang. Tak ada! Tak ada! Sekarang tolong akak angkut barang ni."

Aku tarik kedua-dua lengan dua orang tu ke bonet kereta. Masing-masing dah tarik muka. Tak suka la tu.

" Ala akak ni. spoil mood betul."

Aku sekeh juga kepala si kumbang ni. Si bunga tak la merengek. Setia bantu aku angkat barang. Sorang Badrishah. Sorang Bunga. Ye. Adik perempuan kembar aku ni unik sikit. Bunga je. mak aku punya kerja. Haha.

" Bunga. Lepas ni kita jangan belanja abang tau. Kita dua je pergi makan dekat luar. Tak payah kawan."

Aku mula mengugut si abang sambil peluk bahu Bunga. Kami berdua dah terkekek ketawa melihat wajah cemberut si abang. Merajuk mengalahkan perempuan. Si Bunga ni tak pula mengada macam si abang. Terbalik sepatutnya mereka ni.

" Fine!"

Terus dia pun bantu angkat barang dan menonong naik ke rumah. Aku tergelak lagi. Aduhai.

" Akak. Cepat. Semua orang dah tunggu akak dekat dalam. Akak orang last sampai." Ujar Bunga lantas naik ke rumah.

Aku tutup bonet kereta selepas angkat beg terakhir. Perlahan-lahan aku melangkah ke arah rumah.

" Assalamualaikum."

Aku beri salam lantas masuk ke dalam rumah dengan beg kecil. Nampak dah kelibat mak dan ayah dari dapur. Aku terus meluru ke arah mereka dan salam.

" Sampai pun kamu. Ingatkan tak sampai."

Aku sengih dengar kata-kata mak. Aku letak beg depan pintu bilik. Tak berniat nak masuk pun. Melencong ke arah ruang tamu dulu. Semua adik beradikku berkumpul dekat situ.

" Hai along! Hai angah!"

Abang dan kakak aku pun ada. Aku ambil tempat di tengah-tengah mereka. Sempat kau menyelit kan Qis. Haha.

" Ya Allah budak ni. Tak padan dengan budak kecik."

Kan dah kena perli dengan along. Haha. But, do I care?

" Mana Adam?" Soalku bila tak nampak batang hidung anak buah aku yang comel lote tu. Anak along.

" Ada dalam bilik dengan kak ipar kamu. Bagi makan kot."

Aku angguk tanda faham. Aku kerling pula ke arah angah aku. Pengantin baru la katakan. Baru balik dari honeymoon sebenarnya ni. tapi batang hidung abang ipar aku tu tak kelihatan pun.

" Angah. Mana suami angah?" Soalku ingin tahu. Kepochi sungguh.

" Ada dekat luar. Ambil angin katanya."

Oh. Okay. Aku kembali diam. Semua dah berkumpul. Makan-makan. Sembang-sembang. Haih. Rindunya suasana ni.

" Qis."

" Ya?"

Aku pandang mak. Kemain serius tengok muka aku. Ada apa-apa yang tak kena ke?

" Qis dah ada someone special ke?"

Erk! Aku terdiam. Semua mata memandang ke arah aku. Dah kenapa ni? Aku ada buat salah ke?

" Erk. Belum. Kenapa mak?"

Kecut perut pula dengar soalan mak tadi. Tak pernah-pernah mak nak tanya fasal someone special ni.

" Betul tak ada?"

Aku angguk dengan rasa curiga. Siap minum air habis satu gelas. Gelisah dan takut punya fasal. Mungkin jawapan aku membuatkan mak puas hati kot sebab tu tersenyum lebar sampai ke telinga. Dah kenapa?

" Baguslah. Esok ada orang nak jumpa kamu. Senang cakap bakal suami kamu la."

Aku terlopong. Semua mata tengok mak dan aku silih berganti.

" What? Mak! Apa ni?!" Aku merengek tak puas hati.

" Kenal dulu tak salah kan? Lagipun tengoklah sepupu kamu tu. Sebaya dengan kamu. Dah kahwin pun. Kamu tu bila lagi?"

Aku tepuk dahi. Along dan angah aku dah gelak besar. Suka kan tengok adik dorang macam ni. Haish!

" Mak. Orang muda lagi la. Dia tu dah sampai jodoh dia. biarlah dia kahwin dulu. Mak tak nak mak. Please!!!" Rayuku dengan wajah mengharap.

Aku tengok ayah pula. Minta simpati. Ayah Cuma tersenyum dan menggelengkan kepalanya. Apa tandanya tu? Tandanya maaf ayah tak boleh nak tolong kali ni. Oh My God!!!

" Kenal dulu. Tak salah kan? Kalau tak suka cakap. Mak okay je."

Aku dah tersandar lesu dekat sofa. Along aku dah raih bahu aku dengan sengihan nakal. Ada la tu nak mengusik.

" Ala Qis. Kenal je kot. Chill okay."

Aku kerling along dengan renungan maut. Dia Cuma sengih. Tak tercabar sikit pun. Aku lepaskan keluhan kecil. Bila mak dah masuk campur dalam urusan peribadi kita ni, semua jadi tak kena dah.

" Esok mak kenalkan dekat kamu ye?"

Aku memuncung. Tanda tak puas hati. Tapi nak kata apa lagi?

" Fine."

Aku peluk tubuh bila semua orang dah menarik senyuman lebar. Suka la kan tengok aku macam ni? Haih!

**

Jam sudah menunjukkan pukul 9 malam. Rumah kelihatan sunyi malam ni. Mak dan ayah dah pergi rumah maklong. Along dan angah serta family dorang pun pergi sekali. Adik kembar aku pula keluar dengan kawan-kawan. Pergi lepak rumah maklong la tu. Tinggallah aku sorang dekat rumah ni. malas nak pergi rumah maklong. Buat ramai orang je.

Aku sarung tudung dan keluar dari rumah. Aku dongak ke arah langit. Banyak bintang malam ni. menunjukkan cuaca sangat baik malam ni. Aku tarik senyuman nipis. Aku kembali tunduk dan berjalan ke pangkin rumah. Aku ambil tempat di situ. Duduk menghala ke seberang jalan. Atau lebih tepat lagi menghala ke arah rumah maklong aku yang orang ramai tengah berkerumun.

Aku keluarkan phone dan headset. Aku sarungkan headset dekat kedua-dua belah telingaku. Kemudian cucuk dekat telefon. Aku scroll muzik dekat phone aku. Jumpa lagu korea. Henry – It's you. Aku tekan butang play dan memandang ke hadapan.

Baby I'm falling Head over heels
Looking for ways to
let you know just how I feel
Wish I was holding You by my side
I wouldn't change a thing
cause finally it's real

Tryna hold back
You oughta know that
You're the one that's on my mind
I'm falling too fast Deeply in love
Finding the magic
in the colors of you

Aku tersenyum tipis. Ya. Kau masih bermain dalam fikiran aku even kau suruh aku jauhi kau.

You're the right time
at the right moment
You're the sunlight
keeps my heart going
know when I'm with you
Can't keep myself from falling
right time at the right moment
It's you
you it's you
you it's you

Ya. Kau. Kau ialah orangnya. Kau yang membuatkan jantungku berdebar. Kau membuatkan aku menangis. Kau juga membuatkan aku takut. Sedih. Kau!

Baby I'm falling Deeper in love
Everything that you are is
all I'm dreaming of
And if I can break enough
to show you that I need us
I'd give up everything
I have girl just for you

Tryna hold back
You oughta know that
You're the one that's on my mind
I'm falling too fast Deeply in love
Girl all I need to breathe is you

Aku memandang jauh ke hadapan. Tersenyum pahit. Mengenangkan mimpi itu membuatkan aku terasa bodoh.

Cause you're the right time
at the right moment
you're the sunlight
keeps my heart going
know when i'm with you
Can't keep myself from falling
right time at the right moment
it's you

Tiba-tiba aku nampak kelibat seorang lelaki. Berpakaian sut hitam. Aku pakukan ke arah itu. Dari jauh aku nampak dia sedang menuju ke arah sini. Makin lama bayang lelaki itu makin kelihatan.

Every night in my bed I'm dreaming
That it's you in my arms I'm holding
Girl all I want is you
you know you're the right time
at the right moment
you're the sunlight
keeps my heart going
It's you

Hatiku berdetak hebat. Wajah dan tubuh lelaki itu makin dekat sehingga aku dapat nampak keseluruhan wajahnya. Aku terkedu. Dia benar-benar berada tidak jauh dari aku. Lelaki itu! Lelaki dalam mimpi aku!

Cause You're the right time
at the right moment
You're the sunlight
keeps my heart going
know when I'm with you
Can't keep myself from falling
right time at the right moment
It's you
you it's you
you it's you

Entah apa yang merasuk fikiranku, aku turun dari pangkin. Ingin mendekati lelaki itu yang berada di tengah jalan. Ya. Itu kau. Aku yakin itu kau.

you it's you
you
you it's you

" Awak!"

Makin lama aku makin lajukan langkah sehingga aku betul-betul berada di depan matanya saat ini. hanya lima langkah jarakkan kami. Aku nampak dia tersenyum. Aku terdiam dan tanpa dipinta air mataku mengalir.

" Awak..."

Baru je aku nak melangkah, tiba-tiba tubuhnya dilanggar oleh sebuah kereta dan menyebabkan tubuhnya terdampar di atas jalan.

" AwakkK!!!!"

Air mataku mengalir laju. Tubuhku menggigil ingin melangkah ke sana. Aku tekup mulut saat tangannya menunjuk ke arahku.

" Awak!! Jangan!!!"

It's you.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro