Part 25

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

3 bulan kemudian

" Cik Balqis. Ada orang bagi bunga tadi. Ada atas meja cik Balqis."

Pesanan itu aku terima dengan kerutan di dahi. Bunga? Orang bagi aku bunga? Tapi siapa? Buang tabiat ke tiba-tiba bagi bunga ni? Aku bergegas menuju ke mejaku dan seperti yang dikatakan ada sekuntum bunga mawar merah atas meja aku. Segar-segar belaka. Wangi pula tu. Aku cuba cari kad mana tahu terselit dekat bunga-bunga ni ka. Cari punya cari. Jumpa juga.

Don't forget your promise

Tersenyum lebar saat baca kata-kata ringkas yang tertulis dalam kad ni. Tak perlu beritahu aku dah tahu siapa. Akhirnya aku letak kembali kad dalam bunga tadi dan letakkan bunga tersebut di tepi meja. Aku duduk dan capai phone yang mula bergetar. Ada message masuk.

Dapat tak bunga? Cantik? Suka?

Aku tergelak kecil. Haih mamat ni.

Ye. Suka. Tiba-tiba je buat surprise macam ni. Terkejut saya tau tak?

Bukan selalu. Mesti kau rindu aku kan? Sebab aku rindu gila dekat kau ni. Tak sabar nak jumpa kau.

Ye. Nanti dah tiba masa kita jumpa. Dah lah. Saya nak sambung kerja. Bye.

Aku letakkan phone dalam beg semula. Kang makin di layan makin menjadi-jadi. Sedar tak sedar dah tiga bulan berlalu. Sepanjang tiga bulan juga aku tak berjumpa dengan dia. Siapa? Hero pujaan korang la si Naim tu. Dia dekat KL. Aku pula dekat Perak ni. Kebetulan dapat kerja jadi pegawai dekat pejabat pendidikan ni. dekat pula dengan rumah. Memang tak ke mana la aku. Alhamdulillah. Rezeki orang kata.

Dan seperti yang dijanjikan dulu, hujung minggu ni dia akan datang rumah. Berjumpa. Dengan ahli keluarga. Untuk apa? Rasanya korang dah dapat agak kot. Hehe.

Selepas sembuh dari kena tikam dulu, aku bertekad untuk berubah dan cari kerja semula. Takkan nak harapkan si Naim tu je kan? Even gaji-gaji aku yang dulu cukup tampung hidup aku lebih kurang setahun aku rasa. Kah. Mengada.

Alhamdulillah juga kes Naim dan keluarga tirinya itu dapat juga diselesaikan. Mereka berdua dimasukkan ke dalam penjara. Katanya seumur hidup. Tapi tak tahu la. Aku pun tak ingat sangat sebab aku tak sihat lagi waktu tu. Apa pun perkara dah selesai.

" Cik Balqis. Jom lunch?"

Teguran itu mematikan lamunanku. Terus aku tersenyum dan membuat anggukan.

" Okay jom."

Naim. Aku tunggu kau tau. Cepat sikit balik.

**

" Assalamualaikum."

Aku jengukkan kepalaku ke dalam rumah dengan sengihan lebar saat ternampak muka yang aku nak jumpa tu.

" Waalaikumussalam. Qis! Akhirnya kau datang juga. Aku ingat kau tak nak datang jenguk aku."

Aku tergelak kecil dan masuk ke dalam rumah. Rumah family Dahlia. Atau lebih tepat lagi jiran sebelah rumah mak aku je. Haha.

" Eh. Mestilah datang. Kawan aku dah beranak kot."

Aku ambil tempat sebelah tilam baby. Bestnya dia tidur. Comel sangat. Alolo. Geram pula aku tengok.

" Girl ke boy ni weh?"

Aku usap pipinya yang lembut tu. eii. Macam nak picit je muka awak baby.

" Girl. Comel kan? Macam aku kan?"

Aku tergelak kecil.

" Yeke macam kau? tak kot."

Dia mencebik. Aku pula sambung ketawa. Dahlia Dahlia. Tak padan dengan dah jadi mak pun.

" Tahniah beb. Aku bangga jadi kawan kau. Tak sangka aku dah dapat anak buah dari kau."

" Kau tu bila lagi? Calon dah ada depan mata. Takkan nak tunggu kau 30 tahun baru nak kahwin kot?"

Aku kerling dia yang sudah menarik sengihan panjang. Sengaja la tu perli.

" InsyaAllah. Doa-doa yang baik je weh."

" Jangan lambat-lambat. Kang dia kena rampas. Baru padan dengan muka kau."

Aku tergelak besar.

" Tak apalah. Maybe aku bukan jodoh dia."

Dahlia dah terlopong apabila dengar jawapan aku. Aku tergelak lagi dan menggelengkan kepalaku perlahan.

" Chill."

" Kau ni suka tau main-main. By the way, kau tahu tak yang kawan kau dah balik Malaysia."

Aku tengok Dahlia dengan kerutan di dahi.

" Kawan aku? Siapa? Kau je la kawan aku."

Dahlia capai phone dia dan tunjukkan ke arah aku. Aku sambut dengan tanda tanya.

" Kau masih ingat lagi kan kawan kau yang tu."

Aku tersentak saat melihat gambar yang ditunjukkan Dahlia.

" Kau tak follow instagram dia ke beb?"

Aku serahkan kembali phone dekat Dahlia. Aku terdiam.

" Aku dah block dia sebab satu kes dulu. Tapi aku dah lama unblock dia."

Dahlia tengok aku pelik. Yala sebab dia tak tahu apa yang terjadi time tu.

" Kes? Kes apa ni? Baik kau cerita dekat aku."

Aku melepaskan nafas kecil.

" Tak perlulah kau tahu. Benda dah lama lepas. Tapi bila dia balik sini?"

" Aku tengok caption dia tak ada pula tulis bila. Cuma dia akan balik sini la. Kau dah lost contact dengan dia ke?"

Aku Cuma angguk. Selepas jumpa dia last dekat sana, then terus lost contact.

" Dia tahu tak yang kau dengan Naim?"

" Tak. Tapi dia tahu aku sukakan orang lain. Jangan risau. Aku dah explain dekat dia dulu before balik sini."

Aku tunduk tengok baby. Harap dia tak datang cari aku la. Risau kalau dia masih ada simpan perasaan dekat aku.

**

Aku tunduk tengok penampilan aku saat ini. Perfect. Cantik. Haha. Yang pasti kemas dan nampak elegan. Kan? Ceh. Aku kerling jam di dinding. Dah pukul 8 malam. Confirm dia dah sampai dekat bawah.

Tok! Tok!

Pintu bilik diketuk dari luar. Tak lama lepas tu pintu dibuka dari luar, terjengul wajah Bunga yang tengah tersenyum manis itu. Haih. Anak dara ni. kenapa cantik sangat ni? kalah kak dia.

" Akak. Dia dah tunggu dekat bawah. Jom turun."

Aku Cuma angguk dan tarik nafas dalam-dalam sambil cari ketenangan. Berdebar gila aku rasa sekarang ni. Sebab nak jumpa buah hati selepas 3 bulan tak jumpa. Kah. Poyo la kau Qis.

Aku setia berjalan belakang Bunga sambil turun ke bawah dengan berhati-hati. Bila aku dongak kepala, aku rasa nak menjerit sebab terkejut gila. Kejutan apa ni?

" Surprised!"

Family aku semua ada malam ni. Semuanya berpakaian cantik. Lepas tu dekat tengah ada kek. Kek?

" Happy birthday Alisha."

Tiba-tiba Naim muncul dari tepi dan hulurkan sekuntum mawar merah padaku. Aku tekup mulut gara-gara rasa terkejut dan terharu dengan kejutan ini. Aku tengok semua mata yang tengah memandangku saat ini.

" Korang."

Aku tahan diri dari mengalirkan air mata. Bunga tarik aku ke tengah iaitu berhadapan dengan kek. Aku tunduk tengok kek. Happy birthday Alisha Balqis ke-28.

" Birthday sendiri pun boleh lupa. Nampak sangat busy. Kan?" Suara along sambil tersengih.

Aku tersengih dengan malu. Tak kurang itu juga orang sekeliling mula menyanyikan lagu hari jadi untuk aku. Then aku tunduk tiup lilin sampai habis. Lepas tu potong kek. Ya Allah. Tak sangka aku akan dapat surprised macam ni. Sebab ikutkan aku Cuma akan keluar dengan Naim. Sebab dia kata nak bawa aku makan dekat luar. Tapi tak sangka. Pandai bersepakat erk dorang ni.

" Terima kasih semua. Qis tak tahu nak cakap apa. Tak sangka Qis akan dapat surprised macam ni."

Aku pandang mereka semua. Rasa perfect pula family aku malam ni. Dengan anak-anak buah. Alahai.

" Semua ni plan buah hati awak sayang." Angah menyahut dan semua tangan tunjuk ke arah Naim.

Naim Cuma tersenyum sambil tengok ke arah aku.

" Benda kecil je. hehe."

" Ha tunggu apa lagi. Jom makan. Banyak makanan dekat sini. Jemput makan semua."

Along kalau bab makan nombor 1. Ceh. Semua beransur ambil makanan. Tinggal aku dan Naim je dekat meja kek ni. Aku cekak pinggang tengok dia.

" Explain?"

Dia tersenyum dan ambil sepotong kek. Aku tengok je perilaku dia sekarang ni.

" Baru jumpa takkan nak gaduh. Chill sayang. Tak rindu dekat buah hati awak ni ke?"

Aku mencebik geram. Lalu tampar lengan dia. geram. Dia Cuma ketawa selepas tengok aku mencebik.

" Ada lagi surprised untuk kau sebenarnya. Kejap tau."

Tiba-tiba dia menonong keluar meninggalkan aku dalam keadaan yang terpinga-pinga. Erk. Kenapa tu? Aku menanti dengan sabar. Sambil itu sempat suapkan sepotong kek dalam mulut. Erm. Sedap.

" Balqis."

Aku toleh ke belakang. Dan mulutku ternganga tengok insan-insan yang berdiri depan aku saat ini.

" Hairul! Nasrul! Zul! Wehh!"

Serentak mereka bertiga ketawa tengok reaksi aku. Yang si Naim pula hanya buat selamba dan berdiri sebelah aku.

" Kemain terkejut erk?"

Aku tersengih kambing tengok mereka bertiga.

" Plan baik punya korang ni kan? Aduhai. But thanks tau sebab sudi datang jauh-jauh."

" Semua ni sebab buah hati kau je tau. Kalau tak memang aku tak ingin nak datang." Jawab Zul dengan senyuman sinisnya itu.

Aku tergelak. Dia ni memang tak berubah dari dulu lagi kan?

" Jemputlah makan. Semua dah terhidang. Tinggal untuk makan je." Jemput aku sambil perhati sekeliling.

" Okay. thanks. Jom guys."

Selepas mereka bertiga beredar aku kembali tengok Naim. angkat kening sebelah dengan muka kereknya tu. eii.

" Naim...."

" Not this time. Come. Eat first!"

Menonong dia pergi join kawan-kawan dia. akhirnya aku Cuma mampu tergelak. Haih. Naim naim. nasib sayang.

**

Memandangkan hari ini cuti. So peluang untuk keluar dengan buah hati besar ye anak-anak. Haha. Aku kerling ke kiriku sepintas lalu. Dia nampak makin smart. Makin matang and apa orang kata makin kacak? Haha. Choih. Jauh bezala dari 3 bulan yang lalu.

" Aku ni kacak sangat ke sampai kau tersenyum-senyum tengok aku."

Teguran itu membuatkan aku menoleh ke arah tingkap. Lepas tu aku tergelak dalam diam. Kelakar pula aku rasa. Haih.

" Alisha. Kejap lagi kawan ayah aku dan abang aku pergi rumah kau tau?"

Aku terkejut dan tengok dia lagi sekali.

" Kenapa pula? Nak buat apa? Saya dengan awak sekarang kan?"

Banyak pula aku soal. Laju pula tu. Macam bertih jagung. Haha.

" Nanti kau akan tahu. Balik nanti mak kau akan story. Sabar ye sayang."

Aku mencebik. Sengaja buat aku macam ni.

" Tak rindu aku ke? Tak tanya keadaan aku pun. Semalam pun kita dapat jumpa kejap je."

Aku tersenyum sinis dan pandang ke hadapan.

" Padan dengan muka sendiri la. Buat surprised lagi. Kita punyalah berdebar dan tertunggu nak jumpa buah hati. Tup-tup dapat surprised. Okay. terharu. Suka. Tapi tak inform langsung."

" La. Nama pun surprised sayang oii."

Aku terdiam. Yela. Yela. Kejutan.

" Kau anak ketiga kan?"

" Erk yes. Why?"

" Even dalam family kau anak ketiga. Tapi kau tetap nombor satu dalam hati aku."

Aku tergelak selepas dengar kata-kata dia. pickup line la ni. Ceh.

" Cair tak?" Soalnya dengan senyuman panjang.

" Tak pun. Try lagi." Nafiku sambil sembunyikan senyum.

" Ceh. Okay. Sekali lagi. Apa beza kau dengan burung?"

Aku terdiam. Berfikir.

" tak tahu. Apa?"

" Burung terbang di langit. Tapi awak terbang di hati saya. Chia chia chia."

Aku tergelak lagi. Gelak suka sebenarnya. Ngok la dia ni.

" Semenjak bila pandai pickupline ni?"

Dia tergelak dan pandang aku sekilas. Sebab dia tengah fokus memandu.

" Semenjak aku kenal apa itu cinta."

Haih. Makin manis mulut dia ni. Ya Allah. Jika dia benar jodohku dekatkanlah kami.

**

Aku perhati sekeliling. Kemudian aku tengok dia di sebelah.

" Kita nak ke mana ni awak?"

Dia Cuma diam dan melangkah. Langsung tak jawab pertanyaan aku. Sengaja la tu. lastly, aku Cuma ikut langkah dia. Atau lebih tepat lagi aku berdiri belakang dia. eh tak. Berjalan ikut dia dari belakang. Ha ni baru betul. Haha.

Sambil tu aku tengok sekeliling mall ni. Ramai jugak. Cuti kan? Sabtu pula tu. Tiba-tiba mataku menangkap satu kelibat yang aku rasa pernah nampak. Dan kenal. Tapi tak berapa clear. Baru je aku nak tengok betul-betul, aku pula terlanggar orang. OMG!

" Ya Allah. Sorry!"

Aku dongak tengok atas. Okay. Aku terlanggar Naim sendiri. Dia tengok aku geram. Aku Cuma sengih.

" Yang kau duduk belakang aku ni kenapa? Lepas tu tengok orang macam nak scan je. Haih." Dia dah bebel dah.

Aku tersengih dan berdiri kembali sebelah dia.

" Awak la. Tak nak beritahu saya mana nak pergi. Tahu jalan je menonong. Tahulah tinggi. jalan pula laju. Letih nak kejar tahu?" Giliran aku pula bebel. Geram juga ni. haha.

" Alolo. Sorry sayang. Okay. Aku akan jalan slow-slow je okay."

Aku tengok dia dengan sangsi. Boleh percaya ke mamat ni.

" Dahlah jom. Kang lambat pula."

Terus dia tarik lengan aku yang berlapik ni agar ikut langkah dia. Aduhai. Boyfriend siapa ni? Tak menyempat betul. Jalan punya jalan aku tak sedar yang sekarang ni kami dah berdiri depan kedai emas. Okay jap. Kedai emas? What?

" Kita nak buat apa dekat sini?" Soalku lagi dengan pelik.

" Jom masuk."

Dia tolak aku ke dalam. Terkejut aku sampai tak terkata-kata. Siap suruh aku duduk dekat kerusi sebelah aku ni. Aku Cuma menurut. Okay. aku tengah berhadapan dengan banyak cincin ye dekat depan mata aku ni.

" Ye cik. Nak cari apa?" Pelayan kedai datang tegur.

" Saya nak cari cincin tunang. Untuk bakal tunang saya sebelah ni."

Kenyataan dia membuatkan aku terkejut beruk. Wehh! Serius la?

" Oh boleh. Yang dekat depan encik ni semua pilihan yang bagus-bagus dan sesuai untuk pertunangan."

Aku tengok Naim dengan rasa terkejut lagi. Dia pula tersenyum dan tengok ke pelayan tadi kembali.

" Alisha. Pilih mana yang kau suka."

Aku terteguk air liur. Pada masa yang sama rasa nak menangis sebab terharu. Dia ajak aku tunang ke ni?

" Alisha?"

Aku tarik senyuman lantas tengok kembali ke arah cincin tadi. Terlalu banyak pilihan. Tak tahu nak pilih yang mana.

" Saya tak tahu la awak. Semuanya cantik-cantik."

Tup tup mata aku nampak satu cincin yang simple tapi cantik. Aku tunjuk cincin tu dekat mereka berdua. Naim pun setuju dengan pilihan aku. Dia terus pilih yang tu dan bayar. Aku masih belum sedar dari rasa terkejut sekarang ni.

" Naim. Suka kan buat saya terkejut macam ni? Macam mana kalau tiba-tiba saya terkena serangan jantung? Awak juga menyesal nanti." Bebel pun ada. Marah pun ada. Terharu pun ada.

Dia tergelak apabila selesai buat bayaran dan ambil barang tersebut. Kini kami beransur keluar dari kedai emas tadi.

" Ala. Sorry. Hobi aku kan suka surprised kau."

" Ha. Banyaklah punya hobi. Eii! Geramnya saya dekat awak tau?"

Dia tergelak suka. Suka buli aku.

" Ala. Jangan lah marah. Tak comel dah nanti."

Ceh. Sengaja. Aku terus jalan tinggalkan dia dekat belakang. Dia pula setia kejar aku sampai berjaya berdiri sebelah aku.

" Ala. Marah ke?"

Aku Cuma diam. Jalan punya jalan aku henti spontan. Dia pun sama. Aku terhenti sebab ternampak seseorang yang aku sangat kenal. Betul-betul depan mata aku sekarang ni. Cuma dia tak perasan kehadiran aku sebab tengah fokus tengok skrin phone. Aku pandang Naim sekilas.

" Awak. Teman saya makan."

Baru je aku nak tarik Naim, lelaki itu mendongak kepalanya dan pandangannya terus menusuk ke mata aku. Aku tersentak seketika. Tapi Naim berjaya menyedarkan aku. So aku buat selamba.

" Lapar ke? Jom."

Sekali lagi belum sempat kami melangkah, dia datang tegur. Oh My! Aku baru niat nak elak dari dia.

" Balqis? Alisha Balqis right?"

Aku tengok dia dan Naim silih berganti. Naim pula dah nampak tertanya-tanya sebelum dia pandang ke arah aku. Aku tersenyum sipi dan buat anggukan kecil.

" Wan kan?"

" Yes. Tak sangka dapat jumpa awak dekat sini."

" Oh. Bila balik sini?"

Aku rasa keadaan makin tak selesa bila Naim macam dah dapat cam siapa insan depan dia saat ini.

" Baru semalam. Dari KL terus ke sini. Sebab datang jumpa kawan. Dia stay sini. Tapi tak sangka jumpa awak."

Dia mengalihkan pandangannya ke arah Naim. Dia jadi tertanya-tanya dan rasa ingin tahu. Aku hembus nafas resah.

" Ini Naim. Dia.."

" Aku Naim. Bakal suami dia."

Naim sambung sebelum aku perkenalkan dia. Lagi terkejut bila dia kenalkan diri dia macam tu. Aku ketap bibir. Habislah. Habislah.

" Oh. Dah nak kahwin rupanya awak Balqis. Apa pun tahniah. Saya pergi dulu. Kawan saya dah sampai."

Tak sempat aku nak bersuara dia dah berlalu pergi. Aku toleh ke arah Naim.

" Awak! Kenapa cakap macam tu? cara macam cari gaduh."

Marah aku balik. Tapi dia tak peduli. Dia tengok aku tajam.

" Dia lelaki yang peluk kau dulu kan?"

See! Dia ingat! Aku menghembus nafas letih.

" Dah lah. Jom balik."

" Alisha!"

Dia halang jalan aku. Aku dah picit dahi. Macam mana nak cakap erk?

" Naim. Okay. Kita pergi makan dulu then saya cerita dekat awak okay? Jangan macam ni please."

Aku usaha pujuk. Dia ni bukan boleh. Kang buat perangai tak sabar dia tu. Susah aku.

" Yela."

Bila dia bersetuju aku sudah mampu menarik nafas lega. Kemudian cepat-cepat ikut langkah dia. kuatkan hati aku Ya Allah. Aduhai.

**

Aku tengok dia. Dia tengok aku. Masing-masing tak bersuara. Tapi aku akhirnya kalah. Siap angkat kedua-dua belah tangan ke atas lagi tanda mengaku kalah. Asyik kena panahan mata dia je buat apa.

" Fine. I kalah."

Dia tersenyum sinis kemudian tak fasal-fasal kepala aku dia ketuk. Nasib perlahan. Sengaja cari fasal betul.

" So dah boleh cerita kan? Dah kenyang pun kan?"

Aku mencebik. Geram!

" Yela. Apa awak nak tahu?"

" Everything."

Aku tarik nafas dalam-dalam. Kemudian cari idea sendiri nak cerita dekat dia.

" Dia tu Wan. Kawan saya masa saya sambung master dekat Paris dulu. Dia juga rakan sekerja saya masa dekat sana. Saya kawan dengan dia biasa-biasa je. Tapi saya tak sangka dia boleh simpan perasaan dekat saya. Time malam tu dia bawa saya ke taman tema tu, saya tak sangka sebenarnya dia akan bertindak sampai macam tu sekali. Saya minta maaf. Saya yang cuai."

Dia menghembus nafas kasar. Kemudian meraup wajahnya perlahan.

" Kalau aku tak ada time tu masa tu apa yang akan jadi? Kau dalam bahaya tahu tak?"

Dia nampak marah. Tapi aku tersenyum kecil.

" Buktinya awak ada. Awak dah pun selamatkan saya. Tengok. Saya ada depan mata awak kan? Dah lah awak. Benda dah berlalu. Dia pun dah tahu awak tu bakal suami saya. So jangan risau la. Dan saya tak tahu pun dia balik sini. Serius tak tahu."

Naim nampak puas hati dengan penerangan aku. Kemudian dia tarik phone aku yang ada depan mata. Aku Cuma tengok. Lagipun aku tak set password pun.

" Ini salah satu cara nak make sure kau tu betul-betul dah berpunya."

Aku tak tahu apa yang dia buat dekat phone aku tu. Dia siap berkerut-kerut lagi muka. Lepas tu senyum puas. Apa? Lepas dah selesai dia serahkan phone dekat aku semula.

" Awak buat apa dekat phone saya?"

Aku buka lock phone dan terpampang wajah aku dan Naim tengah berselfie. Aku tepuk dahi. Kemudian aku tergelak kecil.

" Awak!"

" Apa? Betul lah kan? Supaya tak ada orang akan kacau kau. Jangan risau. Aku dah lama buat dekat phone aku."

Aku tersengih kemudian capai phone dia laju. Dan betul. Gambar sama macam dia set kat phone aku. Aku tergelak lagi. Tapi terharu pun ada.

" Dah macam budak-budak. Alahai."

" Biarlah macam budak-budak pun. Asalkan tak ada orang akan kacau kau."

Aku serahkan balik phone dia. Aku masih tersenyum. Rasa bahagia pula.

" Baiklah buah hati saya yang tersayang. Dah jom balik."

Kami sama-sama bangun dan menuju ke kaunter untuk buat bayaran. Dah selesai kami sama-sama jalan keluar dari restoran tersebut.

" Nak ke mana lagi?" Soalku ingin tahu.

" Kau nak ke mana? Aku boleh temankan."

" Nak ke hati awak. Boleh?"

Spontan langkah kami terhenti. Naim tengok aku pelik. Tak lama lepas tu dia tarik sengihan panjang. Aku dah tergelak besar.

" Sangat dialu-alukan tuan puteri. Pintu hati beta sentiasa terbuka untuk tuan puteri."

Aku sambung gelak dengan kata dan reaksi yang dia buat tu. Ya Allah. Tak kering gusi aku dengan budak ni haih!

" Eii. Gatal erk. Kalau aku tahu kau buat ayat macam ni dekat orang lain siap kau."

" Haha. Dah. Jom balik. Makin di layan makin sakit perut saya."

" Ha? Sakit perut? Dah kenapa? Haih. Takkan dah mengandung. Kita kahwin pun belum ni."

" Naim!!!"

" Hahahahahha. Sorry. Sorry. Jom jom. Gurau je la."

Aku hanya mampu geleng kepala tengok telatah dia. akhirnya aku kembali jalan di sisi dia. tapi kenapa aku rasa dari tadi ada orang memerhati kami. Rasa tak selesa. Tapi aku tak nak Naim sedar. Aku ada juga pandang sekeliling. Tapi tak ada yang mencurigakan pun. Jangan buat aku takut please.

" Pandang depan. Kau akan buat dia tahu kau sedang cari dia. Just pandang depan."

Kata-kata bisikan Naim buatkan aku terkejut serentak pandang depan. Ya Allah. Naim tahu ke?

" Aku dah tahu dan sedar dari dalam kedai lagi. Jangan risau. selagi kau dengan aku. Kau selamat."

Ya Allah. Lindungi kami.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro