Part 27

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

" Balqis!"

Aku jatuh terduduk betul-betul depan kereta. Sikit lagi je nak kena. Mujur driver kereta tu sempat brek. Aku pula memang betul-betul terkejut. Lutut aku dah lemah dan terketar-ketar. Tak hilang dari kejutan ni lagi. Ya Allah. Terima kasih kerana lindungi aku.

" Qis! Awak okay ke?"

Hazim meluru mendekati aku. Cemas reaksinya saat ini. Aku Cuma angguk dengan debaran yang menggila.

" Sa...saya okay."

Aku cuba cari nafas aku kembali. Kejap tarik nafas dalam, kejap hembus perlahan. Aku buat sampai aku rasa agak tenang. Barulah aku bangun perlahan-lahan berhadapan dengan Hazim.

" Cik? Cik okay ke? Maaf saya tak perasan tadi."

Muncul driver kereta tadi meminta maaf. Aku tersenyum nipis.

" Okay. Saya pun minta maaf sebab tak tengok kiri kanan dulu."

Selepas meminta maaf dan selesai, barulah driver tadi gerak balik. Aku pula masih berdiri di sisi Hazim.

" Betul ni awak okay? Muka awak nampak pucat. Nak saya hantar ke klinik?"

Pantas aku menggelengkan kepala.

" Tak ada yang cedera. Saya okay je ni. Jangan risau. Thanks sebab tolong saya tadi."

" It's okay. Betul ni okay?"

" Ye. saya okay. saya balik dulu ye."

Kali ni aku jalan dengan penuh berhati-hati. Mata pula tengok kiri kanan. Takut kejadian sama berulang kembali. Walaupun jalan kampung tapi banyak kereta lalu lalang. Ada yang bawa laju tak fikir orang sekeliling. Buat macam jalan di lebuh raya. That's why tetap kena hati-hati walau di mana pun kita berada.

Mujur rumah tak jauh dari tempat aku tadi. Sebab aku dah mula rasa pening. Maybe kesan dari rasa terkejut tadi. Bila dah sampai dekat pangkin rumah, terus aku duduk dan baring di situ. Pejam mata dan cuba hilangkan rasa pening tadi. Ya Allah. Terima kasih.

" Akak?"

Aku buka mata dan nampak wajah tertanya-tanya Bad. Dia duduk di sebelah aku sambil tengok aku dengan reaksi pelik.

" Akak okay ke tak ni? Muka nampak pucat."

Aku Cuma tersenyum dan kembali memejamkan mata. Rasa selesa tidur mengiring macam ni. Rasa nak muntah dan pitam tadi pun rasa okay sikit.

" Okay. Cuma nak rehat kejap." Nafiku dan tidak hiraukan dia.

" Tapi muka akak nampak pucat lah."

Aku diam. Tiada rasa nak bercakap. Aku rasa letih tiba-tiba.

" By the way, Bad ada dengar telefon akak bunyi tadi. Bad lalu depan bilik akak. Terdengar bunyi telefon. Lagipun akak tak tutup pintu bilik."

Aku Cuma angguk perlahan. Biarlah siapa pun yang telefon. Malas nak ambil tahu.

" Akak nak panadol ke? Minyak sapu ke? Akak tak okay ni."

Aku buka mata dan tengok Bad sekilas.

" Boleh juga. Tolong akak. Nak minyak cap kapak. Panadol tak payah lah."

" Okay. kejap."

Aku kembali tutup mata. Rasa nak tidur je. Baik aku masuk dalam. Aku pun buka mata dan bangun duduk. Rasa pening masih ada. Tapi tak teruk. Tak la rasa berpusing. Cuma loya je la. Perlahan-lahan aku turun dari pangkin rumah dan menuju masuk ke dalam rumah.

" Eh akak!"

Aku masuk dan rasa ingin rebah. Mujur Bad sempat raih aku punya bahu. Kalau tak dah terjatuh. Dia dudukkan aku di sofa. Aku pun baringkan tubuh aku dekat situ. Tudung dibuka dan diletakkan di tepi.

" Bad bawa panadol sekali. Makan panadol terus. Lepas tu akak rehat." Ujarnya berikan arahan.

Aku Cuma menurut perintah dan ambil panadol dari tangan dia. Kemudian segelas air. Bila dah makan ubat, aku pun kembali memejamkan mata.

" Rehat tau. Bad keluar kejap. Apa-apa panggil Bunga dekat dapur."

Aku Cuma angguk. Mujur ada Bad. Kalau tak aku pengsan juga tadi.

**

Aku tersedar dari lena yang panjang bila terdengar suara orang berbual. Aku buka mata dan cari suara orang bercakap tu. Rupanya depan mata aku je. Mereka duduk di sofa bertentangan aku. Bad dengan Bunga.

Aku bangun duduk. Alhamdulillah. Pening dah hilang. Tapi kenapa badan rasa lemah je ni.

" Akak."

Bunga mendekati dan sentuh dahi aku. Eh kenapa?

" Panasnya badan akak. Kita ke klinik la ye?"

Aku sentuh dahiku sendiri. Panas. Aku demam rupanya. Patutlah rasa lemah je. Mesti kejutan dari kejadian tadi. Haih. Tak boleh tahan terkejut betul. Kan dah demam terkejut. Kah!

" Akak okay. akak naik atas dulu. Nak mandi. Baru segar sikit badan ni."

Aku bangun dan dibantu Bunga.

" Hati-hati kak. Bunga tolong akak sampai ke bilik."

Bunga hanya mendengar arahan abangnya tu. Aku Cuma menurut sebab nak jalan pun rasa macam terhuyung hayang je ni. Kang rebah juga aku dekat sini. Aku tak nak susahkan dorang lagi.

" Akak. Ada sesuatu terjadi ke tadi? Sebab Bunga dengar akak mengigau tadi. Betul ke akak okay ni?"

Suara Bunga bila aku dah sampai dekat bilik. Okay. Teruk la aku ni. Hish.

" Nothing happened. Maybe cuaca sama kot. Tak apa. Bunga jangan risau. Bunga turun dulu. Nanti apa-apa akak panggil."

Bunga hanya mengangguk dan keluar dari bilik. Lepas pintu ditutup, aku capai phone dekat birai katil. Dah pukul 2 petang. Lama juga aku tertidur tadi lepas makan ubat. Aku cek notification. Banyaknya. 10 missed call. Dari Naim. Then whatsupp pun banyak dari dia je. Malas la. Tak ada mood nak baca.

Aku tinggalkan phone dekat katil dan masuk ke dalam bilik air. Mandi dan solat zuhur. Then barulah aku baring semula atas katil sambil pegang phone. Aku baca balik apa yang Naim hantar.

Dear. I'm sorry because hurting you.

Alisha. Kau okay ke? Alisha. Marah dekat aku lagi ke? Jawablah call.

Aku rindu kau ni.

Okay. Esok aku balik sana. Jumpa kau. Aku minta maaf. Replylah.

Kau dah merajuk. Kalau tak sebab kerja ni aku memang dah lama balik ke sana.

Alisha. Tak kesian dekat aku ke?

Alisha! Kau okay ke? Bad kata kau tak sihat.

Ayat last dia membuatkan aku merengus geram. Bad ni tak boleh simpan rahsia langsung! Haish! Malas nak reply, aku letak phone dekat tepi. Tak sampai seminit, telefon aku berdering balik. Siapa lagi kalau bukan si Naim tu call. Malas nak jawab aku reject terus call dia dan off phone. Tiada hati. Kita jumpa Sabtu ni je la ye. Bye Naim.

Tok! Tok!

Aku toleh ke arah pintu bilik yang sudah dibuka dari luar. Bad tiba-tiba muncul. Aku jongketkan kening tanda nak apa.

" Akak. Abang Naim nak cakap."

Dia hulurkan phone dia dekat aku. Aku merengus geram. Dengan aku tak dapat, guna adik aku. Eii.

" Cakap akak tidur."

Bad dengan serba salah jawab apa yang aku suruh. Tapi matanya memandang aku inginkan pertolongan. Aku bangun duduk dengan nafas yang lemah. Mahu tak mahu aku hulurkan tangan supaya Bad serahkan phone dia dekat aku. Bad hulur dengan rasa serba salah kemudian keluar dari bilik aku.

Selepas pintu bilik ditutup Bad, aku letakkan phone dekat telinga. Bersedia apa saja dengan bebelan mamat ni.

" Helo." Suaraku malas. Suara pun jadi serak.

" Alisha! God! Finally!"

" Nak apa?" Tanyaku acuh tak acuh.

" Kau masih marahkan aku ke?"

Aku diam. Tak menjawab. Sebab tiada mood dan tenaga.

" Alisha. Please. I'm sorry. Jangan macam ni sayang. Aku rindu kau ni."

Aku tarik senyuman sinis.

" Tahu rindu tapi buat juga. Lain kali boleh tak cakap dulu kalau nak balik. Atau nak buat sesuatu tu. Beritahu saya dulu. Tak la saya tertunggu-tunggu macam patung. Buat macam orang bodoh."

Habis. Kemarahan aku dah dilepaskan. Dah meletus. Tak sanggup nak pendam dah. Kang jadi lebih teruk. Dengan suara yang tak berapa nak ada.

" Okay. I know. My fault. Sorry okay? Janji tak buat dah lepas ni."

Aku merengus geram dan kembali baring. Rasa kepala makin berat. Sakit.

" Suka hati. Jangan janji lepas tu buat lagi." Jawabku acuh tak acuh.

" Ye. I'm really sorry okay?"

" Hmm."

" Kau okay tak ni? Demam erk?"

" Okay je. Jangan percaya cakap Bad. Amboi kemain erk dengan adik saya tu." Sindirku.

" Ala. Okay apa. bakal adik ipar kan?"

Ceh! Sempat lagi!

" Dah. Saya nak tidur."

" Wait. Kau suka bunga ke suka aku?"

" Bunga. Bye."

Terus aku matikan talian. Lepas tu aku tersenyum gara-gara tak dapat tahan. Padan muka. Haha.

**

Baju kurung berwarna pink dipadankan dengan tudung warna hitam. Okay. Siap. Aku dah sedia untuk ke tempat kerja even badan rasa sedikit lemah. Demam belum kebah sepenuhnya. Tapi aku kuat. InsyaAllah. Aku boleh.

Dah puas hati dengan penampilan sendiri, aku ambil beg tanganku dan phone dimasukkan ke dalam beg. Perlahan-lahan aku keluar dari bilik dan menuju ke bawah. Tempat tujuan seterusnya ialah dapur. Kena sarapan dulu before pergi kerja. Kalau tak kena bebel dengan mak kesayangan.

" Mak. Ayah."

Aku tunduk salam kedua-dua orang tuaku before ambil tempat untuk makan. Bad dan Bunga dah makan dulu. Dorang dah praktikal sekarang. So inilah rutin harian dorang. Macam aku. Kerja. Dah lah jauh sikit tempat kerja dorang. Mahu tak mahu kenalah gerak awal. Nasib tempat praktikal sama. Tak la gaduh nak pergi sekali naik kereta. Tu pun pinjam kereta ayah.

" Okay. Kami pergi dulu ye mak. Ayah. Dah lewat."

Selepas kami bertiga disalam, mereka bergegas keluar dari rumah. Lewat dah la tu. Takut jalan jem je la. Kalau tak okay je. Aku pula sambung makan dengan selera yang kurang. Yela tak sihat kan?

" Kamu okay ke? Demam tak kebah lagi tu." Tegur mak dengan risau.

" Okay je. Sikit je mak. Nanti lega la ni." Jawabku lantas habiskan makanan.

" Kalau letih jangan paksa diri. Kang tak fasal-fasal pengsan dekat tempat kerja." Giliran ayah pula menegur.

" InsyaAllah. Okay. Qis pergi dulu. Assalamualaikum."

" Waalaikumussalam."

Aku berjalan ke pintu. Keluar dan sarungkan kasut. Aku kerling kereta Myvi aku tu. Berkat kerja aku tiga bulan. Dapatlah beli kereta. Hasil kumpul duit dari selepas universiti. Adalah juga hasilnya. Even kereta tak besar. Kah!

Pin! Pin!

Terkejut aku bila dengar bunyi hon kereta tersebut. Aku toleh ke arah kiri. Kereta tu macam aku kenal. Takkanlah! Cepat-cepat aku berjalan ke kereta Honda City yang berwarna biru itu. Bila si driver turunkan cermin tingkap aku cepat-cepat pusingkan badan aku ke belakang semula. Kenapa dia datang? Haih!

" Jangan lari! Sini!"

Aku toleh sekilas. Dengan malas aku gerak balik ke arah dia yang tengah tersenyum itu.

" Nak apa? Saya dah lewat nak ke tempat kerja ni."

" Jom. Aku hantar. Kau tu bukan sihat lagi. Cepat."

Aku terlopong. Eii!

" Tak nak. Bukan teruk sangat pun sakit saya ni. Saya masih boleh bawa kereta okay!" Tegasku geram.

" Alisha. Cuba dengar cakap aku ni. Memanglah sekarang kau cakap kau okay. Tapi kalau tengah jalan tiba-tiba kau sakit kepala ke, pening ke? Macam mana? Nanti tak fasal-fasal pengsan dalam kereta tu. Tak kira. Hari ni aku hantar."

Aku tepuk dahi. Susahnya cakap dengan mamat ni.

" Awak. Saya dah boleh jalan. Boleh bangun. Boleh gaduh dengan awak ni maknanya saya okay!" Aku cuba membantah lagi. Lawan selagi boleh. Haha.

" Kau nak masuk or aku pergi cakap dekat parents kau?"

Amboi. Ugut nampak. Tajam aku tengok dia sampai aku terpaksa mengalah. Mahu tak mahu aku naik juga kereta dia. Sebagai protes aku tutup pintu kereta dia dengan kuat. Puas hati aku! Huh! Padan muka!

" Alisha..." Meleret suara dia. tapi ada aku kisah?

" Marah ke? Aku Cuma fikir demi kebaikan kau je. Tak nak kau letih. Kau tu tak sihat. Kau tu bukan boleh. Lemah sikit pengsan. Ingat aku tak kenal kau?"

Dia mula dah bebel. Mula dah! Dah macam mak nenek! Haih! Sabar je la.

" Macam mana tahu saya tak sihat? Demam?"

" Aku kan ada pasang spy."

Aku mencebik. Ingat aku tak tahu la tu siapa spy yang dia maksudkan. Bunga dan Bad ni memang tau. Tak membantu langsung.

" Senyumlah sikit. Hari ni kan hari Isnin. Mulakan hari Isnin dengan senyuman."

Aku buat senyuman plastik lepas tu buat muka masam balik. Dia pula dah tergelak tengok reaksi aku.

" Aku minta maaf. Aku tahu kau masih marahkan aku. Aku tak sengaja dan tak berniat nak buat macam tu kat kau. Semuanya berlaku terlalu cepat so aku terpaksa balik KL. Bantu abang kembar aku tu."

Aku diam. Dah penat asyik nak dengar kata maaf dia tu. Aku dah lama maafkan dia pun. Saja merajuk je lebih. Ego.

" Alisha. Kau sayang aku tak?"

Aku geleng. Sengaja.

" Yeke? Kira aku ni jahat la?"

Aku angguk.

" Okaylah. Kalau macam tu aku undur diri. Maybe aku bukan terbaik untuk kau."

Alahai. Dia mula dah buat suara kesian tu. Sengaja nak uji aku la tu.

" Alisha.."

" Ye. Ye! Saya sayang awak." Aku mengaku akhirnya tanpa melihat dia.

" Thanks sayang."

Aku kerling ke arah dia sekilas. Kemain happy nampak?

" Lepas ni belanja saya makan. Sebagai balasan awak buat saya macam ni."

" Baik madam! Saya menurut perintah!"

Gegeh!

**

" Take care. Nanti aku datang ambil kau."

" Eh. Tak payahlah. Saya balik sendirilah."

Dia pantas menggelengkan kepalanya laju kemudian kerling ke arah aku tajam.

" Nak kena bebel lagi ke?"

Aku tergelak lantas mencebik.

" Yela bos. Saya masuk dulu."

" Okay. anything call me."

" Okay."

Hilang saja kereta dia dari pandangan, aku berjalan masuk ke pejabat. Lepas dah punch card aku menuju ke tempat duduk aku. Bila dah berjaya duduk, aku melepaskan lelah. Bukan apa. Bila badan dah tak sihat, rasa letih tu cepat je sampai. Tu yang tahu nak duduk je. Mujur Naim tak perasan tadi. Kalau tak memang dia larang aku datang kerjala. Mujur dia yang bawa kereta. Huhu.

" Haih. Penat nampak?"

Aku toleh ke kanan. Melihat wajah yang sedang tersenyum itu membuatkan aku turut tersenyum. Dia rakan sekerja aku yang paling rapat. Intan namanya. Dia je boleh ngam dengan aku so far sebab sebaya. Haha.

" Tak sihat sikit. Tapi aku okay je."

Terus dia bangun dan sentuh dahi aku. Aku tolak perlahan.

" Dah tahu tak sihat kenapa datang? Patutnya kau mc je tau?"

Aku tersengih kerang busuk dan tengok dokumen yang ada depan mata aku. Tak ada masa nak rehat Intan oi. Banyak kerja tengah menunggu aku. Nak cepat siapkan before Sabtu ni.

" Tak boleh. Banyak kerja. Jangan risau. Aku okay je la."

" Macam la aku nak percaya. By the way, kau tahu tak kita ada rakan baru. Baru masuk hari ni. Tapi dia bahagian lain la."

Aku mengerutkan dahi.

" Siapa? Kau dah jumpa ke?"

" Aku pun macam kau. Baru je sampai. Lagipun aku rasa nanti bos akan datang dan tolong perkenalkan dia dekat kita semua juga. Satu jabatan kan?"

Aku Cuma angguk dan mula buka laptop. Kerja belambak oi. Nak kena key in data pelajar-pelajar. Bukan sikit tapi banyak gila. Lepas tu nak cek apa yang kurang dan lebih. Kalau salah sikit je key in. Habis.

" Perhatian semua!"

Aku dan Intan memandang ke hadapan. Berdirinya ketua jabatan kami di situ. Aku dan Intan dah berdiri untuk menanti apa yang bakal dia katakan. Semua orang dah berada dalam bilik ini.

" Kejap lagi kita akan adakan sedikit mesyuarat. So dalam setengah jam lagi diminta berkumpul di bilik meeting. Terima kasih semua."

Aku dan Intan kembali duduk. Aku teruskan kerja tapi Intan masih termenung memikirkan apa entah. Aku kerling jam. Dia kata setengah jam lagi kan? Tapi sepuluh minit before tu kena ada dah dalam tu. jangan buat pihak atasan tunggu lama.

" Aku rasa dorang nak kenalkan kita dengan ahli baru."

Aku tersenyum dengan gelengan. Tak habis lagi minah ni. Adeh!

" Dah. Nanti kau akan tahu juga. Jom pergi sekarang."

Aku bangun dan ambil buku catatan dan beg bila tengok jam. Dah 10 minit berlalu. Baik pergi cepat. Nanti tak lah dapat tempat belakang sangat.

Aku dan Intan sama-sama menuju ke bilik mesyuarat. Seperti yang dijangka, sudah ramai berkumpul tapi mujur pihak atasan belum sampai. Kami juga dapat tempat di tengah-tengah. Okaylah dari kena duduk belakang. Kalau duduk belakang tak dapat nampak sangat muka yang akan bercakap kejap lagi.

Cukup setengah jam, ketua jabatan kami dan pihak atasan pun muncul. Aku tumpukan perhatian sepenuhnya dekat depan. Tak nak tertinggal maklumat. Kang jadi lost.

" Assalamualaikum semua. Alhamdulillah di pagi Isnin ini kita dapat berkumpul lagi. Maaf sebab tak maklumkan lebih awal tentang meeting ini. Sebelum tu saya nak kenalkan pada korang semua penolong ketua jabatan baru kita yang akan menggantikan Encik Mustafa yang akan bersara pada esok hari. Jadi ya kita jemput dia ye."

Masuklah seorang lelaki muda dan berlalu ke hadapan dengan bergayanya. Aku perhati langkah lelaki itu dari jauh. Dadaku dah mula berdebar. Nampak cara dan gaya dari belakang, aku macam kenal. Takkanlah?

" Assalamualaikum. Selamat berkenalan. Saya Wan Ahmad Kamil bin Wan Hariz. Saya akan menggantikan tempat Encik Mustafa mulai hari ini. Jadi, minta tunjuk ajar dari korang semua. Terima kasih."

Bagai ada satu batu terhempap dekat belakang kepala aku saat insan tersebut memperkenalkan diri. Aku gigit bibir. Kenapa dia datang kerja dekat sini? Kenapa bukan dekat Paris? Dia dah berhenti ke? Memang stay sini sampai bila-bila ke? Aku tak ready lagi untuk ini sebenarnya. Oh My!

" Weh. Handsome kan si Wan tu?"

Intan di sebelah tegur tanpa tengok muka aku. Aku Cuma diam. Ye dia memang handsome. Tapi sayang aku tak ada perasaan dekat dia. Sebab aku setia dekat Naim.

" Pergilah ngorat dia nanti." Ujarku selamba.

" Memang tak la."

Tu la Intan. Cakap je lebih. Tapi buatnya tidak.

" Okay. kita teruskan meeting hari ni."

Dan selepas itu meeting kami pun bersambung. Lebih kurang 2 jam juga sebab nak make sure hari persaraan untuk esok berjalan lancar. Mujur aku dan Intan tiada tugas melainkan tolong sesama staf saja.

Bila dah selesai, aku dan Intan beransur keluar dari bilik meeting. Jam pun dah menunjukkan pukul 11 pagi. Better pergi makan siap-siap. Malas nak tunggu pukul 1 nanti. Sekadar isi perut sebab pagi tadi pun aku makan sikit je. tiada selera la katakan.

" Intan. Aku nak pergi kafe. Kau nak ikut tak?"

" Awal makan hari ni? betullah kau tengah tak sihat. Jom. Aku ikut."

Elok saja kami keluar dari bilik meeting, kami terserempak pula dengan ahli baru. Siapa lagi kalau bukan Wan. Aku Cuma memandangnya sekilas. Tanpa senyuman. Tanpa kata. Tanpa rasa. Hanya renungan kosong aku berikan pada dia. Macam kami tak pernah kenal. Itu lebih baik kot.

" Qis!"

Tapi malangnya, dia terlebih dahulu memanggil aku. Aku ketap bibir. Si Intan dekat sebelah dah terkejut bila nama aku dipanggil Wan. Maybe tak sangka Wan kenal aku.

" Kau kenal dia ke?" Soal Intan perlahan.

" Kau pergi dulu. Nanti aku datang. Maybe dia tau nama aku dari pihak atasan. Tak pe kau pergi dulu."

Intan jadi terpinga-pinga tapi tetap melangkah pergi. Aku Cuma tersenyum dan mula mendekati Wan yang tengah merenung ke arah aku itu.

" Wan."

" Sampai hati awak buat-buat tak kenal saya."

Aku terdiam. Merajuk ke?

" Saya tak nak orang tahu kita dah pernah kenal dulu. Maaf. Awak tak cakap pun awak balik sini terus. Awak dah berhenti kerja dekat sana ke?" Soalku ingin tahu.

" Tak. Saya minta dipindahkan ke sini. So dapat. Lagipun saya dah lama nak balik Malaysia."

Aku Cuma angguk tanda faham.

" Ada apa-apa lagi ke? Kalau tak saya nak pergi dulu."

Dia diam seketika sebelum sambung berkata.

" Awak bahagia dengan dia?"

Okay. Soalan apakah ini?

" Maksud awak?"

" Dengan bakal suami awak."

Aku tersenyum nipis.

" Alhamdulillah. Kami bahagia. InsyaAllah."

Kemudian dia tarik senyuman senget dan berlalu pergi. Aku tahu dia nampak kecewa. Tapi aku tak mampu nak buat apa-apa. Saya harap awak dapat lupakan saya Wan. Hurmm.

Baru je aku nak melangkah, aku terdengar telefon aku berbunyi. Aku keluarkan phone dari beg. Bila nampak nama di skrin terus aku tarik senyuman lebar.

" Assalamualaikum awak."

" Alisha!"

#Sorry guys sebab dah lama tak update. Lepas ni maybe slow lagi sis update sebab cuti sis dah habis. Korang doakan je la sis banyak idea dan update cepat. Btw jangan lupa komen. Komen korang pembakar semangat sis. Cewah.#

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro