-Chapter 5-

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

●●●●●

JungKook telah menunggu HaNa di depan apartmentnya selama 15 minit, tetapi bayang-bayang HaNa juga tetap tidak kelihatan.

"Adoi! Kalau namanya perempuan, memang lembab lah." Perli JungKook sendiri.

"Sabar, sabar JungKook." Kata JungKoon sendiri.

HaNa terus memasuki kereta dan membuat JungKook terkejut dan melatah "Mak kau hijau!"

HaNa memandang JungKook dan berkata "Idol melatah, kalau aku record tadi. Mesti banyak view kan?"

JungKook terus menarik handbreak dan memandu ke tempat yang ia ingin tuju.

"Diamlah, dah lah lambat. Lepastu masuk kereta orang macam tu je. Kau asal lambat?" Tanya JungKook.

"Tadi aku pergi bagi anak-anak aku makan, dari semalam aku tak bagi makan. Kesian dekat diorang tau." Jawab HaNa.

"Anak?!" Terkejut JungKook.

"Relax lah, anak kucing je. Tak payah nak terkejut sangat lah." Kata HaNa pula.

"Ehhh sekejap, kau nak bawa aku pergi mana pula hari ni?" Tanya HaNa.

"Hari ni, aku nak bawa kau pergi Sungai Han. Kita lepak-lepak, kau pernah pergi sana tak?" Tanya JungKook pula.

"Tak, aku mana lah ada masa nak jalan-jalan macam tu. Alang-alang kau dah bawa aku pergi sana, jangan menyesal tau nanti." Jawab HaNa.

"Ehhhh! Kau boleh ke keluar pagi-pagi ni, kang fans kau kejar kau. Aku tak nak lari macam orang gila disebabkan kau. Elok-elok aku nak jalan-jalan, tiba je aku kena masuk marathon." Kata HaNa lagi.

"Takpe, pandai-pandai lah aku hidup nanti. Kau don't worry lah. Disebabkan kau tak pernah pergi, hari ni aku belanja kau. Kau nak apa-apa cakap je." Kata JungKook.

"Serious?! Jangan menyesal, aku ni pantang orang bagi free. Aku rembat je." Kata HaNa pula.

"Ni JungKook lah, setakat barang yang kau nak tu aku boleh bayar lah." Jawab JungKook.

HaNa dan JungKook ketawa dengan perbualan mereka sendiri.

●●●●●

Turun daripada kereta, HaNa terkejut dengan pemandangan yang dilihatnya ketika itu.

JungKook memandang HaNa yang kelihatan begitu teruja terus menarik tangan HaNa ke gerai di tepi jalan.

HaNa terkedu dan mengikuti juga langkah JungKook tanpa membantah.

"Kau nak corndog yang mana? Kau pilih je, mana-mana yang kau nak. Lepas tu nanti kita boleh makan kat sana." Kata JungKook sambil menunjukkan ke arah kerusi kayu di tepi Sungai Han tersebut.

HaNa memilih corndog yang ia ingin makan dan dibayar oleh JungKook. Setelah selesai, mereka berdua terus menuju ke kerusi kayu tersebut.

"Cantik lah pemandangan kat sini, kalau aku tau dari awal, dah lama aku lepak kat sini." Kata HaNa.

"Mulai hari ni kalau kau nak pergi mana-mana, kau bagi je tahu aku. Nanti aku bawakan, okey?" Kata JungKook.

HaNa hanya tersenyum, ia terus menikmati pemandangan Sungai Han yang terbentang luas.

JungKook dan HaNa makan corndog yang dibeli oleh mereka tadi dengan bahagianya.

Tiba-tiba JungKook mendapat satu mesej daripada managernya.

--------------------------------------------------------
JungKook, kau kat mana? Kitaorang pukul 2 nanti nak on the way terus pergi airport. Pastikan kau ada kat sana.

Okey, aku setelkan hal aku dulu nanti aku on the way aku call kau.

--------------------------------------------------------

JungKook meletakkan handphonenya di dalam poket seluarnya dan terus memandang tepat ke arah HaNa.

HaNa yang perasan dipandang oleh JungKook berasa pelik dengan sikap lelaki yang berada di hadapanya itu.

"Kenapa? Asal kau pandang aku macam tu, ada apa-apa ke kat mulut aku?" Tanya HaNa sambil memegang mulutnya.

"Tak ada apa-apa pun, aku macam tak percaya rupa-rupanya bidadari tu wujud." Jawab JungKook di dalam hati.

"Sebenarnya aku ada something nak bagitau kau ni, tapi kau jangan marah. Okey?" Kata JungKook.

"Mana boleh, kau kena bagitau dulu baru aku boleh confirmkan nak marah kau ke tak." Kata HaNa.

"Fuhhh,  Sebenarnya macam ni, aku kena pergi LA dalam masa sebulan, aku ada konsert kat sana." Kata JungKook.

"LA? Sebulan? Maknanya kau tak dapat nak celebate hari konvokesyen aku lah ye?" Tanya HaNa lagi.

"Tak, tapi balik dari konsert tu kita boleh celebrate sama-sama okey? Kau marah aku ke?" Tanya JungKook pula.

"Tak lah, takkan lah aku nak marah pula. Kau nak pergi kerja, bila kau pergi sana?" Tanya HaNa dengan nada yang sedikit rendah.

"Petang ni, lepas aku hantar kau pergi kerja, aku terus pergi airport." Kata JungKook.

"Petang ni? Okey, jomlah nanti kau lambat pula sampai airport." Kata HaNa dan bingkas bangun dari kerusi tersebut.

"Kau nak pergi sekarang ke? Kau tak nak lepak dengan aku dulu ke? Nanti kau rindu aku pula, jom lah lepak lama sikit." Kata JungKook.

"Buat apa lah aku nak lepak dengan pak cik yang gatal macam kau ni, cepatlah hantar aku!" Kata Hana pula.

"Kau siapa aku nak rindu kat kau, bukan penting pun. Ada banyak lagi kerja aku nak buat lah." Sambung HaNa.

Walaupun HaNa berkata sedemikian tetapi hatinya berkata sebaliknya.

JungKook memandang HaNa dengan perasaan yang hampa.

"Betul ke aku tak penting langsung bagi dia?" Tanya JungKook sendiri.


JungKook terus menghantar HaNa ke tempat kerjanya dan ia juga terus menuju ke airport.

●●●●●

Di Dalam Kelas, 

Hari yang ditunggu-tunggu oleh HaNa telah pun tiba iaitu hari konvokesyennya.

HaNa sentiasa tersenyum walaupun di dalam hatinya berasa hiba dan sebak kerana pelajar-pelajar lain datang bersama ibu bapa dan juga orang yang tersayang.

Di hari konvokesyen, selalunya pelajar akan diberikan bunga oleh orang yang tersayanv untuk menceriakan lagi hari konvokesyen mereka.

Walaupun begitu, HaNa tetap tersenyum.

Moment-moment yang ia cipta bersama JungKook dikenang kembali dan itu membuatkan ia tersenyum.

Lamunannya terhenti apabila datang seorang lelaki bertanyakan "Cik ni, Cik HaNa ke?"

HaNa yang terkejut tanpa berbasa basi terus menjawab "Ye, saya."

"Ada penghantaran untuk Cik, Cik boleh tolong tanda tangan kat sini tak." Kata lelaki tersebut.

"Takkan lah aku nak cakap tak boleh kan?" Kata HaNa di dalam hati.

HaNa berasa tidak selesa dengan pelajar-pelajar yang memandangnya dengan pandangan yang pelik.

Lelaki tersebut keluar daripada kelas HaNa dengan tangan kosong tetapi apabila ia masuk semula ia membawakan sejambak bunga tulip yang sungguh besar.

Bukan sekadar HaNa sahaja yang terkejut malahan guru dan pelajar-pelajar lain juga turut terkejut.

HaNa cuba mengabaikan manusia-manusia yang memandangnya ketika itu.

"Terima kasih." Kata HaNa kepada penghantar itu sambil mengambil bunga tersebut.

"Mak aihhh, besarnya lahai. Siapa pula yang bagi aku bunga ni? Guna penghantaran pula tu." Kata HaNa sendiri.

HaNa membaca kad yang terselit pada bunga-bunga tersebut.

[ Goodluck HaNa! You Never Walk Alone Because You Have Me Beside You. Love You! ] 

-JungKook-

HaNa tersenyum dan berkata "Gila lah kau ni JungKook, kau nak suruh aku bawa bunga ni dekat sekolah ni macam mana?"

Hari konvokesyen HaNa berjalan dengan lancar, walaupun tanpa orang yang tersayang, HaNa berasa bersyukur sangat.

●●●●●

HaNa sedang berniarap di atas katilnya sambil melihat website BTS. Berita bahawa BTS akan membuat konsert telah meluas ke serata dunia.

Tiba-tiba HaNa bingkas bangun dari katilnya dan pergi ke almarinya. HaNa mengeluarkan buku bank yang ia simpan selama ni dan tersenyum.

Incheon Airport

Ini merupakan kali pertama HaNa menjejakkan kakinya di airport. Sewaktu HaNa memasuki pintu kapal terbang, ia berasa sungguh gembira dan teruja.

"Betul ke apa kau buat ni HaNa?" Tanya HaNa sendiri.

"Kalau kau cakap tak boleh pun HaNa, kau dah sampai depan kapal terbang kut. Gila kau nak patah balik, terus kan je lah." Kata HaNa sendiri lagi.

Selama 7 jam HaNa menikmati waktunya ketika ia berada di dalam penerbangan ke LA.

Sampai sahaja ia di LA, HaNa seperti tidak percaya yang ia telah sampai ke negara asing tersebut.

"Excuse me, do you need a taxi servise?" Tanya seorang pemandu teksi tersebut.

HaNa memandang pemandu teksi tersebut dan terus tersenyum.

"Yes." Jawab HaNa.

Pemandu teksi itu terus mengangkat bagasi yang dibawa oleh HaNa ke dalam bonet kereta miliknya.

Sewaktu dalam perjalanan, pemandu teksi itu bertanya "Where do you want me to send you?"

"Can you send me to a hotel near Allegiant Stadium?' Kata HaNa dengan lancarnya.

"Yes, no problem." Jawab pemandu teksi tersebut.

HaNa di hantar di sebuah hotel yang agak berdekatan dengan stadium, ia mengambil masa selama 10 minit untuk sampai ke stadium.

HaNa mendaftar masuk ke dalam hetol tersebut tanpa memerlukan bahasa isyarat, dia berasa bersyukur dengan kesungguhannya sewaktu mempelajari bahasa inggeris.

"Aku datang nak jumpa kau, aku takkan tinggalkan kau sebab aku dah sayangkan kau. Kau pernah cakap, jangan tinggalkan orang yang kau sayang sebab dia perlukan kau." Kata HaNa sendiri.

●●●●●

"Rindunya aku dengan kau, HaNa. Aku rasa aku dah betul-betul sayangkan kau." Bisik hati JungKook.

"Oii, jauh termenung. Ingat siapa tu?" Tanya V.

"Mestilah dia ingat girlfriend dia kat sana, lama tak jumpa. Kau apa tahu? Girlfriend pun tak ada." Perli J-Hope.

"Kau cakap elok sikit eh, aku yang tak nak ada girlfriend, kalau aku nak, aku petik jer jari, 10 datang." Bangga V.

"Heleh, baju kau pun aku yang basuh, ada hati nak ada girlfriend. Mana ada perempuan nak lelaki pemalas macam kau." Perli J-Hope lagi.

V hanya membuat muka cemberutnya dan berlalu pergi.

"Tak nak kawan kau! JiMin tengok J-Hope dia perli-perli aku!" Jerit V sambil berlari ke arah JiMin.

RapMon yang baru datang terus menghampiri JungKook dan berkata "Kau rindu dia ke? Kalau kau betul rindu dia, call lah dia."

"Aku bukan tak nak call dia, tapi aku takut nanti aku kacau dia. Lagipun dia pernah cakap aku bukan penting pun bagi dia." Kata JungKook.

"Suka hati kau lah, janji kau jangan macam ni lagi esok, kita nak perform tau." Kata RapMon lagi.

"Ye aku tahu, kau jangan risau lah." Kata JungKook pula.

●●●●●




Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro