💐27

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Baru turun?"

Tegur John dalam nada memerli. Sudah tengah hari baru terpacak Feng dan Rian. Malam semalam bukan main riuh lagi.

"Perli nampak"

Feng menjeling John yang sedang melahap nasi goreng. Dia duduk dan terus mencedok nasi lalu dimasukkan ke dalam mulut. Rian pula hanya mencapai sandwich dan menghirup sedikit nescafe panas.

"Semalam bukan main bising korang? Buat apa? Tak gaduh pula! Tak ada taufan pula dalam rumah ni semalam? Korang dah berbaik ke?"

Rian mencebik. Berbaik? Lambat lagi kot. Semalam pun mereka tetiba je berbaik. Entah binatang mana yang menghasut dia tak tahu.

"Berbaik? Tak kot? Semalam kami main game bola sebab tu kot tak gaduh. Kau pula kenapa bangun awal? Terpacak pula kat sini biasanya kau pergi lawat kawasan?"

Feng menyoal anak buah kepercayaan abang dia itu. John hanya tersengih saja. Dia sebenarnya malas nak melawat kawasan di hujung kampung itu.

"Malas lah tu"

Teka Feng perlahan. Dia bangun dan membawa pinggan ke dapur. Selesai saja mencuci dia membuka peti ais dan mencapai sekotak air milo lalu dicucuk dan disedut.

BEEP!

John terasa getaran di poket seluarnya. Dia mengeluarkan Samsung S8 nya lalu mesej yang tentera dibuka.

BOS

KLIA 2. PUKUL 1 PETANG.

JOHN

BAIK BOS.


John menutup telefonnya dan memandang kedua budak jagaan dia dengan muka ceria. Walaupun bos dia hanya menulis berapa patah saja dia sudah gembira. Bos kesayangan sudah balik!

"Korang siap-siaplah. Kita ada sejam lagi. Aku nak sediakan kereta kejap"

Kata John lalu berdiri. Nampaknya terpaksalah dia menggunakan kereta vellpire putih itu.

"Buat apa?"

Soal Rian malas. Dia menuju ke ruang tamu. Feng pula bersandar di dinding dapur sambil menyedut air.

"Bos balik"

Ringkas dan padat. Feng angguk dan membuang air kotak ke dalam tong sampah berhampiran. Rian pula terus naik ke biliknya. Sempat kot kalau bersiap dalam masa sejam.

▪▪☆☆▪▪

Raisya tersenyum riang apabila menjejak kaki ke balai ketibaan. Rindunya dia terhadap negara sendiri. Masa di China dia tak berjalan mana pun sebab suaminya sibuk dengan urusan kerja.

"Jangan gembira sangat. Nanti orang cop kau gila!"

Tegur Danny lalu memakai kaca mata hitamnya. Dia memaut bahu isterinya erat.

"Biarlah. Diri saya dorang peduli apa"

Balas Raisya. Dia membetulkan shawl dia yang tersenget itu. Mark dan Jay pula diarahkan menolak bagasi mereka di dalam troli. Shawn juga ikut sama.

"Jom kita tunggu depan. John dah ada kat sana"

Kata Jay tanpa memandang. Dia menutup telefonnya dan mula menolak troli miliknya dan Shawn. Shawn pula mengangkut barang kesayangan dia. Laptop dan macbook.

"Selamat kembali bos"

Ujar John dengan senyuman. Danny hanya angguk saja. Raisya pula sudah terlompat apabila terlihat Rian yang berjalan sambil menyedut air.

"Rian!"

Jerit Raisya kuat. Rian terus berlari mendapatkan kakaknya. Mereka berpelukan. Danny hanya memandang saja dua beradik itu berpelukan. Feng pula menumbuk perlahan bahu abang dia.

"Ole-ole aku ada tak?"

Feng tersengih. Terbayang buah tangan dari negara kelahiran dia.

"Tak ada. Tak sempat beli"

Hati Feng berkecai. Tergamak abang dia tak beli hadiah untuk dia. Terkubur angan-angan dia. Feng sudah menayangkan wajah sedihnya.

"Hai Feng"

Tegur Raisya. Feng hanya meng-hmm saja. Raisya pandang suaminya dan reaksi Danny hanya mengangkat bahu sahaja.

"Kenapa ni? Sedih je"

"Tak ada apa"

Terus Feng masuk ke dalam kereta dengan wajah muram. Jay dan Mark sudah lama terlelap di dalam. Shawn pula berbual bersama John.

"Jomlah kita gerak"

Ajak John. Shawn duduk di sebelah pemandu. Rian di seat belakang sekali bersama Fenh yang bermuram durja.

"Kenapa adik awak?"

"Dia nak ole-ole"

"So?"

"Kau rasa aku beli?"

Danny memandang Raisya. Isterinya itu tersenyum lalu memeluk pinggang Danny erat.

"Of course awak beli. Adik awakkan. Kita belikan untuk dia dan Rian sekali. Awak ni! Patutlah Feng masam je"

Raisya mencubit lengan suaminya. Danny hanya tersengih saja. Mereka masuk ke dalam kereta. John mengerakkan kereta meninggalkan kawasan itu yang semakin sibuk dan sesak.










________

Tada....

Update here!

Sis terajin nak update mlm ni!

Maybe mood raya kot 😂😂

So bolehlah baca 🤗

Vote n comment...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro