💐3

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Rahim memandang ketiga lelaki itu dengan wajah yang pucat. Tak disangka mereka akan datang ke rumahnya.

"Bila kau nak bayar hutang aku"

Danny berkata tanpa memandang Rahim. Lelaki tua itu banyak berhutang dengan dia. Tapi hutang satu sen pun tak pernah bayar.

"Nanti aku ada duit aku bayar. Buat masa ni aku tak boleh bayar lagi"

Rahim tertunduk tatkala bertentangan mata dengan pandangan dingin Danny. Air liur ditelan kesar.

"Bayar? Bila? Setahun? 10 tahun? Atau tak bayar terus"

Sinis Danny. Dia memandang Rahim yang terkulat-kulat di hadapan dia. Raisya dan Rian pula hanya memerhati dan mendengar saja.

"Betul tuan. Saja janji saya akan bayar balik. Saya betul-betul tak ada duit sekarang ni"

Ujar Rahim bersungguh-sungguh. Danny macam biasa tak beriak. Dia hanya merenung dingin ke arah Rahim.

"Kau tahukan apa akan terjadi kepada kau kalau kau tak bayar hutang kau?"

Rahim meneguk air liur. Itu dia pasti. Nyawa dia kini di hujung tanduk saja. Mark dan Jay sudah mengukir senyuman senget. Sudah pasti Rahim akan mati di tangan bos mereka.

"Tuan tolong bagi saya peluang. Saya sanggup buat apa saja sampai hutang saya langsai"

Danny tersenyum senget. Dia sudah jangka itu jawapan daripada Rahim. Dia mendekati wajahnya ke wajah Rahim.

"Aku akan bagi kau peluang kalau kau setuju dengan syarat aku"

Bisik Danny perlahan. Rahim terus angguk. Dia masih sayangkan nyawanya.

"Baguslah. Aku nak kedua anak kau tu"

Mata Danny tajam memerhati Rian dan Raisya. Rahim sudah membuat muka hairan.

"Tapi tuan---"

"Kau nak bagi atau tak? Kau bagi hutang kau settle"

Danny memberi kata putus. Mata Rahim sudah bersinar. Dia sudah nampak harapan dia kat situ.

"Saya setuju"

Danny memberi isyarat kepada Mark. Dia berbisik perlahan di telinga Mark. Mark angguk dan menghampiri Rahim.

"Ada syarat. Pertama, kau tak boleh ambil mereka lagi. Kedua, kau tak boleh jenguk mereka dan ketiga kau tak boleh ganggu mereka. Kalau kau berkeras kepala kau tembus"

Rahim angguk pantas. Ugutan daripada Mark sangat menakutkan. Danny berdiri dan menghadap Rian dan Riasya.

"Korang selamat. Pack baju korang dan ikut aku. Jay kau uruskan mereka. Mark kau pastikan orang tua ni tak ganggu budak-budak tu"

Sebaik saja berkata dia terus keluar dari rumah kayu itu. Rahim tidak dapat bergerak kerana Mark mengawasinya.

"Pack baju korang. Jangan lambat"

Jay berkata dalam nada serius. Raisya dan Rian tanpa banyak terus masuk ke dalam bilik mereka. Persoalan banyak hendak ditanya tetapi mereka bersabar.

Setelah siap mereka menuruni tangga rumah kayu itu. Rian dipapah oleh Jay dan dibawa masuk ke dalam kereta mewah itu. Raisya pula memandang rumah mereka buat kali terakhir.

"Masuk"

Suara keras Mark membuatkan Raisya terus masuk ke dalam kereta. Mark memandu kereta meninggalkan kawasan itu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro