💐33

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Abang kita nak ke mana?"

Soal Raisya. Dari tadi dia asyik melihat luar tingkap. Tengok hutan je mampu. Suami dia pula asyik berbual dengan earphone. Bosan!

"Mana-mana je"

"Jangan bawa aku pergi mati sudah"

Gumam Raisya perlahan. Sebab apa? Danny bawa kereta macam kat litar lumba. Semua kereta di hadapan dipotong macam tu saja.

"Kenapa? Sayang nak mati dah ke?"

Raisya menarik muka. Boleh pula kata macam tu? Dengan muka tak ada perasaan. Deep gila!

"Aish! Awak nak saya mati ke? Boleh la awak kahwin lain kan?"

Sinis Raisya. Danny tergelak kecil. Dia memperlahan keretanya dengan memasuki lorong kiri. Kereta dipandu perlahan.

"Awak izinkan ke? Abang dah ada calon. Tengah tunggu keizinan dari sayang je"

"Dah ada? Bawalah jumpa saya. Nak tengok macam mana rupa madu saya"

Danny tersenyum. Raisya cemburu! Dari raut wajah saja Danny dah tahu tahap cemburu Raisya. Masam mencuka wajah dia.

"Tak mungkin abang nak menduakan sayang. Sayang pun dah cukup untuk abang. Kalau tambah lagi sorang habislah abang"

Danny mencapai tangan kanan Raisya lalu dikucup lembut. Raisya tersenyum suka mendengar kata-kata suaminya.

"Saya tahu awak tak akan duakan saya"

Raisya melentokkan kepalanya ke bahu Danny. Lengan Danny dipeluk erat. Macam tak nak lepas.

"Sayang?"

"Ya"

"Sayang memang nak goda abang ke apa?"

Raisya terus melepaskan pelukan di lengan Danny. Muka dia dikerutkan. Danny pula tersenyum nakal.

"Mana ada!"

"Habis tu yang sayang peluk abang tadi tu apa? Bukan nak goda. Nasib baik abang tengah bawa kereta kalau tak habislah sayang"

Raisya terus mencubit pinggang Danny. Wajah dia membahang. Danny pula mengerutkan mukanya menahan sakit. Perit kot!

"Adoi sayang! Sakit. Abang bawa kereta ni"

Raisya melepaskan cubitan dia. Danny mengosok pinggang dia. Boleh lebam terken tangan ketam isterinya itu.

"Padan muka!"

Dengus Raisya. Dia memeluk tubuh dan memaling tubuh ke arah lain. Malas nak layan suami dia itu. Kalau datang miang habis semua nak usik. Raisya pula terpaksa menahan malu.

"Bos"

Sapa satu suara. Danny yang tadi tersenyum terua berubah serius. Raisya yang melihat raut wajah suami dia berubah hanya diam.

"Hmm"

Dingin Danny membalas. Dia memandang cermin pandang belakang. Ada dua buah kereta hitam jenis honda city mengekori keretanya.

"Ada dua kereta ikut bos. Aku rasa tu budak-budak suruhan Joshua"

Kata Mark. Danny mendengus kasar. Stereng kereta di hentak kuat. Kelajuan kereta dinaikkan. Semakin laju Danny bawa semakin laju kereta itu. Raisya pula hanya mampu berdoa dalam hati saja.

"Shit! Korang kat mana?"

Soal Danny kasar. Dia melihat melalui cermin sisi. Kereta itu mula mahu merapati mereka. Mujur saja ketika itu jalan agak lenggang. Tengah malam memang kurang kereta lalu lalang.

"Kami kat belakang. Aku dah aim dah dorang. Ada lapan orang semuanya"

"Aku nak kau ambil satu aku ambil satu. Buatlah nak buat apa janji mampus semuanya!"

Danny terus mencampak earphone ke arah Raisya dengan wajah bengis. Raisya pula tersentak akibat balingan kasar itu. Tetapi dia hanya mendiamkan diri saja.

BANG!

Satu tembakan terkena di belakang kereta. Danny memandu lagi laju. Danny sempat mencarut sedikit. Dia pandang Raisya. Dilihat isterinya mula cuak. Terpapar ketakutan di wajah Raisya.

"Sayang ambil pistol abang dalam tu"

Raisya terus membuka tanpa banyak soal. Mulut dia ternganga melihat bermacam-macam jenis senjata di dalam itu. Ada pistol, pisau, bom tangan dan bermacam-macam lagi. Dia mencapai pistol jenis FN-57 dan memberikannya kepada Danny.

"Good choice sayang. Abang suka"

Sempat Danny mengenyitkan matanya apabila melihat pistol itu. Raisya pula hanya menayang wajah pelik saja.

Danny menukarkan kereta ke automatik dab kereta itu bergerak sendiri. Danny berpaling ke belakang dan melepaskan tembakan tepat di tayar hadapan. Kereta itu mula hilang kawalan dan merempuh penghadang jalan lalu terbalik.

Danny kembali memandang ke hadapan. Dia melihat reaksi Raisya dan ternyata isterinya sudah pucat. Mungkin terkejut. Danny mendail nombor anak buah dia.

"Kau dah settle?"

"Beres bos"

"Uruskan mereka dan hantar pada Jay"

"Baik bos"

Danny mematikan panggilan. Nama Jay pula di cari dan didail. Wajah dia kekal tegang.

"Hello bos!"

"Ada hadiah untuk kau. Macam biasa"

"Mesti hadiah tu kan. Aku faham. Dah lama aku tunggu hadiah dari kau"

"Yeah I know. Sekejap lagi hadiah kau sampai. Kau buatlah apa kau nak buat. Pastikan barang aku hidup lagi"

"Ok bos. Aku tahu nak buat apa. Barang kau aku cuma usik sikit je"

Danny terus mematikan panggilan kereta dipandu seperti biasa. Pistol diletakkan di atas dashboard. Dia tersenyum jahat. Tahu apa yang bakal terjadi kepada mereka apabila sampai pada Jay nanti.









___________

Yeah update!

Nak habiskan story ni cpat-ii. Mls nak tangguh-ii lgi. Nak habiskan sebelum exam nanti. Hrap korang sabar tunggu cite ni complete smuanya.

Salam dari author 😄

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro