BAB 1

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼


Aira Medina

Kring!! Kring!!

Kedengaran bunyi nyaring daripada jam loceng Aira. Aira lantas sahaja mematikan deringan jam loceng tersebut, dia bangun daripada katilnya lalu menyelak langsir biliknya.

"Erghhh!! " ucap Aira sambil mengeliat memandang pemandangan yang indah melalui tingkap biliknya.

"Aku kena bersiap cepat ni! Hari ini hari pembukaan cafe aku" kata Aira dengan bersemangat lalu terus sahaja dia mencapai tuala bewarna pinknya di ampaian pakaian biliknya.

******************

Haufan Hazzan

Seorang butler sedang setia berdiri di pintu bilik tuannya sementara menunggu tuannya bersiap. Tiba-tiba sahaja pintu bilik terbuka lalu butler tu pun membongkokkan sedikit badannya.

"Tuan muda, breakfast tuan muda dah terhidang di atas meja makan, barang-barang keperluan tuan muda juga saya telah letak di atas meja di ruang tamu" ucap butler

" Kevin dah sampai ke?" soal Haufan dengan nada yang mendatar sambil memakai jam tangan berjenama casio.

"Oh ya tuan Kevin sudah lama menunggu tuan muda di meja makan" tanpa menjawab apa-apa Haufan terus sahaja bergegas turun ke meja makan. Dia terlihat Kevin iaitu PAnya merangkap teman baiknya sendiri sedang melahap makanan.

"Kau asal datang rumah aku je kebulur, kau ni tak pernah makan ke ha!" kata Haufan dengan dinginnya.

Kevin yang mendengar kata-kata daripada mulut Haufan itu hanya mengendahkannya sahaja. Bukannya dia tidak mengenali bahawa Haufan sememangnya begitu.

"Suka hati aku la bro! , lagipun kau tu lambat sangat bersiapnya daripada aku mati kebulur baik aku makan" ucap Kevin yang asyik dengan makanannya.

"Lantak kau la. Misi semalam macam mana ada budak-budak yang cedera? " soal Haufan sambil dia menikmati mushroom soupnya

"Nope. Budak-budak kita semua okay lagipun semalam yang conduct misi tu Rizqin and Ayan, berani ke budak-budak ni buat hal"

"Kalau macam tu baguslah, nanti malam aku datang markas jangan lupa inform kat mereka semua" ucap Haufan

******************

"Ma! Pa! Morning hihihi" ucap Aira sambil mencium pipi mereka

"Amboi semangatnya kamu hari ni, pagi-pagi lagi dah cantik ni nak kemana princess mama ni" soal Datin Amina sambil mencedok mi ke dalam pinggan suaminya

"Mama.. Hari ni kan hari pembukaan cafe Aira mesti mama lupa kan"

"Mama kamu ni memang asyik lupa je maklumlah dah tua kan" usik Dato Rizqi

" Eh abang ni sedap awak je cakap saya tua ye" Datin Amina terus sahaja menarik muka

"Papa ni tak baik la usik mama macam tu mama cantik la muda lagi. Aira faham mama sibuk sebab tu mama terlupa" ucap Aira untuk memujuk hati mamanya

" abang minta maaf ye sayang, abang nak bergurau-gurau je pagi ni" ucap Dato Rizqi

"Amboi mama papa, depan adik pun nak bersweet-sweet ke? " soal Azriq Daniel yang merupakan anak sulung mereka

"Biar la along mama papa nak sweet kan adik" sampuk Azeen Damien yang merupakan anak ketiga mereka daripada belakang

"Along! Acik! Cepatlah duduk makan adik tak sabar ni nak rasmikan cafe baru adik" ucap Aira dengan teruja.

Oh ya! Mesti korang pelik kan kenapa along dengan acik panggil aku adik walaupun bawah aku ada adik lelaki lagi, sebab aku satu-satunya anak perempuan dalam keluarga ni dan diorang ni sangat protective terhadap aku.

"Along, angah dengan Aqil mana? " soal Aira yang melihat ketiadaan abangnya yang kedua iaitu Aryan Darwish dan adiknya Aqil Dazrin.

" Diorang dah bertolak tadi dah katanya nak buat persiapan akhir" kata Azeen sambil mengunyah roti bakar. "Ma dengan Pa ikut tak? " soal Azeen

"Mestilah ikut ni kan impian Aira nak buka cafe dia sendiri mestilah mama nak tengok" ucap Datin Amina

"Awww mama, Aira sayang mama" ucap Aira lalu dia terus berdiri memeluk Datin Amina

" Dah dah lebih baik cepat makan, nanti terlambat pulak nak ke cafe adik tu. Biar along yang hantar adik"

" ahh along, adik nak bawa kereta sendiri" ucap Aira sambil memuncungkan bibirnya

"Adik ikut je eh along lagipun angah rasa bahaya kalau adik bawa kereta sendiri lebih-lebih sekarang ni waktu orang masuk kerja " ucap acik dengan lembut.

Aira hanya mampu mengangguk dengan lemah. Dia tidak mampu melawan kata-kata alongnya yang sememangnya sangat tegas terhadapnya.

Di Cafe Aira...

" angah! Aqil! Kenapa tak tunggu adik " kata Aira sambil bercekak pinggang melihat Aryan dan Aqil sedang menggantung banner di hadapan cafe Aira

"Siapa suruh adik bangun lambat" ucap angahnya sambil menjelirkan lidah

Aryan dan Aqil pun terus sahaja turun setelah selesai menggantungkan banner tersebut.

"Kakak! Aqil kena heret dengan angah pagi tadi. Lepastu dia paksa Aqil ikut dia" adu Aqil kepada Aira

" Sian adik kakak ni, nanti kakak belanja Aqil makan kat kedai favourite Aqil okay" Aira menghulurkan jari kelengkengnya kepada Aqil untuk mengikat janji

" Sudah daripada tadi asyik nak berdrama je. Lagi 5 minit cafe Aira ni nak buka, tengok tu dah ramai orang duduk berkumpul di depan cafe" ucap angah sambil menundingkan jarinya keluar cafe

" Yeah! Semangat! " ucap Aira lalu terus membuka pintu cafe miliknya

Sambutan perasmian pembukaan cafe milik Aira disambut dengan sungguh meriah oleh semua orang. Keunikan cafe Aira menjadi tumpuan orang ramai kerana cafenya berdekatan dengan pusat bandar serta di seberangnya terdapat satu syarikat ternama yang gah sekali iaitu H.H Tech.

Haufan Hazzan pov

Haufan memandang keluar tingkap, matanya tertumpu kepada sebuah cafe yang dikunjungi ramai orang itu. Dia memandang tajam kearah banner milik cafe tersebut.

"Pembukaan Cafe Lovely, patutlah ramai orang tch! " ucap Haufan sambil bedecit

"Uishh! Ramai orang tu mesti makanan kat situ sedap and mesti ramai perempuan cantik kerja kat cafe tu" kata Kevin sambil tersengih

" Aku tak nak dengar kau buat hal ye kalau tak siap kau" Haufan memberi amaran keras kepada Kevin

" ala kau ni Haufan tak boleh ke chill je, aku bukannya aku-

Haufan hanya memekakkan sahaja telinganya daripada mendengar bebelan daripada Kevin. Bukannya dia tidak tahu Kevin sememangnya seorang banyak mulut.

Tiba-tiba IPhone 11 milik Haufan berbunyi menandakan terdapatnya panggilan, tanpa membuang masa terus sahaja Haufan mengangkat panggilan tersebut

Haufan
Ye! Ada apa?

Rizqin
Fan.. Malam ni ada orang nak serang markas kita.

Haufan
Huh! Siapa!?

Rizqin
Geng White Dragon.

Haufan
Shit!! Orang tua tu memang tak serik kan. Kau tunggu malam nanti aku turun padang.

Haufan terus sahaja mematikan panggilan tersebut lalu menghempas telefon ke atas kerusi keretnya. Kevin hanya memerhati sahaja riak wajah dingin Haufan

" Malam ni aku nak semua turun markas, orang tua tak guna tu tak pernah serik-serik lagi" ucap Haufan dengan riak muka yang tidak puas hati.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro