BAB 11

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


Aira pun segera menuju ke arah Haufan. Kepalanya ditundukkan, dia tidak sanggup untuk melihat muka Haufan. Tangannya sahaja yang menghulurkan makanan kepada Haufan.

"Kenapa kau tunduk? " soal Haufan akan tetapi huluran Aira tidak di sambut olehnya.

"Tak.. Takde ap.. apa-apa. Ni haa makan Encik Haufan err sa.. saya per.. pergi dulu" lantas Aira meletakkan makanan tersebut di atas meja Haufan lalu ingin beredar

Baru sahaja tangan Aira ingin memulas tombol pintu tersebut Haufan menarik pergelangan tangan Aira sehingga Aira berpusing menghadapnya.

Aira cuba untuk melarikan diri namun Haufan bertindak lebih pantas dengan menahan kedua-dua pergelangan tangan Aira. Mereka bertentangan mata jarak antara muka mereka hanya beberapa inchi sahaja.

Aira dapat mendengar deruan nafas Haufan menyapa mukanya. Jantungnya berdegup laju memandang mata Haufan yang bewarna brown itu.

"Err encik Haufan, emm Encik nak apa lagi ye? Boleh tak lepaskan saya" ucap Aira yang cuba melarikan pandangan matanya daripada memandang mata Haufan.

Haufan terus sahaja melepaskan pegangan tersebut dan berdehem sambil membetulkan tali lehernya.

"Kau tak nak duit ke? " soal Haufan

Aira pun menepuk dahinya tanda terlupa meminta bayaran makanannya, dia pun segera menghulurkan tangannya sambil tersenyum kekok ke arah Haufan.

"Kau tunggu dekat situ, aku habis makan baru aku bayar" ujar Haufan lalu menuju ke arah mejanya.

Aira hanya reda dia berasa segan dan malu, jadi dia hanya menurut arahan Haufan. Aira pun segera duduk di sofa bersama-sama dengan Kevin dan dua orang rakan Haufan yang tidak dikenalinya.

Keadaan menjadi sangat kekok kerana tiada satu orang pun yang bersuara, hanya kedengaran bunyi Haufan sedang mengunyah makanannya sahaja.

Aira hanya tersenyum kekok ke arah Rizqin tetapi Rizqin tidak memberi sebarang reaksi pun hanya muka dingin yang ditayangkan olehnya.

"Kenapa la aku kena duduk dengan diaorang ni" ujar Aira di dalam hatinya.

"Haiii!! Aku Ayan sebelah aku ni Rizqin. Maaflah Rizqin ni memang sombong sikit bukan sikit tapi banyak tau" ucap Ayan sambil memperkenalkan dirinya sambil tersenyum manis ke arah Aira.

"Hai.. Saya Aira, saya owner cafe kay depan tu, selamat berkenalan" ujar Aira sambil memperkenalkan dirinya.

"So korang pun dah kenal masing-masing kan so let's be friend" jerit Kevin secara tiba-tiba

Aira hanya mengangguk tanda setuju dengan cadangan Kevin. Dia pun tidak mempunyai ramai kawan lelaki jadi apa salahnya dia berkawan dengan mereka bertiga.

Kelihatan mereka semakin rapat, rancak sahaja berborak sesama mereka. Rizqin hanya diam dan memerhati sahaja, dia sememangnya seorang yang tidak minat untuk bercerita tentang sesuatu pekara.

Aira merasa seronok dapat berborak bersama mereka dia sering sahaja tertawa melihat Kevin dan Ayan membuat lawak bodoh, kadang kala mereka berdua bergaduh.

Haufan hanya memerhati Aira, dia terpegun melihat Aira tersenyum dan tertawa bersama-sama rakan-rakannya. Dia tahu bahawa Aira berasa takut jika berhadapan dengan akan tetapi dia suka melihat Aira sebegitu, baginya Aira sungguh comel ketika dia takut.

Beberapa minit kemudian Haufan telah pun selesai makan, dia berdehem dengan kuat untuk menarik perhatian Aira, namun Aira terlalu asyik berborak dengan rakan-rakannya. Hanya Rizqin yang sedar dan memandang Haufan.

Haufan pun segera berdiri menuju ke arah mereka berempat lalu terus sahaja dia mengambil tempat di sebelah Aira. Aira yang sedang bergelak tawa tadi terus sahaja diam dan kaku di sebelah Haufan

"Asal kau diam, tadi bukan main rancak lagi borak"

"Tak.. Er Encik Haufan dah selesai ke? Boleh saya minta diri, banyak lagi kerja kat cafe" ujar Aira perlahan

Haufan pun melirik mata ke arah rakan-rakannya lalu memberi isyarat supaya keluar dari pejabatnya. Mereka bertiga yang memahami isyarat tersebut terus sahaja berdiri dan beredar meninggalkan Aira dan Haufan berdua di dalam pejabatnya.

Aira berasa janggal kerana hanya dia dan Haufan sahaja berada di dalam bilik tersebut.

"Ya tuhan!! Apa la salah aku sampai kena tahan dengan singa garang ni" rintih Aira di dalam hatinya.

"Aku suka masakan kau" ucap Haufan ringkas

"Yeke.. Terima kasih En-

"Tapi aku lagi suka kau" ujar Haufan secara tiba-tiba lalu dia cuba untuk mendekatkan mukanya ke muka Aira.

Aira sudah merasa gerun, matanya di pejam rapat tidak sanggup melihat apa yang akan dilakukan oleh Haufan terhadapnya. Tiba-tiba dia rasa hidungnya di cuit lalu dia pun membuka matanya perlahan-lahan.

Kelihatan muka Haufan sangat dekat dengannya, Haufan pun memberi not 50 ringgit di hadapan muka Aira. Aira segera merampas duit tersebut lalu menolak dada Haufan.

"Ah err kejap ada baki" lalu Aira membelek hand bag kecilnya namun di halang oleh Haufan

"Tak perlu.. Esok aku nak kau hantar makanan lagi aku nak mushroom soup set dengan garlic bread then 4 americano ais" beritahu Haufan

Aira pun segera menunduk sebagai tanda terima kasih lalu terus sahaja berlari keluar daripada pejabat Haufan. Haufan hanya tersenyum kecil melihat gelagat Aira itu.

"Comel" getus hati kecil Haufan.

*******************************************

Malam itu...

Aira dah keluarganya sedang makan malam bersama-sama. Aira menggaul nasinya sambil termenung mengingatkan kejadian tengah hari tadi.

Masih terngiang-ngiang ucapan Haufan di dalam minda Aira. Sehingga menyebabkan Aira menjerit secara tiba-tiba di meja makam tersebut. Semua ahli keluarganya memandang pelik ke arahnya.

"Arghhhh!! " jerit Aira secara tiba-tiba

"Dik kau kenapa tiba-tiba menjerit ni? Pedas ke? " soal Azriq

"Hah? Ehh tak de la along, adik cuma.. cuma haa teringat kat video katak yang adik tengok tadi eeii geli" tipu Aira

"Hish kamu ni Aira tengah makan ni kenapa cakap pasal tu, hilang selera orang nak makan nanti" tegur Puan Amina

"Err sorry maa.. " ujar Aira sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Aira cepat-cepat menghabiskan makanannya lalu beredar ke dapur. Pinggannya dicuci lalu laju sahaja kakinya menaiki tangga menuju ke biliknya.

"Kenapa dengan adik tu? " soal Azeen

"Entah laa.. Haa angah kau kat cafe kan ada apa-apa jadi kat adik ke? " soal Azriq kepada Aryan

"Ehh mana ada along, kat cafe tadi adik okay je, dia bergelak ketawa dengan pekerja semua angah tengok" ucap Aryan

"Kakak tu tengah cuti kan, mood tak menentu la" sampuk Aqil tiba-tiba

"Ehh pandai je kau ye qil! " marah Aryan

"Apa!!  Betul laa "  marah Aqil semula

"Sudah-sudah..  Makan cepat! Tak elok bergaduh depan rezeki"  ujar Dato Rizqi tegas. Mereka semua pun menyambung makan semula selepas di marahi oleh Dato Rizqi.

Aira Side...

"Arghhh ni semua tak betul!!! " jerit Aira sambil menekupkan mukanya di atas bantal. Dia tidak mahu keluarganya mendengar suara jeritanya.

Aira berjalan ke hulu ke hilir di dalam biliknya. Fikirannya masih terngiang-ngiang ayat Haufan itu.

"Eiiii kenapa asyik teringat ayat si singa garang tu... Hish dia saja je bergurau tu, tak kan la dia tiba-tiba suka kat aku. Baik aku tidur haa tidur mungkin aku boleh lupakan kejadian tadi" omel Aira sendirian

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro