BAB 17

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


"Aku nak cakap pasal Aira" beritahu Azriq.

"Masuk la dalam kereta aku, aku tak boleh lama-lama" Haufan pun memasuki keretanya di ikuti oleh Azriq.

"Kau nak cakap pasal apa? " soal Haufan

"Aku memang susah nak percayakan orang tapi kau memang betul-betul boleh jaga adik aku? Aku bukan apa aku tak yakin sebab kau tu mafia, aku tak nak nyawa adik aku makin terancam" Azriq terus sahaja meluahkan apa yang terbuku di dalam hatinya.

"Aku yakin aku boleh jaga Aira, aku jamin keselamatan dia sebab aku tau kerja aku macam mana, aku tau macam mana nak uruskan musuh aku" jelas Haufan pula

"Aira tu la satu-satunya adik perempuan aku, aku tak nak kehilangan dia adik-adik aku yang lain pun sayangkan Aira, jadi aku harap kau boleh jaga adik aku sebaiknya" ucap Azriq sambil menepuk-nepuk bahu Haufan.

"Aku benarkan kahwin dengan Aira" Azriq memberikan kata putus

"Kau jangan risau, aku akan jaga Aira sebaik mungkin macam aku jaga nyawa aku sendiri" ucap Haufan pula

"Nanti aku akan bincang perkara ni dengan family aku terus. "

"Kalau boleh perkahwinan aku dengan Aira mestilah di lakukan as soon as possible, aku tak nak Hadif mulakan rancangan dia" pesan Haufan. Azriq hanya mengangguk tanda setuju.

Azriq berharap ini adalah keputusan yang tepat yang dia lakukan. Dia buat sedemikian kerana memikirkan keselamatan Aira.

"Along buat ini semua untuk adik" ucap hati kecil Azriq.

*******************************************

Keesokan harinya Aira pun dapat discharge dari hospital. Azriq yang kebetulan mengambil cuti pada hari itu, menjemput Aira dari hospital.

Semasa dalam perjalanan ke rumah, kedua-dua mereka hanya diam sahaja, hanya kedengaran bunyi lagu dari radio. Mungkin tiada topik yang mahu di bualkan oleh adik beradik itu.

Azriq masih lagi memikirkan bagaimana cara dia ingin memberitahu Aira supaya Aira bersetuju untuk berkahwin dengan Haufan. Dia sudah pun memberitahu hal tersebut kepada ahli keluarganya yang lain. Sudah semestinya mama mereka yang paling risau akan keselamatan Aira.

Kesemua ahli keluarga bersetuju agar Aira berkahwin dengan Haufan, namun keputusannya masih terletak di tangan Aira. Sekiranya Aira tidak bersetuju bagaimana? Takkan la dia mahu memaksa Aira. Nampaknya dia terpaksa menggunakan cara tersebut

"Adik.. Along ada perkara nak bincang dengan adik" ujar Azriq secara tiba-tiba. Aira yang sedang mengelamun itu terus tersedar apabila terdengar suara alongnya.

"Haa ye.. Apa dia along? Maaf tadi adik mengelamun" ujar Aira

"Along harap adik dapat terima apa yang along nak cakap ni.. Along nak adik kahwin."

"Apa?!! Along ni bukannya masa nak bergurau la " ujar Aira sambil memandang pelik ke arah alongnya.

"Along tak main-main dik.. Along dah beritahu mama papa dan mereka pun setuju" jelas Azriq lagi

"Wait!! Apa ni along, perkara ni bukan boleh bawa main. Tiba-tiba sahaja along nak suruh adik kahwin, dengan siapa!! " ujar Aira dengan nadanya yang tinggi sedikit.

"Along buat semua ni bersebab adik.. Ni semua untuk kepentingan adik. Along rasa dia yang sesuai untuk adik Haufan" beritahu Azriq

"Apa ni along! Kenal dengan dia pun tak, dia tu cuma pelanggan adik je along. Adik tak kira adik tak setuju" bangkang Aira

"Adik!! Along tak kira adik kena juga kahwin dengan Haufan. Keputusan along muktamad, adik tetap kena kahwin dengan Haufan walaupun adik tak setuju" ucap Azriq dengan tegas

"Hm bagi adik masa along.. " ucap Aira perlahan

Azriq hanya mendiamkan diri, dia tidak mahu menyerabutkan lagi fikiran Aira. Dia merasa bersalah namun dia terpaksa berbuat demikian.

Setibanya mereka di rumah, Aira terus sahaja menaiki tangga menuju ke arah biliknya. Dia tidak menyapa pun mama yang sedang menonton televisyen di ruang tamu itu.

"Kenapa dengan Aira tu along? " soal Puan Amina

"Along dah beritahu perkara tu dekat adik... Adik cakap dia perlu masa untuk dia fikir" keluh Azriq. Puan Amina hanya memandang Azriq dengan pandangan yang sedih. Dia sendiri pun tidak mahu memaksa anak perempuannya itu tapi memikirkan keselamatan Aira mereka sekeluarga terpaksa berbuat sedemikian.

*******************************************

Aira side...

Aira hanya duduk di birai katilnya sambil memikirkan kata-kata alongnya di dalam kereta tadi. Aira benar-benar kusut, kenapa tiba-tiba sahaja dia perlu berkahwin.

"Arghhh tak nak kahwin! " Aira menjerit kecil

Tok! Tok!

"Adik.. Ni acik! Acik masuk ye" ujar Azeen lalu memulas tombol pintu bilik Aira. Azeen terus sahaja mengambil tempat duduk di sebelah Aira.

"Acik pun mesti tau kan? Tapi kenapa adik?! " soal Aira dengan tubir matanya sudah mula berair

"Hei adik.. Jangan la nangis, along buat semua ni untuk kebaikan adik sebab kita semua sayang adik" ucap Azeen sambil memeluk Aira untuk memujuknya.

"Untuk apa acik.. Sebab apa? Kenapa adik kena kahwin dengan dia? " ujar Aira dengan tersedu-sedu

"Acik tak boleh beritahu adik sebabnya.. Tapi satu hari nanti adik akan faham kenapa along, angah, acik, Aqil mama and papa buat macam ni" jelas Azeen lagi

"Adik tak yakin adik boleh bawa tanggungjawab sebagai seorang isteri lagi acik.. Lagipun adik tak cintakan dia" jelas Aira pula.

"Acik yakin adik boleh, kalau soal cinta lepas berkahwin boleh bercinta kan lebih manis bercinta lepas kahwin"

"Dia boleh ke terima adik? Kalau dia pukul adik macam mana?" soal Aira lalu melepaskan pelukannya, dia memandang tepat ke arah Azeen untuk meminta kepastian.

"Berani dia pukul adik acik ni! Kalau dia pukul adik, acik pukul dia balik" gurau acik sambil menggosok kepala Aira.

"Kalau adik setuju, bila perkahwinan tu akan dilangsungkan? " soal Aira

"Katanya Sabtu ni, along cakap persiapan dah siap cuma tunggu adik setuju je" beritahu Azeen. Terbuntang biji mata Aira selepas mendengar kata-kata dari aciknya.

"What! Ni gila acik kenapa cepat sangat!! "

Azeen hanya tersenyum lalu menarik Aira ke dalam pelukannya lalu dia pun berbisik

"Ni semua demi kepentingan adik"
.
.
.
.
.
.

Haufan side...

Kelihatan Haufan baru sahaja selesai membereskan kerjanya, bajunya penuh dengan darah-darah yang terpercik. Seperti biasa Ayan dan Rizqin akan membuang bangkai tersebut sama ada diberi makan singanya atau ikan pirana kesayangan Haufan.

"Kevin.. Ikut aku kejap" arah Haufan

Kevin yang sedang menolong Ayan itu terus sahaja melepaskan pegangan mayat yang di angkut oleh mereka. Sempat dia menjelir lidah ke arah Ayan tanda mengejek sebelum mengikut langkah Haufan.

"Ada apa fan? Ada mission lain pula ke? " soal Kevin

"Aku nak kau upah orang untuk perhatikan Aira, setiap masa update pada aku apa yang Aira buat" jelas Haufan

"Kenapa? " soal Kevin ingin tahu

"Aku rasa Hadif akan buat sesuatu jadi aku tak nak apa-apa berlaku dekat Aira sebelum perkahwinan kitaorang"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro