BAB 20

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


Markas Black Blood...

Kelihatan Kevin sedang baring dan bersenang lenang di dalam biliknya. Hanya dia sahaja yang berada di dalam bilik itu manakala Rizqin dan Ayan sedang sibuk melatih anak-anak buah mereka.

Di sisinya terdapat pelbagai bungkusan snek dan keropok yang telah habis di makan.

"Sementara diorang tengah sibuk, baik aku tidur hahaha" gelak Kevin. Baru sahaja dia mahu melelapkan matanya,tiba-tiba ada seseorang merempuh masuk biliknya.

"Boss!! Ad- ada orang serang markas kita" ucap salah seorang anak buah black blood dengan tercungap-cungap.

"Apa?!! Habistu yang lain mana? Rizqin ? Ayan?" soal Kevin bertubi-tubi

"Boss Rizqin dengan Ayan keluar ambil senjata yang baru sampai! Habis anak buah kita banyak cedera" jelasnya lagi

"Aduh!! Habistu yang lain mana?!!! Masaklah aku gini" marah Kevin

"Diorang tengah cuba,tapi boss kena tolong kalau tak habislah markas kita!!!" Kevin tanpa membuang masa mencapai pistolnya yang berada berdekatan dengannya. Dia pun melangkah keluar dari biliknya.

Kelihatan kawasan markas mereka lenggang, tiada satu pun anak buah mereka di situ. Kevin cuba untuk mencari musuh yang berani memecah masuk markas mereka.

Dia merasakan seperti ada seseorang memerhatikannya daripada belakang, pastinya itulah musuh mereka. Kevin cuba untuk mengelirukan musuhnya dengan berbuat bodoh sahaja.

Namun belum sempat, Kevin ingin melangkah dirinya di lock pada leher daripada belakang oleh musuhnya. Ini menyukarkan pergerakan, pastinya musuh mereka ini handal dalam menghendap musuh.

"Mati lah aku" ujar Kevin di dalam hati.

*******************************************

Villa Keluarga Haufan...

Aira kelihatan sangat gementar dari mula Haufan menjemputnya di rumah. Kini debarannya semakin memuncak apabila tiba di hadapan Villa keluarga Haufan ini.

Dia cuba untuk menghilangkan debaran di dadanya. Hujung lengan bajunya di tarik-tarik untuk menghilangkan rasa takut dan gementarnya.

"Fuh kau boleh! " ucap Aira perlahan untuk memberi semangat kepada dirinya sendiri.

"Kau tunggu apa lagi? " soal Haufan yang sudah berada di hadapannya.

Mereka berdua pun berjalan masuk ke dalam villa tersebut apabila pintu tersebut di buka oleh beberapa orang maid. Kemudian di kiri dan kanan mereka juga terdapat barisan maid-maid yang menunduk hormat kepada mereka.

"Gila! Rasa macam princess"ujar Aira di dalam hatinya.

Aira hanya mengikuti langkah Haufan yang laju itu mentang-mentang Aira berjalan perlahan dia meninggalkan Aira keseorangan di belakang.

Tidak lama kemudian mereka pun tiba di ruangkan makan, kelihatan dua orang lelaki sedang duduk di meja makan itu, kemudian muncul seorang wanita daripada arah dapur yang menatang dulang minuman. Kemungkinan itu adalah keluarga Haufan.

"Ma.. Pa... Duìbùqǐ, wǒmen hěn màn (maaf kami lambat)" ucap Haufan dalam bahasa mandarin.

"Alamak! Apa pula dia cakap ni!! "Omel Aira yang sudah gelisah, sudahlah dia sedang gementar boleh pulak Haufan cakap bahasa mandarin macam mana dia nak faham.

"Dé pèi, zuò xià ( tak pe, duduk la) " balas Encik Hanz dalam bahasa mandarin dengan sengaja. Dia mengetahui bahawa bakal menantu tidak faham apa yang dikatakan oleh Haufan sebentar tadi jadi dia ingin mengusiknya.

Haufan tanpa buang masa terus sahaja duduk di hadapan Encik Hanz, kelihatan Aira masa lagi statik berdiri di tepi meja tersebut. Dia hanya tersengih kekok kerana tidak memahami.

"Kamu berdua ni sengaja je kan nak membuli menantu mama ni.. Haa meh duduk sini ya" Puan Afia pun mendekati Aira dan menyuruhnya duduk di sebelah Haufan.

"Ahh ye terima kasih aunty"

"Tak perlu la aunty-aunty panggil mama ye" ujar Puan Afia tersenyum riang

"Amboi ma.. Suka sangat dapat menantunnya" ujar Haiyan

"Ehhh mestilah, nak tunggu kamu tu bawa bakal menantu untuk mama bila lagi? Jadilah kamu anak teruna tua" perli Puan Afia

"Aduh ma... Kot ye pun janganlah cakap depan calon isteri fan ni, malu lah yan!! " proted Haiyan kerana malu

Haufan yang malas mahu melayan karenah abangnya yang mengada-ngada itu terus sahaja memperkenalkan Aira kepada keluarganya.

"Ma.. Pa.. Ni la Aira yang fan cerita hari tu" Aira hanya tersenyum sambil menundukkan kepalanya sedikit tanda hormat.

"Aira, this is my papa, mama and my brother Haiyan Hazwan" jelas Haufan sambil memperkenalkan ahli keluarganya

"Nǐ hǎo sister zi (hello sister-in-law) " ucap Haiyan sambil tersenyum manis ke arah Aira.

"Err ye hai" ujar Aira kekok

"Haa nak sembang-sembang dengan bakal menantu kita lepas makan ye, lapar dah ni" adu Encik Hanz. Mereka semua pun menjamu selera dengan masakan yang di masak oleh Puan Afia.
.
.
.
.
.
.
.
.

Selesai sahaja mereka makan malam, kelihatan Puan Afia sedang mencuci pinggan mangkuk di dapur. Aira pun membuat keputusan untuk membantu Puan Afia di dapur kerana berasa segan hanya dia sahaja duduk di ruang tamu bersama tiga orang lelaki.

"Em boleh Aira tolong aunty?" soal Aira perlahan agar tidak mengejutkan Puan Afia yang sedang mencuci pinggan itu.

"Ehh Aira, apa panggil aunty ni kan tadi dah pesan panggil je mama" beritahu Puan Afia lagi.

"Aa ye lupa. Biar Aira tolong mama ye" Aira pun segera merapati Puan Afia lalu mengambil pinggan yang kotor untuk di cuci.

"Kenapa tak duduk kat depan dengan Haufan? " soal Puan Afia

"Segan la mama, semua lelaki Aira je perempuan"

"Hahaha faham-faham, kita berdua sembang kat dapur je la ye" gelak Puan Afia disertai gelak dari Aira.

"Mama harap, Aira bahagia kahwin dengan Haufan walaupun dia anak bongsu tapi dia sangat pandai berdikari" ujar Puan Afia

"Lagi satu, Haufan tu dulu rapat sangat dengan datuk dengan nenek dia nanti bila Aira dah kahwin boleh la jumpa datuk dengan nenek Haufan" beritahu Puan Afia lagi

"Boleh Aira tanya satu soalan? " persoalan Aira dibalas dengan anggukan oleh Puan Afia

"Haufan duduk belajar kat sekolah cina ke mama? "

"Hahaha.. Ye lagi satu Haufan tu mix chinese sebab mama kahwin dengan chinese guy tu papa Haufan" ucap Puan Afia

*******************************************

"Aku suka kau" ujar lelaki yang menglock leher Kevin sambil meniup perlahan telinga Kevin.

"Ehh ehh aku bukan gay weh! Kalau kau nak cari lelaki gay haa kau boleh cari Ayan, muka dia jambu-jambu sikit" ujar Kevin laju. Kedengaran lelaki yang menglock leher Kevin itu tergelak besar di telinganya.

"HAHAHAHAHAHA bodoh juga kau ni" ujar lelaki itu sambil melepaskan Kevin. Kevin pun segera berpaling ke belakang untuk melihat siapakah gerangan lelaki tersebut.

Kevin menjegilkan biji matanya selepas melihat siapakah yang mengenakannya itu. Urat di lehernya timbul menandakan dia sedang berasa geram.

"Kau memang tak guna kan!!!! Sial betul!!" jeritan Kevin memenuhi ruang markas tersebut.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro