BAB 31

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

' Song : ♪ All for you - Sechskies ♪'

Thankyou guys untuk 2k view and 300+ vote.. Terharu sesangat 😭💛. Thankyou kepada readers² yang di sayangi yang selalu vote and comment tu sis terharu sangat² Keep on supporting this book okay!!❤️

Disebabkan itu, sis double update untuk hari ni for you guys!! Hope korang enjoy and jangan lupa vote and comment okay!🤭

Lots of love,
Author 🌼.

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

Haufan bersama-sama dengan Kevin, Riziqin, Ayan dan Nathan sedang duduk berkumpul di sebuah bilik. Nampaknya mereka sedang membincangkan sesuatu yang serius. Nampak daripada riak muka mereka semuanya serius sahaja.

"Kau semua ada dapat apa-apa maklumat pasal kumpulan black cat dari lelaki tu? " soal Haufan serius.

Masih ingat lagi dengan lelaki yang berambut panjang yang merupakan musuh dalam selimut mereka di markas black blood. Ye lelaki iti tidak di bunuh oleh Haufan dengan syarat dia mesti menyebelahi mereka dan menjadi pengkhianat kumpulan black cat sendiri.

Haufan masih mencari siapakah ketua kumpulan tersebut dan mengapa kumpulan tersebut mencari masalah dengannya. Haufan sememangnya takkan membiarkan musuhnya terlepas begitu sahaja.

"Nampaknya, kita memang kenal sangat dengan ketua black cat ni fan" ujar Rizqin sambil menghulurkan laptopnya kepada Haufan. Kelihatan urat-urat mula timbul di lengan Haufan menandakan dia sedang menahan marahnya.

" Wú yòng ( tak guna) " Haufan mengetap giginya tanda geram.

*******************************************

Di ruangan makan...

"Aku nak tanya kau soalan sikit... Macam mana kau kenal cucu aku?" soal datuk Haufan serius. Aira yang mendengar soalan itu terus sahaja menelan air liur payah.

"Err.. Sa-saya sa-saya jumpa dekat mall, masa tu saya terlanggar dia" ucap Aira jujur dalam keadaan gagap sedikit.

"Jadi kau jatuh cinta dengan cucu aku? " soalnya lagi

"Err masa tu tak lagi... Tapi-" belum Aira menghabiskan kata-katanya, datuk Haufan memintas.

"Aku tak suka orang menipu, jadi kau betul-betul sukakan cucu aku? " soal datuk Haufan serius sambil memandang tepat ke arah mata Aira. Aira berasa sungguh takut, patutkah dia jujur sahaja bahawa dia berkahwin dengan Haufan bukan atas dasar cinta atau dia patut menipu sahaja kerana hatinya masih keliru terhadap perasaannya.

"Saya-

" yé yé hǎo! (Hai datuk)" ujar seseorang, nampaknya kata-kata Aira di pintas sekali lagi. Namun Aira lega kerana ada orang datang menyelamatkannya.

"Nǐ zài zhèlǐ zuò shénme, Rachel ? (ada apa kamu datang sini Rachel ?) " soal datuknya Haufan.

" Māmā bù zàijiā ( mama tiada di rumah) Suǒyǐ wǒ láile (jadi saya datang sini) " ucap Rachel selamba. Aira yang berada di situ hanya diam kerana tidak memahami apa yang di katakan oleh mereka, sudahlah Haufan masih tidak muncul-muncul.

Rachel yang melihat Aira itu terus sahaja melabuhkan punggungnya di sebelah kerusi Aira.

"Zhège yéyé shì shéi? (Siapa dia ni datuk) Tā zhēn piàoliang (dia sangat cantik) " ucap Rachel sambil tersenyum ke arah Aira. Aira pun turut membalas senyuman Rachel.

" Nǐ bùyào guǐhùn, Rachel (kamu jangan macam-macam Rachel)" ucap datuk Haufan tegas.

"Siapa suruh kau duduk situ" ujar Haufan dari arah belakang Aira dan Rachel. Rachel yang melihat kedatangan sepupunya itu terus sahaja tersenyum ke arahnya.

"Why? Salah ke i duduk sebelah dia? " soal Rachel dalam bahasa Melayu tetapi masih ada slang mandarinnya itu.

"Boleh cakap Melayu rupanya" bisik Aira di dalam hati.

"Tu tempat aku.. Jadi kau boleh bla" ujar Haufan sambil menuding jari ke arah Rachel agar berganjak dari tempat duduknya itu. Rachel pun terpaksa mengalah lalu mengambil tempat duduk di sebelah Ayan.

Tidak lama selepas itu, makanan pun terhidang di atas meja. Mereka semua makan dengan penuh berselera. Makanan yang disediakan semuanya halal kerana nenek Haufan sangat gemar akan makanan yang halal.

*******************************************

Malaysia....

" kau pasti yang dia tak tau aku yang hantar kau? " soal Hadif

"Saya pasti boss... Saya sempat larikan diri dan dia tak nampak pun muka saya cuma-" kata-kata lelaki itu tergangtung kerana teringatkan kematian ngeri rakannya itu.

"Biarkan dia mati, asalkan Haufan tak guna tu tak tau aku yang hantar korang berdua" ujar Hadif yakin sedangkan dia tidak mengetahui bahawa lelaki itu telah membelot terhadapnya.

"Kalau ada apa-apa lagi, kau inform pada aku pastikan dia tak tahu kau orang aku" pesan Hadif. Lelaki itu pun segera keluar dari bilik tersebut.

"Kau ingat kau boleh bahagia macam tu je Haufan?! Heh! Tak mungkin Aira tetap milik aku dan selamanya tetap akan jadi milik aku HAHAHAHAHA" Hadif pun gelak dengan kuat persis seperti orang yang sudah hilang kewarasan.

"Berani ye kau bawak Aira pergi jumpa
yé yé dengan nǎi nai ye sepatutnya aku yang bawa! " ujar Hadif sambil merenung gambar Aira yang masih di simpan olehnya.

*******************************************

Aira sedang duduk bersendirian di pondok yang berdekatan dengan kolam renang. Pemandangan di kawasan kolam renang itu sungguh cantik dan mendamaikan jiwanya. Dalam pada masa yang sama dia masih memikirkan jawapan daripada persoalan datuknya Haufan. Dia sememangnya sangat keliru dengan perasaannya sendiri.

Sedang dia asyik termenung tiba-tiba sahaja bahunya di sentuh dari arah belakang. Ternyata Rachel yang menyentuh bahunya Aira. Rachel atau nama chinesenyě léi qiē ěr merupakan sepupu Haufan. Akan tetapi pandangan Haufan terhadap Rachel semasa mereka makan malam tadi seakan-akan dia sangat tidak menyenangi kehadiran wanita itu. Mengapa?

"You buat apa sorang-sorang kat sini? " soal Rachel sambil melabuhkan punggungnya di sebelah Aira.

"Saja ambil angin dekat luar ni, ingatkan awak dah balik" balas Aira yang cuba beramah mesra dengan Rachel.

"Malas la balik rumah, hari ni i nak tidur kat sini boleh la kita kenal-kenal kan? " ujar Rachel teruja. Aira hanya tersenyum sambil mengangguk setuju, apa salahnya dia berkawan dengan Rachel kan.

"You duduk sini berapa lama? " tanya Rachel sambil merapatkan lagi dirinya dengan Aira.

" saya pun tak pasti la.. Saya ikut je Haufan lagipun kat sini seronok juga best! " balas Aira lagi.

"Kalau macam tu you duduk la sini lama-lama sikit boleh teman i , lagipun i bosan la tak ramai kawan. Nanti kita boleh keluar berdua i bawak you jalan-jalan dekat Guangzhou" ajak Rachel

"Wahh betul ke!! Bestnya!! Saya ada tengok kota Guangzhou hari tu cantik sangat tapi saya kena minta izin dengan Haufan dulu kalau nak keluar pergi mana-mana"

"Alaa you ni, keluar dengan i je pun husband you okay je la" ucap Rachel lagi yang cuba memujuk Aira.

"Kau buat apa kat sini? " soal Haufan yang tiba-tiba sahaja muncul

"Awak.. Saya saja duduk sini lepastu borak-borak dengan Rachel ni" ujar Aira lalu berdiri mendekati Haufan. Tanpa buang masa Haufan terus sahaja mengarah Aira supaya naik ke bilik mereka.

"Kau pergi naik bilik sekarang" arah Haufan. Aira tidak banyak soal terus sahaja melangkah pergi meninggalkan Haufan dan Rachel di kolam renang itu.

"Jangan dekat dengan wife aku Rachel!! Dia bukan macam kau" ujar Haufan dingin lalu meninggalkan Rachel bersendirian di tepi kolam renang itu. Rachel hanya tersenyum sambil memandang Aira yang berlalu pergi itu.

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro