BAB 40

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Song: Two People Are Beautiful-Li Junyi

⚠️⚠️ WARNING!! ⚠️⚠️
THIS PART AGAK CRINGE SIKIT 😂

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

"Hahahah adik! asal sampai ke situ fikirnya, takkan la Haufan nak buat macam tu" gelak Aryan selepas mendengar soalan yang tidak munasabah dari Aira.

Ada ke dia boleh cakap yang Haufan tu ada perempuan lain belakang dia. Jauh sungguh pemikiran orang perempuan ni ya fikir Aryan.

"Angah!! Adik serius ni!! Semalam Haufan balik lambat lepastu balik-balik dia pakai baju t-shirt bukan kemeja dia" cerita Aira bersungguh-sungguh tentang kejadian malam semalam.

"Adik... Angah kenal Haufan tu takkan la dia nak mainkan adik angah ni. Lagi satu mungkin betul la apa yang Haufan kata tu, haritu kan cuti lama jadi banyak la kerja dia" jelas Aryan panjang lebar supaya dapat menyedapkan hati Aira.

Sebenarnya dia mengetahui mengapa Haufan pulang lambat malam semalam kerana apa sahaja yang berlaku pada Aira pasti Haufan memberitahu along mereka, Azriq.

"Kalau adik takut sangat, adik bagi je la hak Haufan tu" tambah Aryan sambil tersenyum mengada ke arah Aira.

"Eiii angah ni kenapa!!! " marah Aira lalu memukul-mukul bahu Aryan.

🌼🌼🌼🌼🌼

"Kau ni budak sekolah lagi ke? " soal Rizqin yang sedang fokus memandu.

"Hah? Saya? Saya pelajar pra-universiti, tingkatan 6. Kira budak sekolah juga la kan?" ujar Hanan. Kemudian mereka berdua hanya diam sahaja. Mungkin tiada sesuatu ingin di bualkan.

"Emm umur awak berapa? awak tak kerja ke? " soal Hanan tiba-tiba

"24 ...Tak... "

"Emm awak kerja apa? " soal Hanan ingin tahu

"Banyak betul soalan kau ye budak, kenapa sibuk sangat nak tau aku kerja apa? " ujar Rizqin lalu memberhentikan keretanya di hadapan sebuah restoran.

Sejurus sahaja Rizqin mematikan enjin kereta, dia terus sahaja melangkah keluar dari keretanya meninggalkan Hanan yang terpinga-pinga di dalam kereta.

"Turun la.. " arah Rizqin kepada Hanan. Hanan pun dengan kelam kabut keluar dari kereta Rizqin dan terus mengikuti langkah Rizqin. Mereka mengambil tempat yang jauh daripada orang lain.

"Order la apa-apa pun..aku belanja" ujar Rizqin sambil membelek-belek menu yang di pegangnya. Setelah selesai sahaja mengorder makanan masing-masing hanya diam.

"Diam pulak? Tadi bukan main banyak lagi soalan kau" ujar Rizqin sambil memandang tepat mata Hanan. Hanan tidak betah lama-lama di pandang oleh Rizqin itu terus sahaja mengalihkan pandangannya.

"Er.. Awak tak jawab lagi soalan saya " kata-kata Hanan itu mengundang tawa Rizqin.

"Hahah kenapa kau nak tau kerja aku? Kalau aku cakap kerja aku membunuh kau percaya? " jawab Rizqin dengan pandangan yang serius.

Hanan yang mendengar kata-kata itu terus sahaja tergelak.

"Hahahahah awak ni pandai ye buat lawak" gelak Hanan namun Rizqin masih mengekalkan muka seriusnya. Tawa Hanan terus sahaja terhenti.

"Er tapi kalau awak jahat kenapa awak selalu tolong saya? " soal Hanan

"Aku tak cakap aku jahat" balas Rizqin bersahaja.

"Dah la.. Kau tu budak sekolah lagi takkan fahamnya. Baik makan cepat lepas ni aku hantar balik" ujar Rizqin. Hanan hanya menarik muka mendengar kata-kata perlian dari Rizqin.

Namun jauh di sudut hatinya tertanya-tanya apakah betul yang di perkatakan oleh Rizqin itu.

🌼🌼🌼🌼🌼

Malam itu...

H

aufan sedang sibuk menghadap laptopnya di dalam bilik mereka. Di dalam bilik tidur mereka terdapat satu meja kerja Haufan jadi setiap malam pasti Haufan akan menyiapkan kerjanya dahulu sebelum tidur.

Tok!  Tok! 

Kedengaran pintu bilik itu diketul dari luar. Ternyata Aira yang mengetuk pintu bilik tersebut sambil membawa secawan kopi panas untuk Haufan.

"Air kopi panas untuk awak" ujar Aira lalu meletakkannya di atas meja Haufan dengan berhati-hati agar tidak tumpah.

Selesai sahaja, dia terus menuju ke katil. Aira mengambil losyen lalu menyapu di seluruh bahagian pehanya. Memang itulah rutin setiap malam Aira sebelum tidur, tambahan pula dia sudah berkahwin jadi dia harus sentiasa dalam keadaan wangi.

Sambil dia menyapu losyen itu, matanya asyik melirik ke arah Haufan yang kusyuk membuat kerjanya itu.

Kacak...

Itulah apa yang berada di dalam fikiran Aira.  Haufan sentiasa kacak walaupun sentiasa berperwatakan dingin dan jarang sekali menunjukkan ekspresi muka. Sedang dia aayik merenung Haufan tiba-tiba Haufan bersuara.

"Jangan pandang aku macam tu"

Aira cepat-cepat melarikan pandangannya, malu kerana tertangkap sedang merenung Haufan.

"Kau buat aku tak tahan"  ujar Haufan lagi, namun matanya masih fokus menghadap laptop.

Aira yang mendengarnya itu terus sahaja berasa malu. Pipinya mula kemerah-merahan.

"Sa-saya sedia.... " ujar Aira perlahan namun Haufan masih dapat mendengarinya.

Kata-kata Aira itu membuatkan Haufan terus sahaja berhenti menaip serta tersenyum sedikit. Kemudian dia memandang Aira dengan padangan yang sukar di tafsirkan.

"Maksud kau? " soal Haufan yang berpura-pura tidak mengerti apa yang di maksudkan oleh Aira.

"Saya emm em dah sedia nak jalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri!! " jerit Aira malu sambil menekup mukanya dengan bantal.

Haufan yang melihat itu terus sahaja tersenyum sedikit.

"Kau serius ke?  Aku tak paksa kalau kau tak bersedia memanglah lelaki ada nafsu tapi-"

"Hish!  Orang dah sedia la! " marah Aira yang masih malu itu. Orang nak jalankan tanggungjawab boleh pula dia membebel.

Haufan terus sahaja tergelak besar

"HAHAHAH marah betul" usik Haufan lalu dia pun meninggalkan kerjanya dan mendekati Aira

"Kau betul-betul bersedia? " bisik Haufan dengan lembut pada telinga Aira.

Aira hanya mengangguk kecil. Setelah mendapat anggukan dari Aira itu terus memegang tangan Aira dan menciumnya perlahan.

"Jangan risau... I will be gentle to you sayang" bisik Haufan dengan romantis sekali.

Aira hanya diam sahaja menanti apa yang akan di lakukan oleh Haufan. Akhirnya dia sudah pun menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Oleh itu, secara mutlaknya luar dan dalamnya hanya milik suaminya, Haufan Hazzan.






















































🌼🌼🌼🌼🌼

Aira yang sedang lena di dalam dakapan Haufan itu pun sedar apabila telefonnya berbunyi menandakan sudah pun subuh. Dia melihat Haufan dan matanya tertumpu kepada leher Haufan.

"Alamak! Banyak betul kesan aku buat"  bisik hati Aira sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Tiba-tiba dia teringat akan kejadian malam tadi terus sahaja pipinya berona merah.

Tanpa buang masa terus sahaja Aira mengutip pakaiannya yang berterabur dan bergegas menuju ke bilik air untuk mandi wajib.

Selesai sahaja dia membersihkan diri, dia pun mengejutkan Haufan dan menyuruhnya mandi wajib supaya mereka dapat solat subuh berjemaah.

Haufan pun segera bangun dari tidurnya dan berjalan menuju ke bilik air. Namun tangannya sempat memeluk erat pinggang isterinya sambil berbisik.

"  Xièxiè qīn'ài de ( terima kasih sayang) " bisik Haufan dengan lembut sambil mengigit cuping telinga Aira.

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro