BAB 43

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Hope korang enjoy eh bab ni,sorry kalau hambar okay!! 💛

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

Jam menunjukkan pukul 8.15 malam kelihatan Aira sedang berada di dapur untuk menyediakan makan malam mereka yang sedikit terlewat disebabkan Haufan.

"Nasib la dapat suami gatal tak ingat dunia" omel Aira sendirian di dapur.

Setelah selesai memasak Aira pun meletakkan pinggan, gelas serta jag yang berisi air di meja makan. Aira menjenguk ke arah ruang tamu namun kelihatannya Haufan masih tidak turun-turun lagi. Aira pun menaiki anak tangga untuk memanggil Haufan turun makan bersama.

Tiba sahaja di hadapan bilik mereka, Aira tidak terus mengetuk pintu atau menerjah masuk bilik tersebut kerana kedengaran Haufan sedang berbual dengan seseorang melalui telefonnya.

Aira cuba untuk mendengar perbualan Haufan itu kerana Kelihatan muka Haufan begitu serius sekali bercakap melalui telefon. Mukanya kelihatan begitu marah sekali serta terdengar pelbagai carutan keluar daripada mulutnya.

"Tak guna lelaki sial tu!!  Macam mana dia boleh belot haa!! " itulah yang di dengar oleh Aira.

Sesekali Aira mendengar Haufan menyebut perkataan bunuh!  Aira terkejut, Haufan ingin membunuh siapa?!  Siapa yang buat Haufan mengamuk sebegitu fikir Aira. Sejurus sahaja Haufan menamatkan panggilannya terus sahaja Aira mengundurkan diri dan berpura-pura kononnya dia baru sahaja tiba dan ingin memanggil Haufan.

Haufan yang baru sahaja keluar dari bilik mereka terkejut melihat Aira yang berjalan ke arahnya.

"Saya baru nak panggil awak turun makan" ujar Aira sambil tersenyum.

"Aku baru nak turun"

"Haa jom..  Saya masak simple je, takut lambat" ajak Aira lalu menarik tangan Haufan agar mengikuti langkahnya.

🌼🌼🌼🌼🌼

Hadif Side... 

Hadif sedang duduk sambil memerhatikan gambar Aira yang masih disimpannya. Sesekali dia tersenyum sambil mengusap gambar Aira.

"Tak lama je lagi... Aku akan pastikan kau tinggalkan Haufan dan kembali kepada aku"

"Kau milik aku je Aira"  ujar Hadif dengan nada suaranya yang menggerunkan.

Uhuk!  Uhuk!

🌼🌼🌼🌼🌼

Keesokannya...

SMK Panglima

Seperti biasa Hanan datang ke sekolah awal pagi. Dia sebenarnya takut untuk berhadapan dengan Thaqid namun memikirkan jika dia tidak hadir dia akan terlepas pembelajaran hari ini jadi dia tetap juga datang ke sekolah.

Seorang demi seorang rakan sekelas Hanan hadir, namun kelibat Thaqid masih tidak kelihatan. Jam sudah menunjukkan 7.40 pagi dan nampaknya Thaqid masih tidak hadir. Dia berasa takut namun dalam pada masa yang sama dia berasa serba salah terhadap Thaqid.

Tidak lama selepas itu, guru kelas Hanan merangkap guru mata pelajaran Pengajian Am pun masuk dan memulakan sesi pembelajaran seperti biasa.













Waktu Rehat...

"Hanan!  Jom pergi kantin" ajak rakan kelas Hanan namun Hanan menolaknya dengan baik kerana dia membawa bekal pada hari itu.

"Eh Kira! Boleh aku tanya, emm kenapa Thaqid tak datang ye hari ni? " soal Hanan kepada Kira kerana Kira merupakan rakan baiknya Thaqid.

"Kau tak tau ke? Family Thaqid terpaksa pindah ke Sarawak jadi dia pun pindah sekolah sana la" beritahu Kira

"Pin-pindah?! "

"Ye, dia tak beritahu kau ke?  Ehh aku nak pergi makan ni nanti la ye " ujar Kira lalu segera keluar dari kelas.

"Asal tiba-tiba dia pindah?  Takkan la sebab- ahh tak mungkin la" nafi Hanan.

🌼🌼🌼🌼🌼

H.H Tech...

Baru sahaja semalam mood Haufan begitu baik ketika datang ke pejabat namun hari ini, mood menyinga sudah kembali. Pagi tadi sudah beberapa orang pekerjanya dimarahi kerana melakukan kesilapan yang kecil.

Masuk sahaja ke dalam pejabatnya, dia melihat kesemua rakan-rakannya sudah pun tiba dan menunggunya. Dia pun duduk di kerusinya sambil merenung muka rakan-rakannya dengan riak untuk meminta penjelasan apa yang sudah berlaku.

Kevin hanya diam, kebiasaan dia yang paling bising dah kecoh sekali hanya mampu diam sahaja. Takkan dia mahu bergurau senda dengan si Haufan dalam keadaan begitu, mau hidupnya bakal tamat di situ sahaja nanti.

Seperti biasa hanya Rizqin sahaja yang berani bersuara ketika mood Haufan tidak begitu baik.

"Aku telefon lelaki tu semalam tapi dia tak angkat-angkat... " beritahu Rizqin lepastu dia mengeluh kasar

"Lepastu... Ada private number call aku, rupa-rupanya Hadif dia cakap dia tau apa rancangan kita" jelas Rizqin lagi

Pak!

Meja kerja tersebut ditepuk kuat oleh Haufan sehingga mengejutkan Kevin.

"Aku nak korang semua ketatkan kawalan dekat markas kita and rumah aku, pastikan budak-budak kita semua bersedia jika ada apa-apa berlaku!!" ujar Haufan tegas

"Pastikan juga wife aku sentiasa selamat..."

🌼🌼🌼🌼🌼

Aira dalam perjalanan mahu ke rumah keluarganya kerana rindu akan mama dan papanya jadi dia pun meminta izin Haufan untuk pulang ke rumah keluarganya sebentar.

Dia memandu keretanya dengan penuh cermat. Namun dia perasan akan ada sebuah kereta seperti mengikutinya dari cafe tadi. Aira cuba untuk menepis perasaan itu namun kereta Axia hitam itu asyik mengikutinya.

Jadi Aira membuat keputusan untuk membawa keretanya dengan laju sedikit, takut-takut kereta itu tiba-tiba sahaja ingin menculik atau merompaknya.

Sebaik sahaja tiba di perkarangan rumah keluarganya, dia terus sahaja memarkir keretanya di dalam garaj rumahnya. Sebaik sahaja dia keluar dari kereta, dia menjenguk ke luar kawasan rumahnya dan ternyata tekaannya tepat bahawa kereta itu mengekorinya kerana kereta tersebut berada tidak jauh dari kawasan rumahnya.

Namun Aira tidak dapat melihat siapakah gerangan orangnya yang berada di dalam kereta tersebut kerana cermin kereta tersebut begitu gelap. Kereta tersebut tiba-tiba sahaja meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah Aira apabila Aira memerhatikannya dari jauh.

"Aira!!  Sampai dah anak mama!! " ujar Puan Amina lalu mendekati anak perempuannya. Di hadiahkan ciuman di pipi kiri dan kanan Aira.

Aira terus sahaja memeluk mamanya dengan erat.

"Rindunya Aira dengan mama!! " ujar Aira

"Mama pun!!  Eh jom masuk...  Mama dah masak sebabkan Aira datang jadi mama masak lebih sikit" ajak Puan Amina. Aira pun mengangguk dan mengikut langkah Puan Amina ke dalam rumah.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Mama, along dengan angah tak de kat rumah ke? " soal Aira

"Along kamu sibuk jadi dia balik lambat tak sempat balik makan pun, sama lah dengan angah sebab dia baru kerja kan" jelas Puan Amina mengenangkan dua orang anak bujang mereka yang sibuk bekerja itu.

"Acik kamu je yang ada ni sebab dia cuti... Aqil ada kelas baru je pergi tadi"

"Ma.. Ma ada perasan ada kereta Axia hitam lalu dekat kawasan rumah kita minggu-minggu lepas ke? " soal Aira berhati-hati

"Entahlah... Mama tak perasan pula. Kenapa? " soal Puan Amina yang sedang menghidangkan lauk-lauk di atas meja.

Aira hanya menggelengkan kepala sambil tersenyum. Dia tidak mahu membuat mamanya risau jadi lebih baik dia diamkan sahaja perkara tersebut.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro