BAB 54

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

'Song:♪ 123 Wo Ai Ni (Boys Ver)♪'

Enjoy ye readers sekalian! Jangan lupa vote and comment banyak-banyak 🥰

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

Seminggu kemudian...

Aira pun sudah discharge daripada hospital dan kembali bekerja di cafe seperti biasa kerana dia tidak mengalami apa-apa alahan kerana Haufan yang mengalami itu semua.

Dalam seminggu hanya beberapa hari sahaja Haufan ke pejabat kerana dia tidak tahan dengan alahan yang di alaminya. Badannya lemah kerana asyik sahaja terasa mual dan ingin muntah.

Kadang-kadang Haufan ingin menempel sahaja dengan Aira 24 jam sehingga Aira tidak dapat bergerak ke mana-mana. Setiap masa dia ingin memeluk Aira. Kadang itu Aira berasa rimas, tapi jikalau dia marah pasti Haufan akan merajuk.

Mengada? Itulah perangai Haufan semenjak Aira mula mengandung. Perangai dia sekelip mata sahaja berubah menjadi seperti seorang budak yang mengada. Penat Aira ingin melayan karenah Haufan.

Disebabkan Haufan jarang masuk ke pejabat, Kevin lah yang menguruskan segala urusan di pejabat.

Hari ini, Aira sedang bersiap-siap untuk pergi cafe tiba-tiba sahaja Haufan menghalangnya dengan memeluk Aira dari belakang.

"Kau nak pergi mana?" soal Haufan lembut

"Saya nak pergi kerja la... Abang tak pergi pejabat ke hari ni? Kesian Kevin buat semua kerja kat pejabat" balas Aira

Oh ya! Selepas sahaja kejadian tersebut, Aira dah mula memang Haufan dengan panggilan abang tapi Haufan seperti biasa lah masih dengan kau aku dia katanya bila tiba masanya nanti baru dia nak panggil Aira dengan panggilan yang sweet. Mengada sungguh!

"Huh! Tak payah la pergi cafe tu.... Teman la aku kat rumah ni" balas Haufan dengan mengada

"Buat apa nak kesian dekat beruk tu... Biar la lagipun tu memang kerja dia" ujar Haufan lagi lalu melentokkan kepalanya di bahu Aira

"Aku penat la asyik muntah... Naik lembik badan aku ni"

Aira hanya tergelak kecil mendengar Haufan mengomel. Itulah nak sangat anak, bila kena morning sickness baru dia tau macam mana rasa dia.

"Kau teman aku dekat rumah eh! Takpayah la pergi cafe" pujuk Haufan lagi

"Tapi-

"Aipp syurga di bawah tapak kaki siapa?!" soal Haufan dengan sengaja. Memang dia sengaja menggunakan kuasa vetonya sebagai seorang suami. Oleh itu, Aira pasti akan mengalah.

"Suami! Iyelah, hari ni saya tak pergi cafe tapi abang kena janji esok abang kena masuk kerja okay!" Aira memberi syarat kepada Haufan.

"Yelah!! Esok aku masuk kerja!" ujar Haufan mengalah juga

"Haa baguslah.. Okay dah boleh lepas saya nak masak breakfast ni" ujar Aira lalu dia cuba untuk merungkaikan pelukan Haufan namun tidak berjaya.

"Taknak...."ujar Haufan dengan mengada

"Aku taknak makan.... Nanti aku muntah, penat lah dari subuh tadi aku asyik muntah ada aku tidur dalam bilik air je nanti" adu Haufan

"Abang rehat la... Dah pergi baring dekat katil tu eh" pujuk Aira

"Aku nak kau sekali, aku tak boleh tidur kalau tak dapat bau kau"

Aira pun turut sama berbaring di atas katil bersama Haufan. Haufan terus sahaja memeluk Aira sambil mukanya di sembamkan di leher Aira supaya dapat menghidu wangian Aira. Inilah tabiat Haufan semenjak Aira mengandung, dia selalu ingin menghidu bau Aira semasa tidur katanya bau Aira dapat menenangkannya.

Tidak sampai setengah jam, Haufan sudah pun lena di buai mimpi sambil memeluk Aira. Aira hanya merenung muka Haufan dan jelas kelihatan di wajah dia begitu penat disebabkan oleh alahan yang di alaminya.


Orang tua-tua ada cakap, kalau alahan yang sepatutnya di alami oleh si isteri tu suami yang alami tandanya si suami sayang sangat dekat isteri dia. Jadi Aira pun terfikir mungkin benar apa yang dikatakan oleh orang dulu-dulu itu kerana jelas yang Haufan sangat menyayangi Aira.

Aira pun mengusap rambut Haufan perlahan-lahan.

"Aira sayang abang sangat-sangat"bisik Aira lalu mengucup dahi Haufan. Kemudian Aira pun turut sama terlelap bersama-sama dengan Haufan.








---------------------------------------------








H.H Tech

Kevin terus sahaja tersandar lemah di sofa pejabat Haufan. Sungguh dia berasa penat ke hulu ke hilir melihat projek syarikat Haufan. Apalah nasib!

Kelihatan Rizqin, Ayan dan Nathan sedang bersenang-lenang di dalam pejabat Haufan mengundang rasa geram di hati Kevin. Sudahlah tidak mahu menolongnya, mereka boleh bersenang-lenang bermain game di pejabat Haufan

"Aku panggil korang ke sini, supaya boleh tolong aku bukannya suruh korang bertiga duk rilek-rilek" ujar Kevin dengan nada yang geram. Rizqin pula asyik sibuk dengan telefon bimbitnya.

"Kitaorang datang cuma nak tolong tengok kau je, HAHAHAHAH" ucap Nathan sambil gelak mengejek ke arah Kevin di selangi dengan gelak tawa Ayan.

"Bodoh!" carut Kevin sambil menjeling rakan-rakannya

"Alaa chill la, sekarang ni siapa PA Haufan? Kau kan jadi semua ni kerja kau" balas Ayan selamba

"Hish! Aku call Haufan dari tadi tak dapat, aku nak tanya mana dia letak fail projek baru tu siot betul la!" marah Kevin sambil menghempas telefonnya ke atas sofa.

"Haufan sibuk la tu"

"Sibuk benda?! Buat projek!! Eiii geram betul aku!" ujar Kevin dengan geram

"Hahahah bodoh la kau ni!!" ujar Nathan sambil tergelak besar. Marah betul si Kevin tu.

"Esok dia masuk la kerja"sampuk Rizqin secara tiba-tiba.

"Aira ada whatsapp aku tadi"

"Asal dia whatsapp kau tak whatsapp aku" soal Kevin tidak puas hati.

Persoalan Kevin hanya dibiarkan sepi oleh Rizqin. Rizqin pun bangun dari tempat duduknya lalu menuju ke arah pintu pejabat.

"Haa kau nak kemana pulak?!" soal Kevin

"Aku nak pergi dating" balas Rizqin selamba lalu menutup pintu pejabat tersebut.

Nathan pun segera merapati Kevin yang stres itu, bahu Kevin di tepuk perlahan.

"Jangan risau nanti aku carikan jodoh untuk kau eh"

"Heh! Taknak aku! Kau fikir aku tak laku ke?! Aku je yang jual mahal la. Dah la aku banyak kerja ni, korang datang bukan nak menolong" ujar Kevin lalu mengambil fail-fail yang berada dk atas meja Haufan itu untuk disemak.

🌼🌼🌼🌼🌼


Hanan&Rizqin...

Mereka berdua duduk di bangku taman namun mereka hanya diam sahaja. Kekok mungkin kerana sudah lama tidak berjumpa. Ini pun Rizqin yang ajak untuk berjumpa katanya ada sesuatu yang ingin diberitahu.


Hanan hanya memandang Rizqin dari tepi. Kacak! Itulah yang berada di dalam fikiran Hanan. Lelaki itu tidak tidak kacak. Terasa seperti lama sangat dia merenung Rizqin terus sahaja dia bertanyakan soalan.

"Awak tak kerja hari ni?" soal Hanan

"Tak.. Sebab tu aku nak jumpa kau"

"Kau tak nak tanya aku kenapa aku nak jumpa kau?" soal Rizqin pula.

"Kenapa?"

"Aku rindu kau" kata-kata Rizqin menyebabkan hati Hanan berdebar-debar. Rizqin rindukan dia?! Adakah ini mimpi?!  Crush kau sendiri cakap macam tiba-tiba

"Kau tak rindu aku?" soal Rizqin sambil memandang tepat ke arah mata Hanan

Hanan yang berasa malu itu terus sahaja memandang ke arah lain. Dia mahu menjawab tapi dia malu!!! Hanan pun hanya mengangguk perlahan menandakan dia juga rindukan Rizqin.

Rizqin hanya tersenyum...

"Aku suka kau!" luah Rizqin secara tiba-tiba. Hanan terus sahaja memandang Rizqin.

"Maaf lah, aku memang tak reti nak bersweet-sweet sebab memang perangai aku macam ni" baru sahaja Hanan ingin membalas, Rizqin masih lagi ingin meneruskan kata-katanya.

"Aku takboleh simpan lagi perasaan ni lama-lama sebab tu aku confess terus dekat kau, aku tak fikir panjang dah and aku faham kalau kau reject aku sebab aku ni pembunuh" luah Rizqin panjang lebar.

Hanan hanya tergelak kecil mendengar luahan Rizqin itu.

"Kan saya pernah cakap, pembunuh pun manusia biasa juga jadi kita takboleh judge orang macam tu je" ujar Hanan dengan ikhlas sambil tersenyum memandang Rizqin.

"And saya pun suka awak Rizqin" ujar Hanan perlahan.

Kata-kata Hanan itu cukup membuatkan hati Rizqin berbunga-bunga. Akhirnya Rizqin dan Hanan pun mula menjalin cinta. Walaupun jarak umur mereka berbeza 5 tahun, tidak menghalang mereka untuk tetap menyukai antara satu sama lain. Ini kerana perasaan cinta itu tetap akan hadir kerana cinta itu tidak mengira umur.

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

Heheh cerita ni tak tamat lagi ye guys! Author saja je 🤭
Btw Hanan dengan Rizqin dah mula bercinta hihihi 😆

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro