BAB 60

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


'Song:♪ You Are My Garden by Jung Eun Ji♪'

Hope readers sekalian enjoy okay chapter kali ini.. Jangan lupa vote and comment banyak-banyak 🥰💛

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

Kedegang!

Bunyi pintu wad Haufan di buka kasar oleh Aira. Matanya tajam sahaja merenung Haufan yang sedang bersandar pada katil itu. Namun Haufan tidak menunjukkan sebarang riak pun pada wajahnya itu.

"Suka hati abang je eh cakap Aira perempuan perut besar!  Abang juga yang buat perut Aira macam ni" marah Aira sambil bercekak pinggang.

"Apa masalah kau ni! Kau siapa nak panggil aku abang?!" ujar Haufan dengan dingin sambil menjeling Aira.

"Sampai hati abang cakap macam tu dekat Aira!!"  Aira cuba untuk mendekati Haufan namun cepat-cepat Kevin menghalang risau Aira akan bertindak yang bukan-bukan sehingga memberi pengaruh buruk pada kandungannya.

Haufan mula mendengus kasar

"Rizqin kau bawa perempuan ni keluar, kepala aku serabut la" arah Haufan lalu dia pun menarik selimut dan memejamkan matanya. Rizqin pun cuba memujuk Aira untuk keluar dari wad Haufan.

"Sa-saya benci a-awak!!" ujar Aira. Hilang terus panggilan abang yang selalu di panggil oleh Aira. Aira pun hanya mengikut langkah Rizqin untuk keluar dari wad Haufan.













---------------------------------------------













"Aira, kau jangan macam ni. Aku yakin Haufan akan ingat semula jadi kau kena bersabar okay" pujuk Rizqin

"Tapi Rizqin! Saya tengah pregnantkan anak dia macam mana hidup saya kalau dia tak ingat saya" luah Aira sedih

"Kau jangan risau aku Kevin dan lain-lain ada untuk kau, termasuk abang-abang kau. Kitaorang akan jaga kau dan aku akan cari siapa yang buat Haufan macam tu. Tu janji aku" jelas Rizqin dengan muka yang serius

Aira hanya diam...

Dia buntu...

"Mari aku hantar kau balik" ajak Rizqin

"Balik mana?" soal Aira kembali

"Kau nak balik mana? Rumah kau or family kau"

"Emmm rumah saya"

"Okay jom!"

🌼🌼🌼🌼🌼

Setibanya mereka di hadapan rumah Haufan dan Aira. Aira terus sahaja mengucapkan terima kasih kepada Rizqin dan masuk ke dalam rumahnya. Namun Rizqin perasan akan sebuah kereta Audi hitam yang elok terparkir tidak jauh dari kawasan rumah Aira.

Setahunya tidak pernah ada seorang pun di kawasan kejiranan tersebut menggunakan kereta Audi hitam. Rizqin yang berasa risau itu terus sahaja menelefon Luqman dan Haq agar datang segera dan mengawasi rumah Aira.

Inilah tugasnya sekarang, dia harus menjaga keselamatan Aira daripada musuh Haufan yang mereka masih belum ketahui siapakah orangnya.

"Malam ni kita tidur bertiga je sayang... " ujar Aira sambil mengusap perutnya. Dia pun segera melangkah masuk ke dalam biliknya. Dalam hatinya berdoa agar ingatan Haufan akan kembali pulih seperti sedia kala.

"Daddy tak sayang mummy dah" ujarnya lalu air matanya pun mengalir di pipinya. Akhirnya Aira terlelap dengan sendirinya.

🌼🌼🌼🌼🌼

Esoknya Haufan di benarkan untuk discharge daripada hospital. Doktor menyuruhnya hanya berehat sahaja di rumah agar kecederaan akan kembali pulih. Kevin dan Ayan sudah bersedia untuk menghantar Haufan pulang.

Satu jam kemudian, mereka tiba di hadapan rumah Haufan. Haufan pula melihat kelibat Aira sedang berdiri di hadapan pintu rumahnya seperti sedang ingin menyambut kepulangannya.

Sebaik sahaja turun dari kereta, Haufan terus sahaja masuk ke dalam rumah tanpa menghiraukan Aira yang berada di pintu itu. Aira hanya berdiri kaku sahaja apabila Haufan hanya mengabaikan dia.

Kevin dan Nathan terus sahaja mendekati Aira.

"Aira, awak sabar la ye. Saya yakin nanti Haufan akan ingat balik ingatan dia" pujuk Kevin

"Ye Aira, kalau dia abaikan you call je okay nanti kitaorang akan bawa you pergi markas kita tengok Felix okay! Felix mesti rindu dengan you" pujuk Nathan pula

"Yang penting jaga kesihatan kandungan you tu okay"

"Kalau Haufan buli awak, beritahu saya biar saya hentam dia cukup-cukup" seloroh Kevin yang cuba untuk menghiburkan Aira.

Aira terus sahaja tertawa kecil...

"Terima kasih Kevin, Nathan.  Saya masuk dulu ye" pamit Aira.


--------------------------------------------


"Awak! Turun makan!" jerit Aira untuk memanggil Haufan yang asyik terperap di dalam bilik mereka sahaja sebaik sahaja dia pulang dari hospital itu. Kini jam pun sudah menunjukkan pukul 1 tengah hari jadi masanya untuk mereka makan tengah hari.

Aira telah menyediakan makanan kegemaran Haufan sebagai makanan tengah hari mereka iaitu Chang Shou Mian dan Dim sum. Gigih Aira belajar memasak makanan chinese kegemaran Haufan itu bersama-sama dengan mama dan papa Haufan.

"Semoga ingatan dia akan kembali sikit-sikit" doa Aira di dalam hatinya

(Chang Shou Mian)

Chang shou mian ini ialah mee telur Kantonis yang paling nipis dan sangat kenyal apabila di makan. Ia sangat kenyal kerana doh tersebut di campurkan sedikit dengan soda. Kebiasaan mee ini akan di hidangkan semasa hari lahir atau tahun baharu. Di tambah pula dengan sayur-sayuran hijau dan cili menjadikan rasanya lebih lazat. Oleh itu,Haufan sangat menyukainya.

(Dim sum)

Dim sum pula diperbuat daripada tepung gandum dan tepung jagung yang di campurkan bersama-sama dengan isi ayam atau udang. Disebabkan Haufan menyukai udang Aira telah menyediakan dim sum udang untuk Haufan.

Namun kelibat Haufan masih lagi tidak kelihatan jadi Aira pun segera menaiki anak tangga untuk memanggil Haufan. Baru sahaja Aira ingin mengetuk pintu bilik mereka tiba-tiba sahaja muka Haufan terjegul di hadapan pintu tersebut.

"Awak saya-

"Ye aku dengar, aku tak pekak lagi" ucap Haufan selamba lalu berjalan turun menuju ke ruang tamu.

"Hish orang panggil elok-elok macam tu je dia layan aku! Huh nasib baiklah dia sakit kalau tak memang seminggu aku merajuk" bebel Aira

Ruang Makan...

Haufan makan dengan begitu berselera, Aira hanya tersenyum sambil memandang Haufan yang makan dengan berselera itu. Haufan yang perasan akan pandangan Aira itu terus sahaja menjeling Aira.

"Yang kau pandang-pandang aku ni kenapa? Kenyang ke pandang muka aku ni?! " soal Haufan dingin sahaja

"Hehehe haah kenyang!"

"Gila"

"Sedap kan saya masak, saya tau ni makanan kegemaran awak jadi saya masak la supaya awak boleh ingat balik" ujar Aira

"Tak sedap langsung" ujar Haufan selamba namun mulutnya masih menguyah dim sum tersebut.

Aira hanya mengerutkan dahinya...

"Sedap lagi mama aku masak"

Haufan pun telah selesai makan, kelihatan pinggan mee chang shou miannya licin habis begitu juga dim sum. Aira tersenyum kecil

"Kata tak sedap tapi licin habis dia makan" ujar Aira di dalam hatinya. Haufan pun ingin melangkah naik ke atas kemudian dia tiba-tiba sahaja berhenti.

"Aku tidur dekat bilik tetamu, kau tidur la dekat bilik tu" ujar Haufan

"Ehhhh!!"

"Tapi awak, kita kan suami isteri kenapa kena tidur asing"

"Aku tak ingat apa-apa pun pasal kau,jadi aku harap kau faham" balas Haufan lalu meninggalkan Aira sendirian di ruang makan.

Aira hanya mengeluh perlahan... Tak dia tidak boleh menyerah, ingatan Haufan mesti akan kembali semula jadi dia tidak boleh putus asa!

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

Gais tak lama akan muncul konflik okay! Hope korang bersedia 🥺

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro