BAB 66

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

'Song: ♪ I Will Go To You Like A First Snow by Ailee ♪"

Happy reading readers sekalian! Jangan lupa vote and comment banyak-banyak 🥰

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

"Aira!! Aira!! Dengar tak?!" jerit Haufan namun tiada respon daripada Aira.

"Ahhh sial!! Dia dah cabut benda tu dari Aira!" marah Haufan lalu membaling microphone tersebut. Rambutnya diserabutkan.

"ARGHHH!!! SIAL!!"

"Haufan! Aku dah dapat lokasi diorang, dekat rumah Dato Azman tu je tempat diorang" beritahu Rizqin.

"Cepat kita gerak! Aku tak nak nyawa Aira terancam" arah Haufan lalu mereka semua pun bergegas mengambil senjata masing-masing.

"Biar aku yang masuk, korang back up aku macam yang kita rancang" sempat Haufan mengingatkan mereka semua agar mengikut rancangan asal. Mereka mengangguk dan bergerak dengan pantas.


---------------------------------------------


"Zarif! Baik kau lepaskan Aira!" ujar Rachel sebaik sahaja dia sedar sambil merintih kesakitan di bahagian perempuan itu. Sungguh sial lelaki itu menipunya dan menyuruh anak buahnya merogolnya semalam.

"Dah bangun rupanya kau perempuan... Macam mana semalam sedap?"soal Zarif sinis sambil gelak dengan kuat bersama dengan anak buahnya.

"HAHAHAHAHA"

"SIAL KAU ZARIF! KAU JANJI APA DENGAN AKU HAA!" jerit Rachel dengan marah apabila di tertawakan oleh mereka. Aira hanya memerhati sahaja pergaduhan mereka. Dia tidak berani untuk masuk campur.

"Janji apa?"soal Zarif berpura-pura tidak tahu.

"Aku dah tolong kau la bangang! Kau mungkir janji!"  Zarif pun mendekati Rachel dan berpusing-pusing mengelilingi. Dia puas hati melihat Rachel begitu lemah dan terikat itu.

"Well well well... Ni Zarif, aku tak pernah tepati janji aku. Kau tu je yang bodoh perempuan" ujarnya sambil menunjal-nunjal dahi Rachel.

"Kau fikir senang-senang je aku nak bagi perempuan yang lawa macam Aira dekat lesbian macam kau ni... In your dream la!"

"Kau- KAU TAK GUNA ZARIF! Nǐ díquè shì dòngwù (kau memang binatang!)"

Zarif hanya berdecit sinis mendengar kata-kata Rachel itu...

"Aku yakin Haufan akan datang selamatkan Aira!" tambah Rachel lagi sambil memandang Aira.

Dalam dirinya timbul rasa bersalah terhadap Aira kerana telah menyebabkan Aira terperangkap di sini dan terikat bersamanya. Rachel sungguh menyesal kerana termakan dengan kata-kata Zarif yang ingin membantunya mendapatkan Aira.

Jika boleh diputarkan masa, dia tidak mahu mengikut rancangan bodoh Zarif ini. Padahal dia sudah pun melupakan Aira tetapi disebabkan Zarif. Dasar jantan tak guna!

"Tak semudah yang kau sangka...." Zarif memberi isyarat kepada dua orang anak buahnya supaya mengambil sesuatu.

Aira yang melihat itu terus sahaja berasa tidak senang duduk.. Apa yang di rancang oleh Zarif pula?!

"Apa lagi awak nak buat Zarif... Tolong la lepaskan, lepaskan Rachel. Kita boleh bincang perkara ni baik-baik" Aira cuba untuk memujuk Zarif

"Tak semudah tu sayang... Aku kehilangan seorang ibu masa aku kecil lagi dan bapa aku la tempat aku bergantung kasih sayang tapi Haufan tu tak guna!"

"Jadi ini la masanya untuk aku balas dendam"

"Mula-mula aku ingat nak bunuh kau... Tapi rasa sayang pula jadi lebih baik aku simpan kau and aku akan bunuh perempuan ni" terus sahaja dia menuding jari ke arah Rachel.

"Zarif!! Tolong la lepaskan Rachel!" rayu Aira. Dia tidak mahu sesiapa pun terbunuh termasuk Rachel walaupun Rachel pernah bersubahat dengan Zarif.

"Aira... Its okay! Biarkan je dia bunuh i" ujar Rachel dengan pasrah

"Rachel.... Kita kena yakin yang kita akan selamat percayakan Haufan" Aira cuba untuk memberi semangat.

"I memang yakin yang Haufan akan selamatkan you, sebab you wife dia"

"And ni la balasan untuk i Aira sebab buat ganggu rumah tangga you. I rela mati daripada tanggung rasa bersalah ni"

"Jangan cakap macam tu Rachel.. Awak sepupu Haufan mestilah dia akan selamatkan awak juga! Zarif please saya merayu jangan apa-apakan Rachel"

Aira menadang mata Zarif dengan penuh harapan.. Namun Zarif hanya tergelak besar

"HAHAHAHA!!"

"Dah habis dah drama air mata? Alololo sedihnya la" ejek Zarif sambil berpura-pura mengelap air mata.

"Apa kata macam ni.. Aku takkan bunuh Rachel tapi kau kena la jadi perempuan aku amacam?" offer Zarif sambil memandang Aira dan Rachel silih berganti.

Aira diam...

Dia berfikir adakah ini sahaja jalan untuknya menyelamatkan Rachel daripada lelaki tak berguna itu

"Kalau itu yang awak nak saya-

Puih!  Puih!

Rachel meludah air liurnya tepat ke arah muka Zarif. Aira tergamam manakala Zarif menunjukkan muka berang. Air liur yang melekat pada wajah Zarif di kesat kasar olehnya. Jijik!!

"PEREMPUAN KURANG AJAR!" pipi Rachel di tampar kuat oleh Zarif!

PANG!

"You jangan ikut cakap lelaki binatang ni Aira!" ujar Rachel sambil merintis kesakitan. Tidak lama kemudian anak buah Zarif muncul sambil membawa botol yang berisi minyak.

"Ini yang kau nak perempuan! Kau tunggu! Simbah perempuan tu dengan minyak tu semua" arah Zarif

"Zarif! Zarif! Jangan Zarif!" rayu Aira sambil menangis-nangis melihat Rachel yang di simbah dengan minyak itu.

Rachel hanya tersenyum lemah ke arah Aira dan berkata...

"I minta maaf dengan you and Haufan Aira... You memang perempuan yang baik and i harap hidup you dengan Haufan bahagia bersama  dengan anak-anak you. Tak sempat i nak tengok anak-anak you. Maaf sebabkan i you jadi macam ni."

"Tak Rachel... Bukan salah awak" nafi Aira sambil menangis.

"Pesan dekat Haufan, cakap i sayang mummy daddy i. I minta maaf sebab tak dapat jadi anak yang baik untuk diorang" luah Rachel dengan teresak-esak.

"Jangan pernah salahkan diri you sebab ni memang pilihan i sendiri. I sayang you sebagai seorang kakak Aira" Suasana di dalam bilik tersebut dihujani dengan tangisan daripada Aira dan Rachel apabila Rachel meluahkan segalanya.

"BAKAR PEREMPUAN TU!"arah Zarif. Anak buah Zarif terus sahaja membakar mancis dan membalingnya ke arah Rachel. Dalam sekelip mata sahaja api tersebut menjadi marak dan membakar seluruh tubuh Rachel.

Sayup-sayup kedengaran Rachel mengucapkan selamat tinggal kepada Aira sambil menahan kesakitan di bakar oleh api tersebut. Zarif tersenyum puas hati melihat tubuh Rachel itu dijilat oleh api tersebut.

"RACHEL!!! " jerit Aira sambil menangis teresak-esak.

Aira bergelut untuk melepaskan diri daripada ikatan kerusi itu. Dia mahu menyelamatkan Rachel. Dia tidak sanggup melihat Rachel mati dalam keadaan begitu di hadapan matanya sendirinya.




---------------------------------------------




"Biar aku masuk and selamatkan Aira... Korang macam biasa ambil postion masing-masing. Ayan and Kevin ikut timur Nathan dengan Rizqin ikut barat" arah Haufan.

Mereka pun tiba di rumah agam Dato Azman bersama-sama dengan abang Aira dan Aqil. Haufan dan rakannya akan masuk ke dalam untuk selamatkan Aira. Jadi yang lain akan menunggu mereka di luar rumah agam itu.

"Tunggu aku!" bisik Haufan di dalam hatinya sambil menyelit pistol di dalam bajunya. Dia pun segera berlari masuk ke dalam rumah tersebut.

Atas kerjasama mereka berpasukan, anak buah Zarif yang berada di tingkat bawah itu semua berjaya di tumpaskan. Kehebatan Ayan dalam menembak memang tidak dapat ditandingi.

"Cantik ayan! Jom kita tolong Nathan dengan Rizqin pula" ujar Kevin sebaik sahaja mereka berjaya menumpaskan hampir separuh anak buah Zarif.

Jarang sekali dapat melihat Ayan dan Kevin berbaik kalau tidak asyik bergaduh sahaja tetapi apabila mereka di dalam satu pasukan semua perkara dapat di atasi. Inilah kehebatan mereka berdua..

Haufan Side...

Kesemua bilik di tingkat atas Haufan geledah namun dia masih tidak menjumpai Aira.

Haufan buntu...

Lokasi yang di tunjukkan oleh Rizqin melalui telefon bimbit Aira betul-betul menunjukkan rumah agam Dato Azman ini. Tidak lama kemudian mara Haufan tertancap ke arah tangga yang menuju ke basement.

Haufan mula tersenyum sinis...

"Kau cari pasal dengan orang yang salah... Tunggu la akibatnya!" bisik Haufan dengan sinis sekali. Dia pun terus melangkah turun ke bawah dan mendapati ada sebuah bilik di situ.

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro