BAB 68

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

'Song: ♪Warm Little Time by Cola Is Power♪'

Jangan lupa vote and comment banyak-banyak 🥰

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

Haufan menjengukkan kepalanya dahulu. Aira hanya berbaring lemah. Doktor Nani sepertinya sudah selesai menyambut kelahiran anak-anaknya dan sedang memeriksa Aira. Haufan pun melangkah masuk sebaik sahaja melihat Aira memandangnya lemah.

"Abang..." panggil Aira sambil tersenyum kecil

"Alhamdulillah Encik Haufan, twins kedua-dua sihat sangat" beritahu Doktor Nani lalu menolak troli baby tersebut ke arah Haufan dan Aira. Kelihatan twins tersebut telah pun di balut kemas dengan selimut.

"Yang sebelah kanan tu abang , berat dia 3.00 kg manakala yang kiri tu adik berat dia 2.95kg lewat 3 minit je dari si abang" jelas Doktor Nani sambil tersenyum ke arah pasangan itu. Dia dapat melihat riak wajah Haufan teruja walaupun tidak berkata apa-apa.

Haufan mendekati troli baby tersebut perlahan-lahan. Dia begitu teruja untuk melihat mereka. Kelihatan twinsnya itu sedang lelap dengan nyenyak sekali. Di terpesona melihat twinsnya itu. So cuteee with thier little hands,fingers and legs!!

Haufan pun tersenyum kecil sambil mengalirkan air matanya.

Dikala Haufan sedang kusut dan sedih disebabkan Rachel sudah tiada dam tidak tahu bagaimana ingin memberitahu berita tersebut kepada family di Guangzhou. Allah telah berikan mereka kegembiraan yang tak terhingga.

Twins mereka selamat di lahirkan di Pusat Perubatan Prince Court jam 6.43 petang, 13 Jun. Walaupun dalam keadaan yang sangat genting ketika itu Aira dapat melahirkan twins dengan selamat.

"Encik Haufan dah boleh azankan twins. Nanti saya akan suruh jururawat pindahkan Puan Aira dan twins dekat bilik vvip"

"Saya minta diri dulu" pinta Doktor Nani

Haufan pun dengan berhati-hati mengendong si abang. Walaupun kekok dia cuba juga untuk menggendong anaknya itu. Perlahan-lahan dia mengazankan si abang di telinganya. Kemudian Haufan mengazankan si adik pula.

Aira tersenyum kecil

Syukur dia dapat melahirkan anak-anaknya dengan selamat tanpa ada sebarang masalah. Dia juga gembira melihat Haufan melaungkan azan di telinga anak-anak mereka.

"Terima kasih sebab kau dah lahirkan zuriat untuk aku... Aku bersyukur sangat-sangat" luah Haufan. Dia mendekati Aira sambil memeluk bahu Aira dengan lembut. Kemudian dia melabuhkan bibirnya pada dahi Aira.

"Terima kasih juga sebab selalu ada di sisi aku.. Aku cintakan kau sangat-sangat"

"Aira pun cintakan abang sangat-sangat"

Aira memejamkan matanya, air mata kegembiraan mengalir di pipi Aira.

"Terima kasih juga abang sebab selamatkan Aira tadi tapi Rachel-

"Shush!! Bukan salah kau, biar aku je yang uruskan" Haufan pun memujuk Aira.

---------------------------------------------

Wad VVIP...

Mereka semua pun bergegas masuk ke dalam wad Aira. Wad vvip itu begitu luas jadi muat untuk mereka semua masuk. Mereka juga begitu excited untuk melihat anak buah mereka.

"Mana!? Mana babies aku nak tengok dulu!?" kedengaran suara Kevin begitu kuat di luar wad Aira. Kevin yang mula-mula melangkah masuk ke dalam bilik tersebut dengan kecoh sekali di ikuti yang lain.

Yang lain hanya menggelengkan kepala melihat perangai Kevin. Kevin tidak menghiraukan mata-mata yang memandang terus sahaja menuju ke arah baby bed twins yang berada di sebelah Aira. Dia menunjukkan riak wajah teruja ketika memandang twins tersebut.

"Weh comel! Putih melepak anak kau!" ujar Kevin dengan excited sekali. Aira hanya menggelengkan kepalanya sambil tersenyum.

"Adik okay?" soal Azriq.

"Adik okay... Mama papa dah tau ke along?" soal Aira

"Dah, diorang cakap nak fly terus balik Malaysia hari ni sebab tak sabar nak tengok twins adik" ujar Azriq. Azriq senyum melihat Aira. Haufan mengundurkan diri untuk memberi ruang kepada adik-beradik Aira untuk berbual dengan Aira.

Haufan pun mendekati rakan-rakannya yang sedang melihat twinsnya tidur itu. Kevin la yang paling excited antara mereka semua. Tidak habis-habis mencuit pipi gebu anaknya itu.

"Tahniah Haufan! Aku tengok anak kau memang ikut betul muka kau fan" ujar Rizqin sambil menepuk bahu Haufan.

"Tengoklah siapa daddy dia" ujar Haufan dengan bangga.

"Hahahahah" gelak mereka semua dengan kuat. Tiba-tiba salah seorang anaknya itu mengeliat kecil akibat terganggu dengan suara mereka.

"Wei kau tengok la member kau tu" ujar Nathan sambil memuncungkan mulutnya ke arah Kevin.

"Angkatlah dia, kalau kau teringin sangat" Kevin terus sahaja menggendong salah seorang dari mereka apabila mendapat green light daripada Haufan.

Aira yang perasan itu hanya tergelak kecil melihat Kevin kekok untuk menggendong anaknya itu.

"Aira yang saya pegang ni abang ke adik?" soal Kevin sejurus sahaja berjaya menggendongnya.

"Yang tu si adik.."

"Korang dah beri nama ke untuk diorang ni?" soal Aryan sambil merenung si abang yang tidur dengan lena di dalam baby bed itu.

Aira memandang Haufan

"Hazreen Hazzan si abang, Hazreeq Hazzan si adik" beritahu Haufan

"Woah! Dua-dua ada Hazzan ye dekat belakang"

"The Hazzans Generation"

"Kalau macam tu.... Haa ambiklah aura uncle eh Hazreeq" ujar Kevin dengan bangga kepada Hazreeq yang nyenyak tidur di dalam gendongannya itu.

"KEVIN!!!" jerit Haufan dengan kuat di dalam wad tersebut.

"Uwaa! Uwaa!" kedua-dua twins itu menangis dengan kuat serentak






---------------------------------------------





Keesokannya ...

Keluarga Aira dan Haufan datang melawat sebelum Aira dan twins discharge. Haufan hanya bermalam di hospital dan tidak pulang ke rumah. Jadi pada pagi itu, dia lah yang membantu Aira menjaga twins semasa Aira sedang mandi.

"Mama dah sampai"ujar Aira sambil tersenyum memandang Puan Afia dan Puan Amina yang baru sahaja tiba itu.

"Aira.. Anak mama, macam mana? Sakit? Maaf mama lambat jenguk kamu" ujar Puan Amina sambil memeluk anak perempuannya itu. Puan Afia juga memeluk menantunya itu dengan erat sekali.

"Tahniah ye menantu mama. Beri cucu dua sekali gus pulak tu"

Encik Hanz hanya tergelak lalu menepuk-nepuk kuat belakang Haufan dengan muka yang bangga.

"Ehem!! Tengoklah anak siapa!" ujar Encik Hanz sehingga mengundang tawa mereka semua.

"Comel-comel cucu mama ni... Dua-dua iras muka Haufan ye" ujar Puan Amina sambil mengendong si abang iaitu Hazreen manakala si adik Hazreeq di gendong oleh Puan Afia.

"Itulah mama, semua cakap ikut muka abang Haufan" Haufan hanya tersenyum bangga

"Takpe Aira... Lepasni bagi papa cucu perempuan pula, konfem ikut muka kamu" seloroh Encik Rizqin

"HAHAH betul tu Aira!"kata-kata Encik Rizqin di sokong oleh Encik Hanz.

"No problem! Awww sakit lah!"

Membuntang mata Aira apabila mendengar jawapan Haufan. Terus sahaja pinggang Haufan di cubit kuat oleh Aira. Dasar gatal!

"Amboi!! Suka sangat ye yang lelakinya!! Ingat Aira kena pantang"ujar Puan Amina sambil menjeling suaminya.

"Haa betul tu! Bukan pantang 44 hari, tapi 100 hari paling kurang untuk Aira" tambah Puan Afia pula

"What the hell ma! Seriously!!"

"Awak biar betul honey?! Bukan ke 44 hari je?!" soal Encik Hanz tidak percaya

"Itu anak sorang, tapi Aira kan bersalin twins jadi kena double la pantang dia, and mama and mama Aira yang akan jaga Aira masa pantang nanti"ujar Puan Afia selamb sambil mengenyit mata ke arah Puan Amina.

"Duh! Lamanya mama! " Haufan mula merungut. Sudahlah dia rindu untuk memeluk dan bermanja dengan Aira malam-malam.

Aira hanya memandang Haufan sambil cuba menahan tawanya. Kemudian dia tekun mendengar apa yang di beritahu oleh mama dan mama mentuanya itu.

"Well kamu kena tahan la ye nafsu kamu tu... Jangan harap dapat sentuh Aira" ugut Puan Afia, bukannya dia tidak kenal perangai anak bongsunya itu. Gatal sama seperti suaminya.

"Lagipun pantang ni penting untuk Aira supaya dalaman dia yang luka-luka tu boleh baik semula dengan elok" ujar Puan Amina lagi.

"But-

"No but.. but!" ujar Puan Afia sambil menggoyangkan jari telunjuknya ke arah Haufan. Biar dia mengajar anak bongsunya itu.

"Urghh fine!"  Haufan mengalah dan menunjukkan riak muka dinginnya.

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro