BAB 9

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


Haufan dan Hadif tersentak apabila Haiyan menyergah mereka berdua.

"Hoi! Ni bukan tempat nak jejak kasih antara sepupu ye. Cepat la jalan aku nak rehat ni penat" jerkah Haiyan

"See, mama and papa dah jalan dah tu. Cepat lah!! " gesa Haiyan lagi.

Haufan pun segera mengikuti langkah mama dan papanya. Hadif hanya mengikuti langkah mereka. Sesekali dia menjeling Haufan dengan pandangan mata yang sukar ditafsir.

Dalam kereta...

"Macam mana Haufan syarikat kamu okay?" soal Encik Hanz

"Okay je pa, Kevin banyak bantu Fan kalau Fan sibuk dia la yang ganti meeting ti semua" beritahu Haufan sambil memandu Range Rover merah miliknya.

"Kamu duduk dengan kawan-kawan kamu ke? Siapa jaga makan minum kamu. Mummy rasa kamu kurus sangat ni" ujar Puan Afia yang risaukan Haufan

"Tak de la, Fan duduk sorang-sorang. Fan kan ada rumah sendiri buat apa nak duduk dengan diorang. Ada maid yang jaga makan minum Fan jadi mama jangan la risau"ujar Haufan panjang lebar.

"Mestilah mama risau kan kamu, umur kamu sekarang sepatutnya dah wife yang jaga makan minum kamu bukannya jadi macam abang kamu ni membujang umur dah nak masuk 30 dah" bebel Puan Afia.

"Maa.. yan bukannya tak nak kahwin lagi, maa nampak kan yan sibuk dengan kerja"ujar Haiyan

Baru sahaja Puan Afia ingin membuka mulut membalas kata-kata anak sulungnya itu, tiba-tiba sahaja Encik Hanz mendekatkan mukanya dengan muka Puan Afia.

Puan Afia terkejut, lantas kedua-dua belah pipinya mula kemerah-merahan menandakan dia malu dengan sikap suaminya.

Haufan dan Haiyan sama sekali tidak terkejut dengan tindakan papa mereka itu, sememangnya papa mereka memang jenis yang slumber, dalam kereta pun boleh buat begitu.

"Haa abang buat macam ni baru honey nak diam ye" ujar Encik Hanz sambil mengangkat keningnya dan tersenyum gatal.

Terus sahaja Puan Afia menolak dada Encik kerana pipinya berbahang.

"Hish! Abang ni kenapa? " marah Puan Afia untuk menutup rasa malunya.

"Awak tu la honey, banyak cakap sangat abang kiss karang nak" ugut Encik Hanz

Puan Afia terus sahaja mendiamkan diri, mukanya masam sahaja menandakan dia sedang merajuk. Encik Hanz hanya tersenyum sahaja melihat muka cemberut isterinya.

"Mama dengan papa ni tak habis-habis bersweet-sweet haih" ujar Haiyan

"Kenapa? Kamu jeles dah tu cepat-cepat la kahwinnya kamu tu bukan makin muda yan" perli Encik Hanz

Haiyan yang mendengar perlian papanya itu hanya mendiamkan dirinya. Jikalau dia membalas lagi teruk dia dibahan oleh papanya.

"Haa kamu Hadif, nak balik rumah uncle ke nak balik rumah papa mama kamu? "Soal Encik Hanz

"Saya balik rumah saya sendiri je la uncle, lagipun banyak barang saya nak kena kemas kat rumah saya nanti" ujar Hadif yang daripada tadi hanya mendiamkan diri sahaja.

Encik Hanz hanya mengangguk sahaja.

******************************************

Rumah Keluarga Haufan...

"Malam ni tidur rumah mama ye" ucap Puan Afia kepada Haufan

"Okay ma... Tapi sebelum tu Fan kena hantar Hadif dulu"

"Haa takpe biar aku yang hantar, lagipun aku nak singgah speedmart jap" ujar Haiyan

Haufan hanya menganggukkan kepalanya tanda setuju. Dia pun segera turun daripada keretanya dan menyerahkan kunci kereta tersebut kepada Haiyan.

Haiyan pun segera menyambut huluran tersebut. Dia pun segera menghidupkan enjin kereta dan beredar meninggalkan perkarangan rumahnya. Haufan segera mengikuti langkah mama papanya ke dalam rumah agam tersebut.

"Haa sekarang ni mama nak masak jadi abang dengan Haufan boleh la borak-borak apa yang patut" ujar Puan Afia lalu meninggalkan mereka berdua di ruang tamu.

"Duduk la Fan.. " arah Encik Hanz

"Pa.. Betul ke Hadif tu betul-betul dah sihat? " soal Haufan selepas sahaja melabuhkan punggungnya di atas sofa berbentuk L itu.

"Maksud kamu? " soal Encik Hanz sengaja

"Dia dah tak gila? Psycho? Or dia masih-

Belum sempat Haufan menghabiskan kata-katanya kedengaran Encik Hanz mengeluh lemah.

"Doctor cakap dia tak sihat sepenuhnya lagi, dia masih perlu makan ubat penenang tu" ujar Encik Hanz

"Dah tu why papa bawa dia balik Malaysia, macam mana doktor boleh lepaskan dia"ucap Haufan keras tapi masih cuba untuk mengawal suaranya

"Dia pujuk doktor tu... Dia cakap dia rindu dekat family dia jadi doktor pun bagi la tapi dia tetap kena jalankan pemeriksaan kat hospital Malaysia" ujar Encik Hanz

"Papa harap kamu berhati-hati la... Papa takut perkara lama berulang lagi nasib baik kamu tak terbunuh masa tu" keluh Encik Hanz

Haufan hanya mendiamkan diri sahaja, dia tidak memikirkan keselamatannya akan tetapi memikirkan keselamatan Aira. Dia risau sekiranya Hadif mencederakan Aira.

Encik Hanz pun bangun meninggalkan anak bongsunya keseorangan di ruang tamu. Dia mengetahui bahawa Haufan tengah serabut memikirkan masalah tersebut jadi dia ingin memberikan ruang kepada Haufan.

"Aku kena lindungi Aira" ucap Haufan di dalam hatinya.

*******************************************

Haufan sedang menyiapkan kerjanya di dalam bilik. Dia menyandar pada katil sambil menyisip coffee untuk menghilangkan mengantuknya.

Sedang dia khusyuk dengan kerjanya, dia teringat akan Aira.

"Oh ya! Aku lupa nak mesej Aira" ucap Haufan. Dia pun segera mengambil IPhonenya.

Haufan
Assalamualaikum.
Ni aku Haufan.

Baru sahaja Haufan ingin meletakkan Iphonenya di sisinya tiba-tiba telefonnya berbunyi menandakan mesej masuk. Dia pun segera membuka mesej tersebut.

My Girl ♡
Ye saya.. Encik Haufan nak saya hantar makanan esok ke?

Haufan
Ehh tak hantar untuk aku tahun depan je 😒

My Girl ♡
Maafkan saya..

Haufan
Aku nak kau hantar nasi goreng dengan ais americano.

My Girl ♡
Emm tapi Encik Haufan cafe saya takde nasi goreng

Haufan
Kau ada nampak aku kesah. By hook or by crook aku nak nasi goreng juga.

My Girl ♡
Baiklah Encik Haufan 🤗

Haufan hanya tersenyum ketika melihat mesejnya dengan Aira. Dia sememangnya sengaja menyuruh Aira masakkannya nasi goreng.

Aira Medina Side...

"Apa la masalah lelaki ni.. Order makanan yang takde dalam menu nasiblah dia customer. Customer always right haih" bebel Aira

"Nak save number dia apa ye.. Macam pelik je letak Encik Haufan haa aku tau" ujar Aira yang tiba-tiba sahaja mendapat idea.

Aira pun segera menyimpan nombor Haufan dengan nickname Singa Garang 🦁. Aira pun terkekeh-kekeh mengetawakan nickname yang diberikan olehnya kepada Haufan.

"Itu lah siapa suruh garang sangat.. Kan dah dapat nickname macam tu. Malang betul siapa yang kahwin dengan awak Encik Haufan garang sangat" ujar Aira.

"Baik aku tidur... Esok awal-awal pagi nak pergi beli bahan untuk nasi goreng si singa garang tu" Aira pun segera mematikan lampu bilik tidurnya dan menyelimuti dirinya. Beberapa minit kemudian dia pun sudah terlelap dibuai mimpi.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro