23 • LONDON

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng




Aaliya terjaga.

Dah pukul berapa?

Ha? 9.30?!

Terus Aaliya bangun, berlari ke dalam bilik air dalam bogel macam tu. Aaliya mandi wajib, terus masuk ke biliknya sembahyang selepas disarung baju tidur di dalam wardrobenya. Tak pakai bra, cuma gaun malam tidur kain cotton paras lutut no sleeves V-neck. With panty.

Lepas siap solat isyak, Aaliya melangkah keluar. Dengar TV. Zill tengok TV kot. Aaliya senyum dan laju langkahnya menuju ke ruang putih lepak tu. Tapi terhenti langkahnya bila ternampak banyak beg kertas warna merah, hitam, putih di atas meja kayu. Terus melangkah ke situ, pesong sekejap baru nak pergi tengok Zill.

Aaliya tengok. Ed Hardy, Harrods, 7 For All Mankinds, Versace, Chanel, Sal-va-tore Ferra-gomo? (Aaliya baca satu-satu) dan banyak lagi beg kertas jenama lain. Aaliya waaahh, terkebil-kebil, ternganga mulutnya bila ditelek isi dalam beg mana yang dia mampu tengok. Sebab banyak gilaaa!!!

Ada mekap perempuan! Innisfree dengan Naked (dalam beg kertas Urban Decay) dengan Sephora? Tak pernah dengar.

Aaliya buka satu beg kertas besar nama ARZU. Selendang! Aaliya terus muka suka macam orang terencat. Laju ditarik keluar, digayakan selimpang pada kepala. Lembutnyaaa... Dipeluk dan dicium kuat-kuat. Terus disimpan selendang itu dan berlari ke ruang TV balik. Tapi tiada Zill.

Ada dua tiga kotak pizza, ada crisp, ada chips, ada chicken chop, ada brownies yang dia masak tadi di atas meja depan TV... tapi tuannya takde.

Aaliya pandang kiri kanan.

"Ziill!!" Aaliya melaung saja. Terus Zill muncul di ruang itu dari hallway dapur. Di tangan kirinya ada dua gelas, di tangan kanannya ada botol kaca jus buah. Aaliya senyum suka, terus berlari memeluk Zill yang hanya dalam brief dan seluar pendek. Aaliya mendadak peluk dada Zill kuat sangat sampai suaminya itu terkebelakang.

"Ehh Aaliya... watch aahhht." Zill menegur perlahan dalam ketawa kecilnya bila terasa effect dakapan kuat isterinya ni. Aaliya angkat muka, mukanya sebek.

"Dah kenapa kau sebek pula ni?" Zill menyoal terus. Muka pelik ketara. Aaliya kian sebek, "Saya nampak... barang-barang perempuan. Ada tudung, ada jeans, ada kasut, ada baju lawa-lawa sangat."

Zill yang faham, hanya sengih. Dicium dahi Aaliya, dirangkul bahu Aaliya dengan tangan kiri yang masih memegang dua gelas tinggi tadi. "Kan aku cakap... aku nak bagi kau semua tu." Zill senyum, tunduk memandang Aaliya yang mendongak di dadanya.

Aaliya tahan muka terharu, "Tapi... saya tak sangka banyak macam tu."

Zill ketawa. "Tu... semua yang kau patut dapat... dari awal kau jadi isteri aku." Zill bersuara lembut. Aaliya diam, terkebil-kebil menahan mata yang mula panas. "Itu hadiah aku untuk kau." Zill senyum, dicium ubun-ubun Aaliya, "Dah, jom."

Aaliya masih memeluk Zill, masih tak bergerak melepaskan Zill untuk jalan menuju ke sofa panjang sana. Zill senyum. Dia faham. Zill tunduk dan Aaliya menjengket sikit dengan memejam mata. Zill cium, Zill jilat, Zill jamah, Zill sedut bibir basah soft Aaliya. Rasa hidung mancung Zill menyapa pipi kirinya dan bulu-bulu halus di wajah Zill betul-betul menikmatkan dia.

Slowly, mereka melepaskan tautan bibir sendiri. Dan baru muka Aaliya senyum bunga-bunga. Zill ketawa tengok keletah budak ni. Ditarik tangan Aaliya menuju ke ruang movie. Diletak gelas dan dituang jus ke dalam gelas tinggi tu. Aaliya hanya berdiri melihat. Zill duduk, memandang Aaliya.

Aaliya malu... tapi Aaliya betul nak rasa melekat dengan Zill macam kembar siam. Zill senyum dan ditepuk ribanya. Aaliya perlahan-lahan mula duduk dan separuh berbaring dengan kepalanya di dada dan bicep kiri Zill. Zill tak berbaju, Aaliya terang merasa kulit lengannya menyapu kulit keras Zill. Sedapnyaaa... Aaliya sengih kambing.

Zill tak perasan sengihan kambing Aaliya tu. Dia dah fokus pada TV. Cerita apa? Not cerita. News... about business dan saham dunia.

Aaliya cuma diam, duduk je di riba Zill. Aaliya cuma makan senyap-senyap chips (fries) yang ada. Matanya hanya pandang TV, dengar tapi tak faham sepatah haram pun. Sebab Englishman yang jadi narrator news tu. And takde subtitle.

Zill masih diam fokus dan tangannya mengusap dan membelai tubuh Aaliya yang terdedah. At times, dicium kepala Aaliya yang wangi bau rambutnya. At times, dipeluk Aaliya dengan dakapan dua lengan sasanya.

Aaliya masih diam, makan pizza, makan crisp (potato chips), makan chicken chop yang sudah dipotong kecil-kecil dan masih melayan belaian kecil Zill tapi lama-lama Aaliya bosan. Bosan sebab dia tak faham apa yang mamat orang putih tu cakap dan Aaliya bosan sebab... Zill fokus TV je. Emm...

Aaliya mula menyentuh tangan kanan Zill yang tika itu berehat di pahanya. Zill cuma senyum bila merasa sentuhan itu dan dibiarkan saja. Mata dan telinga dan otak masih on the news.

Aaliya belai, Aaliya usap satu-satu jemari kasar Zill. Rasa rigid, rasa hard, kulit tanned berbanding dengan jemarinya yang putih dan halus macam apa. Berbezanya kami... Aaliya senyum. Disentuh jemari dan tangan Zill yang Aaliya rasa besar gila. Mula ditempatkan tapak tangan kanan Zill di tapak tangan kirinya sendiri. Dan mula diukur tangan mereka dua. The difference was amazing. Tangan Aaliya... hampir satu setengah inci smaller than tangan Zill.

Aaliya ternganga. Kerana ketara perbezaan dan ketara kegagahan kelelakian Zill di matanya.

"Zill..."

Zill senyum, tunduk mencium pipi Aaliya. News dah habis. Zill untung another billions. Huuuu....

"Apa?" Zill bertanya pada Aaliya dalam senyuman. Aaliya angkat kepala memandang Zill. Baru sekarang mata Zill padanya, tadi pada TV je. Dipandang balik pada tangan mereka yang still connected. "Tangan awak besar. Tangan saya kecil je. Tengok ni." Aaliya tunjukkan tapak tangan mereka yang masih terlekap dengan matanya pada Zill.

Zill senyum dan gelak kemudiannya. Sebab Zill tak tahan tengok muka polos Aaliya dan mata cantik tu terkebil-kebil padanya.

Zill ambil tangan kiri Aaliya yang masih melekap dengan tangan kanannya, disentuh lembut, dipegang lembut dengan tangan kanannya. Dibawa ke mulutnya dan dia menunduk sikit. Dipejam mata, mula mencium satu-satu jemari kiri halus ini.

Aaliya hanya kebil-kebil melihat pergerakan Zill dan senyum kemudiannya. Aaliya makin mengerekot like a tight ball, makin mengecilkan tubuh di ribaan Zill, rapat pada dada Zill. Suami saya. Hehe.

Zill stopped gave attention pada jemari Aaliya dan dipeluk Aaliya rapat sangat di atas sofa besar mewah ini. Zill peluk... kedua lengan sasanya menguasai tubuh kecil Aaliya. Aaliya malu-malu mengerekot dalam dakapan besar Zill.

Tangan kanan Zill peluk paha Aaliya and that makes legs Aaliya rapat dan terangkat dan terjuntai di luar lengan Zill. Tangan kiri Zill peluk belakang Aaliya dan both of Zill's hands bertaut satu sama lain.

Zill pandang Aaliya lama, yang rapat dengannya sekarang with smile and his blue eyes filled with content. Aaliya senyum malu-malu dan tunduk. Dirapatkan tangan dan bermain dengan jemari sendiri yang rapat di dadanya dalam dakapan besar suaminya tu. Zill memeluk Aaliya dan dia menunduk malu.

Aaliya malu... kerana mereka sangat rapat dan nampak seluruh kakinya terdedah hingga kelihatan punggungnya yang bersarung panty tu. Zill cium kepala Aaliya. Zill pandang Aaliya, Aaliya senyum juga malu-malu memandang Zill.

"Aku besar, kau kecil. So that, aku protect kau... sampai bila-bila. I 'll be yarh... Wolverine." Aaliya ketawa kecil cuba menutup malu, "Kau suka dia, kan?" Aaliya cuma hehe mengangguk. "Kau kecil comel..." Zill senyum. "Sama macam...masa kita tuuuu tu. Aku besar, kau kecil comel. Aku... jaga kau juga lah tu." Aaliya terus bulat mata pada Zill. Aaliya kembali tunduk dalam posisi kecilnya ini. Zill cuma sengih.

Hidung Zill bergesel dan mencium halus lengan Aaliya yang terdedah. "Kulit kau.. lembut je. Soft, loike a fragile fin' (thing). Kau... a fragile girl, genuinely a virgin, innocent girl (Aaliya tak faham tapi dia senyum je masa ni). Aku akan jaga kau... jangan risau. Sebab aku sayangkan kau, cintakan kau." Zill senyum dalam bisikannya. Dicium dahi Aaliya lagi. Aaliya senyum juga memandang senyuman Zill.

Handsome nyaa...

Aaliya tak tahan dan terus melentok di bahu Zill, makin merapatkan tubuhnya pada Zill. Minta dipeluk makin kuat. Zill senyum, dipeluk Aaliya juga. Makin mengecil tubuh Aaliya.

Aaliya mendengar degupan jantung Zill dengan perasaan suam dalam hati. Seperti mana dakapan ketat Zill padanya. Rasa suam yang melegakan dan menenangkan sangat. Aaliya pejam mata menikmati ciuman Zill di atas kepalanya. Makin nampak Aaliya mengerekot di atas ribaan Zill yang santai di sofa mewah ini.

"Zill sangat sayangkan Aaliya." Aaliya angkat muka memandang muka suami. "Aku janji... aku takkan tinggalkan kau. Dan aku nak kau janji benda sama. Kau segala-galanya pada aku. Kau... isteri aku. Kau... kekasih aku. Kau... ibu pada anak-anak aku nanti." Tenang bisikan Zill. Tapi Aaliya nampak biasan sayu dalam mata biru itu.

"Aku cintakan kau sangat. Aku nak kau je ada masa aku senang masa aku susah. Aku nak kau je yang legakan sakit dan buat hati aku rasa kuat." Zill memejam mata, dahinya mencium dahi Aaliya, "I love ya so much, baby. Je t'aime tellement, mon amor. (I love you so much, my love in French)"

"Mi amor (my love). Yarh mine. I fuckin' golden dove ya." Zill masih berbisik dengan mata pejam.

"Zill..." Zill buka mata bila mendengar bisikan Aaliya. "Saya janji saya takkan... tinggalkan awak." Aaliya senyum, melentok di bahu Zill, makin membalas dakapan Zill. For a moment, mereka begitu.

Love... it's an amazing treasure.

Zill senyum, melonggarkan dakapan besarnya sedikit. Aaliya kembali duduk mengerekot di atas riba Zill. Tangan Zill mengusap paha dan kaki Aaliya yang licin gebu terdedah.

"Kau gebu... semuanya gebu. Sikap kau, kulit kau... tetek kau.." Zill sengih sikit melihatkan Aaliya mengangkat muka yang berkerut memandangnya. "Kau gebu... loike really fluff fin', loike macam bunga kembang yang lembut je. Aku rasa macam nak peluk je kau tak nak kasi lepas. Macam ni." Terus dipeluk Aaliya kemas sampai muka Aaliya penuh disembam ke dada bidangnya balik.

Aaliya ketawa kecil dengan kelakuan Zill. Zill ketawa juga. Zill cium telinga Aaliya, perlahan berbisik, "I'm so in love wif ya. Me Adara Aaliya.."

Aaliya malu-malu tapi nasib baik muka panasnya bukan pada pandangan terang Zill, nasib baik mukanya di dada Zill. Aaliya senyum, didakap dada dan lengan suaminya.

Zill dan Aaliya sama-sama pandang. Sama-sama senyum. Aaliya hehe dulu pecahkan pandangan romantik tu. Zill ketawa juga. Zill mula bergerak, mencapai remote. Aaliya ke depan mengambil cheezy pizza di atas meja di depan mereka.

Zill memeluk Aaliya dengan tangan kiri dan santai saja tangan kiri itu memegang, memicit buah dada gebu Aaliya dari luar gaun malam kapas nipis itu. V-necknya luas, jadi terang lurah dan ciuman gebu dua buah itu bila Zill mula memicit. Aaliya emm sikit tidak selesa, berkerut muka mendongak memandang Zill.

Zill cuma sengih dalam dia mencari channel. Aaliya buat biasa juga, dimakan pizza dengan tangan besar suaminya itu mencengkam buah dadanya. Zill mula buka channel HBO. Ada lambang Sony menunjukkan credit at the beginning of a movie.

"Zill..." Aaliya bersuara sesudah dia menelan satu slice pizza itu. Kepalanya lentok di bahu kiri suaminya dan matanya mendongak memandang.

Zill tunduk, dicium pipi Aaliya. "Yep?"

"Semua baju perempuan, make-up tu semua hadiah saya ke?"

Zill senyum dalam anggukan kepalanya. Mereka saling pandang, tidak kisah akan wayang yang baru bermula.

"Kenapa bagi saya hadiah banyak macam tu?" Aaliya dengan naifnya menyoal. Zill dah ketawa. "Aku tak perlukan special occashun untuk bagi kau hadiah. Lepas-lepas ni, aku akan always bagi kau hadiah. Bila-bila... kau just... terima je. Awrigh?"

Aaliya diam dan senyum.

"Lagipun... aku nak bawa kau jalan-jalan. Takkan kau nak pakai sexy wear yang kau selalu tayang pada aku, kan?" Zill mula mengusik. Aaliya diam dan mengangguk, cuba dikawal malu yang mula menyerang. Aaliya malu-malu mencium dada bidang Zill yang terdedah. Aaliya kembali memandang Zill dengan sinaran mata malunya.

Zill sengih saja. Aaliya mengusap dada suaminya lembut. Zill sumpah rasa tenang dan sejuk macam ais batu bila terasa sentuhan lembut dari Aaliya ini.

"Hadiah apa yang awak nak bagi saya lepas-lepas ni?" Zill diam dan emm kejap. "Loike... rantai, cincin, handbags... semua yang girls suka lah. Kau mesti suka, kan?" Aaliya senyum. "Em... tak perlulah semua tu. Awak cuma... bagi masa awak je dekat saya."

Zill muka pelik. "Tak faham." Aaliya senyum, kepalanya tunduk dengan matanya tekur memandang dada bidang suami yang diusap tangannya.

"Saya ada banyak juga tengok cerita. Kalau orang kaya... perempuan kaya... suka sangat shopping. Dan pakwe selalu perabiskan duit untuk dorang... Saya... tak suka macam tu. Sebab... kalau saya ada collection yang banyak macam tu pun, saya rasa saya bukan pakai sangat. Kalau sikit-sikit je takpe. Lagipun... saya tak nak berhias sangat dekat public. Kalau simple-simple je saya suka. Sebab... saya kan maruah awak. Saya akan jaga penampilan saya dekat luar untuk awak... cuma jangan banyak sangat."

Aaliya senyum pada Zill.

"Kalau saya cantik-cantik, saya hanya nak cantik untuk awak. Kalau saya pakai bling-bling sangat, yang mahal-mahal sangat... nanti saya jamu mata orang luar pulak. Tu... dosa... Awak... tak perlu nak... banjirkan saya sangat dengan semua tu. Sebab awak bagi sikit je lah... saya suka... Saya suka semua yang awak bagi. Saya cuma... taknak awak banyak sangat bagi saya semua tu... sebab saya isteri awak. Cantik saya... saya nak awak je tengok. Saya akan cantik untuk awak dekat luar, cuma taknak macam over... Err... saya bunyi macam orang gila ke?" Aaliya memandang Zill, takut Zill tak faham dengan apa yang cuba dia cakapkan.

But... Zill just diam, hanya memandang Aaliya. Zill faham maksud Aaliya. Aaliya senyum. Kebil-kebil matanya memandang Zill kerana dia seperti menceramah panjang untuk Zill pula.

Zill diam kejap. Zill tahu... Aaliya nasihat... fasal isteri dan suami dalam Islam. Zill... terharu.

Untungnya aku dapat dia sebagai isteri... Aku takkan sia-siakan dia lagi. Aaliya... gadis sederhana. Bukan harta aku yang dia nak, bukan barang-barang mahal yang dia nak macam minah-minah yang aku kenal, yang aku jumpa selama ni yang bling-bling straight dari hujung kaki sampai hujung kepala. Bukan barang-barang mahal yang dia nak untuk diri dia. Dia... cuma nak aku dan aku ada untuk dia. Dia... cuma nak aku jaga dia dan lindung dia. Thank Godd... sebab kau bagi aku this girl.

Zill senyum, dipeluk Aaliya rapat. "Anyfin' fer ya, lovely jubly... aku buat." Dipeluk Aaliya kemas, dagunya di atas kepala Aaliya. Aaliya senyum, dipejam mata dan perlahan-lahan diusap dada bidang Zill.

Aku akan sering doa, Zill terbuka padaMu, Ya Allah. Aaliya berdoa dalam hati. Aaliya... akan slow-slow cuba nak sedarkan Zill. Zill perlukan masa... boleh. Tapi sampai bila? Kerana Zill Islam, ibadah wajib pada Dia, tanggungjawab agama pada Dia. Moga suami aku kembali padaMu, Ya Allah. Aaliya senyum. Aaliya yakin, Zill akan ke situ. Cuma perlu ruang dan masa. Amin...

Tiba-tiba Zill melonggarkan pelukan, dipandang Aaliya. "But... aku akan bagi kau lagi banyak sexy lingerie, that's fer sure." Aaliya terus bulat mata. Zill cuma menyengih hehe. Zill tunduk, digeselkan hidungnya pada pipi gebu Aaliya yang mula memerah.

"Aku suka... tengok kau in those type ov clothes. Kau macam model comel. Aku geram every time." Aaliya makin berkerut muka menahan. Beria menangkap apa yang Zill cakap dalam slang Inggerisnya itu satu, beria mengikut belaian Zill satu.

Zill senyum, dijamah bibir Aaliya. "Jom... enjoy da movie." Aaliya senyum kemudiannya. Tak rasa malu tak keruan dah. Zill mencapai pizza, dihulurkan pada Aaliya.

"Zill... saya suka pizza Sbarro ni." Zill senyum. Dicium atas kepala Aaliya dengan hidungnya dalam dia turut mengunyah. One thing yang Zill belajar fasal Aaliya... Aaliya takkan duduk diam dan senyap je. Mulut dia mesti terbuka bertanya dan cakap itu ini. Aaliya selalu minta dia jawabkan dan minta diceritakan semua yang mahu dia ketahui. Zill senyum. She's just so adorable.

"Sebab tu aku beli. Masa kau period, kau suka gila this, kan?" Aaliya ketawa kecil.

Zill dan Aaliya sama-sama menonton the movie. Ada subtitle lah, Malay untuk Aaliya, haha. Sambil mengunyah pizza, sambil hug, sambil cuddle. Then, Aaliya kembali mendongak sikit memandang Zill.

"Saya suka tengok dia speaking. Dia speaking macam awak." Zill senyum. "Tu... Jason Statham. Dia speaks pakai Cockney accent." Aaliya terus mengangkat muka. Zill senyum memandang mula Aaliya yang beriak ingin tahu.

"Macam Malaysia, ada loghat Utagha, Kedah, Ganu semua tu, kan?" Aaliya ketawa bila mendengar Zill cakap macam tu. Zill ketawa juga. "Hang pi mana?" Aaliya ketawa terus mendengarkan itu keluar dari mulut Zill.

"Em... macam tu, London pun ada accent, ada loghat dia. London accent ada tiga. Known punya. Kau nak dengar ke?" Aaliya hehe lebar, mengangguk beria. Zill ketawa, dicium kepala Aaliya dan mula bercerita,

"First, RP accent - Received Pronunciation. Second is Cockney. Third, Estuary. That actor, Jason... aku pun... use that Cockney accent. Cockney kind ov digunakan di East London punya kawasan majoriti... aku kan..."

"Kensington, dekat timur London." Aaliya melintas dulu. Zill senyum, matanya jelas besar sikit beriak teruja dan kagum, "Yees, you're clever girl." Aaliya ketawa suka bila dipuji.

Zill mencium bibir Aaliya dan menyambung, "Received Pronunciation. Dia standard British accent. RP ni.. fer those English learners try ter speak British. Orang English yang cuba nak cakap British. Tapi... bukan Americans, but negara Britain lain yang try nak speak English British. So dorang guna RP."

Dipandang Aaliya yang tekun mendengar. "Dapat tak? Ke aku laju sangat?" Aaliya diam dan senyum, "Taklah. Ceritalah lagi." Zill senyum, dikucup dahi Aaliya.

"Untuk Estuary, orang tua yang selalu guna, but bawah 60's. And dorang yang duduk di Thames River. First, kau tahu tak maksud estuary tu apa?" Aaliya diam dan menggeleng. Zill senyum, dicium lama pipi Aaliya, "Estuary kind ov muara. Tempat masuknya part-part sungai ke dalam laut, samudera semua tu?" Zill memandang Aaliya dalam bertanya. Aaliya haa dan angguk-angguk. Zill senyum, dipeluk Aaliya rapat pada badannya,

"Kat situ, Estuary accent. And... dorang macam campur semua. Estuary accent dia campur Cockney, dia campur RP sekali. Either lah. Bukan sorang speaks tiga terus. Sorang pakai Estuary campur Cockney, others pakai Estuary campur RP. Because, it's a meet up, righ? Macam satu pertemuan? Muara? Tempat culture bertembung?" Aaliya emm dan angguk-angguk.

Zill senyum lagi, lebar. "So... tu semua fasal London dan loghat dia." Aaliya angguk-angguk. Aaliya senyum, melentok di dada Zill. "Saya nak belajar kelas London accent juga lah." Zill ketawa. Dipeluk Aaliya ketat macam peluk teddy bear. "Aku boleh ajar kau."

Aaliya sengih. Zill sengih sama. "Cuba cakap, can I have a glass of water, please?" Aaliya ternganga tak faham. Zill ketawa. "Aku cakap, can I have a glass of water, please?" Zill cakap satu-satu dalam accent American. Baru lah Aaliya ohh dan angguk-angguk, then, "Lainnya!"

Zill ketawa. "Nak speak English British, kau kena tengok vokal dan kalau t... dia tak bunyi. Aku cakap water, dalam Brits, 't' dia tak dengar. Bunyi macam wa'er je. Tu dipanggil 'glottal stop'. Glottal stop ni... 't' tak bunyi. Macam fountain, English British cakap fountain (bunyi foun'an). Then, have just sound macam '-ve'. Please... not pliss but pleiss..."

Aaliya mata bulat dan emm.... Zill ketawa. "Kau comellah. Aku tak tahan." Terus dipeluk Aaliya kuat, digerakkan kiri kanan. Aaliya ketawa suka, berpaut pada lengan Zill.

Aaliya pandang Zill, "Zill... awak macam cikgu. Hebatnya." Aaliya tepuk tangan suka. Zill ketawa terus, dicium pipi gebu Aaliya, dipeluk Aaliya kuat lagi sekali, "Aku akan jadi semua yang kau nak aku jadi." Aaliya ketawa kecil dalam pelukan suaminya then dia angkat kepala lagi, "Tapi kan Zill... kenapa boleh ada English British dengan English American?"

Zill senyum. Zill suka tengok kecomelan Aaliya yang mahu mengetahui semua. Like a kid so much in wonder, nak tahu semua benda baru. Dicium dahi Aaliya dan mula bercerita semampu senang nak faham,

"Major cakap... perubahan bahasa English sebab kedatangan Viking ke Britain. Mula-mula, sebab tu. Then, lama-lama... bila ada Queen and King dengan President... ada UK dan US... semua bahasa makin ketara berubah. Brits berubah drastic. And American pun berubah, but a lil'. Paling besar perubahan boleh nampak banyak pada English British."

Aaliya makin bergerak memandang Zill. Zill ke depan, diteguk jus sikit.

"Yang paling nampak... dorang punya ejaan. Contoh kalau English American dia eja favaarh (favour) takde u. Brits ada u. And... American eja theatre dengan '–er' dekat hujung. And American eja sulphur dengan 'f', Brits eja guna 'ph'. Aluminium, American eja aluminum."

Aaliya tekun mendengar dan Zill kian senyum melihat muka fokus Aaliya.

"Kau selalu tengok aku taip dokumen, kan?" Aaliya senyum dan angguk. "Words pun pakai English UK emm English British as se'in' (setting) default dia. Sebab English UK lagi lama." Dicium sekejap bibir Aaliya yang mendongak mendengar ceritanya. Because Zill can't take the cuteness haha.

"Semua tu... salahkan Noah Webster." Aaliya muka kerut dahi, "Kenapa? Dia buat apa?" Zill senyum, diteguk jus lagi,

"Sebab kan dia punya kamuslah... aku tak ingat nama kamus dia. But kamus dia lah yang terus menjelaskan jurang antara accent dan ejaan between English British and English American. Dia buat kamus tu... sebab dia rasa penting ter American... sebab dia wanna assert... em menegaskan lagi kebanggaan culture Britain through bahasa."

Aaliya makin mengangguk-angguk dan oo teruja. Zill senyum, dicium kepala Aaliya.

"Kau tengok macam ni. Kalau American colonies, British Isles... means pulau-pulau... dorang cakap dengar bunyi R. Macam hard winter. Dengar R tu. Tu rhotic. Tu English American. Tapi... Britain dia non-rhotic. Hard winter bunyi macam ni... hahd wintuh."

Aaliya ternganga kagum dan teruja. Zill ketawa.

"Lagi satu dia berubah, makin asing sebab darjat, sebab masa perang, masa sibuk nak bezakan rank. Semua tu. Kalau kau nak tahu... dekat London... lebih kurang 300 bahasa kau akan dengar." Zill senyum memandang mata bulat Aaliya.

"Sebab London besar. Capital pada England, big capital. Dan London major pada UK dan major pada Britain. Sort of. London antara dua bandar yang ada lebih dari 5 juta population. Lagi satu, Moscow. So... London... dia banyak culture dan dia banyak history dan dia banyak istana lama. So dari dulu, macam-macam. Ada orang London yang claim dorang keturunan President Bush, ada claim dorang ada darah Roosevelt, Marilyn Monroe... macam-macam."

Zill teguk jus lagi dan dicium bibir Aaliya kejap.

"Lagi satu... London dia... bangga. Orang dia kind ov very proud dengan sejarah dan purba kala Britain. Dekat London, ada banyak gila istana. Seluruh England, dorang bangga sebab dorang saja dah ada 1000 istana lama." Aaliya bulat mata. Zill senyum, dipeluk Aaliya, dicium pipi Aaliya, "Nanti aku bawa kau tengok istana-istana lama dekat London." Zill ketawa bila Aaliya menepuk tangan kuat.

"Brits... dorang kind ov proud culture. Sebab dekat UK... dekat situ lah lahirnya legend-The Beatles, James Bond '007 tu, dekat situ lah lahir J.K. Rowling... si penulis Harry Potter tu?" Aaliya aa dan angguk-angguk. Zill senyum dan menyambung,

"Dekat Brits... macam-macam sejarah ada. Ada William Shakespeare, ada keunikan Queen Elizabeth. London... ada Big Ben, ada London Tower, ada London Eye. Tu semua bangunan sejarah dan kebanggan London." Zill senyum pada Aaliya. "Kau nak pergi semua tu?" Aaliya beria angguk. "Nak! Nak!" Zill ketawa, dipeluk bahu Aaliya. "Aku akan bawa kau." Dicium kepala Aaliya. Aaliya senyum lebar macam apa.

"Lagi satu... dekat London. Kalau kau sorang-sorang, takde peta, takde Google Maps... jangan risau. Sebab teksi dia semua terror-terror." Aaliya kerut kening, "Terror macam mana?"

Zill senyum,

"Nak jadi cabbies ov London, kau kena jawab exam. Exam bukan sebarang exam. Exam tu dipanggil 'the Knowledge' dan kau mesti pass baru kau boleh jadi drebar teksi dekat London."

Zill baiki duduk, dipeluk Aaliya dan teguk jus lagi, "London besar. Gila besar. Dan nak jadi cabbies ov London, cabbies tu drebar teksi... dorang kena hafal dan mahir 25000 jalan in six miles... dalam sekitar London railway station. London jalan sibuk dan banyak tubes railway, subway. Dorang kena hafal semua kesibukan tu. Pastu, cabbies kena tahu setiap clubs, hospitals, hotels, parks, theatres, schools, restaurants.. semua lah.

Sebab tu... kalau kau sesat. Kau nak hotel yang ada semua, ada tempat makan, co-op, murah, affordable, semua kau just cakap pada cabbies. Kau nak tenang, yang ada stereo... dia akan bawak kau ter that exact place. Sebiji macam kau nak, confirm kau takkan kecewa. Plus, dorang kena fluent, dorang kena mahir dan fasih gila dalam English British baru pass nak jadi cabbies London.

Nak master da Knowledge, tiga tahun. Semua calon tu akan cuba ingat jalan by any ways possible. Yang paling common, dorang naik basikal dengan berjela peta dalam tangan dan dorang akan ronda jalan London, seluruhnya dengan basikal je.

Tu... perkara biasa yang kau akan nampak masa di London. Lelaki atas basikal dengan peta dalam tangan, di tiap inci kota London. Kalau kau nampak, tu dah jadi benda biasa kalau kau duduk lama di London, tak lain tak bukan nak lulus the Knowledge lah tu." Zill senyum bila Aaliya wauu lama.

"Exam dia bukan seminggu but enam bulan. Sebab dia tengok ingatan dorang, oral, ujian tulis, praktikal. Macam-macam... semua kena tengok. Dalam dunia, siapa jadi pemandu teksi di London, dorang memang genius. Lagi genius dari mereka yang kerja besar. Diplomate pun bangga dengan cabbies London.

Sebab dah scientifically proved. Dorang got... macam dalam otak, dorang ada satu section yang lagi besar dari manusia biasa. Memory dorang besar. Tu... fasal drebar teksi di London saja. Bukan drebar teksi je yang bangga, pengasuh budak-budak, wot we called nannies pun hebat gila."

"Macam mana? Ceritalah lagi." Aaliya dah nak tahu semua. Zill hehe, "Aku penat lah. Esok aku cerita eh." Aaliya muncung. Zill senyum, dikucup muncung itu.

"Kau cuma perlu tahu... London macam kota permaisuri dan raja. Kota yang bangga. Macam zaman lama. Sebab banyak bangunan sejarah yang kau selalu nampak masa cerita mat saleh kau tengok tu. Bila kau masuk London, kau dah rasa macam kau back to zaman lama, zaman bangga King and Queen, penuh dengan bangunan purba."

Aaliya kian ternganga. "Waahh... Zill.. London macam... tempat yang kaya. Tempat yang sejarah. Tempat yang mewah macam tu lah..." Zill senyum. "Yap... nanti aku bawa kau ke semua yang aku cerita." Aaliya terus memeluk leher Zill kuat. Zill ketawa lucu, diusap belakang Aaliya. Dicium leher wangi Aaliya.

"Let's... kita tengok movie ni." Aaliya dan Zill kembali makan sambil melayan movie yang sudah hampir ke tengah perjalanan cerita.

Aaliya memandang Zill yang tengah makan brownies. "Sedap tak?" Zill senyum pada Aaliya, "It's bleedin' good." Aaliya kebil-kebil. Zill ketawa, dicium bibir Aaliya dan menjawab biasa. "Sedap gila, babe." Aaliya senyum dan memakan brownies juga.

"Mm baby... ada summit. " (something) Aaliya memandang Zill pelik bila mendengarkan itu. Dilihat tangan kanan Zill yang muncul dari tepi dan...

"I've got anovver (another) gift fer ya."

Aaliya kebil-kebil memandang Zill. Entah dari mana, macam magic... dari tangan kanan Zill muncul satu kotak putih. Kotak phone! Warna putih dan ada lambang Apple macam laptop Zill, macam komputer Zill, macam phone Zill juga. IPhone!??! Aaliya spontan mata bulat, mulut bulat. Zill ketawa. "'Ere."

Aaliya senyum dan tanpa sedar dia mengucup bibir Zill. Terus diambil kotak itu dan dibuka. Zill terkejut dengan tingkah Aaliya, but then Zill just smile dan memeluk dia punya angel ni.

Aaliya ternganga bila memegang iPhone itu di tapak tangan. Matanya besar pada Zill. "Sebiji macam phone awak?!" Warna sama, rupa sama, semua sama! Zill ketawa, "Iyap."

Aaliya pandang Zill je tak lepas dengan muka sukanya. Zill senyum juga dan menambah perlahan, "Press the home button. Tu." Aaliya menekan bila bibir Zill muncung ke situ. Aaliya tekan dan.... ada gambar dia sendiri jadi wallpaper? Tengah tidur??? Aaliya terus pandang Zill. Zill ketawa saja, "Kau comel lah. Masa kau tidur pun comel."

Aaliya emm kejap dan perhatiannya back to the phone. Diswipe, dia nampak macam-macam... apps. Ada game. Zill senyum saja melihat kejakunan Aaliya. "Aku dah letak number kau in that phone." Aaliya angkat muka memandang Zill. "Number Samsung kau... dekat situ dah." Aaliya muka suka macam apa.

Zill lupa about the movie on telly (TV) dan hanya melihat movie yang tengah berlangsung di ribanya ini; Aaliya in jakun.

Aaliya buka contacts. Ada nama Zill... Aaliya senyum. Nanti aku nak tukar nama dia jadi... suami handsome ke? Hehe. Then, ada nama... Sham? Aaliya pandang Zill. "Sham?"

Zill senyum, dicium pipi Aaliya, "Tu... bodyguard kau lepas ni. Kan aku cakap... akan hantar kau, tunggu kau... ambil kau lepas ni." Aaliya ternganga tak sangka. Waahhh aku ada bodyguard? Kenapa sampai bodyguard? Aaliya malas nak layan. Hanya menahan muka teruja dan terharu, disembamkan mukanya kejap pada dada Zill. "Terima kasih, Zill."

Aaliya rasa bisikan you're welcome dan kucupan Zill di atas kepalanya. Aaliya angkat muka balik, "Tapi... saya tak kenal Sham." Zill ketawa, "Dia... yang selalu hantar barang ke rumah ni." Aaliya ternganga, beriak suka. Sebab baru Aaliya tahu nama mamat yang macam menjaga dia juga lah kan dekat sini. Muka ternganga Aaliya membuatkan Zill ketawa.

"Awak... saya baru tahu nama dia." Aaliya diam, diangkat muka, kembali memandang Zill. "Saya... dah boleh nak borak-borak dan... fasal kita... kalau dia tahu masa dia ambil saya dan hantar saya... er.. takpe ke?" Aaliya bertanya perlahan, terkebil-kebil menunduk mengintai matanya pada Zill.

Zill senyum, pandangan redup pada isterinya ini. Dipeluk bahu Aaliya, dicium kepala Aaliya lama. Kemudian, Zill angkat muka, kembali memandang muka polos Aaliya. Aaliya memandang Zill dengan tangannya berpaut pada lengan suaminya juga dengan iPhone baru itu dalam genggamannya.

"Aaliya darlin'..." Zill bersuara lembut dan tersenyum lucu melihatkan kerutan malu di wajah Aaliya yang rapat mendongak memandangnya sekarang. Dicium dahi Aaliya lagi.

"Mulai sekarang... kau bebas. Kau nak borak, kau nak minta tolong pada Sham masa aku takde, nak cakap-cakap dengan dia... just do it. Kau tak perlu takut... nak buat apa, kau buat je. But jangan lupa bagitahu aku. Aku taknak kau hilang, hehe.

And masa kau tuisyen, nak ada kawan. You can 'ave it. Cari kawan, just bebas. Tambah contacts dalam iPhone kau, nama-nama kawan baru kau.

But fasal kita, kau cuba slow down dulu. Jangan kau kecoh ke satu kelas kau, yang kau isteri aku. Just bagitahu pada kawan yang kau percaya je nanti. Kecoh fasal kita, aku akan buat yang tu. I... 'ave a proposition fer that. Aku ada plan yang tu.

Cuma... lepas ni. Kau bebas, aku nak kau tahu yang tu. Kau jangan takut, please jangan rasa terkurung dah. Kau nak borak dengan Sham, nak minta dia belikan kau Slurpee ke, biscuits ke, buku-buku ke, apa ke. Takpe... kau boleh. Kau bebas, macam orang lain. Kau dah tak kena kurung. Kau special, pada aku. Aku cintakan kau. Okay, Aaliya?"

Aaliya sumpah terharu macam apa.

Selepas ini, dia akan ada kawan. Dia akan cuba... macam nak bersosial. Aaliya teringat pada Liza. Ada kawan. Selepas berbulan-bulan lamanya sendiri dalam ni... selepas ni, aku akan jumpa orang luar. Ada kawan. Ya Allah... Aaliya menahan rasa terharu dan rasa sebak. Aaliya rasa... sangat mahu menangis.

Kerana dia teringat selama ni... dia dalam syurga terapung ini. Hanya ada Zill, Mak Cik Aaida dan Sham... yang macam tu je. Dia hanya ada dinding dan mini garden dan makanan dan benda mewah lain.

Aaliya dah lama tak keluar. Tak rasa panas matahari, tak rasa pakai tudung keluar rumah, tak rasa jumpa orang masa berjalan. Aaliya rasa excited dan terharu pada masa yang sama. Dia rasa macam-macam... semuanya sebab Zill.

Zill jahat... tapi lepas tu Zill baik. Zill baik sangat. Sangat-sangat... Alhamdulillah Ya Allah... Rasa sakit, kemudiannya manis sangat. Tak mahu air matanya kelihatan, terus dipeluk dada Zill erat sangat.

Zill senyum. Dia tahu apa yang dirasa Aaliya. Sudah lama tak keluar dan sekarang gadis ini akan mencuba in social world. Zill rasa kesian dan... bersalah. Aku janji, Aaliya... kebebasan semuanya milik kau. Kau ada aku dan semuanya milik kau. Dipeluk, diusap belakang Aaliya, dicium rambut harum Aaliya.

"Okay, Aaliya." Aaliya mengangkat muka memandang Zill. "Tengoklah phone tu." Aaliya senyum terus, lebar matanya bersinar-sinar bintang. Zill senyum tengok gelagat isterinya ini.

Isteri... Zill senyum lebar. Every times the word sounds in his heart, Zill automatic senyum bahagia, senyum kambing macam apa. Dipeluk pinggang Aaliya, disangkutkan dagunya di bahu kanan Aaliya.

Aaliya kembali menggodek iPhone itu. Aaliya open camera dan memandang Zill. Zill senyum, diambil the iPhone. Zill try selfie. "Awrigh.. smile." Aaliya cuma senyum, kerana Aaliya ingat Zill senyum juga dengannya. Tapi... bila Zill serahkan iPhone tu balik, Aaliya muka merah macam apa.

Sebab... hanya muka Aaliya yang senyum lebar memandang camera. Tidak Zill. Hanya nampak kepala Zill saja, dengan muka Zill di pipinya, terang-terang mengucup pipi dan lehernya lembut. Buah dadanya... Terang rupa tangan sasa itu memicit penuh buah dadanya. Aaliya tak perasan tadi. Tapi... cantiknya gambar ni. Seksi... hehe. Nampak Zill besar. Terus dipeluk suaminya ini ketat-ketat.

Zill hanya senyum bahagia, melayan keletah Aaliya ni. Then... Zill kembali layan movie tapi dijawab juga segala pertanyaan Aaliya yang kian jakun dengan iPhone di tangannya.

Aaliya... bahagia sangat. Sikit-sikit dia mula rasa jadi manusia balik selepas berbulan-bulan dikurung di sini. Bukan robot lagi dah. Dan Aaliya jadi... manusia kesayangan Zill.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro