7 • PRINCESS

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


Aaliya termenung saja di balkoni. Sangat cantik kegelapan malam ini, dengan terang seluruhnya suasana KL di waktu malam. Dan tersangat indah KLCC di depan matanya sekarang. (Twilight of the KLCC, ya Aaliya). Bangunan tinggi pencakar langit yang lain, berserta lampu lip lip, kereta berpusu-pusu laju. Tapi tidak bising dengan suasana riuh di bawah kerana penthouse ini tinggi. Cuma sunyi dan tenang.

Aaliya menunduk, dipandang tubuh sendiri, hanya menyarung seluar pendek berserta t-shirt kecil. Sejuk? Sejuk tapi bukan beku. Sejuk yang selesa.

Sudah empat bulan.

Empat bulan Aaliya dikurung di sini. Empat bulan dia bergelar isteri kepada Tuan Zill dia. Isteri? Ha,ah isteri di atas kertas je.

Aaliya diam, terkebil-kebil memandang suasana luar. Dipandang bintang, dipandang bawah, dipandang lip lip lampu. Malam ini sunyi. Tiada bos, tiada apa-apa, cuma suara TV berbunyi perihalkan apa. Aaliya tidak tahu ke mana bosnya pergi. Aaliya tidak pernah tahu ke mana hilangnya bos, apa aktiviti bos selama empat bulan ini. Kali ini, sudah lima hari bos tiada.

Entah ke mana, fasal kerja kot. Ke... jumpa perempuan lain? Dia cakap... aku je sekarang. Aaliya tunduk, digeleng kepala perlahan. Aku tak kisah dia jumpa siapa. Sebab aku memang takde hak nak tegur dia walaupun dia suami aku. Aku yang buat kisah aku macam ni. Lagipun, aku tak rasa apa-apa pun pada dia.

Biarlah... Biarlah dia layan aku macam mana pun, asalkan aku halal untuk dia. Ya Allah... mohon diampunkan dosa aku. Kerana memperlakukan ibadah perkahwinan macam ni.

Di malam Aaliya merayu pada Zill dulu, esoknya terus dia diajak bos untuk mengikutnya. Aaliya diam dan cuma menurut, disarung baju kurung yang Zill bagi. Disarung selendang hitam yang diguna tika menjadi coffee lady dulu. Entah dari mana bos dapat baju kurung tu, Aaliya hanya mampu tanya dalam hati je. (Jelas-jelas Zill belilah Aaliya, haha)

Oh... hari Zill lama tiada, hari di mana Aaliya jakun meronda penthouse The Binjai selepas Zill merogolnya kali kedua, Zill berada di office. Tapi sebelum itu, dia... shopping. Di Suria KLCC. Zill shopping outfit, pakaian dalam, segala keperluan perempuan, segala wangian-wangian dan penjagaan tubuh perempuan. Semuanya untuk Aaliya. Tapi tiada drees, heels, handbag dan bracelet pun. Sebab... Aaliya memang tak boleh keluar dari penthouse ini.

Zill belikan semua... cuma untuk Aaliya di dalam rumah. Zill mewahkan diri Aaliya tapi hanya di dalam penthouse.

(Penthouse ini membolehkan Zill merayau ke Suria KLCC hanya dengan berjalan kaki, tidak perlu naik kereta pun. 3 minit berjalan, sudah sampai)

Dan bukan dia lah yang turun naik Suria KLCC untuk borong semua barang dari outlets dalam tu. Zill cuma jumpa appearance stylist di Suria KLCC, dan Zill ask for semua; baju, perfume, lingerie, sexy nightwear or sexy daywear, all beautiful things untuk girl at indoor. Zill bagitahu saiz tubuh Aaliya. Zill bagitahu apa yang dia nak nampak pada Aaliya. Sexy but in cute and adorable. Semua itu, and just cut from my bills. Senang.

Dan semuanya, those appearance stylist yang memilih jenama untuk penjagaan badan, jenama untuk penjagaan kulit wajah gadis. Mereka yang pergi dari satu-satu butik, ask semua keperluan dan pemakaian santai gadis dengan saiz yang billionaire Zill khabarkan. Selesai berkenaan Aaliya, Zill terus menuju ke office dengan Lexus LS460nya. Yang sudah di depan Suria KLCC bila dia ask for his security people untuk di bawa ke situ. Memang tak lah Zill nak turun naik even guna lif semata-mata nak ambil kereta, kan?

Hari itu relax, that's why Zill ke office dengan jeans and t-shirt sahaja. Apabila dikhabarkan barang yang diminta untuk Aaliya sudah lengkap semuanya di lobby penthouse, baru dia pulang ke The Binjai itu di waktu malam. Aaliya terkejut bila tersedar keesokan harinya. Pelbagai beg kertas besar di luar bilik di ruang depan di atas meja besar, seperti mahu menjamu berapa puluh orang. Semuanya nampak mahal dan berjenama. Jenama yang Aaliya tidak pernah dengar. Victoria Secret, Calvin Klein, Chaviori, Body Shop, Amway, SK-II dan beg-beg kertas mahal yang lain.

Tak sempat diserap semua barang-barang itu, sebab dia sudah perlu bersiap-siap mengikut bosnya. Dan, ke mana mereka pergi? Aaliya merasa naik private plane, fly ke Thailand. Buat apa? Nikah. Aaliya hanya tahu kalau nak nikah senyap-senyap, lalu Sungai Golok. Tapi bos dia naik kapal terbang dan dah ada orang menunggu mereka di sana. Dan terus nikah. Memang... tiada langsung rasa bahagia, rasa debaran manis yang kau akan dinikahkan. Macam itu lah Aaliya rasa.

Dirinya seperti boneka, yang diatur yang dikawal Zill semata-mata. Sedihkan... nikah senyap-senyap, dibuat macam kita ni robot je.

Bos cakap, satu dunia kenal dia. Tapi... dia nikah saja di Thailand tu dengan aku. Dia bayar banyak kot untuk tutup mulut orang. Orang macam bos, boleh buat apa saja asalkan ada duit. Begitu rupanya hidup orang kaya. Aaliya mengeluh.

Kau mengutuk... tapi dia suami kau. Dan sebab benda kau kutuk itu lah, menyebabkan rayuan kau untuk halal dengan cara bergelar isteri dia menjadi kenyataan. Walaupun dia beria taknak kau bergelar isteri pada dia, walaupun isteri atas kertas je, kan? Tapi semuanya jadi, kerana dia berduit dan kaya raya.

Kenapa bos tak nikah di Malaysia je kalau dia betul ada duit sampai boleh tutup mulut orang?

Sebab di Malaysia ni, semua orang mengenali dia... dan gila?! Mesti begitu saja status dan rahsia mereka ini akan terbongkar. Media... selalu kejar cerita-cerita macam tu. Tambahan pula, siapa Zill? Loaded famous sangat, kan? Aaliya bermonolog, menanya diri sendiri dan menjawab sendiri.

Aaliya terkebil-kebil dan mengeluh lagi.

Aku berbunyi macam perempuan tak waras, kan? Sanggup serah diri, sanggup serah tubuh asalkan halal. Sebab... apa lagi yang aku ada? Aku dah takde tempat nak lari. Nak mengadu pada siapa? Aku takde siapa-siapa, aku takde apa-apa dan aku malu. Sungguh malu.

Nak lari mana, bila terang-terang aku dalam kekuasaan dia. Bila terang-terang dia lelaki kuat, lelaki ada kuasa dan hak dan duit. Dan aku takde apa-apa, langsung takde. Daripada aku jadi terang-terang perempuan simpanan dia dalam keadaan aku tak rela, sekurang-kurangnya biarlah aku layan dia dalam keadaan aku rela sebagai isteri dia.

Walaupun aku tak cintakan dia dan dia jelas-jelas tak cintakan aku. Kami... gunakan pertalian suci sebuah perkahwinan macam ni. Teruknya aku, ampunkan aku Ya Allah.

Cuma... sekarang, aku hanya ada dia. Hidup aku... ada tujuan. Sekarang.... tujuan aku hidup... hanya untuk bos. Walaupun teruk dia layan aku dan aku rasa macam patung robot dia je, tapi sekurang-kurangnya aku ada tempat tinggal dan orang jaga aku.

Dia... dah jadi suami aku. Sekarang... aku cuma ada dia... dia sahaja. Dia je tempat untuk aku bergantung buat masa ini, walaupun dia cuma mahukan tubuh aku je. Korang di luar nak cakap aku bodoh, biarlah. Korang tak rasa apa yang aku rasa. Aaliya mengomel di dalam hati.

Dia... seorang gadis dari kampung kecil yang terpencil. Yang sudah empat tahun lebih kematian mak ayah. Empat tahun itu, hanya bersama paksu yang keparat itu. Empat tahun itu, dia tahan duduk di situ kerana memikirkan itu satu-satunya haknya, satu-satunya peninggalan mak ayah yang perlu dijaga. Dan rumah itu lah, dia merasa dekat dengan mak ayah. Dan itu lah satu-satunya rumah untuk berteduh, berlindung dari panas hujan, dari sebarang yang jadi.

Empat tahun itu, dia cuma ada rumah itu sahaja. Itu saja harta dan miliknya, yang dirasa mampu menguatkannya. Empat tahun itu, dia hanya bekerja, tidak terdedah pada media dan sosial. Hanya bekerja untuk terus hidup, untuk terus memanfaatkan kehidupan yang dikurniakan Allah. Kerja dan ibadah pada Allah. Itu saja kisah seorang Adara Aaliya.

Apabila hampir-hampir diperkosa, oleh paksunya yang bertaraf wali, dia tidak fikir panjang, terus lari menuju ke KL. Dia tidak langsung memikirkan apa-apa yakni akibat jangka pendek dan akibat jangka panjang bila sudah seorang diri di kota yang pesat membangun ini. Yang terdapat pelbagai jenis manusia, pelbagai jenis benda liar... dan di tengah semua itu, dia seorang diri merangkak mahu bangun dari trauma paksu.

Allah sayangkan dia kerana dibagi peluang merasa bagaimana hidup dan bangun seorang diri di KL dengan duit hasil titik peluh sendiri. Dia kian kuat, kian melupakan apa yang sudah ditinggalkan di belakang.

Tapi... Allah masih mahu mengujinya. Bila dia kena dengan bos, yang lebih berjaya dari paksu cuba buat. Bos yang dipanggil 'tuan.' Tuan Zill seorang billionaire, mempunyai kuasa besar, mempunyai banyak hak di serata dunia. Lelaki itu... yang memusnahkan harapannya. Lelaki terkaya, lelaki tokoh syarikat besar itu... yang merogol dia yang tidak punyai apa-apa.

Seorang gadis yang seterangnya baru, seterangnya bodoh dengan keburukan dan keliaran hidup di KL. Yang buta dengan dunia besar, dengan dunia kaya raya lelaki seperti Zill. Yang menggunakan perempuan macam apa.

Aaliya yang kosong sekosong-kosongnya itu, dikenakan begitu dengan lelaki yang jelas hebat di mata dunia. Jadi, dia merayu untuk lelaki itu menikahinya, dengan janji... tubuhnya rela diperlakukan sesuka hati, hidupnya rela dikawal dan diperkotak-katikkan oleh lelaki itu.. asalkan halal. Kerana itu saja yang mampu dilakukan, dia sudah memang tidak boleh lari.

Dan sekarang, Aaliya hidup hanya ada Zill. Sedikit merasa ada perlindungan, ada tempat bergantung walaupun Zill memperlakukannya seperti dia ini tiada langsung cebisan perasaan.

Empat bulan Aaliya menjadi 'pet' pada bos sendiri. Selama itu lah dia tidak keluar ke mana-mana. Cuma dikurung di dalam istana mewah ini. Keperluannya? Makanan di dapur? Semuanya sentiasa penuh. Zill ada atau tiada, akan ada seorang lelaki yang menghantar. Aaliya tak kenal siapa orang tu.

Muda, gagah, handsome, berkaca mata hitam... menghantar bungkusan keperluan diri dan dapur dan terus dia pergi selepas Aaliya tengok dia meletakkan semua itu di section dapur dan di dalam supply room untuk keperluan diri.

Lelaki itu membuat kerja dengan senyap. Diasingkan barang basah dan kering, diletakkan asing-asing, siap-siap di dalam peti sejuk besar juga mesin pendingin. Lelaki itu juga yang mengasingkan semua keperluan diri di dalam supply room.

Lelaki itu macam robot, tidak menegur Aaliya, tidak membalas senyuman kecil Aaliya pun. Semua orang jadi robot kot kalau dah ada kaitan dengan bos, macam aku. Aaliya mengomel dalam hati. Keperluan masak, bukan ikan-ikan dan ayam-ayam yang selalu dibelinya tika di kampung. Ini semua yang sudah difrost. Seperti potongan daging merah, potongan ikan tuna, bahagian-bahagian ayam yang cuma dibasuh sikit, terus dimasak. Juga roti-roti yang dirinya tidak pernah jumpa. Dengan makanan ringan yang memang membuatkan air liurnya meleleh sedap sangat bila sudah jumpa sekali.

Mengenai red beef, tuna, salmon... dari mana dia tahu semua daging mahal dan enak itu? Dari Mak Cik Aaida, housekeeper penthouse ini yang selalu datang tiga kali seminggu. Dan bila dia melihat Mak Cik Aaida membuka pintu yang pernah dia cuba untuk melepaskan diri dulu, barulah dia tahu... itu bilik apa. Itu lah supply room.

Supply for cadar, supply for pembalut kusyen, supply for barang-barang mandi dan wangian yang Mak Cik Aaida akan gantikan jika sudah habis di seluruh penthouse itu. Juga terdapat detergent yang digunakan untuk membersih penthouse ini.

Bila sudah sedar penuh itu merupakan pintu apa dan ke mana, memang Aaliya rasa mahu diketuk kepala sendiri, haha.

Aaliya tidak perlu langsung bergerak melakukan kerja di sini. Tidak perlu mengemas, tidak perlu dry cleaning, tidak perlu membersih habuk dan debu yang memang tiada. Kerana ruang mewah kepunyaan bosnya ini, terdapat alat-alat yang berjalan sendiri membersihkan, vacuum, auto-cleaning machine... semua ada. Lagi pula, tiga kali seminggu Mak Cik Aaida lah yang buat selebihnya.

Tika pertama kali Mak Cik Aaida tiba dan membersihkan tiap ruang penthouse ini, Aaliya malu macam apa bila terpandangkan cadar yang basah diangkat oleh Mak Cik Aaida. Tapi muka makcik itu biasa saja senyum, sudah biasa buat semua itu. Tika makcik itu tiada, Aaliya mahu membasuh sendiri tapi tiada mesin basuh. Pernah Aaliya mencuci pakaian dalamnya dan digantung di dalam bilik air yang mewah. Aaliya malu untuk makcik itu menguruskan segala pakaian dalamnya, kerana itu dia buat serupa itu. Lagipun, tika di kampung, begitulah cara Aaliya.

Aaliya... gadis naif, jelas kebodohan, jelas kekosongan dalam kemewahan dan moden hidup orang kaya. Tambahan lagi, orang kaya kacukan British seperti Zill. Sedangkan Zill, hidup dan caranya seterangnya bangsawan dari British. Tika Aaliya menjemur pakaian dalam di dalam bilik air itu lah, Aaliya dimarahi teruk oleh Zill. Aaliya terus duduk dan bermalasan saja di dalam serata ruang mewah penthouse ini.

Zill tidak mahu Aaliya melakukan sebarang kerja, jadi itu yang Aaliya buat. Sudah tak berani mahu melawan dah. Dia menyentuh barang hanya bila disuruh Zill. Aaliya serupa boneka dikawal penuh oleh Zill.

Kadang-kadang Aaliya menonton TV, berendam dalam jacuzzi dan membaca buku yang cuma difahami sikit-sikit. Kerana semuanya mengenai business dan bahan bacaan Inggeris. Tiada novel Melayu, cuma novel Inggeris. Tak dibaca habis pun, kerana Aaliya tak faham. Kamus tiada.

Selebihnya, Aaliya cuma menyelak melihat gambar kapal terbang, kapal laut dan muka-muka orang putih bergelar jutawan. Kaya macam bos juga kot. Kadang-kadang Aaliya turun naik penthouse menggunakan tangga mewah spiral yang ada, tapi tidak pernah lagi tiba ke tingkat 45.

Siang bos tiada, Aaliya menghabiskan masa dengan merayau, mandi di dalam bath tub, berendam di dalam jacuzzi. Dan dia enjoy, dia suka. Direndamkan badannya lama, cuba menenangkan fikiran dengan pemandangan KLCC di depan mata. Agak mengurangkan kemurungan dan kesedihan yang dirasainya. Aaliya got no phone, no IC. So tahu kan bagaimana terdera keadaan Aaliya?

Zill simpan IC Aaliya, phone memang Zill tidak bagi pada Aaliya. Nokia dulu entah ke mana. Phone rumah, mana penthouse mewah itu ada. Just communication system yang Aaliya tidak tahu pun kewujudannya dan apa dia benda alah tu.

Bersama Mak Cik Aaida, Aaliya cuma diam di mula-mula. Tidak melayan pun apa Mak Cik Aaida cuba berborak dengannya. Lama-lama, baru Aaliya mula berborak dan membalas percakapan makcik tu. Aaliya ada teman borak kadang-kadang tu. Tapi tak mesra, tak banyak mulut langsung kerana Aaliya lebih banyak berdiam diri. Dia takut mahu berborak panjang, risau dia takut dia terbagitahu siapa diri dia. Siapa dia sebelum ini dan siapa dia sekarang. Aaliya takut kisah hidupnya terbongkar.

Dan memang tidak pernah dicakap statusnya pada makcik itu. Kerana Zill sudah menggertaknya, 'Jangan sesekali buka mulut'. Mesti makcik tu pandang aku sebagai perempuan simpanan bos, kan? Aaliya selalu berkata begitu di dalam hati.

Keperluan Aaliya, penjagaan tubuh Aaliya... semuanya mahal. Produk berjenama. Produk semula jadi. Produk yang memang lembut untuk kulit. Mandian, barang penjagaan, semuanya wangi-wangi sentiasa, kelihatan mahal, kelihatan cara orang kaya. Memang terjaga setiap inci tubuhnya.

Aaliya merasa dirinya makin cantik, makin wangi. Tiap incinya bebas daripada bulu-bulu yang tidak menyenangkan. Tiada bulu ketiak, tiada bulu pubic, tiada bulu kaki. Hanya bulu roma, hehe. Bosnya suka sangat. Bosnya mengatakan, dia umpama porcelain doll. Malu Aaliya tika bos mengatakan begitu.

Pakaiannya pula, dia memiliki walk in wardrobe sendiri, seperti Zill. Tapi tidak sebesar Zill. Semua persalinannya cuma branded sahaja. Kain yang selesa, kain yang nipis menampakkan semua keseksiannya. Selalu ditukar baharu terus bila Zill tengok saiz tubuh Aaliya yang berubah. Saiz branya bertambah, saiz pinggulnya bertambah. But... she still the fragile, tiny little girl. Aaliya seluruhnya milik Zill untuk ditilik dan dijaga.

Dan lagi banyak pakaian dalam, gaun malam, seluar pendek paras paha dan t-shirts kecil yang menampakkan pusat. Memandangkan keadaan itu, Aaliya memang tidak boleh lari kalau ada peluang pun. Takkan mahu lari dalam pakaian macam serupa itu. Lagipun, dia sudah janji pada bos. Dia sudah janji pada suami. Huhu...

Uniform dengan tudung Aaliya sudah lama dibuang. Kecuali telekungnya masih ada, masih yang lusuh itu. Dibasuh tika Zill tiada dan tika Mak Cik Aaida ada untuk diminta tolong basuhkan. Aaliya memang sentiasa dikurung di dalam istana mewah itu. Better lah dari dikurung di dalam bilik tidur, kan?

Saban hari Zill menyatakan amaran pada Aaliya. 'Jangan berani nak lari, atau berani cuba-cuba nak bagitahu siapa-siapa fasal ini.' Zill selalu memarahi Aaliya. Dan juga... Zill selalu memarahi Aaliya tika mereka seks...

Aaliya sentiasa menangis. Layanan Zill padanya... kadang-kadang menenangkan, kadang-kadang romantik, kadang-kadang seperti menyayangi. Dan juga... kadang-kadang, Aaliya ini cuma hamba seks Zill saja. Zill akan gunakan tubuh Aaliya ikut sesukanya dan dia menengking Aaliya jika gadis itu takut mahu mengikut kehendak lelakinya.

Aaliya jelas baru, jelas kosong dalam hal menyedapkan lelaki. Dan kerana itu, Zill selalu menghina, selalu mengutuk Aaliya. Tapi... Zill masih mahukan tubuh Aaliya, Zill masih dambakan tubuh sedap Aaliya. Tapi dikutuk-kutuk serupa itu.

Teruknya seorang Zill Qayyim pada seorang Adara Aaliya.

Aaliya sebek. Dia termenung, teringat selama empat bulan dia dengan bosnya itu. Empat bulan, banyak juga hari di mana bos tiada. Entah ke mana, fasal kerja kot. Kerana berminggu-minggu dia tiada. Dan bila bos ada, begitulah layanan bos padanya. Dikesat air mata yang mengalir.

Kenapalah nasib Liya macam ni, mak? Dia jaga Liya, semuanya sentiasa ada, mewah semuanya... macam puteri raja pun ada Liya rasa dengan semua barang dan semua kemewahan dia bagi pada Liya... tapi Liya jelas-jelas disakiti dalam dan luar.

Perangai bos tidak dijangka. Aaliya masih tidak kenal, Aaliya masih tidak dapat tangkap perubahan sikap bos kadang-kadang. Bila dirinya sakit hingga berdarah selepas kena dengan bos, bos akan lembut dan akan merawatnya terus. Bos kelihatan sangat expert, bos macam doktor.

Kalau dia dapat layanan romantik, bos dia akan kembali mengherdiknya seselesai mereka di katil. Aaliya tertekan hidup macam ini. Bos sekejap berupa suami, sekejap berupa lelaki jahat yang mendahagakan tubuh perempuan semata-mata. Aaliya sentiasa ketakutan ketika Zill ada di dalam penthouse ini. Pabila bos tiada, Aaliya sentiasa sunyi, takut dan berdebar menanti bagaimana hidupnya hari esok dan akan datang.

Aaliya selamat dari nafsu serakah paksunya, Badrul. Tapi dia tidak selamat dari Zill. Terkurung di dalam penthouse jutawan ini, tidak bebas seperti orang lain. Mewah terlampau tapi apa gunanya apabila Aaliya terang-terang diatur hidupnya.

Hidup Aaliya sudah hak mutlak milik Zill. Tugas Aaliya, hanya melayan Zill, menguruskan keperluan zahir dan sentiasa keperluan batin yang Aaliya kena penuhi.

Aaliya menyediakan juga breakfast pada Zill kadang-kadang. Masakkan lunch, tapi... semuanya western. Mula-mulanya dia tidak pandai tapi Zill tidak marah. Dia cuma panggilkan Mak Cik Aaida masakkan. Jika dulu Zill duduk seorang, selalu makan di luar saja. Ini... sudah ada Aaliya, Zill always home if dia tiada urusan business. Dan disebabkan itu, Mak Cik Aaida kadangkala datang memasakkan western food.

Sekarang, Aaliya masih belajar dalam memasak hidangan barat tapi sudah boleh menguruskan makan minum Zill bila lelaki itu mahu. Tugas isteri dipenuhi, walaupun pada mata suami, dia hanyalah perempuan simpanan.

Cuba tidak diendahkan kesunyian dan ketakutan yang memenuhi dalaman dengan termenung, dengan menonton TV yang sudah berupa wayang di ruangan mewah itu. Dengan berlatih memasak resipi makanan barat baru untuk Zill dan kadang-kadang mengharumkan bilik. Aaliya tiada kerja sangat. Sangat seperti puteri raja tapi sebenarnya dia hamba, yang selalu dibrainwash oleh Zill.

"Shh... dann't be frigh'ened. Kau duduk sini diam-diam, layan aku, jaga aku, penuhkan kemahuan aku. Kau yang nak jadi bini aku, kau yang nak semua ni. Fer me.. kau sama je macam perempuan lain. Kau still perempuan untuk kepuasan nafsu aku, even ya special. Yes... kau special di antara semua gadis yang layan aku atas katil. Kau special. Because of tubuh kau. Kau ingat tu. Kau sama je macam perempuan lain yang pernah aku fucks.

Kau special sikit sebab aku layan kau wif (with) nah wahn (no one) else dalam kepala aku. Aku ketagih kau je. But sampai bila-bila kau tak layak nak jadi isteri aku, nak stand on dengan aku dekat dunia luar. Kau tak pernah aku anggap bini aku, apatah lagi isteri aku. Kau... cuma perempuan aku, mainan aku. Remember that. Na, aku nak kau. Ni tugas kau."

Aaliya kian sebek. Bos selalu membisikkan itu dan ayat-ayat lainnya yang menunjukkan betapa rendah harga dirinya di mata bos. Betapa dia tiada nilai langsung di mata lelaki bos.

Nak lari? Aaliya sudah tak sanggup nak bayangkan akibatnya. Apatah lagi untuk kembali kena seperti dia selalu kena. Lagipun, dari syurga terapung ini, mana dia nak lari. Payung terjun takde, nak lompat sudah tentu dia bunuh diri. Mengandung? Tak... dia makan pil, bos suruh.

Perempuan simpanan, Aaliya.

Itu yang Aaliya mula memandang dirinya sendiri, akibat selalu dihantui dengan bisikan dan layanan Zill; suami yang bukan suami.

Aku hanya ada dia. Ya Allah, kuatkan hati aku.

Aaliya mengeluh, melangkah masuk. Sudah jam 10. Baik aku masuk. Tidur lagi bagus. Bos tak balik rasanya. Tak kisah bila dia balik. Biarkan aku tenang sikit sekarang. Masa dia ada, aku macam boneka yang sentiasa dikawal dia, bergetar je kepala lutut menanti kata-kata dia.

❋❋❋

Aaliya meniarap di atas katil empuk besar yang mewah ini. Di depan kepala katil mewah dan rendah berkusyen ini, jelas cermin tingkap besar dari kepala katil ke siling atas. Lama Aaliya terkebil-kebil dalam dirinya meniarap memandang KLCC yang gah di hadapan mata, kemudian bergerak mencapai remote controller. Ditekan satu button, langsir mula rapat menutup cermin besar ini dari kiri dan kanan.

Aaliya baring, ditarik comforter hingga ke dagu. Kedua belah jemarinya keluar sikit, memegang tepi comforter di bawah dagunya. Aaliya tak boleh tidur pula. Entah kenapa. Dipandang siling, tiba-tiba terkenang dan jelas mengingati itu. Itu... layanan yang selalu bosnya bagi. Kasar sentiasa dengan tubuhnya, tidak kisah akan kudratnya, tidak kisah akan longlai tubuhnya.

Bos cuma selalu mahu membelasahnya. Tidak kira masa, tidak kira suasana. Selepas selalu dilayan begitu, malam ke tengah hari ke... memang Aaliya asyik ulang dan ingatkan diri sendiri.

Aku takkan pernah dipandang dengan kasih sayang atau cinta oleh bos aku. Aku dipandang dan dibelai hanya kerana tubuh aku. Aku tak tahu apa dia suka sangat dengan tubuh aku. Tubuh aku milik mutlak bos aku. Tubuh aku boleh diguna dan dibelai sesuka hati oleh bos.

Hanya sebab itu semata, itu yang bos selalu ulang dan bisik pada telinganya. Tak lebih dari itu.

Tapi... sampai bila aku dapat bertahan? Sampai mati, sampai tuakah aku akan hidup macam ni dan digunakan oleh bos aku? Dan lama-lama nanti, bos mesti jumpa kekasih dia juga, bakal bini dia juga, walaupun dia cakap hanya aku je sekarang.

Boleh percaya ke apa dia cakap? Dalam masa akan datang, bos mungkin akan berkahwin dan aku kekal macam ni ke? Dilayan sebagai perempuan simpanan tapi kenyataannya aku adalah isteri dia, isteri pertama dia. Ke ada bos pernah buat perempuan kat luar sana macam dia buat aku? Bukan aku je bini dia? Entah-entah dia dah ada empat bini?

Dipejam mata, cuba tak diendahkan semua kemungkinan, semua bisikan dan macam teka-teki yang makin menghantuinya saban hari.

Aku tak tahu kisah aku nanti macam mana. Adakah macam ni je rupa aku akan dijaga oleh seorang lelaki seperti yang dikatakan mak aku? Ya Allah.. kuatkan aku. Moga masa akan datang, akan ada cahaya dan peluang lagi untuk aku.

Aaliya memejam mata dengan air mata yang bergenang, cuba untuk lelap. Tengkingan marah bos, suara amaran bos, suara arahan bos, selalu memenuhi mimpi tidur Aaliya. Aaliya sentiasa takut dan berdebar sepanjang dia duduk di sini selama empat bulan.

Tiada apa yang memenuhi dan difikirkan di dalam kepala Aaliya. Kecuali hidupnya di dalam ini, dikurung sepenuhnya dengan layanan kasar Zill, dengan tengkingan amaran Zill padanya saban hari.

Itu... empat bulan, bagaimana akan datang? Mampukah Aaliya bertahan?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro