🌹 - 11

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Time to go Zara."

Dengar saja suara dingin Carl Ayden, tangan Puan Sri Aisyah dikucup lembut lalu badan wanita itu dipeluk erat.

"Jaga diri baik-baik? Kalau ada apa-apa call mama tau. Ada masa, jangan lupa jenguk mama." sebak Puan Sri Aisyah bersuara.

Zara tersenyum hambar. Berat hati sebenarnya nak berjauhan dengan Puan Sri Aisyah. Hari ini dimana dia akan menetap di rumah barunya bersama Carl Ayden.

Dia pun tak sangka, keputusan tiba-tiba yang dibuat suaminya pagi tadi juga mengejutkan mereka yang lain. Tiada apa yang boleh dikatakan.

"Insyaallah mama. Okay lah, Zara pergi dulu ya. Kirim salam dekat papa dengan Amsyar sama. Mama pun jaga diri baik-baik."

Setelah itu, Carl Ayden menarik lembut tangan Zara lalu terus menuju ke kereta kesayangannya.

Sebelum kereta bergerak meninggalkan perkarangan rumah, sempat Zara menghadiahkan senyuman manis pada Puan Sri Aisyah yang berada di muka pintu utama.

Sepanjang perjalanan, Zara lebih selesa mendiamkan diri. Tahu dengan perangai Carl Ayden yang bercakap bila perlu saja.

Mata merenung ke luar cermin kereta, fikiran melayang memikirkan bagaimana kehidupannya selepas ini bersama Carl Ayden.

Jika sebelum ini dia masih duduk sebumbung dengan ibu bapanya, pasti berlainan bila hanya dia dan suaminya saja di tempat baru.

'Mama bersyukur sangat Zara sudi jadi isteri pada Ayden. Satu mama nak cakap, kalau boleh Zara ubah lah cara hidup Ayden tu . Cuba dulu, boleh kan?'

Terngiang-ngiang kata Puan Sri Aisyah sewaktu dia menemani wanita itu di kebun bunga. Ubah?

Memang niatnya nak mengubah cara hidup Carl Ayden, tapi dia sendiri tak tahu lagi macam mana kehidupan suami dia sebelum ini dan sekarang.

Nampak gayanya dia kena perhati satu-persatu rutin harian encik suami lepas ni. Kalau nak tanya Carl Ayden, alamatnya tunggu kucing bertanduk lah. Payah betul nak buka mulut!

Sekali ditanya, sepatah dijawab. Kalau tak tanya, tak jawablah.

Lain pula kalau Carl Ayden sendiri yang bagitahu. Itu pun belum tentu mulut berharga dia nak bersuara. Susah dia tu, kadang stress dibuatnya.

Masa yang mengambil sejam untuk sampai jadi setengah jam dengan kelajuan yang dipandu Carl Ayden. Sekali tengok dah macam nak berlumba pun ada.

Kereta Lamborghini Reventon milik Carl Ayden berhenti disebuah rumah mewah. Samar-samar kelihatan memandangkan cermin kereta tersebut bertinted gelap.

Pintu kereta disebelah penumpang dibuka dari luar. Zara sedikit tersentak tapi bila melihat Carl Ayden juga begitu, dia simpan perasaan hairannya. Rasa macam anak raja lah pulak siap bukakan pintu bagai.

Carl Ayden berdiri tegak, menanti Zara yang baru saja ingin keluar dari perut kereta. Keluar saja dari kereta, Zara tercengang.

Kelihatan ramai lelaki yang berpakaian serba hitam di kiri dan kanannya, manakala mereka berada ditengah-tengah.

Masing-masing menundukkan sedikit kepala sebelum mengangkatnya kembali.
Riak wajah yang dipamerkan serius tanpa senyuman.

Zara telan air liur yang dirasakan tersekat di anak tekak. Nak senyum pun rasa kekok bila raut wajah yang dipamerkan semuanya tak berapa nak mesra.

Wajah Carl Ayden tetap dingin. Zara pula dengan muka hairannya, tanpa membuang masa kaki diatur mengkuti encik suami daripada belakang. Kepala ditunduk kebawah.

Masuk saja ke dalam rumah , bibir diketap lembut . Bukan di luar saja ada lelaki yang berpakaian serba hitam , dalam rumah pun ada juga walau tak banyak . Lebih kurang 5 orang .

Nak kata bodyguard takkan sampai ramai macam ni? Yang menjadi tanda tanya, sebelum ni dia tak pernah nampak dekat mana-mana pun bila berada di rumah Puan Sri Aisyah.

Hm, mungkin apa yang ingin dia tahu tentang kehidupan lelaki bernama Carl Ayden ini adalah sesuatu yang menarik...mungkin?

Salah seorang lelaki yang merupakan orang bawahan Carl Ayden, datang diiringi seorang gadis sebaya dengan Zara. Senyuman kecil diberikan pada mereka berdua.

"Tuan Muda!" tegur gadis tersebut seraya menunduk hormat.

Carl Ayden memberi isyarat mata pada perempuan yang bernama Nini yang tertera pada nametag dibaju yang di pakainya. Zara memandang hairan ke arah Carl Ayden.

Tuan Muda?

"Kau ikut dia naik atas, nanti dia tunjukkan kau bilik." arah Carl Ayden memandang sekilas ke arah Zara.

Zara mengangguk tanpa bersuara. Fikirannya tak habis-habis mencari tahu siapa lelaki di luar sana yang berpakain serba hitam itu.

Sekarang, seorang perempuan yang berada dihadapannya ketika ini yang belum sempat dia perkenalkan diri.

"Mari Puan, saya tunjukkan bilik."

Langkah kaki diatur mengikuti Nini ke tingkat atas. Butang lif ditekan sebelum pintu tertutup, sempat dijeling sekilas ke arah Carl Ayden yang sedang bercakap dengan salah seorang dari mereka yang berada di ruang tamu itu.

Pintu lif terbuka, dia dan Nini masih membisu. Mungkin kekok untuk berbual. Salah satu pintu bilik yang bewarna hitam keemasan dituju. Nini membuka pintu bilik tersebut.

"Silakan." pelawa Nini.

Zara melangkah kaki masuk ke dalam bilil tersebut. Terpegun sesaat bila melihatkan ruang bilik yang sebesar ruang tamu itu. Besar sangat ni.

"Terima kasih - "

Nini yang faham dengan reaksi Zara tersenyum nipis, pasti isteri Tuan Mudanya itu tidak perasan akan nama yang terlekat di bajunya.

"Nini, Puan boleh panggil saya Nini." ujar Nini sambil tersenyum kecil.

"Oh - terima kasih Nini. Awak panggil saya Zara je."

Zara tersengih kecil. Haish! Rasa janggal pula bila layan dia macam ni. Nampak macam berlagak pun ada sampai pintu bilik pun dibukakan untuknya.

"Baiklah, kalau ada apa-apa Puan Zara panggil saya ye? Saya minta diri dulu." pamit Nini sebelum menutup pintu bilik.

Zara menghela nafas panjang. Matanya memerhati keadaan sekeliling bilik tersebut. Terdapat satu ruang yang menempatkan dua buah almari pakaian. Satu untuknya dan satu lagi untuk si suami.

"Besar-besar nak buat apa?" gumam Zara perlaha .

Tersenyum nipis Zara tatkala mata memandang katil bersaiz king yang bewarna hitam keemasan itu. Cantik.

Tapi, pelik jugak bila warna katil tu sama dengan warna pintu bilik. Carl Ayden memang suka warna hitam dengan emas ke? Zara mengangguk kecil.

Warna kegemaran suaminya; hitam dan emas.

Zara meregangkan sedikit badannya. Lenguh. Alang-alang dah nampak katil, warna pun cantik, tak salah rasanya kalau dia baring-baring kan?

Dahi ditepuk perlahan. Lupa pula yang dia belum mandi lagi. Lantas almari pakaian dihampiri lalu sehelai tuala diambil sebelum melangkah kaki masuk ke dalam bilik air.

Dia tak perlu risaukan tentang pakaiannya kerana apa yang diberitahu encik suami bahawa pakaian mereka sudah disediakan.

Carl Ayden membuka pintu bilik dari luar, kelibat Zara dicari sebelum dia terdengr bunyi pancuran air. Tahu lah dia si isteri sedang mandi.

Pintu bilik ditutup rapat sambil berjalan ke arah katil. Tie dilonggarkan sedikit. Dua butang baju paling atas turut dibuka.

Badan direbahkan. Lega. Seketika, dikerlingnya dengan ekor mata pintu bilik air dimana isterinya berada. Keluhan kasar terkeluar dari bibirnya.

Baru saja dia mahu memejam mata. Pintu bilik air yang terbuka membantutkan niatnya untuk melelapkan mata.

Sesaat, bergerak-gerak halkumnya bila melihat Zara yang keluar dari bilik air dengan hanya bertuala atas lutut. Tajam matanya memerhati Zara yang belum perasan akan kehadirannya.

Zara menarik-narik hujung tuala, agak tak selesa kerana tuala tersebut singkat sangat dengannya. Paras atas lutut. Kalau tok imam tengok, jatuh serban dibuatnya.

Bukan apa, sewaktu dia ambil tuala seketika tadi, langsung tak diperhati dulu sama ada singkat atau tak.

Nak sangat merasa berbaring atas katil tu, langsung terlupa nak bawa pakaiannya sekali. Akibatnya, macam sekarang la. Terkepit-kepit berjalan, dah macam apa entah.

Carl Ayden mengetap kuat giginya. Nafasnya tak teratur. Tambah lagi bila melihat Zara yang berlenggang kangkung berjalan ke arah almari pakaian.

Dari terbaring terus duduk tegak. Zara punya pasal. Kalau dia tak sabar, dah lama cik isteri jadi mangsanya.

Nak goda dia ke apa?

Almari pakaian dituju, dipilihnya satu-persatu baju yang sesuai untuk di pakai. Perbuatnnya tiba-tiba berhenti bila dirasakan ada mata yang memandang.

Meremang bulu romanya bila teringat cerita seram yang ditonton hari itu. Perlahan-lahan kepala ditoleh ke arah katil.

Sesaat.

Dua saat.

Tiga saat.

"MAK!!!"



[ DONE ]

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro