🌹 - 19

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"You tahu tak Zara, adik ipar you tu dah jadi jejaka terhangat dipasaran. Tak habis-habis gossip pasal dia!"

Zara yang sedang berjalan keluar beriringan dengan Shay daripada salah satu butik, menoleh ke arah Shay.

"Adik ipar saya? Amsyar ke? Orang gosip pasal apa? Dia ada buat benda tak elok ke?" soal Zara bertalu-talu dengan perasaan ingin tahu.

Setahunya, Carl Amsyar tak pernah-pernah buat hal sebelum ni. Walaupun hidupnya yang agak sosial, tapi dia pandai menjaga nama keluarga dan syarikatnya.

Shay ketawa sambil menutup mulutnya dengan tapak tangan, rambut yang ikal mayang separas pinggang itu dikibas perlahan menggunakan sebelah tangan lagi.

"Ish you ni! bukan pasal lain, gosip apa lagi kalau bukan pasal muka handsome dia tu lah m. Amsyar handsome lah, menggoda lah, romantik lah! Macam-macam yang I dengar. Famous betul kan adik ipar you?" ujar Shay dengan suara manjanya.

Tersengih kecil Zara dengan kata-kata Shay. Memang Carl Amsyar kacak, lagi-lagi bila dia senyum. Zara pun kadang-kadang terpegun jugak lah kalau adik iparnya itu tersenyum.

"Oh. Kalau Shay pun cakap dia handsome, mana tak famousnya Amsyar tu. Saya tak untung apa-apa pun, yang untung mestilah tuan punya badan.."

Terangguk-angguk kepala Shay mendengar balasan daripada Zara. Isteri Carl Ayden ni memang suja merendah diri betul!

Kalau kawan-kawan dia memang dah riak habis kalau dipuji. Hm. Ini pertama kali dia berkawan dengan orang yang merendah diri seperti Zara.

Jika mereka yang lain, hanya berkawan dengannya sebab dia terkenal, status hidupnya, langsung tak ada yang ikhlas. Cuma Zara saja setakat ni.

"Erm Zara, I lapar sebenarnya. If you dah nak balik, takpe lah.." ujar Shay sambil mencebikkan bibir seolah-olah ingin menangis.

Bahu Shay ditepuk lembut, ada-ada je perangai manja gadis itu. Macam dia tak tahu Shay ingin mengumpannya dengan sengaja buat mimik muka macam baby nak menangis. Ish!

"Macam-macam lah awak ni Shay. Jom lah singgah kat mana-mana dulu, lepas makan baru kita bali. Okay?"

"Okay! Kita lunch dulu baru balik jumpa husband kesayangan you tu .."

Shay tersenyum lebar, kening diangkat berkali-kali ke arah Zara lalu tangan Zara ditariknya. Sengaja mahu menyakat.

Memang tangan Zara dah jadi tempat untuk ditarik-tarik sekarang. Redha je lah, harap tak tercabut.

Awal-awal lagi Carl Ayden dah pesan padanya supaya menghantar Zara pulang sebelum petang. Ingatkan lelaki bengis macam dia tu tak sayang bini.

Eh! sayang jugak rupanya. Ego je melangit.

Zara dan Shay melangkah masuk ke dalam salah sebuah restoran yang berada di dalam pusat beli belah tersebut.

Selesa dirasakan Zara bila pelanggan yang ada tak terlalu ramai. Mereka mengambil tempat di bahagian paling tepi sekali.

Baru beberapa minit, pelayan di restoran tersebut datang untuk mengambil pesanan. Setelah memesan makanan masing-masing, mereka kembali berbual.

Nama pun perempuan, berbual memang tak pernah habis topik dia. Selagi ada masa, selagi tu lah dorang akan berbual.

××××

Terkumat-kamit mulut Shay bercerita, manakala Zara pula setia mendengar sambil mengunyah makanan. Suasana di restoran itu agak lengang memberikan keselesaan pada mereka untuk berbual.

Dalam mulut bercerita, mata tajam memerhati keadaan sekililing. Dari dalam shopping mall sampai dekat restoran dia dah perasan ada yang mengekori mereka secara senyap-senyap.

'Bodoh betul bos kau ambik kau jadi spy kalau nak mengintip pun sampai orang perasan!' monolog Shay dalam hati.

Shay menyisip air yang dipesannya perlahan. Wajah tenang Zara yang sedang mengelap bibir dipandang.

Baik dia hantar Zara cepat-cepat, kalau lambat nanti dia tak tahu apa yang jadi. Lagipun dia tak mahu Carl Ayden hilang kepercayaan padanya.

"You dah siap? Kalau dah I nak hantar you balik. Mengamuk pulak Carl nanti." soal Shay dengan menayangkan muka menyampah.

"Haah, saya dah siap. Jom lah."

Mereka bangun daripada kerusi lalu melangkah keluar dari restoran tersebut. Kereta yang diparkir agak jauh mengambil sedikit masa untuk sampai di sana.

Sampai di kereta, segala beg kertas yang hasil dari membeli-belah tadi diletakkan pada kerusi belakang, termasuk barang-barang Zara.

Tak lupa dia untuk membelikan sesuatu pada Nini, pembantu peribadi yang dikhaskan untuknya itu.

Bibir Shay ketap kuat, terpejam matanya menahan rasa geram dihati. Tak habis-habis lagi 'makhluk' itu mengekori mereka, kali ni lebih dekat. Mesti ada yang 'makhluk' tu nak buat. Haih!

Lama dia berdiri di depan pintu kereta sebelah pemandu tanpa menoleh ke belakang, dapat dirasa segala gerak-geri 'makhluk' tersebut.

Zara yang baru saja sudah meletakkan barang-barangnya, memandang Shay dengan muka hairan. Dah kenapa tiba-tiba jadi patung pulak?

Belum sempat Zara bersuara, terbeliak matanya melihat Shay yang menoleh ke belakang seraya mengangkat tinggi kaki nya lalu tubuh seseorang ditendang di perut.

Zara tak dapat melihat wajah yang ditendang Shay kerana terlindung dengan mask yang dipakai. Tapi ianya adalah seorang lelaki.

Mengapa sampai ada yang mengekori mereka? Apa salah yang dia lakukan? Dia pasti ianya bukan berkaitan dengan Shay.

"Zara! Get in the car now!" arah Shay sedikit menjerit tanpa memandang Zara.

Dengan perasaan cemas dan fikiran yang bercelaru memikirkan apa yang berlaku sekarang, tergesa-gesa Zara berlari masuk ke dalam kereta.

Turun naik dadanya, berdebar. Tambah pula langsung tiada sesiapa disitu.

Shay di luar kereta masih lagi bergelut dengan lelaki itu, berdasarkan pada cara pemakaiannya, dapat dilihat lelaki itu cuba untuk menarik rambut panjang Shay, tetapi sempat dielak dengan menepis tangan lelaki itu.

Selama ini tak ada siapa yang tahu sisi lain Shay selain Carl Ayden dan yang lain. Memandangkan keadaan darurat, terpaksalah ditunjukkan sisinya yang satu itu di depan Zara.

Shay yang hanya mengenakan dress pendek paras lutut langsung tak membataskan pergerakannya untuk melawan lelaki itu.

Nasib tak ada orang, kalau tak mesti dah lama yang ambil kesempatan untuk tengok apa yang tersembunyi di sebalik dressnya.

Tangan lelaki yang ditepis itu pantas di genggam kuat lalu dipulasnya ke belakang menyebabkan lelaki itu mengerang sakit. Shay tersenyum sinis.

"Tuhan! Betul ke Shay ni?" gumam Zara perlahan, kagum dengan ketangkasan Shay.

Lelaki yang mengerang sakit itu, Shay tolak ke belakang sekuat hati hingga terlentang dibuatnya. Peluh yang menitik di dahi di kesat kasar menggunakan belakang tapak tangan.

Segera Shay meninggalkan lelaki yang masih cuba untuk bangun itu. Setelah masuk ke dalam kereta, pintu ditutup rapat sebelum keretanya bergerak meninggalkan tempat tersebut.

Tak sampai se'meter' Shay memandu kereta, Zara yang menoleh ke belakang untuk melihat lelaki itu terus pucat mukanya bila dia melihat 'sesuatu' sebelum dia menjerit takut.

"SHAY! "




[DONE]

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro