🌹 - 2

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Tangannya digenggam erat. Hatinya berdebar-debar menanti kehadiran seseorang. Siapa lagi kalau bukan husband-to-be nya.

Ini kali pertama dia berpeluang nak tengok dengan mata kepalanya sendiri rupa bakal suaminya. Tidak tahu bagaimana dia mahu bersemuka dengan lelaki itu.

Puan Sri Aisyah tersengih memandang wajah gelisah anak angkatnya. Entah apa yang difikirkan Zara, dia pun tak tahu. Mungkin berdebar nak berdepan dengan bakal suaminya kot.

Tuan Carl Asyraf pula masih tekun dengan surat khabarnya. Biasalah, ahli perniagaan memang nak ambil tahu tentang perkembangan semasa.

Manakala, Carl Amsyar sedang bermain-main dengan telefon bimbitnya. Tak lain tak bukan, main game lah tu.

Mereka berkumpul sambil menantikan kehadiran Carl Ayden, yang semestinya selalu menyakitkan hati, liat betul nak balik rumah.

"Mama, Zara takut lah. Boleh tak kalau Zara tak jumpa dia? " soal Zara tiba-tiba.

Wajahnya juga jelas menunjukkan yang dia sedang risau. Rasa tak tenteram je hati. Wajah Puan Sri Aisyah dipandang dengan muka berkerut.

Apa yang mamanya senyumkan pun dia tak tahu, sedangkan hatinya berdetak kuat tika ini. Mungkin mamanya tengah bahagia, tapi dia macam nak pitam je rasa.

"Nak takut apa nya Zara? Dia pun manusia jugak. Lainlah kalau dia tu alien ke kalau Zara nak takut. Calm down,okay?" pujuk Puan Sri Aisyah lembut.

Zara menggigit bibir bawahnya kuat. Tuan Carl Asyraf hanya tersenyum tipis, tahu dengan perasaan takut Zara. Lagipun anaknya yang satu tu, muka macam nak bunuh orang pun ada.

Itu satu sikap Tuan Carl Asyraf, lebih suka berdiam diri. Serius dan juga tegas.

"Macam mana kalau dia nampak Zara then dia marah-marah Zara sebab dia tak suka dengan Zara? Ha? Zara tak nak lah mama." adu Zara dengan suara yang hampir-hampir ingin menangis.

Zara memang betul-betul takut, bukan dia mengada-ngada. Lagipun ini kali pertama dia ingin bertemu bakal suaminya.

Carl Amsyar tergelak saat mendengar suara Zara yang seakan ingin menangis ditambah lagi mukanya pula dah memerah. Takut sangat tu.

"Kau tau tak Zara? Dia kalau tak suka dekat orang tu kan, memang dia mengamuk lah. Bukan mengamuk biasa-biasa je, takut dia terkam kau je nanti." sakat Carl Amsyar berpura-pura serius.

Zara yang mendengar kata-kata Carl Amsyar terus membuntang mata nya. Semakin hebat jantungnya berdegup. Matanya mula bergenang dengan airmata.

"B-betul ke mama, papa? Jangan lah buat Zara macam ni. Zara takut lah. " tutur Zara dengan suara sedikit serak.

Puan Sri Aisyah menjegilkan mata pada Carl Amsyar yang sedang menahan ketawanya. Begitu juga Tuan Carl Asyraf yang merenungnya tajam. Memberi amaran pada Carl Amsyar.

Anak bongsunya itu memang suka mengusik Zara, maklumlah Carl Amsyar tiada adik perempuan jadi bila adanya Zara, memang itu yang menjadi hobinya.

"Mana ada lah Zara. Amsyar bergurau je tu. Takkan kamu tak tahu lagi perangai dia tu macam mana? Suka sangat menyakat orang." lembut kata-kata Puan Sri Aisyah sambil menjeling tajam Carl Amsyar. Memberi amaran.

Zara yang berasa tertipu memandang tajam ke arah Carl Amsyar yang sedang tersengih macam kerang busuk dan terus dia memukul badan Carl Amsyar yang berada di sebelahnya dengan bantal kecil bertubi-tubi.

Carl Amsyar ketawa geli hati sambil menahan muka nya dengan kedua belah tangan daripada dipukul Zara.

Puan Sri Aisyah dan Tuan Carl Asyraf tergelak kecil. Terhibur sebentar melihat kemesraan antara Zara dan Carl Amsyar. Sebiji macam adik-beradik.

Zara bukan main lagi berdebar. Boleh pulak Carl Amsyar mempermainkannya. Bertambah sakit hati.

Nasib Carl Amsyar tu lelaki, kalau perempuan memang dah lama dia cubit-cubit sampai lebam. Tapi batasnya perlu dijaga.

"Bencilah awak ni Amsyar! Su-- "

Serta-merta perbuatannya memukul Carl Amsyar terhenti sebaik terpandang wajah seseorang yang sedang merenungnya di pintu utama.

Pandangannya pula sangat tajam. Air liur ditelan. Kesat. Jantungnya seakan mahu tercabut.

Carl Amsyar, Tuan Carl Asyraf dan Puan Sri Aisyah turut memandang ke arah yang dipandang Zara. Mereka berdua tersenyum lebar.

Carl Amsyar membuat muka menyampah. Abangnya itu selalu saja lambat, membuat mereka tertunggu-tunggu.

Sebaliknya, Zara terus menunduk memandang lantai dengan muka pucat. Wajah bengis lelaki yang merenungnya tadi cukup buat dia ketakutan.

Walaupun mata lelaki itu mampu mencairkan hati para gadis, tapi tak bagi dia. Pandangan tu dirasakan macam pandangan membunuh je. Seram.

"Ha, Ayden. Lambat datang, dah lama mama dengan yang lain tunggu." tegur Puan Sri Aisyah sedikit tegas.

Carl Ayden menggaru kepalanya yang tak gatal dengan bibir atas yang sedikit tersenget. Tak tahu jawapan apa nak bagi dengan kata-kata mamanya.

Lantas, sofa yang bertentangan dengan gadis yang tak dikenalinya diduduki. Sofa kosong yang lain, jauh sangat.

"Ada kerja sikit tadi. Then, let straight forward to our discussion." tutur Carl Ayden tegas sambil memandang mama nya.

Puan Sri Aisyah tersenyum lebar. Lagipun dia dah terbiasa dengan nada yang digunakan Carl Ayden beserta riak wajah anaknya itu yang selalu bengis dan dingin.

Mungkin sebab itu perempuan tak berani nak dekat dengan Carl Ayden. Fikir Puan Sri Aisyah.

Tapi tak mengapa, Zara kan ada. Dia yakin Zara boleh ubah sikap Carl Ayden suatu hari nanti. Kita merancang, tuhan yang tentukan.

Dia hanya mampu bertawakkal dengan keputusannya untuk menyatukan Carl Ayden dan Zara Nafisa.

"Haritu mama dah bagitahu Ayden pasal rancangan mama tu kan? Sekarang, mama nak kenalkan bakal isteri kamu. Zara Nafisa." jelas Puan Sri Aisyah dengan nada ceria.

Carl Ayden mengangguk perlahan sambil melirik mata ke arah perempuan yang bernama Zara Nafisa itu.

Nampak ayu bila gadis itu tertunduk memandang lantai dari tadi lagi. Senyuman sinis terukir di bibir.

Pemalu orangnya. Oh, itu makin buat dia mahu mengusik gadis tersebut.

"Zara, kenapa tunduk je dari tadi? Zara tak suka ke? " soal Tuan Carl Asyraf hairan melihat Zara.

Zara tersentak saat namanya disebut. Kepala didongak sedikit memandang Tuan Carl Asyraf seraya tersengih malu.

Malu kerana Tuan Carl Asyraf perasan dengan tingkah lakunya. Tapi apa yang mahu dia lakukan? Itu reaksi spontannya.

"Er, t-tak ada apa lah papa. Z-zara okay je." sedikit tergagap Zara bersuara .

Carl Amsyar tergelak kecil melihat telatah Zara. Puan Sri tersenyum saja. Kesian pulak tengok Zara macam tu. Nampak tak selesa.

"Ni bakal suami kamu, Carl Ayden. Tengok lah, jangan takut. Dia makan nasi macam kita jugak." perkenal Puan Sri Aisyah lembut sambil mengusik Zara.

Zara tersenyum kelat. Mukanya juga berubah merah-kemerahan. Malu. Matanya dihalakan ke arah Carl Ayden yang sedang bersandar di sofa dengan tangan yang berada di atas kedua peha nya .

Cepat-cepat dia melarikan pandangan sebaik melihat renungan Carl Ayden. Renungan matanya menggetarkan hati Zara.

Carl Amsyar yang sedari tadi memerhati, mula menyampuk. Masa untuk menyakat Zara.

"Ala Zara, takkan tengok sekali je bakal suami kau? Tak tergoda ke? Rugi tau kalau kau tak tengok lama-lama." celah Carl Amsyar dengan kening yang dijongketkan pada Zara.

Zara menjeling tajam Carl Amsyar dengan menunjukkan barisan giginya yang diketap kuat. Nak tunjuk yang dia kalau boleh nak je cili mulut Carl Amsyar.

"Ayden, cuba kau tengok bakal bini kau ni. Ajak aku main jeling-jeling pulak. Kang kalau aku tergoda siapa susah?" soal Carl Amsyar berpura-pura serius dengan mata yang tetap fokus ke arah Zara.

Carl Ayden tersenyum sinis, Dia akui, Zara memang cantik. Suara yang lunak itu cukup membuatkan mana lelaki yang mendengar tergoda. Jelingan yang diberikan Zara pada Carl Amsyar juga buat dia tertarik.

"Ma, pa. Ayden nak bawa Zara keluar kejap." ujar Carl Ayden selamba lalu bangun daripada sofa .

Zara cuak. Riak wajahnya serta-merta bertukar pucat tak berdarah. Wajah Carl Amsyar yang tersengih-sengih memandangnya dipandang dengan pandangan simpati.

Tuhan saja tahu perasaan dia tika ini. Hatinya berdebar-debar. Dia tak tahu kemana Carl Ayden mahu membawanya.

Pandangan simpati yang diberikan pada Carl Amsyar supaya membantunya dibalas dengan senyuman mengejek.

"Hurry up. Aku ada kerja pulak nak buat kejap lagi." gesa Carl Ayden tegas. Sengaja mahu menakutkan gadis yang sedia takut itu.

Zara dengan berat hatinya turut juga bangun daripada sofa. Wajah Tuan Carl Asyraf dan Puan Sri Aisyah dipandang sayu.

Tetapi, hanya anggukan kecil dan senyuman lebar yang diberikan padanya. Seolah-olah menggalakkan dia keluar dengan Carl Ayden.

Jika ibu bapanya memberi kebenaran, dia tidak perlu risau. Kepala diangguk perlahan walaupun terpaksa.

"Just go Zara. Takde apa yang Zara perlu takutkan. Dah, Zara pergi lah. You know what I mean, Ayden? So, please." pesan Puan Sri Aisyah sambil merenung Carl Ayden, memberi amaran.

Bukan dia tak tahu perangai Carl Ayden, bengis lepastu kasar. Takut Zara menangis pulak kalau dia buat perangai macam tu. Tahu-tahu jelah, Zara tu kan lemah-lembut. Mesti kecut perut.

Carl Ayden mengangguk kecil, faham dengan amaran yang diberikan mama nya. Lagipun bukan dia mahu apa-apakan bakal isterinya itu.

Tanpa bersuara, lantas tangan Zara yang tercegat berdiri itu ditariknya lembut dan dibawa keluar, tidak hiraukan ianya berlapik atau tidak.

Zara terlopong apabila dengan selambanya Carl Ayden menarik tangannya.

Cuba ditarik tangannya tetapi satu pandangan tajam dari lelaki itu mendiamkan Zara.

Carl Ayden tersenyum sinis.

[#] DONE.

[ 1247 Words ]

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro